Showing posts with label Sek.Mahasiswa Fakulti. Show all posts
Showing posts with label Sek.Mahasiswa Fakulti. Show all posts

Walimahtulrus Sahabat

Posted by NIZA.Ati on Thursday, July 21, 2011 [ 0 comments ]

Winamp: Tetap Bertahan by Wali Band.

Assalamu'alaykum wbt,
kekangan masa dalam mengikut program latihan SAP membuatkan Niza tidak berkesempatan untuk menceritakan tentang perjalanan dan kehadiran Niza ke walimahtulurus sahabat pada bulan Mei & Jun. Biar gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya. :)


7 Mei 2011 : Walimahtulurus Aswadi Abdul Rahman
Kenalan : Sahabat sejak di SMK Aminuddin Baki
Temapt : Kediaman ibu-bapa beliau, Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor



27-30 Mei 2011 : Walimahtulurus Norfaizan Ahmad
Kenalan : Rakan Seperjuangan Sekretariat Mahasiswa FSKM, UiTM
Temapt : Kediaman ibu-bapa beliau, Felda Bukit Tongkat, Kluang, Johor



26 June 2011 : Walimahtulurus Norshahira Mat Tahir & Khairul Fadly
Kenalan : Sahabat sejak di SMK & Asrama Aminuddin Baki
Temapt : International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur

Read More

Majlis Buka Puasa Alumni Sekretariat Mahasiswa FSKM, UiTM

Posted by NIZA.Ati on Saturday, September 4, 2010 [ 2 comments ]

Winamp: Open Your Eyes by Maher Zain (tgk!! lagu ni lagi..asal tulis entry lagu mesti tgh main lagu ni)
Status YM: Malam-malam terakhir di Bulan Ramadhan
Status FB: Baru 1 hari, saya sudah rindu rakan-rakan Alumni DnA Society @ SMF 06/07/08/09 . Semoga semuanya sentiasa diredhai Allah. InsyaAllah.

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 3 September 2010, Niza dan kawan2 Alumni Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Komputer & Matematik yang juga dikenali sebagai DnA Society telah menghadiri Majlis Buka Puasa Alumni SMF di Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM. Turut hadir adalah penasihat Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik UiTM iaitu Puan Aidawati (penasihat kami ketika masih lagi SMF), Prof.Dr. Zainab Dekan FSKM , Dr.Mazani Tim.Dekan FSKM, Cik Raihana Penasihat SMF, En.Jamal pegawai teknikal (sukati aku je..betul kot) dan Kaunselor FSKM.



Antara Alumni SMF yang hadir adalah:
SMF 06/07: Aznita, Headar, Kak Aishah
SMF 07/08: NIZA, Kak Aty, Aini Suria, Fara, Abg Asward, Abg Acap Y, Acap K, Syed, Anas, Ahho, Abg Amar.
SMF 08/09: Najir, Best, Fairuz, Akim, Kerol, Sham, Halim.

AGENDA:
Buka Puasa
Solat Maghrib
Makan Malam
Solat Isya'
Solat Tarawih
Meeting Alumni FSKM UiTM
Meeting Trip Holiday Alumni FSKM & Kursus Pengurusan Organisasi FSKM,UiTM.


Pertama sekali Niza nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas kehadiran dan komitmen anda terhadap Alumni FSKM UiTM. Tanpa kalian mungkin kita tidak sekuat sekarang hingga dibangga2kan oleh Dekan, Tim.Dekan dan mereka yang masih mengingati kita di FSKM. Tahniah Niza ucapkan buat semua trutama Puan Aidawati yang menjadi tulang belakang kami.


Okai, berbalik pada majlis buka puasa tadi. Kami tolong-menolong menyiapkan tempat tuk majlis ini diadakan di Dewan Al-Ghazali,FSKM. Bila tiba waktu berbuka puasa, Halim telah mengazankan dan membaca doa. Setelah buka puasa secara ringan2(ringan ke kalau dah masing2 dah tibai nasi bubur, sate, kuih2 yang byk tu etc =P ), kami menunaikan solat Maghrib yang telah diimamkan oleh Halim.


Menu: Kurma, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Nenas Ikan Masin Masak Lemak, Rendang Daging, Sambal belacan + Ulam2an, Satay, Bubur, Kuih 3 jenis, Buah2an, Air Tembikai, Sunquick, Tea'O'
Menu Tambahan: Kuih Tepung Pelita (sumbangan Anas) & Kuih-muih (sumbangan Dekan)

Setelah menunaikan solat Maghrib, mula tuk makan berat. (Niza dah tak larat dah nak makan, selalu kalau buka puasa memang tak makan banyak pun). Then we all lepak2 je sementara tunggu masuk waktu Isya'. Tetiba Dr.Mazani cakap "Niza, saya jumpa blog awak. Macam-macam awak ada tulis dalam tu". Wakakaka~ Segan la pulak...hope time Dr.Mazani jumpe tu bukanlah tengah entry yang sengal2... ^^ ahaks~


Bila masuk waktu, Halim terus azan dan kami menunaikan solat Isya', Tarawih 8 rakaat & witir 3 rakaat dimana diimamkan oleh Halim dan bilalnya adalah Acap K. Alhamdulillah, selesai menunaikan solat, kami terus kepada meeting.



Agenda meeting yang pertama adalah berkaitan dengan Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik Universiti Teknologi MARA (AFSKMUiTM) dimana telah dipengerusikan oleh saudara Acap K. Alhamdulillah, berkat usaha perbincangan kami dalam menyiapkan perlembagaan AFSKMUiTM bersama warga AJK & AJK Adhoc AFSKMUiTM dan usaha dalam mendapatkan kelulusan penggunaan nama UiTM dalam persatuan akhirnya Dato' Sahol telah memberi kebenaran tuk kami menggunakan nama UiTM dalam persatuan kami yang bakal didaftarkan di ROS (ape ROS ni? korang cari la sendiri, malas nak stoly moly). Dalam meeting ini, kami telah meng"clear"kan our milestone kepada Dr.Mazani dan kepada alumni lain yang masih tidak tahu berita tentang itu.


Kemudian, diteruskan pula dengan meeting kedua yang dipengerusikan oleh Niza sendiri dimana meeting kedua ini berkaintan dengan Trip Holiday AFSKMUiTM dan Kursus Pengurusan Organisasi FSKM. Niza telah menetapkan tarikh ke Pulau Langkawi iaitu pada 3-6 Disember 2010 bagi trip percutian sekaligus membantu KPO FSKM dimana kami AFSKMUiTM telah dijembut oleh Cik Raihanan tuk turut membantu dalam menjayakan KPO. Warga AFSKMUiTM amat berbesar hati dalam memberi sumbangan tenaga kepada fakulti. InsyaAllah.

Tidak ketinggalan juga, kami yang hadir turut mendapat KAD RAYA dimana telah ditandatangani oleh semua yang hadir pada malam tersebut (ada jugak yang tak dapat semua tanda tangan). Apa2pun, kami happy... kerana secara tak langsung ini merupakan reunion kami yang ke2 pada tahun ini (tidak termasuk Meeting pada bulan Januari dan meeting pada bulan lepas). Kemudian, Kami bersurai dalam jam 11.45malam.


Terasa benar-benar terlalu cepat masa berlalu. Kami telah bergelar Alumni, sudah bekerja dan paling Niza trasa kekok bila Puan Aida menyebut Najir sebagai "Encik Najir" pada Dekan & Dr.Mazani. Najir kawan yang kelihatan macam budak2 tu dah bergelar lecturer d FSKM itu sendiri... ^^

Apa2pun... semoga ukhwah dan perjuangan kita diredhai Allah... InsyaAllah... Amin Ya Rabbal'alamin...

Message Puan Aida
Ok tq. Tq Niza tlg organize utk semlm... Hopefully the r'ship that we built last long...
tuk semua AFSKMUiTM

Wassalam

Read More

Meeting AJK Trip Alumni SMF

Posted by NIZA.Ati on Friday, August 6, 2010 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
al-kisah, last week Niza tak balik rumah mak di Selayang memandangkan kesibukan dihujung minggu.

Pada Jumaat lepas Niza dah ke client site di Cyberjaya. Hari Sabtu pula, Niza ade meeting Alumni FSKM UiTM di Meru, Klang. Meeting tuk holiday trip Alumni FSKM UiTM (buat masa ni ahli hanya SMF shj). Niza dah assign beberapa orang sebagai AJK, maka hari Sabtu tu la we all jumpe dan meeting.

Sebelum pegi meeting, Niza dah compile semua pakej yang Niza cari dan dah simpan dalam hp, so nanti boleh masukkan dlm lappy abg Acap pakai bluetooth jerk.. So pagi tu, Niza pegi la amik abg Acap d KLSentral kemudian ambil Mel di UiTM terus ke Puncak Alam tuk amik Aini.

Wa~ jauh gile Puncak Alam tu... rase cam nak sampy hujung dunia... panas plak tu... lau Niza kene tinggal kat sane, mmg hari2 la migrain agaknye... huk3...

Ok, then, we all patah balik ke Meru, kat sane we all jumpe Abg Asward. Al-Kisah... lappy abg Acap bw tu xde bluetooth..aduh~ punye la sengal... last2 Niza tanya dorang nak g mane... Aini jawab nak g Langkawi, terus Niza search pakej tuk Langkawi... alhamdulillah dah jumpe... then after dah decide keje etc... we all pun balik la... Now progress semua di FB... ^^ for da time being, Niza tengah survey date bile nak g then baru boleh kutip duit dan beli tiket train etc, Abg Asward pula akan deal dengan orang kat Langkawi tu, Abg Acap cam biase akan design baju, Aini and Kak Aty akan update semua maklumat Alumni SMF dan hantar invitation poscard.


Lately ni memang agak busy... penat terasa... tapi tahan je la... belum lagi tambah dengan hal2 lain... adeh~ memang membuatkan sesak jantung jerk~

Hari ni dah settlekan hal system ni, tapi de masalah dari segi server pula tak dapat nak pointing to system... solution is park pc tuk system ni... lagi pun system ni intranet, so xde masalah pun lau pakai pc as server. Bile kawan Niza dah provide pc, skali tengok h/disk 20G jerk? adeh~ now Niza kene btau boss minta die apply beli h/disk. Cepat dapat h/disk, cepat la dapat install system ni dan cepatlah bahagian management & staff lain pakai.

Niza? Agak2 berapa naik gaji Niza bulan ni??? hik3... jom same2 doa naik lebih dari 200... lau boleh naik lebih dari 2000 pun ok... hik3...

K la,sampai sini lu hari ni, insyaAllah pas solat Zohor ni nak g client site kat Cyberjaya plak... nak hantar barang... take care la korang kat luar tu... Nanti insyaAllah jumpe lagi new entry before bermulanya 1 Ramadhan k.. ^^

Wassalam

Read More

Meeting Alumni FSKM, UiTM

Posted by NIZA.Ati on Saturday, January 30, 2010 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Lama rasanya Niza tak menulis di sini... Bukan kerana sibuk, tapi mungkin sebahagian masa dihabiskan bersama si comel... siapakah si comel? Lain kali Niza ceritakan... (insyaAllah kalau rajin nak menulis).

Okai..alkisah... setiap minggu pasti ada sahaja aktiviti Niza, jika tak menjadi keperluan, Niza lebih selesa berada di rumah.

Minggu kedua bulan Januari ni Niza telah keluar bersama keluarga tuk menyambut hari lahir Niza dan juga ke wedding kakak kepada kawan Niza. Minggu keempat pula Niza telah pun menghadiri meeting di FSKM, UiTM Malaysia.

Click To Enlarge

Awal pagi telah mula bersiap, diriku memandu Serena kepunyaan mak ku lalu mengambil Abg Acap (Acap Y) di KL Setral dan terus ke UiTM Malaysia.

Meeting ini telah dihadiri oleh Alumni DnA Society / Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Malaysia. Tidak ramai yang hadir, hanya beberapa orang sahaja dipanggil tuk menghadiri meeting ini. Mereka yang hadir pada meeting itu adalah seperti berikut:

SMF 06/07: Aznita
SMF 07/08: Niza, Abg Acap, Acap K, Kak Aty, Izan & Dean
SMF 08/09: Hakim, Krol, Shak, Kak Ini, Aina, Samat, Hisyam, Pak DIn & beberapa orang yang Niza tak tahu nama mereka. Turut hadir adalah bekas penasihat SMF iaitu Puan Aida Wati.

Tujuan meeting ini diadakan adalah bagi membincangkan tentang pertubuhan Alumni DnA Society secara sah. Setelah berbincang, kami sepakat tuk menamakan persatuan kami ini sebagai Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematk, Universiti Teknologi MARA.

Dimana aim kami tuk jangka panjang adalah tuk semua yang alumni FSKM bukan sahaja DnA Society. Walaubagaimanapun, sebagai permulaan, persatuan ini akan dianggotai oleh alumni sekretariat mahasiswa fakulti.

Kami telah membincangkan objektif persatuan, perlembangaan persatuan dan juga telah melantik jawatankuasa pertubuhan pertama sebelum akan diadakan mesyuarat agong tahunan setelah mendapat kelulusan penubuhan daripada Petubuhan Persatuan Malaysia.

Buat masa ini, kami yang telah dilantik akan menguruskan perihal pendaftaran dengan Pertubuhan Persatuan Malaysia. Turut

membantu adalah alumni DnA Society yang masih bergelar pelajar. Mereka terpaksa bekerja disebalik takbir kerana mereka masih berstatus "pelajar". InsyaAllah kelulusan akan mengambil masa hampir 1tahun.

Berikut adalah mereka yang telah dilantik:

Yang Dipertua: Ashraf Khalid
Naib Yang Dipertua: Norfaizan
Setiausaha Agong: Haryati
Naib Setiausaha: Aznita
Bendahari Kehormat: `Izzati
Ahlijawatankuasa: Ashraf Yusof & Wan Najmudin

Sekian, wassalam

Read More

Alumni DnA Society: Trip to Pulau Aman

Posted by NIZA.Ati on Saturday, December 26, 2009 [ 9 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 18 Disember 2009 yang lalu Niza dan kawan-kawan Niza dari Alumni DnA Society telah pun mengadakan percutian tahunan kami yang pertama (Percutian Pulau Pangkor pada bulan 6 lepas adalah pre-activity kami sebagai Alumni).

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... Niza tak tahu adakah Niza perlu formal dalam membuat laporan ini (dorg suruh Niza masukkan macam2 dalam cite Trip Pulau Aman ni... haha... korg yang pegi tu pasti menanti cerita tentang *tut*).

Alkisah..setelah penat lelah Abg Asward comfirmkan penginapan kami di Pulau Aman dan juga Niza menyampaikan maklumat kepada smua Alumni dan membeli tiket keretapi, perjalanan kami bermula dari KLSentral.

Click to enlarge

Hari pertama : 18 Disember 2009
Seawal jam 6ptg Niza dan Marsha telah tiba di KL Sentral dan menantikan masuk waktu Maghrib lantas menunaikan solat Maghrib & Isya' berjamak taqdim & Qasar. Kira-kira jam 7.30PM kami berkumpul di depan kedai dunkin donut bersama Abg Apiz, Marsha, Niza, Syed dan kemudian tiba pula Aini, Abg Asward, Acap dan Abg Acap. Terus kami check-in (chewah...cam nek flight la pulak kan). Then terus masuk ke gerabak kami Q1. Seat Niza & Marsha (3A & 3B. memula 4A & 4B tapi Niza tukar cepat2 dengan Abg Apiz and Abg Acap...muahahahaha). Seat Acap & Syed pula 3C & 3D, Seat Abg Apiz and Abg Acap 4A & 4B dan Seat Aini & Abg Asward 4C & 4D.

Berdepan dengan gerabak kami adalah cafe....wah~ sangat teruja sebab nak melepak borak2. Sebaik sahaja keretapi bergerak...kami terus membawa keluar makanan yang dibawa... buat sape yang lapar terutama Abg Apiz yang memang tengah lapar tahap ape ntah... Niza telah pun membuat sandwich telur dan membawa strawberry kering dari Cameron Highland buat semua. Aini pula telah membawa cokodok (cucur pisang).

Tak sampai sejam keretapi berjalan, kami sudah pun melepak di Cafe. Just having conversation antara kami. Bercerita mengenai macam-macam... tentang kerja, tentang master, tentang sekretariat, tentang perkahwinan dan macam-macam lagi yang mungkin ada Niza tak ingat. After few hours (dalam 2jam kot) kami melepak, barulah kami beli air...haha...tu pun sbb Marsha yang nak beli..jadi semua pun kirim. Sepanjang dalam perjalanan itu, kami sekali sekala pulang ke seat masing2... tapi akhirnya tetap pergi ke Cafe... kalau nak ikutkan...cafe tu jauh lagi sejuk dari tempat kami. Tapi cafe menjadi pilihan kerana kami dapat duduk facing dan berborak.

Di dalam perjalanan kami, kami telah berkenalan dengan seorang atok...people do call him "Pak Ya" but i still wanna call him "Tok ya" hee~ Maybe he's searching for "menantu"...hehe... memula mungkin target dia adalah "Acap" tapi akhirnya bertukar kepada orang "kedah" muahaha... jadi...sape la yang akan kena kalau tak Abg Apiz dan Syed... tapi memandangkan Abg Apiz suda berpunya (yakni telahpun bertunang dan akan berkahwin) maka beralih la kepada Syed... hehehe~ Siap minta no phone, ajak datang rumah lagi. Memula susah juga Niza nak percaya cite dari Abg Apiz ni... tapi bila diceritakan depan Syed, dah comfirm la tu cerita tu... Kate "Tok Ya" lagi, boleh je Syed datang rumah dan pilih je mana berkenan...muahaha...bagus punye... Tapi seribu kali sayang... lepas kami temu-ramah Syed, nampaknya die perlu mencari calon yang ade nama "Syarifah" yang memang berketurunan "Syed". So...melepas la "Tok Ya" nak bermenantukan Syed...hee~ Tutup cite...kalo korg ada nak tambah...silekan kat bahagian komen. (^_^)

Di dalam perjalanan juga, sempat Niza melihat tasik yang dilalui ketapi kami ditengah-tengahnya... Nampaknya memang Niza ja yang beruntung sebab ketika itu rakan-rakan lain sedang tidur (dorg tido sejam je, melainkan Marsha betul2 tidur sejak awal perjalanan). Rasanya, jalan keretapi tu memang ditambak semata-mata tuk jalan keretapi tu... kerana jalan keretapi itu ditengah-tengah merentasi tasik tersebut. Untung juga orang tak tidur ni kan..hee~ Niza memang tak dapat tidur sepanjang perjalanan..


Info:
Tambang keretapi: RM34 (1 hala sahaja)
Nescafe/Milo di dalam keretapi: RM2.50 (cawan kecil)

Click to enlarge

Hari Kedua : 19 Disember 2009
Kami tiba di Stesyen Butterworth kira-kira jam 5pagi. Sesampai di stesyen kami ke surau bagi menunaikan solat Maghrib + Isya' berjamak Taqhir Qasar kepada mereka yang tidak sempat menunaikan solat sebelum bertolak tadi. Kemudian, kami telah pun didatangi Abg Amar. Rumah Abg Amar adalah di Butterworth dan kami telah pun "menyerang" rumahnya. Kami telah dihidangkan "Tea bujang" dan seterusnya menunaikan solat Subuh sebaik sahaja masuk waktu subuh. Kemudian kami dihidangkan Roti Canai & Capati oleh mak dan makcik Abg Amar... terima kasih kepada family Abg Amar yang sangat baik hati dan sporting. Selain Abg Acap dan Abg Apiz yang menonton cerita "Setam", kami yang lain telah pun terbongkang tidur...hee~ Tapi Niza tidur sejam je... kami yang perempuan menumpang bilik Abg Amar dan yang lelaki mane2 pun bule...

Kira-kira jam 9pagi kami telah pun bertolak ke Jeti Batu Musang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam. Seterusnya kami menaiki bot terus ke Jeti Pulau Aman. Perjalanan dari Jeti Batu Musang ke Jeti Pulau Aman adalah dalam 10-15 minit sahaja. Kira-kira jam 11 pagi kami telah tiba di Pulau Aman dan terpaksa menunggu hingga jam 12tghari tuk masuk ke chalet.

Sementara itu, kami menikmati makanan tengahari kami di Restoran Terapung. Menu kami adalah Mee Udang dan Nasi Goreng + Telur Goreng. Main lauk kat restoran tu adalah Udang yang besar...sangat sedap... sian Acap xleh makan udang kerana alah (^_^) Buat pengetahuan, di Pulau Aman, makanan yang paling popular adalah Mee Udang... try la..kompem xnyesal...

Setelah itu kami terus check-in ke chalet masing-masing tuk membersihkan diri dan berehat. Memang agak memenatkan tambah pula semalaman tidak tidur. Kami menunaikan solat Zohor + Asar Jamak Taqdim dan Qasar dan kemudiannya berehat. Niza hanya tidur tidak sampy 1jam kerana kemudiannya mengadap internet. Buat pengetahuan, access internet tuk celcom adalah bagus berbanding maxis... Walaubagaimanapun, masih boleh dipakai la... (Niza pakai maxis). Sebenarnya sebelum pergi lagi Niza dah check kawasan broadband...sebab kalau maxis xdapat di Pulau Aman, Niza akan bawa broadband celcom. Tapi memandangkan maxis dapat, so Niza just bawa maxis.

Setelah berehat, kira-kira jam 3petang, kami mula berkumpul... kecuali Abg Apiz yang lambat bersiap (adeh..mcm pompuan..haha..). Sementara menunggu Abg Apiz bersiap, kami beli ABC (Air Batu Campur). Ketika itu gerimis mengundang, jadi agak menjadi kerisauan andainya hujan pada petang itu. Tapi, alhamdulillah tidak. Gerimis hanya tinggal gerimis...chewah~

Setelah itu kami terus ke Jeti Pulau Aman tuk menyewa bot bagi mengeliling sekitar Pulau Aman. Ketika inilah Niza minta Abg Acap tuk membawa "suprise" kami... ala.. xde mende sgt pun...just banner tuk Percutian Tahunan kami...

Dimanakah destinasi kami???
Okai..mula2 kami telah ke Gedung Peluru yang terletak lebih kurang 5minit dari Jeti Pulau Aman. Gedung Peluru adalah tempat menyimpan peluru (namepun gedung peluru kan..) dan ini adalah peniggalan Pihak British. Di sana terdapat sebuah bangunan yang tidak la sebesar mana...panjang bangunan 30kaki, lebar 15kaki dan tinggi 14kaki (terer x Niza? muahaha~ padahal ade tercatat diluar bangunan tu). Niza tinguk, ala2 penjara juga la..sebab grill masuk ke bilik menyimpan peluru tu ala2 mcm lokap laks.. Hurm..agak menggerunkan jugak la kalo tinguk... Okai, bagi pengunjung yang ingin mandi laut, di sinilah satu-satunya tempat tuk bermandi-manda. Dari situ juga dapat dilihat suatu kawasan yang dipanggil Gua Lanun. Sejarah menceritakan disitu adalah tempat berkumpulnya lanun2... tapi kini akhirnya gua itu sudah pun tertutup dek tanah merah yang runtuh. Lagipun, adalah dinasihatkan tuk tidak masuk ke dalam gua tersebut. Kenapa? Lu pk la sendiri... Lagipun kini langsung tiada jalan masuk..jd camne korg nak masukkan??? Ikut dalam laut pun xleh...

Sepanjang kami pusing keliling Pulau Aman, dapat dilihat lubuk ikan dimana dipanggil Batu Payung...kenapa dipanggil Batu Payung?? Haa...sebabnya disitu hanya batu besar shj dan tiada tumbuhan dan batu itu berbentuk paku payung yang terbalik. Selain itu, dapat juga dilihat jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dibina...ntah bila la pulak nak siapkan... Jambatan itu terus ke Balik Pulau. Kemudian, kami telah ke salah sebuah Kelong Ikan yang terdapat disekitar laut berhampiran Pulau Aman... Kelong yang kami singgah ini adalah kepunyaan Jabatan Perikanan... Seterusnya...kami ke????? balik la ape lagi... Kami pulang semula ke Jeti Pulau Aman.

Kemudian, Abg Amar telah pun membawa kami ke melawat ke Telaga Emas... kalo jalan kaki adelah dalam 10minit Niza rasa... kalo nek beskal mungkin 5minit dah sampy... Kalo nek motor...2minit kot.. tapi..buat pengetahuan semua, di Pulau Aman hanya terdapat 2buah motosikal sahaja... kereta? takde..kem salam saje... disini juga tidak terdapat jalan tar... Sejarah Telaga Emas??? Korg carilah sendiri..malas nak cite panjang2..huhu.. Ok..walaupun telaga emas ni terletak betul2 sebalah laut, tetapi air telaga ini tidak masin pun... Haha...Niza dah rasa pun..kompem.. mengikut kepercayaan airnya mujarab mengubati penyakit... Kalo sakit hati leh x? hee~

Setelah itu, kami elek2 kat situ...sambil masing2 membuat aktiviti masing2... Ok..kat area tu..ramai gak orang meletak jala dan mencari sipu biji nangka. Hurm..ape lagi nak dicite tentang Pulau Aman eh? Ok..Pulau Aman kaya dengan pokok sukun...dan sungguh Niza katakan...warna daun pokok buah sukun ini sangat cantik dan menyerlah... lain dari yang lain... dan pokok sukun tertua di Malaysia terdapat di Pulau Aman ini dan pokok itu terletak dihadapan rumah ketua kampung Pulau Aman... iaitu Pak Njang yang juga merupakan bapa saudara Abg Amar... haha... tinguk... sangat terpengaruh gitew~ Pandy Niza cari tempat kan..hee~ Selain itu, dikatakan buah sukun di Pulau Aman ini mempunyai keenakkan yang luar biasa kerana pokok2 tersebut bercampur dengan air laut, kerang dan udang. Niza xpenah makan buah sukun walaupun berada di sane..oleh itu Niza xdapat nak pastikan.. (^_^) Suatu tempat yang kami miss adalah Kubur Purba..huhu...

Petang itu, kira-kira jam6, kami bertandang ke rumah Pak Njang... ye la..sebab mak Abg Amar ada kat sane... Kami juga telah berkenalan dengan Pak Njang... hee~ baik gitew~ Okai..nak cite skit..sepanjang kami berada disana...makanan kami telah ditaja oleh keluarga Pak Njang..chewah... terima kasih diucapkan... Bukan sebab ape..kebetulan anak sedara belah Mak Njang kawin ketika itu.. Jadi kami pun dijemput la... sangat best... kami telah merasakan suasana kampung yang harmoni dan saling bantu-membantu. Petang tu kami makan mee udang...sangat sedap... Then Pak Njang juga hidangkan kami air zam-zam, kurma, buah at-tin dan buah zaitun... Pak Njang sebenarnya baru pulang dari mengerjakan haji... Sebelum balik, kami melihat 3 ekor rusa yang dibela oleh Pak Njang... Sekor jantan dan 2 ekor betina... Sangat la besar...

Setelah makan-makan... borak-borak sesama kami seperti sepupu-sepupu yang sedang berkumpul, kami pulang tuk membersihkan diri , solat dan berehat. Semua pakat tidur... Niza??? Haa... kompem korg dah tau ape Niza buat kan... On9 la..ape lagi..mengadap lappy kesayangan ni sehinggalah jam 9malam kami ke rumah Pak Njang tuk makan malam. Menu malam itu, nasi putih, kari ikan, tempe goreng pedas, arca buah, sayur kobis, dan gulai ikan masin...wa~ sangat membuka selera tau...tambah2 pula ade tempe goreng pedas...memang faveret tu...huhu... Setelah kami yang perempuan kemas-kemas semua pinggan-mangkuk, kami elek2 jap sambil borak-borak lagi... Kemudian kami mencari kedai tuk minum2 kopi ker... tp sayangnye smua kedai suda tutup..huhu... Jadi kami terus pulang ke chalet masing... dan menonton tv...cerita "wakenabeb" ketika itu... Ketika jam 9.30 malam, Niza telah pun melelapkan mata setelah Aini dan Marsha lelap dulu... huhu... Lappy Niza pula telah diberi pinjam kepada Abg Acap & Abg Apiz... Yang laki kabarnya masih tidak tidur hingga ke tengah malam...oleh kerana itu, amatlah beruntung mereka tu kerana dapat melihat air laut naik hingga ke paras beranda chalet kami...huhu... Ada juga yang sempat study tuk exam pada hari selasa.


Info:
Tambang Teksi (dr steyen keretapi - Jeti Batu Kawan): RM40 (sempat Niza tanya pada pakcik teksi pagi tu)
Tambang bot: RM6.00
Chalet: RM120 (1malam- boleh memuatkan 4-6 satu bilik. Mempunyai televisyen tanpa Astro, almari pakaian, bilik air)
Bot sewa mengelilingi Pulau Aman: RM80
Mee Udang: RM6.00

Click to enlarge

Hari Ketiga : 20 Disember 2009
Keesokan harinya, seawal jam 6.30 pagi Niza telah pun bangun bagi menunaikan solat Subuh... kemudia dikejut ahli chalet ku..serta pergi memekak kat chalet sebelah-sebelah... Adeh la..susah betul nak kejut dorg ni... Alhamdulillah la bangun gak... SOlat2 wey~ Kemudian, jam7pagi, Niza dan Aini telah pun keluar mengambil angin pagi... sambil2 pula Aini mencari Siput Biji Nangka...Niza pula mengacau Pak Cik "Subang Jaya" menjala. Sudahnya pak cik tu dah g jauh ke seberang ketika air surut tuk mencari Ketam, menjala dan mencari Tiram... Kemudian, Niza dan Aini membeli makan pagi... lapit perut sebelum makan pagi di rumah Pak Njang (chewah...cover gitew~). Kami makan pagi di chalet perempuan...sambil menonton TV...ketika itu drama yang dilakonkan oleh kumpulan F4...tau x kumpulan tu?? Seangkatan la dengan ketas A4 tu.. =P

Kira2 jam 9 lebih...kami telah dipanggil tuk makan pagi di rumah Pak Njang... makanan yang dihidangkan adalah Nasi Goreng, cucur jagung dan mee goreng... sedap mee goreng & cucur jagung tu.. (sebab makan 2 tu jerk..hehe..). Sesudah tu, seperti biase..elek2 jap borak2... Then kami ke tanjung...tanjung ke? xtau la nak panggil ape..tp tempat yang Niza dan Aini pegi awal pagi tu...Kami beramai-ramai ke sana tuk mencari Siput Biji Nangka... masing2 membuat lubang masing... haha... Abg Apiz dari mula sampai abes, 1 tu je la lubang yang die korek....dalam gile...last2 Abg Amar, Acap dan Abg Acap kutip kulit2 kerang yang banyak gilerz sekitar tu dan dimasukkan dalam lubang tu...siap buat tanda dengan kayu lagi..haha... Yang Niza pula, buat 2lubang...tp yang jumpe nye...huhu...1 jerk yang besar...yg len sume kecik je..jadi Niza xamik..amat mengecewakan... Acap? Jadi mandor je... Marsha pula di bilik..ape dibuatnye ntah...saat2 akhir tu Marsha datang (^_^) Sempat juga kami bergambar... Tapi ketika mereka tangkap gambar dengan hasil pencarian, Niza telah pun pulang ke chalet tuk menggosok tudung...huhu....

Setalah itu, semuanya pulang ke chalet masing2 tuk membersih diri dan berkemas. Sementara itu pula, ngupenye hasil pencarian kami tu telah pun direbus oleh Mak Abg Amar... ketika semua suda bersiap, kami makan sipu biji nangka rebus cicah dengan sos... Nikmatnye...sangat la sedap~ Kemudian kami menghadiri kenduri kawin... Setelah itu melihat pengantin di rumah beliau... dan seterusnya mula pulang ke chalet tuk mengambil barang masing2... Sebelum beredar ke Jeti Pulau Aman, kami telah berjumpa dengan Pak Njang buat kali terakhir...

Setibanya di Jeti Batu Musang, kami terus ke Feri... Kami park kereta berhampiran stesyen bas butterworth dan kemudiannya jalan kaki ke Ferry... Kami telah ke seberang memandangkan ada antara kami yang ingin membeli jeruk tuk dibawa balik... Kami juga sempat ke Port boat2 di sana... Setalah itu, kami kembali ke Butterworth dan terus ke rumah Abg Amar tuk menunaikan solat Jamak Taqhir dan Qasar Zohor + Asar serta Solat Jamak Taqdim dan Qasar Maghrib + Isya'. Kami juga sempat menyambut hari lahir Aini Suria yang ke22 pada hari tersebut... Kemudian kami menikmati hidangan makan malam dan seterusnya bersalaman dengan Mak dan Makcik Abg Amar dan bergegas ke Stesyen keretapi.

Sepatutnya, train kami ke KL bertolak pada jam9malam... Tapi delay...jam10malam baru la mula bertolak. Adap balik ni, kami telah dibelanja oleh kazen Abg Acap char kuey teow. Walaubagaimanapun, Niza je yang tak makan...kenapa??? Hee...sebab Niza tak makan kerang...huhu... Tp kan...memang sedap bau char kuey teow tu...huhu... Adap balik ni juga, kami banyak menghabiskan masa di seat masing2...tidur saja...kerana kepenatan...sekali sekali terjaga dan pergi ke cafe... Kira-kira jam6pagi... kami tiba di KL Sentral. Alhamdulillah...sempurna sudah trip pertama percutian tahunan Alumni DnA Society...walaupun saat akhir Puan Aida dan keluarga tidak dapat hadir tuk join kami...

Info:
Tambang ferry: RM1.50 (balik free jerk)
Jeruk: RM10 (3bungkusan)


"Di kesempatan ini, Niza ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Aida kerapa tetap memberi semangat kepada kami tuk meneruskan trip ini walaupun tidak ramai yang dapat sertai berikut masalah2 yang mereka hadapi. Seterusnya kepada Abg Asward selaku "kepala" tuk trip ini, dan kepada semua kengkawan yang dapat sertai mahupun yang ingin sangat sertai tapi punya halangan. Hope to see you guys on our next trip."

Wassalam

Read More

Dinner MPG yang terakhir. Majlis Pra-Graduan Sesi Oktober 2009

Posted by NIZA.Ati on Monday, October 19, 2009 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 16 Oktober 2009. Telah diadakan Majlis Pra-Graduan bagi sesi Julai-November 2009 dan kami Mantan atau Alumni Sekretariat Mahasiswa Fakulti telah dijemput bagi menghadiri majlis. Terima kasih atas jemputan timbalan pengarah program iaitu Noraini dan Pengarah Kerol.


Pagi-pagi lagi Niza telah mengenakan baju tuk ke dinner memandangkan Niza tidak akan pulang ke rumah semula. Pada jam 5.45 petang, Niza telah menumpang Acap CS220 tuk ke Shah Alam dari office kami di Annex,TM.

Kira-kira jam 6.45ptg Niza tiba dirumah kawan Niza. Sesudah menunaikan solat maghrib, Acap Alumni SMF pula mengambil Niza dan kami terus ke Hotel COncorde.

Kehadiran kami agak memberi kejutan pada juniors dan lecturers serta Tim.Dekan dan Dekan yang datang..chewah... ye la..balik2 muka kami je g dinner..haha... dan 4 kali dinner di Concorde, 1 lunch di Concorde dan 1 foodtaste di Concorde.

Dulu kami datang sebab kami yang organise, last sem pula diriku pengarah dan juga yang disambut... Sem ni diriku datang sebagai alumni SMF dan FSKM. ;-) Antara Alumni SMF/ DnA Society yang turut hadir adalah Fahmi, Dean, Acap K, Abg Acap Y, Abg Asward, dan Kak Aty. Selain tu yang memang sambut MPG sem ni adalah Najir, Aini, Fairuz, Best, Fara dan Aff. Ni yang pernah berada dalam batch ku.

Ok, tema tuk MPG sem ni adalah Black Rose. Kami sebenarnya telah salah faham, kami fikirkan rose hitam...ngupanya Black-Rose. Means warna hitam merah la~. Papepun..alhamdulillah kami tetap memenuhi tema. 6 budak hitam (lelaki) dan 4 jelitawan merah (yg perempuan, kak aty kire tudung la =P).

Makanan malam tu memang best...Niza suke...tp mcm xlarat makan... Bile balik nyesal plak...haha... Tp sebab ape tau, time tu jumpe kwn2 Alumni SMF, tu yg makanan depan mate pun macam tak berapa nak makan...happy la katekan... Bila dah balik tetiba nyesal laks...haha... Tapi yang tak lepas dari makan semua makanan adalah Dean... Sampy sos la, lauk la masuk dalam tea. huh~ =P

(Click to enlarge)


Kehadiran malam tu xramai...dengar kate 200++ jerk... Niza pun pelik...apakah yang berlaku? Kenapa sikit sangat? Sebelum ni paling sikit pun dalam 450 pasti ade, sem lepas time Niza jadi pengarah student + lecturer yang hadir menjangkau 540-560. Hurm... Then, Queen and King of the night xde lor..huhu.. knp takde? Duit dpt byk, student ramai xde, knp hadiah pun sikit? Hurm... Bayaran pun naik sem ni..RM35 kpd student...knp? Peruntukan dari fac xbyk ker? Tak mungkin. Apa2pun...maybe they have some reason... Agak terkejut gak kami alumni bayar sama juga...hee~ Tx Kerol. Pada, akak budget lebih sbnrnye... diriku sendiri yang pernah terlibat dalam hal2 ni... Niza membuat kerja dan organise event tuk student rasa happy bersama rakan-rakan kelas meraikan mereka sebagai pelajar tahun akhir. Orang gembira, i pun happy gaks. =) Its enough for me. Ok, tutup cite pasal tu.

Montage Abg Acap tuk Puan Aida sangat menyentuh hati. Niza ulang montage tu berkali-kali. =) Sangat meninggalkan kesan dihati. Rindu zaman-zaman kite berjuang bersama... Pada Niza, batch kita terlalu istimewa, masing-masing punya kelebihan sendiri dan sangat membanggakan. Tahniah buat semua termasuk la batch 06/07 dan 08/09. Tahniah kerana kita sama-sama telah berjaya membuat amal kepada fakulti.

Tahniah juga buat semua yang menerima anugerah akademik dan anugerah khas pada malam itu. Hurm... MPG sem ni banyak pembaharuan.

Anugerah Semester ini
1. Anugerah Pelajar Cemerlang Program (CS110 - CS233)
2. Akademik Diploma dan Dengree
2. Anugerah Khas Sekretariat- Kepimpinan, Sukan, Kokurikulum (ada lagi kot)


Apa2pun, Niza pasti semua ni telah dipersetujui oleh Puan Aida sendiri. Puan Aida lebih tahu... ;-) InsyaAllah. Apa2pun... Niza happy sebab dapat hadir ke MPG kali ni... MPG terakhir Niza bersama rakan SMF memandangkan sem ni sudah abes la semua kwn2 batch Niza dalam SMF. Semua dah abes degree pasni. Then, sem ni adalah sem terakhir Puan Aida menjadi penasihat kepada Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). Terharu diatas support yang sentiasa diberikan oleh beliau. Ok, dibawah ini adalah montage yang Abang Acap buat tentang Puan Aida.



Sebenarnya, Puan Aida tak tahu pun ada diselitkan Anugerah buat dirinya yang dirancang oleh SMF. Malah tentang montage juga beliau tidak tahu. Selain itu, SMF 08/09 telah mengumpul duit dan menempah kek di Secret Recipe, jadi selepas abes function kami menyambut Puan Aida dengan kek pula. Sangat sedap kek tu.. Sape g tempah erk????

Ok, malam tu...pas beramah mesra dengan semua SMF yang ada di dalam Room IV tue... Niza, Acap K, Aini & Izan mengundurkan diri kira2 jam12.45 pagi memandangkan Izan ada hal. Aini pula terpaksa tidak join postmorterm kerana Niza perlu ambil baju Niza dibliknya di kolej Delima sebelum Acap K hantar pulang ke rumah kawan Niza di sek 2. Maka, berakhirla dinner kami pada malam tu. Tx to all~

Dear SMF, sepanjang kita organise event (batch 07/08), bila ada yang kita silap kita tak pernah tegur secara direct wlp org itu tiada dalam meeting, sebaiknya kita tegur secara personal. Malah hal MPG last sem, walaupun ada yang Niza tak puas hati, Niza tak pula menyalahkan mana-mana pihak malah Niza sendiri yang backing kerja korunk... Meskipun ada yang menghampakan Niza pada malam MPG berlangsung. Begitu juga dengan korang. Korang memang Pemimpin yang bagus. Bijak mengatur mana yang perlu dan tidak. Terima Kasih sepanjang kita bekerjasama.

Wutever it is, dear SMF 06/07, 07/08 and 08/09... Andai punya kekusutan yang bersarang dihati, leraikanlah. Bersatulah kita sebagai Alumni DnA Society tidak kira anda abes sbg SMPP atau SMF yang pasti kite tetap sama. Begitu juga dengan MPP fac iaitu Abg Mizi, Fairuz, Abg Apiz, Kak Kuyah, Nas dan Azam. Niza sayang korang macam abg2, kakak2, dan adik2 Niza sendiri. Selamat datang ke dunia Alumni DnA Society.

Wassalam
Klik ke Portal Alumni DnA Society

Read More

Sekretariat Mahasiswa Fakulti FTMSK/FSKM

Posted by NIZA.Ati on Thursday, October 15, 2009 [ 7 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,


Kami Sekretariat Mahasiswa Fakulti FTMSK/FSKM. Dulunya dikenali Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar. Nama persatuan kami di fakulti adalah DnA Society. Kami bersama selama 2semester, ada yang lebih hingga ke 6semester dimana penglibatan sejak diploma hingga ke degree. Ada yang juga merupakan bekas Majlis Perwakilan Pelajar dari cawangan (seperti saya), ada juga bekas pemimpin persatuan. Ada juga yang masih baru tapi semangat berkepimpinan.

Kami lakukan pelbagai kerja. Kami adalah pelajar, kami adalah pemimpin. Kami melakukan macam-macam aktiviti tuk fakulti dan pelajar lain. Walaupun kadang-kala kami terlalu sibuk, walaupun kadang-kala kami tidak sihat, walaupun kadang-kala kami mendengar suara-suara sumbang pelajar lain, walaupun kami diberi puji-pujian. Tapi kami tetap melakukan tugas-tugas kami penuh rasa tanggungjawab.

Kami ke kampus cawangan demi memperkenalkan matapelajaran degree pada pelajar cawangan supaya mereka lebih tahu apa yang mereka mahukan. Kami juga mengambiltahu kebajikan pelajar. Kami sudah ke Utara (Perlis), Selatan(Johor), Barat(Perak), Timur(Kelantan) malah di kepulauan Borneo juga iaitu di Sarawak. Tapi, kami hanya mampu membantu menjadi orang tengah, yang pasti semua itu terletak pada diri pelajar dan pengurusan fakulti sendiri.

Kami membantu pensyarah lain di dalam PPKP. Kami menguruskan aktiviti Minggu Mesra Siswa, Anugerah Dekan, Malam Pra-Graduan, Karnival, dan macam-macam lagi termasuklah membantu kelab-kelab program di dalam fakulti.

Sekuat mana kami bekerja, lebih kuat ukhwah antara kami. Mengharungi pelbagai perkara sepanjang kami bergelar pemimpin. Setiakawan itu paling penting dalam berukhwah antara kami.

Dibelakang kami, terdapat ramai orang yang memberi semangat. Dekan FTMSK/FSKM, Tim.Dekan, para pensyarah dan paling penting setia tetap bersama kami adalah Puan Aidawaty yang mempercayai kreabiliti kami dan menjadi penasihat kami. Tidak lupa yang utama...Allah Yang Maha Esa.

Jauh kami melangkah, berat yang kami pikul. Pada kami hanya satu... Membantu semua pelajar. Andai kurang atau terlebih, ketahuilah, kami hanya manusia biasa yang juga pelajar seperti anda.

DnA Society / Sekretariat Mahasiswa Fakulti TMSK 05/06
(batch lain, Niza takde gambar)

Lawati Portal Alumni DnA Society. Pendaftaran hanya untuk Alumni. Terima Kasih



-tetiba je nak coretkan sesuatu-


Read More

Pulau Pangkor: DnA Day Out

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, May 19, 2009 [ 6 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 15-17 May 2009 yang lalu telah diadakan "DNA DAY OUT" dimana program ini disertai oleh mantan DnA Society atau juga dikenali sebagai Sekretariat Mahasiswa Fakulti bg fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif atau nama baru adalah fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Malaysia. Seramai 29 orang yang turut memeriahkan program ini. Program ini adalah sebagai penghargaan fakulti kepada para-pelajar yang banyak membantu fakulti dalam pelbagai event.
(...Tulisan Skema...)

Pada malam hari 14 May 2009, kami berkumpul tuk meeting..sebenarnye ketua program (abg asward) nak bg baju kat we all and tentatif. Malam tu buat 1st time we all berkumpul tuk semester ni. Punyelah riuh...lama tak jumpekan... Sakat-menyakat je sume. Ye la..sem ni, ramai jugak yang pegi praktikal, and most of us dah pun final semester mcm Niza ni. Besides, dah retired jadi xde join organise program... Tapi tuk MPG aritu mmg ramai Niza amik mantan... Sbb Niza pun mantan gak..hehe...

Pagi 15 May tu, we all bertolak dr UiTM dalam kul9.30pagi. We all sampai di jeti lumut dlm kul2ptg (Niza rase la :D). Before tu ade we all benti lunch. Around kul4.15 baru we all b- dr jeti lumut ke Pulau Pangkor.


Sesampai di sana, we all naik van yang bewarna pink... Kali terakhir Niza pegi Pangkor tahun 2002, time tu rasenye xde pun van wane PINK...kot la... Sebanyak 3 van yang membawa kami. Sesampainye di chalet Purnama Beach Resort yang ber"aircond" di Pantai Teluk Nipah, we all check in dan berehat. Ptg tu, dlm kul6 sume wat hal sendiri..ade yg g jln2 kat pantai..ade yg mandi laut... ade yang cari kayu api tuk firecamp mlm tu. Niza, Izan & Aini jln2 di pantai... Then we all dah melekat kat one of buaian yang ade yg situ. Paling best... Najir siap tolong buaikan we all sambil nyanyi lagu lagi...hehe...

Malam tu, we all ade firecamp di tepi pantai.. We all main game "bola beracun". Niza rase...byk pkr yg lucu berlaku...terutama pasal "ibu". Mmg pandai Din memilih Mizi sebagai "ibu"..haha... Acap...akak cam tak puas hati je kamu tak kene..cheh... Anas...mmg best gile tarian org asli yg Anas wat tu..haha..lawak2... lg best lau keliling api kat tengah tu... Second games, we all main sambung ayat... Yang peliknye...apsal mlm tu Balai suke sgt perkataan "Awek ku". Wonder...hurm....


Keesokkan paginye, seawal jam 8pagi, setelah breakfast, we all ke pantai... Sementara menunggu Puan Aida dan sekeluarga tiba, yg laki main bola tampar. Niza, Izan dan Aini pula mencari buaian lagi... Bila Aini Suria, Nas dan Kak Aty tiba... Last2 jd huru-hara... Sebab... Aini Suria tertarik dan menyungkurkan Noraini dalam air hingga basah kuyup...hahahaha... Niza tukang gelak je... Kesian tgk Aini... Dah la pagi2 tu dah kene kaco dgn Niza pasal "tut..." :p

Bila puan aida dah tiba, we all mula memakai life jacket dan bersedia tuk berkayak... Sangat best... Tapi kesian lak kat kayak kak Aty dan Fairus...pengayuh masuk laut lor...hoho.... Anak2 puan aida iaitu si comel Dia dan Omar pula dijaga oleh Izan di safety boat. Selain itu Izan mengambil gambar we all.. THANKS A LOT TO IZAN... kalo xde izan, xde sape la nak amik gamba we all... ;-) We all bergerak dgn 13 buah kayak dimana melibatkan 26org. Setiap kami dipasang-pasangkan laki-pompuan kerana kuatir pompuan xlarat nak berkayak lama.

Walaubagaimanapun, dapat dilihat tenaga perempuan pun kuat ape. Tambah2 pasangan Niza yang kesian kerana mabuk laut. Alahai adikku Fahmi... Nampaknye..sudah terbukti akak mu ini dicipta tuk melindungi orang... bukan yang "abang" je, adik pun same ha... Kebetulan Niza pun mmg ada bawa panadol active fast dan air... So mmg rezeki mu la Fahmi... Papepun... Akak enjoy naik dgn Fahmi yang nakal ni... Ade ke suruh Niza tebar jala... Mcm2 kerenah budak ni... We all berkayak ke Pulau Mentagor dahulu sebelum ke Pulau Giam. Lau xsalah Niza, dlm 6-8 kayak je yang pusing Pulau Giam tu, yg lain sume ikut jalan pintas sebab saat2 akhir org yg conduct we all tu suruh depa terus tuju ke Pulau Giam tanpa pusing.



Sesampai we all di Pulau Giam, we all sempat memegang timun laut dan gamat yang telah diambil di Pulau Mentagor oleh org yg conduct we all. Kemudian, diteruskan pula dgn jungle traking yang agak curam dan licin... tapi boleh je jalan. Wah, lame Niza tak berjungle traking ni. Tp no prob ma...biase je pun...





Then, we all sampai di tempat snorkeling. Beberapa org memilih tuk snorkling before menjamu makanan tengahari... dan antaranya sudah pasti diriku. Kami dibekalkan roti "High 5" tuk memberi ikan makan. High taste tau ikan2 ni... Ngan jari2 we all pun digigit. Kawasan tempat snorkling tu agak dlm (sbb xcecah kaki pun) jadi byk gile ikan kat situ yang cantik2 dan ada antara kami didatangi ikan yang panjang dan besar. Buat Najir yang jarinye bengkak...tu la..sape suruh p tangkap ikan tu... :p After naik dari snorkling, kami menjamu. Ada pula yang tidur pas makan kerana begitu letih... Jam 3ptg, we all mendaki semula bukit tadi tuk ke tempat kayak we all.... Niza mendahului semua... Sbb sbnrnye dah letih sgt dah...xsabar nak balik..haha...

Adab balik... we all berkumpul dulu dan berlumba kayak hingga ke tepi pantai. Wlp penat... tapi ttp berusaha... Tapi pengalaman yang Niza xleh lupa... Sebaik shj sampai di pantai...Niza minta Pali tolong tarik kayak we all tapi....... Tetibe je ombak kuat dan terus.... gedebush.... kayak Niza dan Fahmi terbalik dan comfirm2 we all pun tergolek kuar dr kayak... Cheh... papepun..alhamdulillah tak terjadi di tgh laut... huhu... Then, we all jenuh menaikkan kayak yang telah dipenuhi air. Dengan bantuan abg ashraf, aini dan aini suria...akhirnye kayak Niza dan Fahmi berjaya di tarik ke pasir. Tx korang.. :D

Keadaan hening seketika apabila semua dah berkumpul... Sebab masing2 penat tapi happy..cume ade kejadian yang mengejutkan. In da same time kayak Niza tergolek tu, kayak Abg Amar & Kak Ini menyenget dan terlanggar kepala Omar iaitu anak puan aida yang kecik skali... Alhamdulillah tiada ape2 yg berlaku... Omar pun tak nangis...mungkin kerana terkejut. Setelah itu, ada antara kami yang terus balik ke chalet dan ada yang sambung main banana boat dan snorkling di Pulau Mentagor. Di Pulau Mentagor, depa dapat lihat landak laut, dan mcm2 lagi kehidupan dlm laut. Ketika berkayak pun kami dapat melihat ke dasar laut kerana air laut yang begitu jernih. SubahanAllah...sangat indah dan sempurna ciptaan Allah.

Niza, Izan dan Aini sesudah membersihkan diri, kami pun cuba melenakan diri... Tapi telah di interrupt oleh 2org budak comel... Melayan pula kerenah budak2 yang comey ini...lawak sungguh... Biase la budak2... Tapi mmg xleh blah ayat yang dikuarkan oleh Omar.

Niza: Ha... tu la Omar. Cakap lagi boat besar xlaju.
(Omar diam seketika, mungkin menyusun ayat atau mencari idea sambil makan Mamie yang Niza berikan padanya). Tak lama selepas itu.
Omar: Kak Izan yang cakap tak laju

We all tergelak besar...pandai budak ni reka cite lain lak..cheh... Izan lak jd mangsa dia. Selepas itu, Niza, Izan, Aini dan Dia terlena.

Malam tu, we all ade *babyQ*...eh silap...BBQ... di tepi pantai... setelah kenyang, Niza, Izan dan Aini bermain buaian.. (we all ni asyik cari buaian jek). Omar da Dia pun join tak lama pastu. Dia siap boleh tetido kat buaian tu lagi... Omar pula..tetiba cabut...tanpa cakap pape kepada Niza dan Aini yang ketika itu masih di buaian. Omar mengajak mummy nye suatu tempat... Balik je dr tempat tersebut...Omar dtg pada Niza dan memegang kedua belah tgn Niza dan memberitahu..."Omar dah kencing". Hahaha...cheh... cabut sbb nak g toilet ngupenye... Aini pulak tanya "Kenapa tak bgtau td?". Jawab Omar, "Omar malu". Hahaha...lg la gelak besar we all... Hai...mcm2 gelagat budak2 ni. Malam tu jugak, Omar ade makwe baru...yang bernama Fara...ntah brp keping gambar Fara ntah yang ditangkap malam tu =p . Around jam 11malam, we all pun kembali ke chalet.

Di pagi hari terakhir, setelah bersarapan, we all memulakan aktiviti flying fox.... Sambil menunggu, kami yang dibawah bercerita pengalaman yg dilalui... dan Balai... Kami sgt teruk mengaco Niza pada pagi tu. Hampagas sungguh... :p Sebenarnye, ramai gak yang tak naik flying fox tu... Tp mmg solute la kat Mizi yang gayat tu ttp naik wlp dah sampai bawah masih memejam mata dan pucat. Then ade jugak yang naik 2kali seperti Abg Asward dan Marsha. Afriza dan Nas pun naik jugak flying fox tu...



Balik dari flying fox... Kami mula berkemas, sesudah barang dikemas, kami mkn tengahari dan kemudian ke pantai semula tuk bersiar2 dgn bot....best2... We all g Pulau Mentagor dan Pulai Giam lagi... Tgk kehidpan laut... tengok kwn Balai en.monyet...hehe...Balai jgn marah :p dan kwn Niza pun ade....mr.obor2 yang cantik itu...Balai kate tu kawan Niza. Xpe...obor2 tu cantik. Then, we all dapat tgk gak batu2 yang menyerupai buaya dan kaki.

Pulang dr bersiar2 dgn bot, we all mula check-out dr chalet dan terus menaiki van ke Jeti Pulau Pangkor tuk pulang ke Jeti Lumut. Setelah meletakkan barang di dalam bas, kami sempat membeli dan belah.... Around jam 5ptg, kami bertolak pulang. Kami singgah di Kuala Selangor for dinner dan solat. Akhirnya tiba di UiTM Malaysia kira2 jam 9.30 mlm. Sangat gembira dan sedey sebenarnye... Gembira kerana kami dapat berkumpul selama 3hari ni dan sedey kerana mungkin inilah program terakhir yang kami join same2.... Kalau xde aral dan diinvite...insyaAllah next sem kami (yang dah grad ni) akan dtg tuk MPG next sem. Same2 meraikan semua SMF lame dan puan Aida....

Dengan berakhirnya next sem, maka tiada lagi SMF batch 07/08.... Maka berakhirnye satu generasi dan akan bangkit pula generasi lain dibawah penasihat SMF yang lain.

Buat sahabat2 & Jawatankuasa SMF / DnA Society 07-08.. Terima Kasih atas jasa kalian dan bantuan kalian dalam sama2 kita berganding tenaga dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pemimpin di fakulti dan same2 menaikkan name baik SMF FSKM. Kita merasakan sukarnya wlp kesenangan pada yang baru tapi kita semua sedar kita tak pernah merungut wlp baik atau buruk yang mungkin kita terima. Kita tetap same2 berjuang.... Semoga kita semua berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan tidak lupa diakhirat.

Buat Fahmi... Thanks a lot menjadi pendengar akak hari tu... Doakan perubahan pada dia k... dan juga kepada Best... soalan mu telah terjawab dengan lagu itu "Nak ku tinggalkan, terasa sayang". Haha...

Dats all from me....
Keep in touch k...
Wassalam

PICTURES: CLICK HERE

Read More

Assalamu'alaykum wbt,
Alhamdulillah..selesai sudah Majlis Penganugerahan Pelajar Terbaik Tahun Akhir Sesi Dis 2008 - Apr 2009. Niza andaikan, Niza la org yang paling lega. Hehe...



So, nak bg ucapan sikit (ucapan ini terkandung dalam buku program)

Assalamu’alaykum wbt,
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan izinNya, kita dapat berkumpul di “Majlis Penganugerahan Pelajar Terbaik Tahun Akhir FSKM” sesi Dis 2008 – Apr 2009.

Pertama sekali, ingin saya merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa majlis yang terdiri daripada Mantan Sekretariat Mahasiswa Fakulti 2007/2008 dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti 2008/2009 yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam ini. Tidak lupa juga kepada penasihat majlis iaitu Puan Aidawati kerana mempercayai saya untuk menguruskan majlis ini dan banyak membantu ahli jawatankuasa majlis.

Seterusnya kepada warga FSKM kerana turut hadir memeriahkan majlis pada malam ni. Tidak lupa juga kepada Yang Mulia Tengku Dato' Abdul Aziz Tengku Ibrahim dan pasangan beliau Datin Habibah kerana sudi meluangkan masa bersama kami.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian mereka dan menyampaikan anugerah kepada mereka yang terpilih dalam pendidikan, sukan, kokurikulum dan kepimpinan.

Saya turut ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada pelajar semua kerana berjuang hingga ke peringkat terakhir di pengajian diploma dan ijazah. Walaubagaimanapun, perjuangan kita masih belum selesai dan banyak lagi cabaran yang akan kita tempuhi dalam kehidupan ini. Semoga semua berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.


Berikut adalah Senarai Nama AJK:
PENGARAH : NAZATUL `IZZATI BINTI HAJI ZAINAL ABIDIN
TIM. PENGARAH : KHAIROL IZWAN BINTI SHAFIE & AHMAD FAHMI PARIDIN
SETIAUSAHA : INI IMAINA BT ABDULLAH
BENDAHARI : NUR FARAZELLA BINTI HUSIN
PERSEMBAHAN : AHMAD HAZIQ OMAR, MOHD HAFIZI MOKTHAR,MOHD ASWARD KAMARUDIN
HADIAH & CENDARAMATA : MOHD ZIKRILHAKIM JALANI, NORAINI NGIDIMIN, NUR AFRIZA BAKI, WAN NAJMUDDIN WAN ALI,HARYATY AMBAR
TEKNIKAL : MOHD AZMAN KUDUS
PUBLISITI & PERSEMBAHAN MULTIMEDIA :MOHD ASHRAF YUSOF & MOHD NAJIR TOKACHIL
PENGACARA : NAS FATEHAH MAHADI & RAJA IRWAN SHAH
PUBLISITI & PENDAFTARAN : LAILI HANIMM MOHD HARIS, NORASYIDA OMAR
JURUKAMERA : AHMAD AMAR B. ABDUL RAHIN


Alhamdulillah..event berjalan dengan agak baik wlp tidak seperti yang Niza harapkan akan berlaku bbrp perkara yang tak diingini. Papepun, for me...its ok... Sebab, kalau xde ajk2 Niza...xde sape la nak run this program... So..Congrates to my AJK.

Ade bbrp isu yang timbul dalam event pada malam ini antaranya:
1. Pakaian student yang mengikut INTERNATIONAL MUHIBBAH...bukan seperti MUHIBBAH yang ada gambaq JALUR GEMILANG tu...dan ada juga yang dah jadi "ENGLISH WOMEN"
2. Persembahan CS220
3. Queen of the night
4. Bas pulang ke UiTM & seksyen 7

Biar Niza huraiankan satu persatu.
1. Mungkin ramai yang tak paham dengan perkataan "MUHIBBAH" kene bukak kamus la korang ni. Dan mungkin ada yang tak kenal JALUR GEMILANG (Bendera Malaysia) yang tertera dalam kad jemputan & banner serta poster. Oleh itu ramai( tak la jugak) yang berpakaian INTERNATIONAL MUHIBBAH...ape2pun xpe la asal pakaian tu TAK KETERLALUAN.
2. My AJK dah 3 MINGGU tampal poster kepada sesiapa yang ingin membuat persembahan dan Niza sendiri dah beritahu pada bbrp org wakil kelas. Dan yang kasi feedback hanya CS220 and CS112. So malam tu diaorg je la perform..sedap x sedap tu Niza xtau la sbb bukan Niza yang uruskan hal2 ni...
3. Sorry bagi pihak my AJK. Niza sendiri terkejut dengan pemilihan Queen of the night tu..yang berpakaian korea tu..papepun.. Mmg comel..haha...
4. Bas mmg disediakan..tapi oleh kerana kalian sibuk bergambar hingga tidak sedar yang hari sudah larut malam...oleh itu logiklah anda ditinggalkan bas..ye tak? Heh..jgn marah..tu sume dah ketentuan...kan...

Dan.........
kepada penerima anugerah berikut, Niza ucapkan tahniah.

ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PROGRAM
HASNAN HILMI SALLEH
ALIIMRAN NOORDIN
NOOR AZLIN BINTI MOHD.RAZALI
ABDUL RAHIMAN ALI ACKBAR IBRAHIM
NADIA BINTI SAJALI
FA'IZA NURUL 'ASHIKIN BINTI IZANY
HADI SOPHIAAN BIN ROSLAN
UMMI SAA'DAH BINTI MARNI
ANIS SYAZWANI MOHD KAMIL
AINON SYAZANA BINTI AB HAMID
MOHD KHAIRUL BIN OTHMAN
SITI 'AISYAH BINTI SA'DAN
MOHD ARIFF BIN MOHD RAFEE
SYED ANWAR SHAHRIM BIN SYED ABDULLAH


ANUGERAH KHAS PENGHARGAAN
1. NOR MAISHARAH BINTI SUHAIMI
2. SYED NAUFAL GADDAFI BIN SYED AZUDDIN
3. HARYATY BINTI AMBAR
4. MUHAMMAD FADZLEY BIN SALIM
6. KHAIRIL FAIZI BIN ABD RASHID
7. MOHD SYAMSYUL NAHAR BIN MANSOR


ANUGERAH KESELURUHAN SUKAN
AHMAD NUR AZAM BIN AHMAD RIDZUAN

ANUGERAH KESELURUHAN KO-KORIKULUM
MUHAMMAD ASHRAF BIN AHMAD FUAD

ANUGERAH KESELURUHAN AKADEMIK
NURIN HANIAH BINTI ASMUNI

ANUGERAH KHAS DOKTOR FALSAFAH
QAIS MAHROMYAR FARYADI

ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN
NAZATUL `IZZATI BT. HJ. ZAINAL ABIDIN


KING & QUEEN OF THE NIGHT
ISMA AIDIL HAZARI
SI GADIS KOREA (Xtau name die..hehe..)


dan juga kepada CS225 kerana mendapat Hadiah Khas Program. Hadiah ini diberikan kerana kerjasama daripada student CS225 dalam membuat pengelasan meja mereka dan bayaran yang cepat. Pendek kata xde masalah la deal dgn diaorg ni..begitu juga dengan Ketua Program diaorg...cepat je comfirm & byr duit dgn Niza.

OK la...last skali....kepada semua warga FSKM....TERIMA KASIH kerana hadir dan ini adalah kehadiran yang teramai (sebab tu we all tak mampu nak kawal kebisingnan & keje bgambo korg). Tapi..buat kalian semua...andai ada lagi function sebegini..diharap kalian dapat menghormati org yang sedang berucap terutama VVIP dan juga menghormati majlis serta semua org yang berada dalam dewan. Kerana kita semua adalah HAMBA ALLAH yang hidup dalam berMASYARAKAT perlulah menghormati ORANG DISEKELILING kita. Maaf salah silap daripada pihak pengurusan majlis. Dan buat AJK...TZ A LOT...jika tiada kalian (kita) tiada siapa akan handle program ini.
-END-




After function, we all mantan SMF g minum2 dgn puan aidawati...best wlp hanya minum di gerai biasa...sebab dapat jumpe kwn2 seSMF sesi 2007/2008.

--> Jumpa kalian di Pulau Pangkor pada 15 Mei 2009.

Wassalam

Read More

CAREER TALK & CAREER BOOTH FSKM

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, April 1, 2009 [ 0 comments ]

BICARA ALUMNI and CAREER TALK
3 APR 2009
8.30am-10.30am
Dewan Al-Ghazali
*Part 5 and 6 are compulsory
(Makan pagi disediakan)

CAREER BOOTH
3 APR 2009
8.30am - 2.00pm
Laman Najib
* Please bring the resume for interview


Read More

Seorang SAYA, AKU dan SENDIRI

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, March 18, 2009 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
As usual...currently my mode is BUSY & MERINDUI seseorang. For this three months fowards, Niza akan BUSY... wlp mmg slalu org akan kate Niza ni memang pun "SOKMO BUSY". What can i do. This is the life. So... banyak perkara nak dikongsikan.

1. InfoSys
2. Program 3P
3. Our Function & Food Testing

InfoSys
Bercerita mengenai InfoSys... what is InfoSys? Let me tell u...
Infosys defines, designs and delivers technology-enabled business solutions that help Global 2000 companies win in a Flat World. Infosys also provides a complete range of services by leveraging our domain and business expertise and strategic alliances with leading technology providers.

Infosys' offerings span business and technology consulting, application services, systems integration, product engineering, custom software development, maintenance, re-engineering, independent testing and validation services, IT infrastructure services and business process outsourcing

Ok, ni serba sedikit pasal InfoSys...nak tau lagi...CLICK HERE. Hari ni ade exam & interview di FSKM (Fakulti Sains Komputer & Matematik - Nama baru bg FTMSK). Ramai gak yang pegi...around 40 above...

Previously, lau nak banding dgn universiti2 lain, UiTM la paling ramai jumlah student yang mengikut program ini. Hal ni jugak dibincangkan bersama Dr.Mazani ketika food testing tghari tadi di Hotel Concorde Shah Alam. Dan sudah semestinya Niza ditanya kenapa tak join? I hv my own reason...

Besides, Niza mmg nak tumpu pada asp.net yang ditawarkan oleh program 3P. Ape pulak 3P ni? Ha..jap lagi Niza cite. Sedar x...betape bertuahnye menjadi student UiTM...terlalu banyak pihak yang menawarkan pembelajaran sebagai melengkapi kemahiran kami. (Saya tidak mahu isu politik berada dalam ni. Sebab manusia memang akan selalu memikir yang -ve).-END-

3P (Program Pertauliahan Profesional/Industry-Based Certification Programme)
What is objective of this program?
This program is intended to bridge the knowledge gap between technology and skill sets in today’s competitive job markets. This program is targeted at students in the final year. This program will complement the degree awarded by IPTAs in Malaysia.

What are certifications that currently offered by 3P?
Click Here
Sebelum ni, Niza mmg pernah join this programme...When i was in diploma... Time tu Niza amik Adobe System punye certificate... Tu yang di offer pada kami student Diploma in Comp.Sc from Sarawak (Cawangan lain tak dapat offer pun...we all je... Alhamdulillah). And Alhamdulillah...selain dapat menjalani program ini dari awal hingga ahir, Niza juga terpilih sebagai Best Student for this Course.

Sekali lagi, Niza akan join 3P ni...tapi kali ni dalam ASP.net. Merasakan diri ini sangat ingin mendalami pelajaran ini dan Niza juga merasakan...beruntungnya menjadi pelajar zaman sekarang ni. I mean, mungkin in this industry. Mungkin sbb kepesatan teknologi dan permintaan yang banyak serta saingan yang tinggi, banyak langkah2 tuk menaikkan lagi pengetahuan & pendedahan kepada pelajar dibuat. -END-

Our Function & Food Testing
Seperti yang ramai dah ketahui... Pada 3 April 2009 akan berlansungnya "Majlis Penganugerahan Pelajar Terbaik Tahun Akhir FSKM Sesi Dic 2008 - Apr 2009" yang bertempat di Hotel Concorde Shah Alam. Ini adalah kali ke3 Niza terlibat dalam this function selain sekali ketika di Sarawak dahulu. Pada semester ini, Niza telah diberi kepercayaan tuk mengendalikan program ini berbanding sebelum ini Niza menjadi Tim.Pengarah & Floor Manager disamping menghubungi alumni2 FTMSK. Skop tugas yang makin meluas membuat Niza semakin busy disamping in da same time Niza menumpukan perhatian kepada pembelajaran Niza dan Final Year Project Niza.

As a human, kite mmg tak lari dari kesibukkan... Semakin banyak tanggungjawab kita, semakin banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan, semakin banyak pula akan kita di soal di akhirat kelak dan oleh itu, Niza cuba sebaik mungkin tuk menjalankan semua tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya (apa yang dijaga); seorang pemimpin akan ditanya mengenai rakyatnya, seorang lelaki adalah penjaga kepada ahli keluarganya dan akan ditanya mengenai jagaannya, seorang perempuan adalah penjaga kepada rumah suaminya dan akan ditanya jagaannya, seorang khadam adalah penjaga kepada harta tuannya dan akan ditanya mengenai jagaannya, dan setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya." - (Hadis Muttafaq 'alaih)
Pada Jumaat lepas bersamaan dengan 13 Februari 2009, Niza telah pun meeting dengan Kak Surayah (Ass.Sales Mgr) di Concorde regarding this function. Everything OK. Dan disebabkan pada kali ini Penasihat Program ingin menukar menu dari Chinese Style kpd Muhibbah Menu, jadi Niza telah pun meminta tuk adalah food testing dimana telah pun berlansung pada lunch time hari ini. Food testing ini telah dihadiri oleh 10org dan mereka ialah:
1. Dr.Mazani (Tim.Dekan FSKM)
2. Puan Aidawaty (Penasihat SMF)
3. Niza (Pengarah program)
4. Khairul (SMF & Tim.Pengarah 1)
5. Hakim (SMF & Biro Hadiah Program)
6. Afriza (Tim.Presiden SMF & Biro Hadiah Program)
7. Najir (Presiden SMF & Biro Publisiti & Multimedia Program)
8. Fara (Bendahari SMF, Bendahari Progam & AJK Pendaftaran Program)
9. Ini Imaina (SU SMF, SU Program, & AJK Pendaftaran Program)
10. Halim (Ketua Biz.Comm & SMF - Menggantikan Fahmi(Tim.Pengarah 2 Program tuk makan je ;-p )

Alhamdulillah semua food OK...no prob...So, those yang akan pegi malam kejadian... Selamat menikmati hidangan anda. Sepanjang makan...xkering gusi dengan kerenah semua... Termasuklah dr.Mazani... Haha...leh tahan gak wat lawak...macam Prof.Khalid gak dlu... Best2...

Dalam menempuh hari2 yang BUSY dengan Report FYP ni... Byk juga keje lain yang perlu diuruskan...
1. FYP progress (Chap 3 -Methodology in progress)
2. Make sure semua AJK menjalankan tugas tuk persediaan MPG & meminta update dr setiap biro.
3. Report Multimedia (Alhamdulillah...Hantar pada masanya)
4. Multimedia Presentation(Alhamdulillah...dah present pun)
5. Report Ethic (Alhamdulillah...Hantar pada masanya)
6. Appointment @ PPUM (esok...insyaAllah)
7. Amik baju di Medan Mara (esok...insyaAllah)
8. Hantar Chap 3 (Jumaat...insyaAllah)


Kesibukan membuatkan Niza amat merindui masa senang ku...dimana...
1. Duduk & bersenang sambil membaca kitab2 agama (ade 2 buku x abes lagi bace)
2. Menonton cite2 baru & lame yang masih lum tgk (tgk kat lappy je)

Tapi dalam kesibukkan Niza masih sempat...
1. Membaca Qalam Suci Al-Quran...(Ni jangan tinggalkan...amalkan setiap hari)
2. Jalan2 shopping dgn family (baru last 2weeks jalan2 mak, adik & my 2nd bro)


What can we do in our life? Just go with da' flow & be flexible with it as long as tidak melanggar hukum Allah.
WaAllahulam....

p/s: Tak semua perkara yang kite buat tu org suke..sedangkan kite cube tuk berlaku adil pada semua... Dan aku...sebagai manusia biase yang cube berlaku ADIL... tak dapat tuk memenuhi kehendak semua orang...

Read More

Click for enlarge

Pendaftaran
Majlis Penganugerahan Pelajar Terbaik Tahun Akhir FSKM
berlangsung di Laman Najib
pada
16Mac2009 (12-4ptg) & 17Mac2009 (12.30 - 2ptg).
Anything..sile call wakil saya yang menguruskan program anda
(sila lihat di poster di atas & yang tertampal di FSKM).


Read More

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri