Showing posts with label AFSKMUiTM. Show all posts
Showing posts with label AFSKMUiTM. Show all posts

Walimahtulrus Sahabat

Posted by NIZA.Ati on Thursday, July 21, 2011 [ 0 comments ]

Winamp: Tetap Bertahan by Wali Band.

Assalamu'alaykum wbt,
kekangan masa dalam mengikut program latihan SAP membuatkan Niza tidak berkesempatan untuk menceritakan tentang perjalanan dan kehadiran Niza ke walimahtulurus sahabat pada bulan Mei & Jun. Biar gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya. :)


7 Mei 2011 : Walimahtulurus Aswadi Abdul Rahman
Kenalan : Sahabat sejak di SMK Aminuddin Baki
Temapt : Kediaman ibu-bapa beliau, Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor



27-30 Mei 2011 : Walimahtulurus Norfaizan Ahmad
Kenalan : Rakan Seperjuangan Sekretariat Mahasiswa FSKM, UiTM
Temapt : Kediaman ibu-bapa beliau, Felda Bukit Tongkat, Kluang, Johor



26 June 2011 : Walimahtulurus Norshahira Mat Tahir & Khairul Fadly
Kenalan : Sahabat sejak di SMK & Asrama Aminuddin Baki
Temapt : International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur

Read More

Waktu Zaman Kita Dulu...

Posted by NIZA.Ati on Thursday, May 19, 2011 [ 12 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Rindu rasanya... bersama mereka membuat aku aku tersenyum ceria meskipun kami berada dalam keadaan yang serius seperti meeting etc. Tapi melihat mereka, gurauan mereka, telatah mereka, loyar buruk mereka, membuatkan aku happy.

Lama tak lama, sudah 4 tahun bersama. Masih aku ingat lagi, aku di interview oleh adikku Acap K, sahabat ku Aini dan yang lain aku tak ingat melainkan ibu kami Puan Aida. Aku merupakan orang ke2 yang di interview. Interview tuk ape??? Tuk jadi Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) dimana ketika batch aku telah bertukar nama kepada Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan secara khasnya kami telah mewujudkan nama kami sebagai DnA Society (Digital And Analog Society) dimana kami terdiri daripada pemimpin-pemimpin di fakulti.

Semua event di fakulti, kamilah yang handle. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar event. Kami masing-masing dari berlainan program tetapi masih dibawah fakulti yang sama. Di antara beribu-ribu pelajar di FTMSK / FSKM itulah wujudnya kami.


Kami berkerjasama tuk menjaya program fakulti dimana kami sendiri yang menguruskan hampir 100%. Dari membuat proposal hinggalah membuat laporan aktiviti. Kami menaikkan nama SMF dimata lecturer2 dan staf2 fakulti malah di UiTM itu sendiri. Kami tidak merungut meski ketika itu kami tiada bilik gerakan, kami tidak merungut meski ketika itu kami tiada baju sponsor (kami keluar duit sendiri untuk mambuat baju SMF, nametag etc), kami tidak merungut meskipun kami terpaksa memakai semua barang sendiri, kami tak merungut meskipun kami terpaksa bersempit dalam bilik Puan Aida tuk print kertas kerja, untuk membuat panggilan luar, dan segala-galanya disitu. Kami tak pernah merungut.

Kami mohon sponsor baju dari fakulti tuk SMF akan datang, kami minta dari fakulti bilik gerakan sedangkan kami tahu bukan kami yang akan dapat semua tu. Kata Puan Aida:
"Tak pelah, biar ape yang kita minta ni dapat digunakan oleh SMF baru"
Dalam menjalankan event, kadang-kadang kami tak lepas dari kengkangan masa, tapi kami saling membantu. Kami berkerja bukan tuk diri sendiri, tapi tuk pelajar semua. Jika ada yang memerlukan dalam tugasan, kami saling membantu.

Tapi, tak ada yang perfect dalam sesuatu itu tapi bukanlah suatu yang besar untuk dipertikaikan. Kata Puan Aida:

"Biasalah, dalam adik-beradik mesti ada salah-faham. Sebagai yang tua, kita kenalah beralah."
Itu zaman kami... waktu zaman kita dulu... SMF sangat well known di pihak atasan. Malah dekan, tim.dekan juga kenal kami. Kata Prof.Mazani:
"Batch you all ni ade chemistry" - Ketika Majlis Iftar & Meeting August 2010
Meski sudah 2 tahun kami membawa haluan masing-masing setelah begelar "pekerja", kami masih lagi berhubung, meeting, membuat event, bercuti malah kami juga diberi kebenaran tuk menggunakan bilik gerakan SMF di fakulti tuk meeting. Juga dibenarkan untuk menggunakan dewan di fakulti tuk event. Kami sangat berterima kasih kepada fakulti kerana masih mempercayai kami, masih mengingati kami, masih menghargai kami.

Kami menubuhkan Pertubuhan Alumni Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi MARA bukan untuk kepentingan. Malah kami bersusah-payah, mengorbankan masa kami, tapi bukan untuk kami. Untuk siapa? Untuk semua alumni dan pelajar. Perlahan-lahan kami akan cuba tuk membangunkan persatuan ini.

Mengenali mereka adalah sesuatu yang amat Niza hargai.

Puan Aida, Acap Khalid, Izan, Kak Aty, Aini, Abg Acap, Abg Asward, Aini Suria, Nita, Kak Aishah, Abg Amar, Fahmi, Najir, Fairuz, Syed, Fadzley, Abg Apiz, Afriza, Dean, Fara dan ramai lagi.

Semoga kita terus menjadi kawan yang baik... :)

Wassalam

Read More
categories: , , | | edit post

Pendaftaran Alumni FSKM, UiTM

Posted by NIZA.Ati on Monday, December 13, 2010 [ 0 comments ]

Winamp: Ur Man by SS501
Status YM: (tensen => jerawat jerawat => tensen) (dihati ini hanya Allah yang tahu)
Status FB: akal dan fikiran, hati dan perasaan... gunakanlah tuk kebaikan... planning tuk kehidupan... barulah semuanya dalam kawalan... insyaAllah...

Assalamu'alaykum wbt,
Walaupun cerita mengenai ini agak ketinggalan, Niza tetap mahu coretkan disini. Pada 5 dec 2010, kehulu-kehilir Niza mencari CC tuk print semua dokumen yang telah siap bagi tujuan pendaftaran Alumni FSKM, UiTM secara rasmi. Ini berikutan semua dokumen yang diberikan lambat kepada Niza yang memaksa Niza print di rumah, walaubagaimanapun ink printer kehabisan dan membuatkan Niza terpaksa mencari CC. Adalah mendukacitakan apabila semua CC yang Niza pergi tiada print color.

Dari Jalan Duta > Selayang > Selayang Mall > Bandar Baru Selayang > Gombak > Jalan Genting Klang > Jalan Duta > Danau Kota > Bangsar. Itulah perjalanan Niza pada 5 Dec 2010 tempoh hari.

Akhirnya Niza ambil keputusan tuk print yang Hitam sahaja dan fotostat semua dokumen sebanyak 6 salinan.

Keesokkan paginya 6 dec 2010, seawal jam 9pagi Niza telah pun mengambil abg Acap (AJK Penaja) di KLSentral, kami telah mengambil cuti & ke UiTM Shah Alam tuk meminta tanda tangan Izan selaku AJK Utama. Kami memerlukan tanda tangan 2 AJK Utama dan alhamdulillah selain Niza sendiri, Izan berada di sini. Jadi tidak sukar. Kemudian kami ke kedai tuk print color.


Setelah selesai semua, kami terus ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Tingkat 16, MBSA. Setelah selesai urusan, barulah kami (Niza & Abg Acap) dapat mengisi perut yang sangat lapar... huk3...

Kepada AJK Penaja Alumni FSKM, UiTM:
1- Niza agak terkilan dengan beberapa orang antara kalian... sorry to say... but to be honest buat pertama kalinya Niza terkilan dengan kalian... Niza tak tahu kemana perginya tanggungjawab kalian sebagai presiden, naib presiden, setiausaha 1, setiausaha 2, bendahari (Niza la tu~), 2 orang AJK penaja.
2- Kepada setiausaha, walaupun tak sempurna dokumen yang diberikan kepada Niza (try chk ur email yg dihantar dokumen dalam bentuk pdf pada Niza tu), Niza tetap ingin berterima kasih kerana sekurang2nya anda menjalankan tanggungjawab.
3- Salah seorang AJK Penaja (anda kenal siapa anda), tx sebab banyak membantu Niza (kehulu-kehilir menemani & menolong Niza).
4- Tx a lot pada penasihat kerana sentiasa memberi sokongan...
5- Tx juga kepada Abg Asward coz membantu dalam menguruskan aktiviti2 sebelum ini.

After all, Niza harap, selepas ini Niza HANYA akan membuat kerja2 bendahari (sebelum bermulanya mesyuarat Agong pertama selepas pengesahan penubuhan) & SANGAT BERHARAP semua AJK menjalankan tugas masing2 dengan amanah & penuh dedikasi. Fahamilah, kite semua bekerja... Niza pun busy...

Wassalam

Read More
categories: | | edit post

Majlis Buka Puasa Alumni Sekretariat Mahasiswa FSKM, UiTM

Posted by NIZA.Ati on Saturday, September 4, 2010 [ 2 comments ]

Winamp: Open Your Eyes by Maher Zain (tgk!! lagu ni lagi..asal tulis entry lagu mesti tgh main lagu ni)
Status YM: Malam-malam terakhir di Bulan Ramadhan
Status FB: Baru 1 hari, saya sudah rindu rakan-rakan Alumni DnA Society @ SMF 06/07/08/09 . Semoga semuanya sentiasa diredhai Allah. InsyaAllah.

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 3 September 2010, Niza dan kawan2 Alumni Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Komputer & Matematik yang juga dikenali sebagai DnA Society telah menghadiri Majlis Buka Puasa Alumni SMF di Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM. Turut hadir adalah penasihat Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik UiTM iaitu Puan Aidawati (penasihat kami ketika masih lagi SMF), Prof.Dr. Zainab Dekan FSKM , Dr.Mazani Tim.Dekan FSKM, Cik Raihana Penasihat SMF, En.Jamal pegawai teknikal (sukati aku je..betul kot) dan Kaunselor FSKM.



Antara Alumni SMF yang hadir adalah:
SMF 06/07: Aznita, Headar, Kak Aishah
SMF 07/08: NIZA, Kak Aty, Aini Suria, Fara, Abg Asward, Abg Acap Y, Acap K, Syed, Anas, Ahho, Abg Amar.
SMF 08/09: Najir, Best, Fairuz, Akim, Kerol, Sham, Halim.

AGENDA:
Buka Puasa
Solat Maghrib
Makan Malam
Solat Isya'
Solat Tarawih
Meeting Alumni FSKM UiTM
Meeting Trip Holiday Alumni FSKM & Kursus Pengurusan Organisasi FSKM,UiTM.


Pertama sekali Niza nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas kehadiran dan komitmen anda terhadap Alumni FSKM UiTM. Tanpa kalian mungkin kita tidak sekuat sekarang hingga dibangga2kan oleh Dekan, Tim.Dekan dan mereka yang masih mengingati kita di FSKM. Tahniah Niza ucapkan buat semua trutama Puan Aidawati yang menjadi tulang belakang kami.


Okai, berbalik pada majlis buka puasa tadi. Kami tolong-menolong menyiapkan tempat tuk majlis ini diadakan di Dewan Al-Ghazali,FSKM. Bila tiba waktu berbuka puasa, Halim telah mengazankan dan membaca doa. Setelah buka puasa secara ringan2(ringan ke kalau dah masing2 dah tibai nasi bubur, sate, kuih2 yang byk tu etc =P ), kami menunaikan solat Maghrib yang telah diimamkan oleh Halim.


Menu: Kurma, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Nenas Ikan Masin Masak Lemak, Rendang Daging, Sambal belacan + Ulam2an, Satay, Bubur, Kuih 3 jenis, Buah2an, Air Tembikai, Sunquick, Tea'O'
Menu Tambahan: Kuih Tepung Pelita (sumbangan Anas) & Kuih-muih (sumbangan Dekan)

Setelah menunaikan solat Maghrib, mula tuk makan berat. (Niza dah tak larat dah nak makan, selalu kalau buka puasa memang tak makan banyak pun). Then we all lepak2 je sementara tunggu masuk waktu Isya'. Tetiba Dr.Mazani cakap "Niza, saya jumpa blog awak. Macam-macam awak ada tulis dalam tu". Wakakaka~ Segan la pulak...hope time Dr.Mazani jumpe tu bukanlah tengah entry yang sengal2... ^^ ahaks~


Bila masuk waktu, Halim terus azan dan kami menunaikan solat Isya', Tarawih 8 rakaat & witir 3 rakaat dimana diimamkan oleh Halim dan bilalnya adalah Acap K. Alhamdulillah, selesai menunaikan solat, kami terus kepada meeting.



Agenda meeting yang pertama adalah berkaitan dengan Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik Universiti Teknologi MARA (AFSKMUiTM) dimana telah dipengerusikan oleh saudara Acap K. Alhamdulillah, berkat usaha perbincangan kami dalam menyiapkan perlembagaan AFSKMUiTM bersama warga AJK & AJK Adhoc AFSKMUiTM dan usaha dalam mendapatkan kelulusan penggunaan nama UiTM dalam persatuan akhirnya Dato' Sahol telah memberi kebenaran tuk kami menggunakan nama UiTM dalam persatuan kami yang bakal didaftarkan di ROS (ape ROS ni? korang cari la sendiri, malas nak stoly moly). Dalam meeting ini, kami telah meng"clear"kan our milestone kepada Dr.Mazani dan kepada alumni lain yang masih tidak tahu berita tentang itu.


Kemudian, diteruskan pula dengan meeting kedua yang dipengerusikan oleh Niza sendiri dimana meeting kedua ini berkaintan dengan Trip Holiday AFSKMUiTM dan Kursus Pengurusan Organisasi FSKM. Niza telah menetapkan tarikh ke Pulau Langkawi iaitu pada 3-6 Disember 2010 bagi trip percutian sekaligus membantu KPO FSKM dimana kami AFSKMUiTM telah dijembut oleh Cik Raihanan tuk turut membantu dalam menjayakan KPO. Warga AFSKMUiTM amat berbesar hati dalam memberi sumbangan tenaga kepada fakulti. InsyaAllah.

Tidak ketinggalan juga, kami yang hadir turut mendapat KAD RAYA dimana telah ditandatangani oleh semua yang hadir pada malam tersebut (ada jugak yang tak dapat semua tanda tangan). Apa2pun, kami happy... kerana secara tak langsung ini merupakan reunion kami yang ke2 pada tahun ini (tidak termasuk Meeting pada bulan Januari dan meeting pada bulan lepas). Kemudian, Kami bersurai dalam jam 11.45malam.


Terasa benar-benar terlalu cepat masa berlalu. Kami telah bergelar Alumni, sudah bekerja dan paling Niza trasa kekok bila Puan Aida menyebut Najir sebagai "Encik Najir" pada Dekan & Dr.Mazani. Najir kawan yang kelihatan macam budak2 tu dah bergelar lecturer d FSKM itu sendiri... ^^

Apa2pun... semoga ukhwah dan perjuangan kita diredhai Allah... InsyaAllah... Amin Ya Rabbal'alamin...

Message Puan Aida
Ok tq. Tq Niza tlg organize utk semlm... Hopefully the r'ship that we built last long...
tuk semua AFSKMUiTM

Wassalam

Read More

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri