Assalamu'alaykum wbt,
Kami Sekretariat Mahasiswa Fakulti FTMSK/FSKM. Dulunya dikenali Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar. Nama persatuan kami di fakulti adalah DnA Society. Kami bersama selama 2semester, ada yang lebih hingga ke 6semester dimana penglibatan sejak diploma hingga ke degree. Ada yang juga merupakan bekas Majlis Perwakilan Pelajar dari cawangan (seperti saya), ada juga bekas pemimpin persatuan. Ada juga yang masih baru tapi semangat berkepimpinan.
Kami lakukan pelbagai kerja. Kami adalah pelajar, kami adalah pemimpin. Kami melakukan macam-macam aktiviti tuk fakulti dan pelajar lain. Walaupun kadang-kala kami terlalu sibuk, walaupun kadang-kala kami tidak sihat, walaupun kadang-kala kami mendengar suara-suara sumbang pelajar lain, walaupun kami diberi puji-pujian. Tapi kami tetap melakukan tugas-tugas kami penuh rasa tanggungjawab.
Kami ke kampus cawangan demi memperkenalkan matapelajaran degree pada pelajar cawangan supaya mereka lebih tahu apa yang mereka mahukan. Kami juga mengambiltahu kebajikan pelajar. Kami sudah ke Utara (Perlis), Selatan(Johor), Barat(Perak), Timur(Kelantan) malah di kepulauan Borneo juga iaitu di Sarawak. Tapi, kami hanya mampu membantu menjadi orang tengah, yang pasti semua itu terletak pada diri pelajar dan pengurusan fakulti sendiri.
Kami membantu pensyarah lain di dalam PPKP. Kami menguruskan aktiviti Minggu Mesra Siswa, Anugerah Dekan, Malam Pra-Graduan, Karnival, dan macam-macam lagi termasuklah membantu kelab-kelab program di dalam fakulti.
Sekuat mana kami bekerja, lebih kuat ukhwah antara kami. Mengharungi pelbagai perkara sepanjang kami bergelar pemimpin. Setiakawan itu paling penting dalam berukhwah antara kami.
Dibelakang kami, terdapat ramai orang yang memberi semangat. Dekan FTMSK/FSKM, Tim.Dekan, para pensyarah dan paling penting setia tetap bersama kami adalah Puan Aidawaty yang mempercayai kreabiliti kami dan menjadi penasihat kami. Tidak lupa yang utama...Allah Yang Maha Esa.
Jauh kami melangkah, berat yang kami pikul. Pada kami hanya satu... Membantu semua pelajar. Andai kurang atau terlebih, ketahuilah, kami hanya manusia biasa yang juga pelajar seperti anda.
(batch lain, Niza takde gambar)
Lawati Portal Alumni DnA Society. Pendaftaran hanya untuk Alumni. Terima Kasih
-tetiba je nak coretkan sesuatu-
Suke3x!!! :D
cetusan rasa...tp ayat tak cukup power la plak ;-)
ape plak tak ckup power?? mmg terharu sgt lak bace huhuhuhu
Erk..biasenye ayat lg power..haha.. Agaknye sbb bz td ;-) Eh, sape ni erk? Papepun, syukron sbb ziarah
rinozeen aka fahmi keke... lpe lak nk btau , yang gamba akak tu, SUPER IMPOSE JEK HAHAHAHA :d
jgn mara ye ??? ;)
lor..akak dah lame tau la psl gamba tu..sblm terbitnye buku lagi..sblm gamba tu siap lg =P Lupe la tu..dah tua adikku ini