Showing posts with label In My Perception. Show all posts
Showing posts with label In My Perception. Show all posts

Rasa Kehidupan

Posted by NIZA.Ati on Monday, March 7, 2011 [ 0 comments ]

Winamp: U'r My Heaven By SS501
Status FB: Kasih-sayang yang berlandaskan keimanan akan melahirkan $$ tetapi dengan $$ tidak akan melahirkan kasih-sayang yang asli. Jika persahabatan, perhatian & kasih sayang itu mahu dinilai dgn $$ maka tidak akan lahirlah/kekallah sesebuah pertalian perhubungan itu~ Saya kecewa dengan sikap sesetengah manusia~


Assalamu'alaykum wbt,
Agaknya... bagaimana rasa kehidupan ini? Masam? Pahit? Manis? Tawar? Masin? Sebenarnya semuanya ada dalam sebuah kehidupan... tapi lazimnya, orang mahukan yang manis...

Bagaimana pula pilihan diri Niza?


Jika diberi air sirap yang MANIS & air coffee yang PAHIT... agak2 Niza akan pilih mane?


Atau jika diberi Hazelnut Chocolate yang MANIS dan Black Chocolate yang PAHIT... yang mane pilihan Niza?


Dalam hidup ni, kita yang perlu memilih... sebab ini adalah hidup kita... tapi jika kita hidup tuk diri sendiri maka seringkali pilihan kita itu salah... Buatlah keputusan tuk kebaikan semua pihak...

Niza memilih PAHIT lebih berbanding manis dalam kedua2 pilihan di atas... Yups... Niza memang sangat suke coffee... dan Niza memang suke Black Choc walaupun Niza suke juga Hazelnut, tapi ada sebab kenapa Niza memilih yang PAHIT.

PAHIT... meskipun pahit... tapi yang pahit itulah cabaran dan ujian... sebelum kebahagiaan menyapa... pahit tidak mendatangkan sakit kepada kita... tapi membuat kita lebih tabah... ubat itu pahit kan... :) tapi ubat itulah membantu membunuh penyakit kita... seperti Black Choc... meskipun pahit tapi kandungannya mampu meimbangkan darah tinggi seseorang berbanding choc biasa. (Niza penah buat research tentang Black Choc time blaja dulu tuk subject presentation skill).

PAHIT... bila kita menjadikan ujian itu positif, kita akan melalui dengan tabah... kita akan sentiasa beringat pada Allah... maka... insyaAllah kita tidak akan lari dari landasanNya. Dimana, pengakhirannya dalah sebuah kebahagiaan. insyaAllah...

MANIS... kenapa manis bukan pilihan Niza? Kita tengok sesuatu yang simple disini... orang yang sentiasa makan dan minum bende manis akhirnya akan terkena kencing manis... Meskipun sedap di mulut tapi tidak elok untuk kesihatan. Kata2 manis dari seseorang juga sebenarnya dalah pisau yang tersembunyi, harapan yang palsu dimana penghujungnya pisau itu akan membunuh dan harapan itu akan berderai. Bila yang manis kite terima, maka kita tak akan berhati2 dengan hidup ini.

Kita diberi pilihan dalam kehidupan... HATI memainkan peranan tuk membuat pilihan...
Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 29- " ... maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.."

...dan AKAL memainkan peranan tuk berfikir akan baik buruk sesuatu perkara. Memikirkan kesan dan akibat dan memikirkan bagaimana mahu Allah redha kepadanya.
Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 36 -"Dan janganlah engkau mengikut sesuatu yang kamu tidak tahu. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya"

Lazimnya, kita sering kali mengetepikan apa yang telah Allah tunjukkan pada kita demi memuaskan nafsu yang ada pada diri kita. Lazimnya kita tidak memperdulikan apa yang Rasulullah ajarkan pada kita demi memenuhi kehendak hati yang tidak disertakan dengan akal kita.

Melalui detik2 yang manis tanpa memikirkan dihujungnya dalah sebuah kekecewaan. Adalah lebih baik hidup dalam kepahitan supaya kita sentiasa beringat pada sesebuah kemungkinan.

Istiqarah-lah... bertanyalah pada Allah... meskipun apa yang bakal Allah tunjuk pada kita dalah kepahitan pada kita, tapi sebenarnya ada yang terindah menanti episod kehidupan kita... :)

Usahlah kita menjadi orang yang mementingkan diri sendiri; membuat keputusan demi memenuhi kehendak hati kita. Sedangkan telah Allah berikan kita sebuah pengharapan yang pasti, usah kita membiarkannya dan mengharap pada yang tidak pasti. Sesuatu yang manis pada kita kadang2 bukan adalah kemanisan sebenar, tetapi milik kemanisan pada orang lain yang kita curi tanpa sengaja. Jadi, jika sudah Allah tunjukkan kemanisan sebenar kita, meskipun pahit yang kita rasa tapi itulah kemanisan dari Allah untuk kite demi kehidupan yang lebih baik.

WaAllahualam,
Wassalam

Read More

Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan Dan Keikhlasan

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, February 23, 2011 [ 4 comments ]

Winamp: Dong Hwa by Kim Hyun Joong

Assalamu'alaykum wbt,
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )

Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK ~

Sumber: HERE

Read More

M.A.S.A.L.A.H

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, December 22, 2010 [ 2 comments ]

Winamp: Itulah Sayang by Arwahyarham Tan Sri P.Ramle & Normadhiah
Status YM & FB: Buka hati... be positive... just let it go... ape yg berlaku dan berlalu... cuba baiki diri sebelum ingin melihat orang lain berubah... percayalah... pada kelembutan hati~

Assalamu'alaykum wbt,
Sejujurnya... Niza bukanlah kaunselor yang pandai tuk memberi nasihat dan menenangkan hati orang lain... tapi setiap kali Niza dicari tuk diminta nasihat insyaAllah Niza akan cuba memberi yang terbaik... walauapepun... 1st sekali perlu BUKA HATI untuk menerima...

Semua orang tak akan terlepas dari masalah... masalah kawan, sahabar, teman, keluarga mahupun kerja. Ye, Niza sendiri menghadapi masalah sekarang... masalah ape? Biarlah Niza je yang tahu...

Ape yang penting dalam menghadapi masalah adalah yang pertama sekali adalah BUKA HATI untuk MENERIMA bahawa MANUSIA itu TIDAK SEMPURNA... Setiap manusia mempunyai cara pemikiran, cara percakapan, gaya bahasa, amalan yang berlainan. Dimana semua ini terbentuk hasil daripada persekitaran pembesaran, layanan, pergaulan dan fahaman.



Sebagai contoh, orang muda sering bercanggah pendapat dengan orang tua... kenapa? Orang tua membesar dengan dunia yang masih kurang maju... kesusahan... tapi kita membesar dengan dunia yang sudah membangun... kesenangan... ape yang orang tua risaukan tidak sama seperti apa yang kita fikirkan...

PENERIMAAN... terima pendapat mereka... terima teguran mereka... selagi tidak bercanggah dengan AGAMA... meskipun tidak dapat menerima... DIAM!

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”. [Bukhari no. 6018, Muslim no. 47]

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya”. (QS. Al Isra’ : 36)

“Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. (QS. Qaff : 18)


Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda:
“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka karena tidak dapat mengendalikan lidahnya”.
Baginda juga bersabda :
“Tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran”.

Mungkin cara mereka salah... mungkin cara kita betul... jadi tunjukkanlah yang baik pada mereka... moga dengan KELEMBUTAN yang ada pada kita mampu tuk MELEMBUTKAN HATI mereka dan MENERIMA cara/fikiran kita.

Bersahabat baik dengan orang yang baik bukan bermakna kita tidak boleh berkawan dengan orang tidak baik (amalan agama yang kurang/perangai yang hampeh/bahasa yang buruk etc)... tapi yang penting disini bagaimana tuk kite berhati-hati dan mengadili mereka. Tapi jika dengan menghindar itu adalah lebih baik untuk kita maka lakukan.

Kenapa Niza kata boleh berkawan dengan orang yang tidak baik... kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik...? Manalah tahu dengan melihat diri kita yang lebih baik dari die membuatkan die terbuka hati untuk berubah... itu sudah menyumbang kepada pahala kita... betul tak? ^^

BE POSITIVE... menjadi seorang yang positif dan tenang (positive & cool) memang sangat susah pada orang yang baru berjinak-jinak tuk menjadi positif dan tenang... tapi cuba amalkan... insyaAllah anda akan berjaya... MACAMANA NAK BERFIKIRAN POSITIF?

Yakinlah bahawa setiap sesuatu yang kita dihadapkan oleh Allah adalah ujian pada keimanan kita terhadapNya... Yakinlah bahawa setiap suatu ujian itu ada hikmahnya... Renungkan setiap apa yang pernah berlaku... cari dimana baiknya setiap sesuatu itu... tidak mungkin tidak pasti akan ada 1-2 yang baik... AMBILAH yang BAIK itu sebagai HIKMAH... DIAM & ISTIQFAR jika tidak mampu menahan kemarahan atau buta tuk mencari hikmah dek kerana kemarahan~

LET IT GO... ape yang berlaku dah pun berlalu... jadi kenapa nak memandang ke belakang dan mengungkit? Pandang memang boleh pandang... tapi pandanglah tuk dijadikan pengajaran... bukan sebagai sebab pada peperangan hati...

Apa yang baik itu sentiasa daripada Allah... yang buruk itu dari kealpaan kita sendiri... waAllahulam....

Wassalam




Read More

Rumah Terbuka Sahabat & Pejabat

Posted by NIZA.Ati on Monday, October 11, 2010 [ 0 comments ]

Winamp: UR MAN by SS501
Status FB: Life is too short to stress yourself with people who don't even deserve to be an issue in your life..
Status YM: Hidup ini kite yang tentukan... samada nak "pegi jahanam" atau nak pegi syurga ^^

Assalamu'alaykum wbt,
first of all... Niza nak tanya... setelah berlalunya ramadhan dan tibanya syawal... adakah kalian masih mempertingkatkan ibadah? Puasa 6 di bulan Syawal x? Jom risik2 sekitar bulan syawal apa yang kita buat bagus dan tidak.

1- Alhamdulillah bagus berkunjungan saling menziarahi... tapi... kalian tambah dosa dengan bersalaman bukan muhrim? Tidak menutu aurat?
2- Baju bersih di hari raya... chantek... tudung pun tapi... mak oi~ tudung punyalah dok belit2 nampak sanggul tinggi... nampak leher... ade yang rambut terkeluar kat depan tu lagi...
3- Saling bersalaman mengerat silaturrahim (sesama jenis& mahram sahaja) tapi... gelang punyelah berderet... nak tayang kat sapa?
4- Tetiba tetamu datang... baguslah layan elok2... tapi... tudung mana? dah hilang? hurm...

Cermin diri... ^^

Ok... alhamdulillah... terima kasih kepada semua yang menjemput Niza tuk hadir open house kalian... kepada undang2 yang tak dapat Niza tunaikan tu, Niza minta maaf sangat2 k. Banyak sebenarnye open house yang tak dapat Niza tunaikan memandangkan kenkangan masa. Begitu juga beberapa wedding pada bulan ni yang last minute Niza terpaksa ambil keputusan tuk tidak pergi. Apa2pun semoga kalian berbahagia dan diredhai Allah.

Berbalik kepada cerita open house tadi... 1st rumah yang Niza pergi adalah rumah adik angkat Niza yang sudah 8tahun bersama iaitu Muhammad Safwan Salleh. Safwan call Niza pagi tu ketika Niza sedang drive dari hospital veterinar UPM ke rumah. Petang tu after Asar Niza pegi gak rumah Safwan. Rase macam xbest lau tak pegi tambah pula mak Safwan sendiri suruh Safwan tuk jemput Niza. Kat rumah Safwan juga Niza jumpa juniors sama sekolah dan juniors seasrama.

Then rumah kedua adalah rumah adik angkat Niza yang sudah 7tahun bersama iaitu Ida Izzati. Walaupun hari tersebut Niza bekerja, tapi Niza terus ke rumahnya setelah pulang dari kerja. ^^

Rumah ketiga adalah rumah Asfarina Mazlan sahabat ku sekelas ketika di UiTM Sarawak tahun June 2004- Dec 2006. Turut hadir adalah rakan2 kami dan rakan sefakulti FSKM UiTM Shah Alam.


Rumah keempat dan yang terakhir Niza sempat pegi dalam bulan syawal ni adalah rumah papa atau Abg Isma/Isma Aidil Hazari... ^^ Balik je kerja terus Niza kerumahnya tuk menolong ibunya di dapur dan menolong membuat persiapan. Terima Kasih juga kerana menumpangkan Niza tuk menunaikan solat Maghrib... ^^

Kepada Kak Laili, Abg Acap, Sara, Taqdir, Aneep dan ramai lagi yang Niza tak dapat nak hadirkan diri tu... sorry sgt2... terutama kepada abg Acap... Niza mmg nak pegi tapi as Niza mention a day before pasal tayar kereta Niza tu... huk3... sorry2... next time la k~

Last skali... jamuan ramah tamah my company pada hari terakhir dalam bulan Syawal... tak dapat tangkap banyak pic sbb xbw camera... huk3...


Kepada semua... berlalu sudah bulan Syawal... ape2pun semoga ukhwah kita yang terbina ini tetap mesra dan terjalin hingga kembali kita bertemu di syurga... insyaAllah... Amin Ya Rabalalamin...

Wassalam

Read More
categories: , | | edit post

News On Me & Salam Ramadhan

Posted by NIZA.Ati on Friday, August 21, 2009 [ 6 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
dah lama sangat niza x post new entry kan. Yup, lately ni really bz with my life...bukan nak kate sebelum ni tak pernah busy, tp lately ni terlalu banyak sangat yang nak diuruskan tentang diri sendiri tuk masa depan. Sebelum ni just blaja dan busy menguruskan tuk orang lain.

So, where should i start? Ok, first of all, niza nak ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, alhamdulillah dan bersyukur kerana kita masih lagi diberi nikmat Allah bernafas di muka bumi ini tuk terus beribadah dalam kehidupan seharian kita demi mencari redha Illahi dan bekalan ke akhirat kelak. Alhamdulillah kerana masih berpeluang bertemu bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga kita sama-sama mempertingkatkan amalan ibadah kita. Huhu...Niza xde card nak upload kat sini, sorry, masih tidak punya masa tuk buat card. InsyaAllah malam ni after terawikh leh la buat card and tambah dalam entry ni.

Next, alhamdulillah, pada hari sabtu minggu lepas Niza telah pun mengambil pre-test (QTI test) sblm dilepaskan pergi tuk test JPJ hari kamis depan (27 Ogos 2009). Heh, tak sabar nak dapat lesen...penat la tunggu lame-lame. Then, i can use my mom's car..hehe... Mak slalu ckp sakit kaki, so she always use serana...so leh la i cilok waja =P Heh, mcm la my mom nak bagi...

Huhu... I need to wait a year after my salary increase... Doa-doa biar naik banyak ckit bulan 2 nanti...pastu naik lagi banyak when its turn to anniversary..hehe.. Amin. So that, i can buy my own car and start to do loan nak beli rumah kat shah alam. Huhu,...
"Kerja adalah ibadah"
Ok, next is about my career. Niza start kje 17 Ogos 2009 ritu at one of local company in my industry (Information Technology). Xpernah terfikir pun nak apply for this post because of the title..haha... Ok, now i am system engineer. Name cam gempax je kan...tp biase jerk pun... Before this niza fikir akan jadi websites developer ke dan seangkatan dgnnya. But now, lain lak...besides juga dikenali sebagai siebel developer. Hurm..currently really busy (busy ker) kat client site till end of this year. Then balik HQ..n wait for another project plak.

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Ali-Imran: 200

So far, Niza suka environment di my HQ and my client site...but of coz...xde pkr yg sempurna kan... Wutever it is, just be myself and be responsible, and effective worker. And perkara yang perlu kita sentiasa ingat, jangan tinggal solat, barulah pekerjaan kita itu dianggap satu ibadah. Hurm...Niza dapat lihat ummat Islam kini lebih mengutamakan kerja daripada solat.

Bekerja hingga meninggalkan solat, sedangkan kerja itu adalah adalah tanggungjawab yang diamanahkan Allah dimana ganjarannya adalah rezeki yang Allah berikan...tapi kita tidak tunduk padaNya, maka tidak berkat la apa yang didapatinya. Semoga kita semua diberikan hidayah dan dikuatkan iman. InsyaAllah. Amin.


Read More

Seorang SAYA, AKU dan SENDIRI

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, March 18, 2009 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
As usual...currently my mode is BUSY & MERINDUI seseorang. For this three months fowards, Niza akan BUSY... wlp mmg slalu org akan kate Niza ni memang pun "SOKMO BUSY". What can i do. This is the life. So... banyak perkara nak dikongsikan.

1. InfoSys
2. Program 3P
3. Our Function & Food Testing

InfoSys
Bercerita mengenai InfoSys... what is InfoSys? Let me tell u...
Infosys defines, designs and delivers technology-enabled business solutions that help Global 2000 companies win in a Flat World. Infosys also provides a complete range of services by leveraging our domain and business expertise and strategic alliances with leading technology providers.

Infosys' offerings span business and technology consulting, application services, systems integration, product engineering, custom software development, maintenance, re-engineering, independent testing and validation services, IT infrastructure services and business process outsourcing

Ok, ni serba sedikit pasal InfoSys...nak tau lagi...CLICK HERE. Hari ni ade exam & interview di FSKM (Fakulti Sains Komputer & Matematik - Nama baru bg FTMSK). Ramai gak yang pegi...around 40 above...

Previously, lau nak banding dgn universiti2 lain, UiTM la paling ramai jumlah student yang mengikut program ini. Hal ni jugak dibincangkan bersama Dr.Mazani ketika food testing tghari tadi di Hotel Concorde Shah Alam. Dan sudah semestinya Niza ditanya kenapa tak join? I hv my own reason...

Besides, Niza mmg nak tumpu pada asp.net yang ditawarkan oleh program 3P. Ape pulak 3P ni? Ha..jap lagi Niza cite. Sedar x...betape bertuahnye menjadi student UiTM...terlalu banyak pihak yang menawarkan pembelajaran sebagai melengkapi kemahiran kami. (Saya tidak mahu isu politik berada dalam ni. Sebab manusia memang akan selalu memikir yang -ve).-END-

3P (Program Pertauliahan Profesional/Industry-Based Certification Programme)
What is objective of this program?
This program is intended to bridge the knowledge gap between technology and skill sets in today’s competitive job markets. This program is targeted at students in the final year. This program will complement the degree awarded by IPTAs in Malaysia.

What are certifications that currently offered by 3P?
Click Here
Sebelum ni, Niza mmg pernah join this programme...When i was in diploma... Time tu Niza amik Adobe System punye certificate... Tu yang di offer pada kami student Diploma in Comp.Sc from Sarawak (Cawangan lain tak dapat offer pun...we all je... Alhamdulillah). And Alhamdulillah...selain dapat menjalani program ini dari awal hingga ahir, Niza juga terpilih sebagai Best Student for this Course.

Sekali lagi, Niza akan join 3P ni...tapi kali ni dalam ASP.net. Merasakan diri ini sangat ingin mendalami pelajaran ini dan Niza juga merasakan...beruntungnya menjadi pelajar zaman sekarang ni. I mean, mungkin in this industry. Mungkin sbb kepesatan teknologi dan permintaan yang banyak serta saingan yang tinggi, banyak langkah2 tuk menaikkan lagi pengetahuan & pendedahan kepada pelajar dibuat. -END-

Our Function & Food Testing
Seperti yang ramai dah ketahui... Pada 3 April 2009 akan berlansungnya "Majlis Penganugerahan Pelajar Terbaik Tahun Akhir FSKM Sesi Dic 2008 - Apr 2009" yang bertempat di Hotel Concorde Shah Alam. Ini adalah kali ke3 Niza terlibat dalam this function selain sekali ketika di Sarawak dahulu. Pada semester ini, Niza telah diberi kepercayaan tuk mengendalikan program ini berbanding sebelum ini Niza menjadi Tim.Pengarah & Floor Manager disamping menghubungi alumni2 FTMSK. Skop tugas yang makin meluas membuat Niza semakin busy disamping in da same time Niza menumpukan perhatian kepada pembelajaran Niza dan Final Year Project Niza.

As a human, kite mmg tak lari dari kesibukkan... Semakin banyak tanggungjawab kita, semakin banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan, semakin banyak pula akan kita di soal di akhirat kelak dan oleh itu, Niza cuba sebaik mungkin tuk menjalankan semua tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya (apa yang dijaga); seorang pemimpin akan ditanya mengenai rakyatnya, seorang lelaki adalah penjaga kepada ahli keluarganya dan akan ditanya mengenai jagaannya, seorang perempuan adalah penjaga kepada rumah suaminya dan akan ditanya jagaannya, seorang khadam adalah penjaga kepada harta tuannya dan akan ditanya mengenai jagaannya, dan setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya." - (Hadis Muttafaq 'alaih)
Pada Jumaat lepas bersamaan dengan 13 Februari 2009, Niza telah pun meeting dengan Kak Surayah (Ass.Sales Mgr) di Concorde regarding this function. Everything OK. Dan disebabkan pada kali ini Penasihat Program ingin menukar menu dari Chinese Style kpd Muhibbah Menu, jadi Niza telah pun meminta tuk adalah food testing dimana telah pun berlansung pada lunch time hari ini. Food testing ini telah dihadiri oleh 10org dan mereka ialah:
1. Dr.Mazani (Tim.Dekan FSKM)
2. Puan Aidawaty (Penasihat SMF)
3. Niza (Pengarah program)
4. Khairul (SMF & Tim.Pengarah 1)
5. Hakim (SMF & Biro Hadiah Program)
6. Afriza (Tim.Presiden SMF & Biro Hadiah Program)
7. Najir (Presiden SMF & Biro Publisiti & Multimedia Program)
8. Fara (Bendahari SMF, Bendahari Progam & AJK Pendaftaran Program)
9. Ini Imaina (SU SMF, SU Program, & AJK Pendaftaran Program)
10. Halim (Ketua Biz.Comm & SMF - Menggantikan Fahmi(Tim.Pengarah 2 Program tuk makan je ;-p )

Alhamdulillah semua food OK...no prob...So, those yang akan pegi malam kejadian... Selamat menikmati hidangan anda. Sepanjang makan...xkering gusi dengan kerenah semua... Termasuklah dr.Mazani... Haha...leh tahan gak wat lawak...macam Prof.Khalid gak dlu... Best2...

Dalam menempuh hari2 yang BUSY dengan Report FYP ni... Byk juga keje lain yang perlu diuruskan...
1. FYP progress (Chap 3 -Methodology in progress)
2. Make sure semua AJK menjalankan tugas tuk persediaan MPG & meminta update dr setiap biro.
3. Report Multimedia (Alhamdulillah...Hantar pada masanya)
4. Multimedia Presentation(Alhamdulillah...dah present pun)
5. Report Ethic (Alhamdulillah...Hantar pada masanya)
6. Appointment @ PPUM (esok...insyaAllah)
7. Amik baju di Medan Mara (esok...insyaAllah)
8. Hantar Chap 3 (Jumaat...insyaAllah)


Kesibukan membuatkan Niza amat merindui masa senang ku...dimana...
1. Duduk & bersenang sambil membaca kitab2 agama (ade 2 buku x abes lagi bace)
2. Menonton cite2 baru & lame yang masih lum tgk (tgk kat lappy je)

Tapi dalam kesibukkan Niza masih sempat...
1. Membaca Qalam Suci Al-Quran...(Ni jangan tinggalkan...amalkan setiap hari)
2. Jalan2 shopping dgn family (baru last 2weeks jalan2 mak, adik & my 2nd bro)


What can we do in our life? Just go with da' flow & be flexible with it as long as tidak melanggar hukum Allah.
WaAllahulam....

p/s: Tak semua perkara yang kite buat tu org suke..sedangkan kite cube tuk berlaku adil pada semua... Dan aku...sebagai manusia biase yang cube berlaku ADIL... tak dapat tuk memenuhi kehendak semua orang...

Read More

BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, March 3, 2009 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Berjalan, Melihat Mentafsir... Ya...Dats my blog... This blog... Yang kalian selalu baca cerita2 yang terkandung di dalamnya... Yang mencatatkan pelbagai cerita kehidupan tauladan dan agama, kehidupan seorang insan yang ber"nick" name kan NIZAATI a.k.a NIZA_ATI dari uruskan pelajaran, lawak, dunia IT (Tapi tak banyak lak..hehe...), program2 atau event yang dikendalikan mahupun disertai serta macam2 lagi.

Dalam menyusuri kehidupan seharian, sebenarnya terlalu banyak perkara yang berlaku pada kita mahupun di depan kita mempunyai maksud yang tersirat. Cuma kadang kita tidak pernah terfikir atau lambat untuk kita berfikir mengenai apa yang berlaku. BERJALAN MELIHAT MENTAFSIR.... Niza rasa inilah yang sesuai Niza namakan blog Niza ni... walaupun mungkin orang lain kate tak sesuai (tak pernah ade org kate pun.. :p) tapi ikut suka Niza la nak letak name apepun kan...hehe....

Rupanya, Berjalan Melihat Mentafsir merupakan tajuk lagu dan tajuk album kepada kumpulan NowSeeHeart... Walaupun Niza ni minat nasyid tapi tak pernah lak dengar lagu ni... Erm... Hujung tahun last year baru Niza tau wujudnya lagu ni. Bila Niza dengar lagu ni... Sayu hati.... Buat pembaca semua... Niza lampirkan lirik disini... Cubalah memahami, selami hingga terus ke lubuk hati kalian.

Tajuk Lagu: Berjalan, Melihat & Mentafsir
Kumpulan: Nowseeheart
Album: Berjalan Melihat Mentafsir



Berjalan melihat jalan
Yang tercengkam
Kerana dua halangan satu
Keegoan dua kesempitan
Pahit kita tempuhi bersama
Tiada pernah dipinta

Kita teruji hingga menghinakan
Kita tersimpul hingga melupakan
Hubungan yang telah lama ada

Padamkan segala api
Yang bisa membakar kita
Semaikan benih mahmudah
Yang suburnya membawa erti

Lagu: Khairil Azrin Rafli
Lirik: Mujahid Abdul Wahab
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta
Album : Berjalan Melihat Mentafsir


Dalam menyusuri kehidupan seharian, kita sering terhimpit dalam pelbagai keadaan. KeEGOaan & keSEMPITan itulah yang membuatkan kita sering alpa tentang kehidupan yang sebenar. Kita diuji dan dalam kekusutan, kita sering dan terus-menerus LUPA akan hubungan yang sebenarnya terjalin lama...sejak AZALI... Iaitu hubungan seorang HAMBA & ALLAH MAHA PENCIPTA seluruh kehidupan. Buangkanlah keegoan, semaikanlah sifat mahmudah dalam diri... Supaya kelak yang terhasil dari tindakan kita membawa erti buat diri kita dan orang lain dan paling penting bekalan kita di akhirat kelak.

JIKA HIDUP DI DUNIA TIDAK BERERTI, PASTI DI AKHIRAT KELAK KITA 'KAN RUGI

Read More

PENGHORMATAN

Posted by NIZA.Ati on Friday, February 20, 2009 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Kali nak cite pasal "Penghormatan". Bile cerita pasal ni...tetiba teringat zaman dok hostel kat SMK Aminuddin Baki KL dulu...

Sapa yang nak masuk dorm A... SYARAT PERTAMA: MESTI MENGUCAPKAN UCAPAN "ASSALAMU'ALAIKUM" bagi dak2 dorm lain... Lau x... confirm...dan2 tu gak Niza akan kate "Pegi keluar balik, masuk dengan salam".

Kenapa Niza buat macam ni?

Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)[rujuk maksud]. Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu. An-Nisa' Ayat 86


Maksud: Penghormatan dalam Islam ialah: dengan mengucapkan Assalamu'alaikum.

Kalau anda semua perasan... Sejauh manakah ucapan Assalamu'alaykum ini dipraktikkan oleh ORANG ISLAM? Dah la kite nak xreti sgt bahasa Arab... Tp ape lah susah sangat nak praktikan perkataan yang paling senang tu?

MAKSUD
Selamat sejahtera ke atas kamu

HUKUM
Ucapan ini adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w., yang dapat mengekatkan ukhuwah Islamiyyah umat Muslim di seluruh dunia. Memberi salam adalah sunat, sedangkan menjawabnya adalah wajib.

As-SALAM

Dialah Allah, tidak ada ilaah (sesembahan) yang layak kecuali Dia, Maha Rajadiraja, yang Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Mengurniai rasa aman, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Kuasa, Maha Memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah dari segala yang mereka persekutukan.Al-Hasyr Ayat 23


Di dalam ayat ini, al-Salam (Maha Sejahtera) adalah satu dari nama-nama agung Allah s.w.t.

SEJARAH
Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan ungkapan-ungkapan yang lain, seperti Hayakallah yang ertinya semoga Allah menjagamu tetap hidup, kemudian Islam memperkenalkan ungkapan Assalamu ‘alaikum. Ertinya, semoga kamu terselamatkan dari segala duka, kesulitan dan nestapa. Ibnu Al-Arabi di dalam kitabnya Al-Ahkamul Qur’an mengatakan bahawa Salam adalah salah satu ciri-ciri Allah SWT dan bermakna Semoga Allah menjadi Pelindungmu.

KEPENTINGAN
Ungkapan Islami ini lebih bersesuaian dibandingkan dengan ungkapan-ungkapan kasih-sayang yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain. Hal ini dapat dijelaskan dengan alasan-alasan berikut ini.

1. Salam bukan sekedar ungkapan kasih-sayang, tetapi memberikan juga alasan dan logik kasih-sayang yang di wujudkan dalam bentuk doa pengharapan agar anda selamat dari segala macam duka-derita. Tidak seperti kebiasaan orang Arab yang mendoakan untuk tetap hidup, tetapi Salam mendoakan agar hidup dengan penuh kebaikan.

2. Salam mengingatkan kita bahwa kita semua bergantung kepada Allah SWT. Tidak satupun makhluk yang dapat memalangi atau memberikan manfaat kepada siapapun juga tanpa perkenan Allah SWT.

3. Perhatikanlah bahawa ketika seseorang mengatakan kepada anda, “Aku berdoa semoga kamu sejahtera.” Maka dia menyatakan dan berjanji bahawa anda aman dari tangan (perlakuan)nya, lidah (lisan)nya, dan dia akan menghormati hak hidup, kehormatan, dan harga-diri anda.

Dipetik daripada method Al-Arabi didalam kitab tafsir yang bertajuk "Ahkam Al-Quran"
Tahukah kamu erti Salam? Orang yang mengucapkan Salam itu memberikan pernyataan bahawa ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya dari diriku.’

Kesimpulannya, bahawa Salam itu bermaksud:
(i) Mengingat (dzikr) Allah SWT
(ii) Pengingat diri
(iii) Ungkapan kasih sayang antar sesama Muslim
(iv) Doa yang istimewa
(v) Pernyataan atau pemberitahuan bahawa ‘anda aman dari bahaya tangan dan lidahku’

Sebuah Hadith merangkumnya dengan indah: "Muslim sejati adalah bahawa dia tidak membahayakan setiap Muslim yang lain dengan lidahnya dan tangannya"

Jika kita memahami hadith ini sahaja, sudahlah cukup untuk memperbaiki semua umat Muslim. Kerana itu Rasulullah Muhammad SAW sangat menekankan penyebaran pengucapan Salam antara sesama Muslim dan baginda menyebutnya sebagai perbuatan baik yang paling utama diantara perbuatan-perbuatan baik yang anda kerjakan. Ada beberapa Sabda Rasulullah, SAW yang menjelaskan pentingnya ucapan salam antara seluruh Muslim.

HADITH
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal mahupun yang belum kamu kenal.” (Muslim)


Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.” (Sahihain)

Abu Umammah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:

”Orang yang lebih dekat kepada Allah SWT adalah yang lebih dahulu memberi Salam.” (Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)


Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Salam adalah salah satu Asma Allah SWT yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan dihadapan Allah. Jika jama’ah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani)


Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda,

Orang kikir yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan Salam.”



FIRMAN ALLAH
Merujuk ayat 86 dalam surah An-Nisa yang telah Niza nyatakan di atas (di awal bicara), Allah SWT memerintahkan agar seseorang membalas dengan ucapan yang setara atau yang lebih baik. Hal ini telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hathim (cerita "Sirah Nabi" di bawah)

SIRAH NABI
Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, seseorang datang dan mengucapkan, “Assalaamu’alaikum.” Maka Rasulullah SAW pun membalas dengan ucapan “Wa’alaikum salaam wa rahmah” Orang kedua datang dengan mengucapkan “Assalaamu’alikum wa rahmatullah” Maka Rasulullah membalas dengan, “Wa’alaikum salaam wa rahmatullah wabarakatuh” . Ketika orang ketiga datang dan mengucapkan “Assalaamu’alikum wa rahmatullah wabarakatuhu.” Rasulullah SAW menjawab: ”Wa’alaika”. Orang yang ketiga pun terperanjat dan bertanya, namun tetap dengan kerendah-hatian, “Wahai Rasulullah, ketika mereka mengucapkan Salam yang ringkas kepadamu, Engkau membalas dengan Salam yang lebih baik kalimatnya. Sedangkan aku memberi Salam yang lengkap kepadamu, aku terkejut Engkau membalasku dengan sangat singkat hanya dengan wa’alaika.” Rasulullah SAW menjawab, “Engkau sama sekali tidak menyisakan ruang bagiku untuk yang lebih baik. Kerana itulah aku membalasmu dengan ucapan yang sama sebagaimana yang di jabarkan Allah didalam Al-Qur’an.”

Dengan demikian kita dapat mengambil kesimpulan bahawa, membalas Salam dengan tiga frasa (anak kalimat) itu hukumnya Sunnah, yaitu cara yang dilakukan Nabi Muhammad SAW. Kebijaksanaan membatasi Salam dengan tiga frasa ini kerana Salam dimaksudkan sebagai komunikasi ringkas bukannya pembicaraan panjang.

Di dalam ayat ini Allah SWT menggunakan kalimat objektif tanpa menunjuk subjeknya. Dengan demikian Al-Qur’an mengajarkan ETIKA membalas penghormatan. Di sini secara tidak langsung kita diperintah untuk saling memberi salam. Tidak adanya subjek menunjukkan bahawa hal saling memberi salam adalah kebiasaan dan wajar yang selalu dilakukan oleh orang-orang beriman. Tentu sahaja yang mengawali mengucapkan salamlah yang lebih dekat kepada Allah SWT sebagaimana sudah dijelaskan diatas.

Pada bahagian kalimat terakhir Surah An-Nisa ayat 86, Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan setiap yang kamu kerjakan.

Di sini, mendahului memberi salam dan membalasnya juga termasuk yang diperhitungkan. Maka kita hendaknya menyukai mendahului memberi salam. Sama halnya kita harus membalas salam demi menyenangkan Allah SWT dan menyuburkan kasih-sayang diantara kita semua.

Rasulullah SAW selanjutnya memberikan arahan memberi salam bahawa:
1. Orang yang berkenderaan harus memberi salam kepada pejalan-kaki.
2. Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada yang duduk.
3. Kelompok yang lebih sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih banyak jumlahnya.
4. Yang meninggalkan tempat memberi salam kepada yang tinggal.
5. Ketika pergi meninggalkan atau pulang ke rumah, ucapkanlah salam meski tak seorangpun ada di rumah (malaikat yang akan menjawab).
6. Jika bertemu berulang-ulang maka ucapkan salam setiapkali bertemu.

Pengecualian kewajiban menjawab salam:
1. Ketika sedang solat
Membalas ucapan salam ketika solat membatalkan solatnya.
2.Khatib, orang yang sedang membaca Al-Quran, atau seseorang yang sedang mengumandangkan Adzan atau Iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.
3. Ketika sedang buang air atau berada di bilik mandi.
Oleh itu, dahulukanlah ucapan ASSALAMU'ALAYKUM ya muslimin wa muslimat BERBANDING perkataan "HI" yang sering anda praktikkan dalam urusan kehidupan. Sedangkan, setiap satu urusan kita itu pasti dihitung Allah.

Read More

Berlemah-lembut, Bersabar & Bertawakkal-lah

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, February 10, 2009 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,



Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.(Ali 'Imran:159)


Maksudnya: urusan peperangan dan hal-hal duniawiyah lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya.

Apabila membaca ayat diatas... Niza kembali berfikir... "Ya...inilah yang sebaiknya...dan Niza rase tak menyesal atas tindakan yang Niza lakukan. Tentang perkara apa? Biarlah Niza je yang tahu. Bertawakallah setelah kita berusaha. Terlalu susah sebenarnya untuk kita berlembut dengan orang yang telah menyakiti kita, tapi seperti yang telah dinyatakan dalam ayat di atas...hendaklah kita berlemah-lembut. BERMASYUARAH a.k.a BERBINCANG itu perlu... Ya! Itulah sebaiknya. Telah pun membulatkan tekad dihati...maka bertawakallah... Kesabaran itu memang pahit... Tapi InsyaAllah manis buahnya... Berpeganglah pada janji Allah. Buat renungan:

"Bila Allah cepat kabulkan doamu maka DIA sayangimu. Bila DIA lambat kabulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. Bila DIA tidak kabulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan kerana KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA".

Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.(Ali 'Imran:160)


Sesungguhnya tiada siapa lagi yang dapat untuk kita meminta pertolongan selain Allah. Bagaimanapula method yang perlu kita laksanakan tuk meminta pertolongan Allah? Iaitu dengan jalan SABAR & MENGERJAKAN SOLAT. Itulah yang utama...berdoalah dan mohonlah kepada Allah... Sesungguhnya DIA la yang MAHA MENGASIH lagi MAHA PEMURAH.
Wassalam

P/S: Dalam berkelana di bumi Allah... Mencari rezeki di sini... Baca dan selamilah Al-Quran...

Read More

SIFAT EGO

Posted by NIZA.Ati on Saturday, January 31, 2009 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Melihat disekeliling Niza pada hari ini, membuatkan Niza benar2 ingin ketengahkan tajuk ni... Niza tidak menunding pada sesiapa memandangkan kita sebagai manusia punya sifat EGO tersendiri. Walaubagaimanapun, the way how we use to manage it, is really IMPORTANT. EGO adalah satu sifat yang mempunyai unsur-unsur negatif dalam diri setiap individu itu. Sifat ego ini sebenarnya tidak baik untuk diri dan orang lain kerana ianya akan merosakkan minda dan ketenangan. Sedar atau tidak kebanyakkan orang memiliki sifat ego ini, sedangkan sifat itu mempunyai unsur-unsur negatif yang akan merosakkan diri setiap individu serta menghapuskan unsur-unsur positif yang baik untuk diri.

15 sifat ego yang perlu disemak pada diri
SIFAT EGO
1. Diberi jawatan rasa terhibur
2. Tidak dilantik, rasa tidak tenang
3. Kalau dia sorang pemimpin, arahannya selalu kasar
4. Kalau dia pengikut, payah mahu taat
5. Emosional dan mudah tersinggung
6. Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak lebih tertonjol daripada orang lain
7. Mudah marah, cepat melenting
8. Payah menerima pandangan orang lain
9. Dalam majlis, tidak senang bila orang lain memberi pandangan
10. Dalam majlis, mudah memotong cakap orang lain
11. Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin dan jemaah
12. Suka pandangannya sahaja diterima
13. Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada anggota jemaah agar terserlah kesempurnaan dirinya
14. Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain
15. Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar
  • Yang mana satukah diantara 15 tanda ego ini yang terkena pada kita...Cuba-cubalah selidik......... ##

Sejarah sifat keegoan ini bermula telah lama, semenjak zaman Nabi Adam dijadikan lagi, di mana bila Tuhan memerintahkan Iblis menghormati Nabi Adam tapi kerana sifat keegoan Iblis tidak mematuhi perintah Tuhan menyebabkan Iblis dilaknati oleh Allah.
Persoalannya perlukah sifat ego dalam diri setiap manusia?

Sifat kibir, sombong atau ego adalah penyakit paling besar di hati manusia. Tetapi ia tidak dianggap penyakit jiwa. Ia lebih terkenal sebagai sifat mazmumah. Orang tidak anggap sifat mazmumah seperti sombong atau ego itu sebagai penyakit jiwa walhal ia adalah penyakit jiwa yang paling bahaya.

Sombong ini sekurang-kurangnya ada tiga peringkat buruk atau jahatnya iaitu:

1. Apabila manusia sombong, ertinya dia mengambil sifat atau pakaian Tuhan yang tidak dibolehkan oleh Tuhan. Ada Hadis Qudsi yang menyatakan:


Maksudnya: "Kibir itu adalah selendang-Ku dan kemegahan adalah sarung-Ku. Barang siapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam." (Riwayat Abu Daud)


Sifat Tuhan ada 99. Salah satunya ego. Sifat-sifat lain boleh kita mengambilnya terutama sifat Rahman dan Rahim. Tapi sifat yang satu ini hak mutlak Tuhan. Pakaian Raja segala raja. Siapa yang ada sifat ego, ertinya dia mengambil pakaian Raja segala raja.

Orang yang ada sifat ego, terutama yang menebal, sebenarnya dia mengaku dirinya Tuhan secara tidak langsung. Ini mazmumah besar selain kekufuran dan syirik. Bahkan dari ego boleh lahir syirik.

Bagi orang yang masih sayang egonya, walaupun dia tidak mengaku dirinya Tuhan, secara tidak langsung dia pertuhankan dirinya. Ini merupakan dosa besar.

2. Sifat ego ini bukan dimulai oleh manusia tetapi dimulai oleh iblis laknatullah. Bahkan sifat ego adalah mazmumah yang pertama berlaku. Bukan manusia yang cetuskan tetapi iblis, makhluk yang paling dimusuhi oleh Tuhan. Mana ada makhluk yang lebih dimusuhi oleh Tuhan kecuali iblis. Musuh paling besar di sisi Tuhan ialah iblis. Seolah-olah dialah makhluk pertama yang mempertuhankan dirinya. Ini keburukan yang kedua. Jadi kalau ada orang yang masih simpan sifat ego, dibelai-belainya dan dijadikan senjata, ertinya dia mengikut iblis, bukan ikut Tuhan. Hadis menyebutkan:

Maksudnya: "Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan." (Riwayat Muslim)


Begitulah marahnya Tuhan pada orang yang ego kerana dia mengikut iblis, tidak ikut Tuhan.

3. Sifat ego ini salah satu sifat mazmumah yang membawa dosa besar selepas kufur. Bahkan dari ego, seseorang itu boleh jadi kufur apabila ego itu sudah besar. Dari sifat ego ini melahirkan lebih banyak mazmumah-mazmumah yang lain. Dari satu mazmumah, beranak-anak mazmumah yang lain. Seolah-olah ego itu bukan buah lagi tetapi ia adalah pokok kejahatan dalam hati manusia, yang akan melahirkan buah-buah kejahatan, yang berduri, kelat dan beracun.
Dari EGO, lahirlah sifat pemarah, dendam, sifat keras hati dan susah terima kebenaran. Dari situ lahir penzaliman. Sudah berapa banyak sifat yang dilahirkan oleh ego, yang bukan sahaja merosakkan dirinya bahkan mengharu-birukan kehidupan, memecahbelahkan rumah tangga, masyarakat, antara etnik dengan etnik, bangsa dengan bangsa dan akhirnya mencetuskan peperangan.
Betapa bahayanya sifat kibir ini. Penyakit jiwa yang tidak dianggap penyakit jiwa oleh orang akal. Penyakit jiwa dari mazmumah, terutamanya kibir, menyebabkan hancurnya dunia, hancurnya pembangunan, pecah belah kaum dan kemuncaknya berlaku peperangan.

Jadi sifat kibir ini seolah-olah pokok yang boleh melahirkan buah-buah yang lain. Buah besarnya ialah sifat pemarah, hasad dengki, keras hati dan payah hendak terima kebenaran. Betapalah kalau kebenaran itu datang dari orang di bawahnya.

Dari kibir, lahirlah pemarah. Orang yang pemarah ini, berani marah terang-terangan sebab waktu dia marah itu dia rasa dia besar. Emak ayah yang bersifat ego, dia marah anak-anaknya secara terang-terangan. Anak yang ego, dia menyimpan marahnya. Untuk melepaskannya, tidak berani kerana emak dan ayahnya di depannya. Dia menyimpan dendam.

Begitu juga bos di pejabat. Dia akan ledakkan kemarahannya kepada staf-stafnya di pejabat. Pekerja yang tidak bersalah pun jadi susah hati walaupun bos hanya memarahi pekerja yang bersalah. Haru-biru dibuatnya. Tetapi kalau pemarah itu berlaku pada pekerjanya, dia tidak lahirkan pemarahnya sebab bos ada di depannya. Dia simpan dan berdendam. Dendam yang disimpan itulah merupakan bom jangka yang bila ada peluang akan diledakkan. Contohnya waktu bos berjalan di tempat sunyi, dia tembak bos. Lambat dia hendak melepaskan kemarahan itu tetapi sekali dia lepaskan, bahaya.

Demikianlah juga kalau dia pemimpin, dia boleh marah rakyatnya. Waktu itu, rakyat tidak berani melepaskan kemarahannya. Marah itu disimpan. Jangka panjang, berlakulah jenayah. Dia akan mengata-ngata pemimpin itu di belakangnya. Dia bermusuh dengan orang yang mengikut pemimpin itu. Dia lakukan sabotaj, vandalisme dan bermacam-macam perkara pada mereka.
Kesan dari marah yang tidak dapat dilepaskan waktu itu, disimpan dan dalam jangka masa yang
lama, ramai masyarakat yang haru-biru bila kemarahan itu dilepaskan.

Orang yang memiliki sifat ego; sama ada pemimpin, bos pejabat atau emak ayah; dia suka menzalimi. Kalau anak-anak atau pengikut pula ego, dia payah hendak taat. Kalau dia pemimpin, dia akan berlaku zalim. Kalau dia pengikut, dia tidak boleh taat. Inilah kesan dari ego.

Selain itu, kesan dari ego ialah tidak boleh menerima kalau orang lebih darinya. Terutama kalau sama-sama sekampung, sekelas, sejemaah, setempat kerja atau sebagainya. Tidak boleh orang
melebihinya. Tidak boleh orang lebih kaya, lebih pandai, dia akan hasad dengki. Bila datang hasad dengki, dia akan fitnah orang itu, dia akan upah orang untuk menganiaya orang itu. Itulah kesan dari sifat ego.

Betapalah kalau sifat ego ini dimiliki oleh penguasa besar. Dia tengok bangsa-bangsa lain itu seperti tikus-tikus sahaja. Dia singa atau harimau. Dia akan serang sana dan serang sini. Tetapi bagi negara lemah yang diserang, yang rakyatnya lemah, dia tidak buat begitu tetapi dendam kesumatnya mendalam. Apabila jumpa orang-orang dari negara penguasa itu, dia akan bunuh. Maka tidak tidur malamlah 'singa' yang ego kerana 'tikus-tikus' yang ego.

Masing-masing melepaskan sifat egonya dengan cara masing-masing. Yang lemah secara lemah, yang militan secara militan. Isteri ada caranya sendiri, suami ada cara sendiri, anak-anak pun ada cara sendiri untuk melepaskan ego. Tidakkah haru-biru dunia? Akhirnya bila semua sudah ego, orang besar susah, orang kecil susah, ulama susah, orang bodoh susah, kerajaan susah dan rakyat pun susah.

Inilah kesan dari mengambil pakaian Tuhan. Kesan dari menjadi pengikut iblis bukan pengikut Tuhan. Lahirlah pemarah, pendendam, sakit hati, tidak taat. Rupanya ego ini adalah penyakit jiwa yang jadi punca kerosakan. Tapi orang tidak ambil berat tentang hal ini. Orang mengambil berat sakit jiwa yang membawa kepada penagihan dadah. Tapi itu kecil sebab ia tidak membawa kepada peperangan. Berlakukah dalam sejarah, pesakit jiwa yang menagih dadah itu berperang? Tetapi kerana sakit jiwa yang bersifat mazmumah, disebabkan sifat ego berlaku haru-biru dalam parti politik, dalam keluarga, dalam jemaah, dalam masyarakat dan dalam negara.

Apakah tempat pemulihan ego sudah diwujudkan sebagaimana tempat pemulihan penagih dadah? Sepatutnya ada pusat pemulihan ego kerana ia lebih bahaya dari penagihan dadah. Tetapi kalaupun ada pusat pemulihan ego, siapa yang hendak merawat penyakit ego itu? Semua
orang ada ego. Mana ada orang yang tidak mempunyai sifat ego. Pendakwah pun ego. Yang hendak baiki ego pun sama-sama ego. Bertambah besarlah ego itu. Penagih dadah itu boleh dibuat pusat pemulihan kerana ada orang yang tidak terlibat dengan penagihan dadah. Jadi mereka boleh merawat penagih dadah.

Dunia hancur kerana sifat ego. Ada orang sayang hendak membuang egonya. Dia rasa terhibur dengan egonya. Kalau dia bos, bolehlah dia gertak-gertak pekerjanya. Kalau dia pemimpin, senanglah hendak gertak pengikut. Kalau ibu bapa, senang hendak gertak anak-anaknya. Kalau dia kawan, senanglah hendak perli kawan. Sesetengah orang menganggap ego itu perlu dibela. Sebab dia fikir, semua orang sudah ego, takkan dia tidak boleh ego. Nanti dia kena perli, kena zalimi, kena aniaya, kena marah. Maka baginya senjata ego itu penting.

Begitulah bahayanya sifat ego kepada kehidupan manusia. Orang yang ego bukan sahaja memakai pakaian Tuhan, tetapi dia juga menjadi pengikut iblis. Dari sifat ego itulah lahirnya berbagai-bagai mazmumah lain yang mengharu-birukan kehidupan manusia.
p/s: Sama-sama kita muhasabah diri kita kembali... Berbalik pada ajaran Al-Quran & As-Sunnah serta saling berpesan-pesan... Kerana kita adalah hambaNya yang sering alpa dalam menjalani kehidupan yang hanya berbayangkan dunia semata... Buat diriku dan juga semua pembaca....wassalam

Read More

A.I.R.M.A.T.A

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, January 21, 2009 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Lately ni, hati niza sedey sgt... Tp aku tahan & tahan... Tambah pulak dengan panas dlm badan lagi... Byk sgt perkara yang berlaku di sekeliling niza perkara2 yang membuat kan niza terpakse memendam... Ntah la..kadang kite dah btau...org kate kite tak btau... Kadang pula niat kite disalah ertikan...

Skrg ni tgh hujan...ketika ni niza tengah menunggu hujan berhenti sebelum nak ke komuter shah alam mengambil coach niza. Ade hal skit.

Sambil2 menunggu, niza on9 kat ukhwah.com... Melihat2 info terkini... Dan niza berhenti pada satu tajuk ni... Lembutkan hati suami dan membaca apa yang perlu. Kisah seorang isteri... Ni niza copy dr portal tu...

memang salah saya, tapi bukan kerelaan saya, saya terkena buatan org,saya tahu org tu memang dengki tengok kebahagian kami..dah lama dah perkara tu berlaku, lebih kurang 8 bulan yang lepas, suami saya spti tak percaya padahl sama-sama pergi berubat..
sekarang ni dia macam teringat2 kisah tu, seolah-olah dia tak pernah buat salah yang dia nampak kesalahan saya saja.
sekarang ni suami saya diam tak hendak bercakap, just yang penting saja, kadang-kadang time tengah marah dia cakap dia dah tak ada hati.. adakah kerana ego dia.
mmm, entah lah, saya tak henti2 berdoa ni..

Hah...kasi feel lagi la....ni kat bawah ni..lirik lagu Nash - PADA SYURGA DI WAJAHMU...sile la..
Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...

Jika kita berada dalam situasi ini...apakah perasaan kita? Sedey bukan... Even skrg, walaupun niza belum kawin... Sebagai seorang wanita...pasti terkesan dihati... Berat yang melihat berat lagi yang memikul... Niza sering terfikir...samada kene buatan org atau tidak... pernahkah kita menghargai PERHUBUNGAN KITA BERSAMA ORANG DISEKELILING KITA? KAWAN2 KITA? ORG2 YANG KITA SAYANGI....Perasan atau tidak...banyak entry niza yang menyentuh hal ini...kenape? Sebab...ada sesetengah org sanggup berkorban demi kawan & org2 yg disayangi... Tapi sejauh manakah mereka menghargai die? Sedey bukan... tapi itulah kehidupan yang ada sesetengah kite terpaksa tempuhi... Hingga kadang airmata yang mengalir terlalu segan tuk mengalir lagi....

Niza dah nak keluar...jadi..niza akhiri entry ini...dengan mendoakan buat sahabat2 niza & org yang niza sayangi berada dalam keadaan suka & bahagia... Andai ada salah & silap niza pada kalian...niza minta maaf... Niza sayang korang... sekali pun mungkin selepas ini andai ape2 terjadi...niza akan simpan kenangan bersama korang.... Wassalam....

Read More
categories: , | | edit post

Pilihanraya MPP UiTM seMalaysia berakhir

Posted by NIZA.Ati on Friday, January 16, 2009 [ 4 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Kempen & pilihanraya MPP UiTM baru sahaja selesai semalam (15/01/2009). Semalam, niza turut turun mengundi, ni la first time niza mengundi & insyaAllah yang terakhir (sebab dah final sem). Time niza jd MPP dlu, niza menang tanpa bertanding, then pilihanraya after mpp after niza lak niza xturun mengundi, then last 2 years pun niza xmengundi (time ni dah kat FTMSK UiTM Malaysia) sebab ade hal. Sem ni baru niza turun mengundi. Erm... Tp sayangnya, one of org yang niza undi xmenang...mungkin sbb die baru 2nd semester kat sini, so ramai yg xkenal, but he really good pemimpin (bukan senang niza nak puji kreadibiliti org tau...terutama yang lagi muda dari niza). Ape2pun... Tahniah buat Nas & Azam ( dua2 rakan SMF ku ). Dan Kroll, nampaknye kamu benar2 diperlukan dalam SMF dan kene tolong akak tuk MPG nt...hehe....

Kat bawah ni pic yang niza tangkap di FTMSK semasa tempoh berkempen... Tp xbyk yg niza tgkp...ade gak terselit fac lain punye...Xpe..tgk jek...




A day before my birthday (means on 8 Jan 2009), tgh dok rest dgn Nadia at my room (4A07**), suddently ade call in dari someone, bile tgk gambo yang appear dah tau dah sape... Dahi dah berkerut, sebab mesti ade something ni dats y he called me... Biasenye lau xde hal penting xkan call... So, angkat la.. Hurm... Hati niza dah tergerak dah...mmg betui pun..die dicalonkan tuk MPP UiTM Sarawak... Maybe its good for him... Mengikut jejak langkah ku..hehe... Xpe...no prob for me... Alhamdulillah...semalam... He called me again and told me that he won and he got the highest vote... Congratulation... My advice for him... jalankan tanggungjawab & amanah Allah ini...blablabla.....and so on... Apepun yang datang pada kita terutama RESPONSIBILITY adalah AMANAH dari ALLAH....itulah yang niza pegang dari dulu lagi. Niza x memandang ini adalah kerja2 dunia, tapi perkara yang akan disoal kelak...
Firman Allah sebagaimana dalam surah Yasin, ayat 65 bermaksud:
‘Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan Kami berbicara dengan tangan mereka dan menjadi saksi kaki mereka, tentang apa-apa yang telah mereka kerjakan’.

Akauntabiliti atau tanggungjawab merupakan satu tugas dan kewajipan yang mesti dilaksanakan dengan sebaiknya. Melaksanakan tugas tersebut merupakan satu tanggungjawab, malah melaksanakan tugas tersebut dengan cara yang terbaik juga merupakan satu lagi tanggungjawab. Kesemuanya mestilah dilaksana dan diselesaikan.

Menurut pengertian istilah, akauntabiliti ialah tugas dan tanggungjawab yang dilakukan oleh seseorang dan ia pula bersedia untuk menerima kesan dan implikasi dari suatu perbuatan atas tindakan yang dilakukannya. Ini bertepatan dengan pengertian yang dibuat oleh Kamus Dewan yang menyatakan ia sebagai kewajipan yang mesti dilaksanakan atas rasa kepertanggungjawaban.

Dalam Islam seseorang itu dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat padanya unsur-unsur berikut:

a. Niat (intension)
b. Baligh atau Cukup umur
c. Aqil atau berakal iaitu kewarasan yang cukup dan wajar bagi menilai kesan dan risiko daripada tindakannya, maka itu ia dipertanggunjawabkan
d. Mukallaf iaitu bebas dalam membuat keputusan tanpa ada sebarang pengaruh luaran atau paksaan dan ia akan dipertanggungjawabkan terhadap semua perbuatannya

Sumber daripada ikim.gov.my

Ha...tu la..bukan senang nak jadi pemimpin ni walaupun sekecil2 jawatan... Dan sebenarnye semua orang akan disoal tentang ini...tentang TANGGUNGJAWAB.... walaupun kite hanyalah seorang suri rumah, cleaner etc.... Apepun...nasihat tuk diri sendiri dan yang lain... Kembalilah kite kepada Al-Quran & As-Sunnah jika temui jalan buntu dalam hidup kite...

***********************************************************************************


p/s: RINDU sgt zaman jd MPP dlu... wlp niza adalah MPP yang mule2 start BZ sampai wlp dah letak jwtn still BZ menguruskan hal2 dokumen perjalanan terhad & pas pelajar selain masalah dewan makan & pengangkutan, tp still niza rase happy dgn keje2 niza... PENGORBANAN MASA mmg byk...nak jalankan tanggungjawab lagi...nak belajar lagi... Tp..niza xpenah xdtg kelas sbb keje MPP... alhamdulillah... Niza seronok bekerja dgn MPP2 zaman niza dlu...abg adley yg byk support, kak nad yg sentiasa dgn niza...dan mpp2 lain... Tapi kenape erk niza je slalu kene sakat time jd mpp dlu...hampeh tul...penah jugak niza kecik hati sgt2 sbb sorg mpp ni...nick die TK...chet...geram tul... Tp xpe...sume dah lepas...mmg best dgn korg.... Rindu kat korang sume...news terbaru yg niza tau... TK kerja kat Jabatan Agama Islam Sarawak rasenye, Yahustazi dah jadi lecturer DPIM di UiTM Mukah, Abg Adley baru abes KPLI dan still lagi menjadi cikgu sekolah... Kak Nad tgh praktikal (next sem die final sem), Asha (bilik same level dgn ku...final sem di UiTM Malaysia), Chris final sem di UiTM Malaysia, Lufman (final sem di UiTM Malaysia), A1 final sem di UiTM Malaysia, Syazana smbg belajar di Indon dah 2years... Yang lain niza xtau...papepun harapnye semua berjaya...insyaAllah...amin....

Wassalam

Read More

Marah & Kesannya...Jangan Cepat Marah...

Posted by NIZA.Ati on Monday, December 29, 2008 [ 0 comments ]


Assalamu'alaykum wbt,
Cerita ni dah lame sebenaqnye... Niza rasekan ade yang pernah bace pun... Pada yang belum pernah bace... Ambillah iktibar.

Marah... Semua orang ada sifat marah...Malah niza sendiri begitu... Dulu, ketika sek ren, Niza ni boleh diketegorikan orang yang "banas baran" jugak la... Tapi sejak Niza melangkah ke sekolah berasrama... byk perkara yang Niza berubah...

Bila Niza marah sekarang, biasenye Niza akan senyap... Sebab Niza takut bila Niza marahm orang lain pula yang makan hati... Lame2 kwn2 pun dah biase...lau nmpk Niza diam tak seperti selalu..maknenye ade la perkara tak kene tu... Heh...

Ok la... Niza nak kongsi cerita ni pada you all... So... Explore it...


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" Tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

************************************************************************************
MARAH adalah antara sifat semula jadi yang ada dalam diri manusia, lahir apabila ada perkara yang tidak disukai, menyakitkan, merugikan atau tidak seperti dikehendaki berlaku terhadap diri. Lawan sifat marah ialah pemaaf.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap Muslim. Sifat itu mempunyai kesan besar dalam kehidupan kerana ia dapat menyelamatkan seseorang daripada terjebak dalam tindakan yang boleh mendatangkan penyesalan.

Kerugian atau keadaan yang tidak seteruk mana yang menjadi punca kemarahan boleh bertukar satu kerugian lebih besar jika kemarahan tidak dapat dikawal.

Sifat pemaaf dapat meletakkan seseorang pada kedudukan tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Dia mendapat keuntungan untuk dirinya sendiri dan tidak pula mendatangkan keburukan kepada pihak lain.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah al-Imran, ayat 132)



Orang yang bersifat pemaaf adalah insan yang tidak berdendam dan buruk sangka terhadap orang lain. Biarpun dia pernah diperlakukan dengan sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, dia memaafkan perbuatan itu dan menerimanya secara positif.

Mungkin pihak yang menyebabkan rasa marah itu tidak mempunyai niat melakukan perbuatan itu, melainkan kerana terpaksa atau tidak mempunyai pilihan lain. Dalam situasi begitu, sesiapa pun tidak dapat mengelak.

Bagi mengelak timbul perasaan marah, jangan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius sehingga memberi gambaran sebaliknya. Jangan cepat menyalahkan orang, sebaliknya fikirkan apakah kita mampu mengelaknya jika berada di sebelah pihak yang menyebabkan kemarahan itu.

Marah akan menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal dan banyak keburukan akan terjadi.

Insan pemaaf dan berhati mulia tidak hanya memaafkan apabila pelakunya memohon maaf, bahkan bersikap terbuka. Jadi, sesiapa ingin membersihkan diri daripada sifat negatif haruslah terlebih dulu membuang sifat dendam.

Orang yang kuat menahan sifat marahnya akan mudah memaafkan orang lain.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya serta memaafkan (kesalahan) orang.” (Surah al-Imran, ayat 134)

Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.”



Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)


Rasulullah SAW juga mengingatkan mereka yang selalu memberi ampunan kepada seseorang akan mudah mendapat keampunan daripada Allah. Memang orang yang dizalimi berhak membalas balik perbuatan itu tetapi adalah lebih baik jika memberi kemaafan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim.” (Surah asy-Syura, ayat 39-40)

Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya: “Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola.”


Maafkan Niza sekiranya Niza pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda
WaAllahulam....Wassalam.....

Read More

Empat Bisikan Murni Tingkat Iman, Takwa

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, December 24, 2008 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,

Artikel ini dikongsi buat peringatan kita semua yang sering leka dengan urusan duniawi yang takkan terhenti lagi ini... Ambillah sedikit ilmu setiap hari tuk hati kita yang kian kering ditelan tipu-daya duniawi.... Explore it...

***************************************************************************************

MANUSIA suka mendengar suara hati orang lain, rahsia dan kisah hidup mereka. Namun, pernahkah seseorang cuba mendengar bisikan hatinya sendiri? Bisikan yang bergema dalam hati sebenarnya berkisar mengenai urusan dunia dan akhirat, yang mana lebih sering kedengaran bergantung kepada pilihan sendiri.

Kadangkala suara mengenai kenikmatan dunia dan kesulitan menguasainya lebih kuat bergema berbanding bisikan impian indah akhirat atau ancaman azab. Nasib seseorang amat bergantung kepada kebijaksanaan dalam memilih dua bisikan. Bisikan syaitan atau malaikat, bisikan iman atau kufur, takwa atau maksiat. Setiap saat manusia diberi dua pilihan dan diperdengarkan dua bisikan yang silih berganti datang mempengaruhi amal perbuatannya. Sesungguhnya bisikan hati pangkal daripada kebaikan atau kejahatan.

Sesiapa yang mampu mengawal bisikan hatinya nescaya dia hanya mengeluarkan tekad, keyakinan dan cita-cita yang baik. Sebaliknya sesiapa yang dikawal oleh bisikan jahat hatinya, maka keluarlah niat jahat, dosa dan penuh maksiat.

Rasulullah SAW bersabda membenarkan hakikat ini yang bermaksud: "Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya seorang teman daripada jin dan malaikat. Sahabat bertanya: Walaupun dirimu sendiri wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya, sehingga saya sendiri pun tetapi Allah menolongku menghadapinya lalu dia menyerah diri dan tidak menyuruhku melainkan kebaikan." (Hadis riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad)

Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa syaitan mengalir bersama aliran darah anak Adam? Jika kita boleh terus beringat dan menegur diri sendiri bahawa ada bisikan yang mesti kita pilih serta jangan melupakan pengaruh malaikat dan jin dalam bisikan itu, nescaya kita berhati-hati melakukan suatu tindakan.

Pergerakan tangan, kaki, mata, telinga dan hati yang memiliki lintasannya harus waspada, adakah berasal daripada bisikan jin atau malaikat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran." (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa'I dan Ibnu Hibban). Bagi memastikan bisikan berasal daripada malaikat seseorang dituntut menyibukkan hati dengan empat amalan.

Mendengar bisikan al-Quran.

Lautan ilmu al-Quran dan hidayah yang menerangi jiwa belum lagi dihayati sepenuhnya, ramai yang menumpukan perhatian kepada tajwid dan alunan suara indah ketika membaca al-Quran tetapi sayangnya tidak diseimbangkan dengan kajian tafsir seterusnya mengamalkan ayat yang menjadi inspirasi dalam hidup mereka. Al-Quran menjadi bahan bacaan yang menghibur di luar dinding hati, namun tidak sampai menyentuh ke dasar hati mereka apatah lagi mempengaruhi pemikiran dan perasaan. Semua itu menjadi mustahil kerana kesilapan mengabaikan kajian tafsir.

Apabila hati disibukkan dengan mendengar bisikan al-Quran nescaya yang menemani kita adalah malaikat yang suci. Sejauh manakah kedudukan al-Quran dalam kehidupan seharian? Adakah kita memberi perhatian istimewa kepadanya seperti masa untuk berhibur dan bersantai? Mengapa banyak masa dihamburkan untuk hiburan dan meluangkan hanya sedikit untuk al-Quran? Cukuplah seseorang kehilangan bisikan dan ilham Allah jika ia cuai terhadap kalam-Nya.

Perkara yang mesti diingat ketika mengkaji al-Quran iaitu sesungguhnya kita sedang menikmati bisikan Allah yang harus diperhatikan dengan tumpuan sempurna supaya tidak lenyap dan senyap suara hidayah-Nya daripada hati kita.

Apabila hati sibuk mendengarkan ayat Allah apakah mungkin dia berpaling mencari ayat syaitan? Semua bergantung pada kekuatan iman. Minta pertolongan Allah supaya hati kita dijauhi daripada gangguan jin dan syaitan serta kejahatan hawa nafsu diri sendiri.

Mendengar bisikan mengenai Allah.

Manusia mesti mencari sesuatu dalam hidupnya, mencari kebahagiaan dengan harta, ilmu, jawatan tinggi dan mereka mampu mencapai impian dengan baik. Namun, apabila semua sudah diperoleh hati menjadi tidak tenang, takut jatuh dan hilang segala-gala yang dimiliki. Semakin kabur jalan menuju kebahagiaan hakiki. Rupa-rupanya harta dan pangkat tidak mampu memberi kebahagiaan sebenar bahkan menjerumuskan ke jurang azab dunia yang lebih dalam. Akhirnya mereka menemukan jawapan terhadap permasalahan dihadapi.

Saat harta tidak mampu menyelamatkan diri daripada penyakit, maka mereka kembali kepada Allah yang Maha Menyembuh, ketika pangkat tidak boleh menutupi jenayah daripada undang-undang manusia, baru hati tergerak mencari pertolongan Allah Yang Maha Pengampun. Hanya Dia yang mampu menutup aib hamba-Nya. Saat genting melihat kelibat Malaikat Izrail baru mencari rahmat Allah.

Ketenteraman hati hanya dapat dirasai dengan meletakkan diri, harta dan kedudukan sentiasa berdampingan bersama Allah. Jika diri mahu berasa kuat berdampinganlah dengan yang Maha Kuat, apabila mahu menjadi manusia yang tahan cabaran dan ujian, sentiasa cekal dan tidak habis tenaga memenangi perlawanan dengan syaitan serta hawa nafsu sendiri.

Ambil kekuatan itu dengan berada di sisi Yang Maha Berkuasa ke atas seluruh makhluk. Ketika kita semakin dekat dan mengenali sifat-Nya, nama-Nya yang agung dan perbuatan-Nya yang tidak cacat cela ke atas makhluk, kemudian hati pun tunduk dan mengagumi kesempurnaan-Nya, kita semakin hampir ke jalan bahagia yang sebenar.

Bisikkan hati supaya mengenali Allah, sebelum anda dibisikkan oleh syaitan yang menakutkan mengenai kemiskinan, kerugian dan kejatuhan. Sesungguhnya syaitan mempengaruhi manusia supaya mengikuti pandangannya dan mengambil langkah yang disyorkannya. Selepas mengenal sifat Allah, nama-Nya yang indah dan perbuatan-Nya terhadap makhluk yang tiada cacat cela, kita dituntut mendengar bisikan hati mengenai kurniaan Allah sepanjang hidup ini.

Ketika kita kerugian harta puluhan ribu ringgit sehari, ada kala kita tidak ingat Allah memberi banyak lagi daripada yang diambil-Nya. Ketika anak sakit seminggu adakah kita bersyukur kerana Allah memberi kesihatan kepadanya selama bertahun-tahun? Banyak lagi perkara ajaib dan hebat di sekitar kita yang menunjukkan kebesaran Allah. Tidak cukup masa kita untuk memikirkan mengenai Allah kerana ilmu-Nya tidak tercapai oleh akal manusia yang terbatas.

Mendengar bisikan mengenai aib diri.

Bisikan yang baik untuk hati manusia ialah suara yang menyatakan aibnya secara telus dan terang. Bisikan ini berasal daripada malaikat yang sentiasa mengingatkan banyaknya cacat cela manusia supaya mereka malu dan takut kepada Allah kemudian berusaha memperbaiki kelemahan diri.

Mendengar bisikan banyaknya kewajipan dan sedikitnya masa.

Dalam keadaan lalai, manusia lupa betapa banyak tanggungjawab dan berat amanah yang mesti digalas. Sikap suka melengahkan amal pernah dialami seorang sahabat yang tertinggal dalam Perang Tabuk melawan Rom.

Ka'ab Malik dan dua lagi sahabat Rasulullah SAW tertinggal daripada pasukan dipimpin Rasulullah SAW. Ka'ab menceritakan selepas Rasulullah SAW keluar dari Madinah, dia tertinggal dan setiap pagi dia memasang pelana kudanya dan berkata: "Aku akan menyusul mereka", tetapi dia tidak melakukannya, dia berbuat begitu setiap hari sehingga akhirnya dia tidak dapat menyusul tentera Rasulullah SAW.

Hal itu adalah dalih apabila seseorang tidak bersegera melakukan amal salih, dia akan terhalang daripada melakukannya. Sebab itu Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (begitu pula) kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (al-Quran) pada permulaannya, dan kami biarkan mereka bergelumang dalam kesesatannya yang sangat." (Surah al-An'am, ayat 110)

Ka'ab dan dua sahabatnya dihukum dengan cara dipulaukan selama 40 hari. Sesiapa pun tidak boleh bercakap dengan mereka dan menyahut salam mereka. Ditambah hukuman itu 10 hari lagi dengan tidak boleh bercampur dengan isteri, sehingga hari ke-50 diterima taubat mereka dengan turunnya ayat 117-119 surah al-Taubah.

Hati yang suka mendengar bisikan dari langit, bertemankan malaikat yang menasihati kebaikan dan ketaatan adalah hati yang bersih dan layak dijatuhi pandangan rahmat-Nya.


Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui Juanda@msu.edu.my
Copy From Ukhwah.com
**************************************************************************************
Berapa ramaikah yang membaca Al-Quran setiap hari? 3 hari sekali? Atau seminggu sekali? Kalian, ingatkah ketika kecilnya, itulah yang kita pegang dan baca setiap hari... Baik di rumah mahupun di kelas mengaji.... Tapi, bila telah dewasa... Berapa kalikah kita membaca al-Quran itu? Kalau ada pun hanya membaca surah Yassin... Dalam usia kamu yang mungkin menghampiri suku abad...brp kali kah kamu Qhatam Al-Quran? Berbanding kamu Qhatam cerita2 korea etc.


Kepentingan Al-Quran:
"Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith

"Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." - Hadith

"Ahli Quran ialah Ahlullah"

"Bacalah Al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan huruf yang dibaca." - Ibnu Mas'ud

"Tiap-tiap ayat di dalam Al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu." - Amr ibnul 'As

"Rumah yang dibacakan Al-Quran nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan" - Abu Hurairah


Disebutkan juga mengenai kegusaran kita mengenai apa yang kita dapati dan capai...sering pula kita menyombong diri dengan menganggap kejayaan yang kita perolehi itu adalah berkat usaha kita... Tapi..lupakah kita pada DIA yang memberi nikmat dalam setiap helaan nafas kita? Lupakah kita pada DIA yang memberi otak tuk kita berfikir? Lupakah kita pada DIA yang memberi kita kejayaan itu pada hakikinya? Kembalilah padaNya... Syukur pada atas nikmatNya... Bersujudlah... Kerana tanpa sujud itu, keredhaan yang dicari semakin kelam... Sedangkan keREDHAan itulah tujuan kita berkelana di dunia ini.


WaAllahualam... adios... Wassalam

Read More

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri