Alumni DnA Society: Trip to Pulau Aman

Posted by NIZA.Ati on Saturday, December 26, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 18 Disember 2009 yang lalu Niza dan kawan-kawan Niza dari Alumni DnA Society telah pun mengadakan percutian tahunan kami yang pertama (Percutian Pulau Pangkor pada bulan 6 lepas adalah pre-activity kami sebagai Alumni).

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... Niza tak tahu adakah Niza perlu formal dalam membuat laporan ini (dorg suruh Niza masukkan macam2 dalam cite Trip Pulau Aman ni... haha... korg yang pegi tu pasti menanti cerita tentang *tut*).

Alkisah..setelah penat lelah Abg Asward comfirmkan penginapan kami di Pulau Aman dan juga Niza menyampaikan maklumat kepada smua Alumni dan membeli tiket keretapi, perjalanan kami bermula dari KLSentral.

Click to enlarge

Hari pertama : 18 Disember 2009
Seawal jam 6ptg Niza dan Marsha telah tiba di KL Sentral dan menantikan masuk waktu Maghrib lantas menunaikan solat Maghrib & Isya' berjamak taqdim & Qasar. Kira-kira jam 7.30PM kami berkumpul di depan kedai dunkin donut bersama Abg Apiz, Marsha, Niza, Syed dan kemudian tiba pula Aini, Abg Asward, Acap dan Abg Acap. Terus kami check-in (chewah...cam nek flight la pulak kan). Then terus masuk ke gerabak kami Q1. Seat Niza & Marsha (3A & 3B. memula 4A & 4B tapi Niza tukar cepat2 dengan Abg Apiz and Abg Acap...muahahahaha). Seat Acap & Syed pula 3C & 3D, Seat Abg Apiz and Abg Acap 4A & 4B dan Seat Aini & Abg Asward 4C & 4D.

Berdepan dengan gerabak kami adalah cafe....wah~ sangat teruja sebab nak melepak borak2. Sebaik sahaja keretapi bergerak...kami terus membawa keluar makanan yang dibawa... buat sape yang lapar terutama Abg Apiz yang memang tengah lapar tahap ape ntah... Niza telah pun membuat sandwich telur dan membawa strawberry kering dari Cameron Highland buat semua. Aini pula telah membawa cokodok (cucur pisang).

Tak sampai sejam keretapi berjalan, kami sudah pun melepak di Cafe. Just having conversation antara kami. Bercerita mengenai macam-macam... tentang kerja, tentang master, tentang sekretariat, tentang perkahwinan dan macam-macam lagi yang mungkin ada Niza tak ingat. After few hours (dalam 2jam kot) kami melepak, barulah kami beli air...haha...tu pun sbb Marsha yang nak beli..jadi semua pun kirim. Sepanjang dalam perjalanan itu, kami sekali sekala pulang ke seat masing2... tapi akhirnya tetap pergi ke Cafe... kalau nak ikutkan...cafe tu jauh lagi sejuk dari tempat kami. Tapi cafe menjadi pilihan kerana kami dapat duduk facing dan berborak.

Di dalam perjalanan kami, kami telah berkenalan dengan seorang atok...people do call him "Pak Ya" but i still wanna call him "Tok ya" hee~ Maybe he's searching for "menantu"...hehe... memula mungkin target dia adalah "Acap" tapi akhirnya bertukar kepada orang "kedah" muahaha... jadi...sape la yang akan kena kalau tak Abg Apiz dan Syed... tapi memandangkan Abg Apiz suda berpunya (yakni telahpun bertunang dan akan berkahwin) maka beralih la kepada Syed... hehehe~ Siap minta no phone, ajak datang rumah lagi. Memula susah juga Niza nak percaya cite dari Abg Apiz ni... tapi bila diceritakan depan Syed, dah comfirm la tu cerita tu... Kate "Tok Ya" lagi, boleh je Syed datang rumah dan pilih je mana berkenan...muahaha...bagus punye... Tapi seribu kali sayang... lepas kami temu-ramah Syed, nampaknya die perlu mencari calon yang ade nama "Syarifah" yang memang berketurunan "Syed". So...melepas la "Tok Ya" nak bermenantukan Syed...hee~ Tutup cite...kalo korg ada nak tambah...silekan kat bahagian komen. (^_^)

Di dalam perjalanan juga, sempat Niza melihat tasik yang dilalui ketapi kami ditengah-tengahnya... Nampaknya memang Niza ja yang beruntung sebab ketika itu rakan-rakan lain sedang tidur (dorg tido sejam je, melainkan Marsha betul2 tidur sejak awal perjalanan). Rasanya, jalan keretapi tu memang ditambak semata-mata tuk jalan keretapi tu... kerana jalan keretapi itu ditengah-tengah merentasi tasik tersebut. Untung juga orang tak tidur ni kan..hee~ Niza memang tak dapat tidur sepanjang perjalanan..


Info:
Tambang keretapi: RM34 (1 hala sahaja)
Nescafe/Milo di dalam keretapi: RM2.50 (cawan kecil)

Click to enlarge

Hari Kedua : 19 Disember 2009
Kami tiba di Stesyen Butterworth kira-kira jam 5pagi. Sesampai di stesyen kami ke surau bagi menunaikan solat Maghrib + Isya' berjamak Taqhir Qasar kepada mereka yang tidak sempat menunaikan solat sebelum bertolak tadi. Kemudian, kami telah pun didatangi Abg Amar. Rumah Abg Amar adalah di Butterworth dan kami telah pun "menyerang" rumahnya. Kami telah dihidangkan "Tea bujang" dan seterusnya menunaikan solat Subuh sebaik sahaja masuk waktu subuh. Kemudian kami dihidangkan Roti Canai & Capati oleh mak dan makcik Abg Amar... terima kasih kepada family Abg Amar yang sangat baik hati dan sporting. Selain Abg Acap dan Abg Apiz yang menonton cerita "Setam", kami yang lain telah pun terbongkang tidur...hee~ Tapi Niza tidur sejam je... kami yang perempuan menumpang bilik Abg Amar dan yang lelaki mane2 pun bule...

Kira-kira jam 9pagi kami telah pun bertolak ke Jeti Batu Musang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam. Seterusnya kami menaiki bot terus ke Jeti Pulau Aman. Perjalanan dari Jeti Batu Musang ke Jeti Pulau Aman adalah dalam 10-15 minit sahaja. Kira-kira jam 11 pagi kami telah tiba di Pulau Aman dan terpaksa menunggu hingga jam 12tghari tuk masuk ke chalet.

Sementara itu, kami menikmati makanan tengahari kami di Restoran Terapung. Menu kami adalah Mee Udang dan Nasi Goreng + Telur Goreng. Main lauk kat restoran tu adalah Udang yang besar...sangat sedap... sian Acap xleh makan udang kerana alah (^_^) Buat pengetahuan, di Pulau Aman, makanan yang paling popular adalah Mee Udang... try la..kompem xnyesal...

Setelah itu kami terus check-in ke chalet masing-masing tuk membersihkan diri dan berehat. Memang agak memenatkan tambah pula semalaman tidak tidur. Kami menunaikan solat Zohor + Asar Jamak Taqdim dan Qasar dan kemudiannya berehat. Niza hanya tidur tidak sampy 1jam kerana kemudiannya mengadap internet. Buat pengetahuan, access internet tuk celcom adalah bagus berbanding maxis... Walaubagaimanapun, masih boleh dipakai la... (Niza pakai maxis). Sebenarnya sebelum pergi lagi Niza dah check kawasan broadband...sebab kalau maxis xdapat di Pulau Aman, Niza akan bawa broadband celcom. Tapi memandangkan maxis dapat, so Niza just bawa maxis.

Setelah berehat, kira-kira jam 3petang, kami mula berkumpul... kecuali Abg Apiz yang lambat bersiap (adeh..mcm pompuan..haha..). Sementara menunggu Abg Apiz bersiap, kami beli ABC (Air Batu Campur). Ketika itu gerimis mengundang, jadi agak menjadi kerisauan andainya hujan pada petang itu. Tapi, alhamdulillah tidak. Gerimis hanya tinggal gerimis...chewah~

Setelah itu kami terus ke Jeti Pulau Aman tuk menyewa bot bagi mengeliling sekitar Pulau Aman. Ketika inilah Niza minta Abg Acap tuk membawa "suprise" kami... ala.. xde mende sgt pun...just banner tuk Percutian Tahunan kami...

Dimanakah destinasi kami???
Okai..mula2 kami telah ke Gedung Peluru yang terletak lebih kurang 5minit dari Jeti Pulau Aman. Gedung Peluru adalah tempat menyimpan peluru (namepun gedung peluru kan..) dan ini adalah peniggalan Pihak British. Di sana terdapat sebuah bangunan yang tidak la sebesar mana...panjang bangunan 30kaki, lebar 15kaki dan tinggi 14kaki (terer x Niza? muahaha~ padahal ade tercatat diluar bangunan tu). Niza tinguk, ala2 penjara juga la..sebab grill masuk ke bilik menyimpan peluru tu ala2 mcm lokap laks.. Hurm..agak menggerunkan jugak la kalo tinguk... Okai, bagi pengunjung yang ingin mandi laut, di sinilah satu-satunya tempat tuk bermandi-manda. Dari situ juga dapat dilihat suatu kawasan yang dipanggil Gua Lanun. Sejarah menceritakan disitu adalah tempat berkumpulnya lanun2... tapi kini akhirnya gua itu sudah pun tertutup dek tanah merah yang runtuh. Lagipun, adalah dinasihatkan tuk tidak masuk ke dalam gua tersebut. Kenapa? Lu pk la sendiri... Lagipun kini langsung tiada jalan masuk..jd camne korg nak masukkan??? Ikut dalam laut pun xleh...

Sepanjang kami pusing keliling Pulau Aman, dapat dilihat lubuk ikan dimana dipanggil Batu Payung...kenapa dipanggil Batu Payung?? Haa...sebabnya disitu hanya batu besar shj dan tiada tumbuhan dan batu itu berbentuk paku payung yang terbalik. Selain itu, dapat juga dilihat jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dibina...ntah bila la pulak nak siapkan... Jambatan itu terus ke Balik Pulau. Kemudian, kami telah ke salah sebuah Kelong Ikan yang terdapat disekitar laut berhampiran Pulau Aman... Kelong yang kami singgah ini adalah kepunyaan Jabatan Perikanan... Seterusnya...kami ke????? balik la ape lagi... Kami pulang semula ke Jeti Pulau Aman.

Kemudian, Abg Amar telah pun membawa kami ke melawat ke Telaga Emas... kalo jalan kaki adelah dalam 10minit Niza rasa... kalo nek beskal mungkin 5minit dah sampy... Kalo nek motor...2minit kot.. tapi..buat pengetahuan semua, di Pulau Aman hanya terdapat 2buah motosikal sahaja... kereta? takde..kem salam saje... disini juga tidak terdapat jalan tar... Sejarah Telaga Emas??? Korg carilah sendiri..malas nak cite panjang2..huhu.. Ok..walaupun telaga emas ni terletak betul2 sebalah laut, tetapi air telaga ini tidak masin pun... Haha...Niza dah rasa pun..kompem.. mengikut kepercayaan airnya mujarab mengubati penyakit... Kalo sakit hati leh x? hee~

Setelah itu, kami elek2 kat situ...sambil masing2 membuat aktiviti masing2... Ok..kat area tu..ramai gak orang meletak jala dan mencari sipu biji nangka. Hurm..ape lagi nak dicite tentang Pulau Aman eh? Ok..Pulau Aman kaya dengan pokok sukun...dan sungguh Niza katakan...warna daun pokok buah sukun ini sangat cantik dan menyerlah... lain dari yang lain... dan pokok sukun tertua di Malaysia terdapat di Pulau Aman ini dan pokok itu terletak dihadapan rumah ketua kampung Pulau Aman... iaitu Pak Njang yang juga merupakan bapa saudara Abg Amar... haha... tinguk... sangat terpengaruh gitew~ Pandy Niza cari tempat kan..hee~ Selain itu, dikatakan buah sukun di Pulau Aman ini mempunyai keenakkan yang luar biasa kerana pokok2 tersebut bercampur dengan air laut, kerang dan udang. Niza xpenah makan buah sukun walaupun berada di sane..oleh itu Niza xdapat nak pastikan.. (^_^) Suatu tempat yang kami miss adalah Kubur Purba..huhu...

Petang itu, kira-kira jam6, kami bertandang ke rumah Pak Njang... ye la..sebab mak Abg Amar ada kat sane... Kami juga telah berkenalan dengan Pak Njang... hee~ baik gitew~ Okai..nak cite skit..sepanjang kami berada disana...makanan kami telah ditaja oleh keluarga Pak Njang..chewah... terima kasih diucapkan... Bukan sebab ape..kebetulan anak sedara belah Mak Njang kawin ketika itu.. Jadi kami pun dijemput la... sangat best... kami telah merasakan suasana kampung yang harmoni dan saling bantu-membantu. Petang tu kami makan mee udang...sangat sedap... Then Pak Njang juga hidangkan kami air zam-zam, kurma, buah at-tin dan buah zaitun... Pak Njang sebenarnya baru pulang dari mengerjakan haji... Sebelum balik, kami melihat 3 ekor rusa yang dibela oleh Pak Njang... Sekor jantan dan 2 ekor betina... Sangat la besar...

Setelah makan-makan... borak-borak sesama kami seperti sepupu-sepupu yang sedang berkumpul, kami pulang tuk membersihkan diri , solat dan berehat. Semua pakat tidur... Niza??? Haa... kompem korg dah tau ape Niza buat kan... On9 la..ape lagi..mengadap lappy kesayangan ni sehinggalah jam 9malam kami ke rumah Pak Njang tuk makan malam. Menu malam itu, nasi putih, kari ikan, tempe goreng pedas, arca buah, sayur kobis, dan gulai ikan masin...wa~ sangat membuka selera tau...tambah2 pula ade tempe goreng pedas...memang faveret tu...huhu... Setelah kami yang perempuan kemas-kemas semua pinggan-mangkuk, kami elek2 jap sambil borak-borak lagi... Kemudian kami mencari kedai tuk minum2 kopi ker... tp sayangnye smua kedai suda tutup..huhu... Jadi kami terus pulang ke chalet masing... dan menonton tv...cerita "wakenabeb" ketika itu... Ketika jam 9.30 malam, Niza telah pun melelapkan mata setelah Aini dan Marsha lelap dulu... huhu... Lappy Niza pula telah diberi pinjam kepada Abg Acap & Abg Apiz... Yang laki kabarnya masih tidak tidur hingga ke tengah malam...oleh kerana itu, amatlah beruntung mereka tu kerana dapat melihat air laut naik hingga ke paras beranda chalet kami...huhu... Ada juga yang sempat study tuk exam pada hari selasa.


Info:
Tambang Teksi (dr steyen keretapi - Jeti Batu Kawan): RM40 (sempat Niza tanya pada pakcik teksi pagi tu)
Tambang bot: RM6.00
Chalet: RM120 (1malam- boleh memuatkan 4-6 satu bilik. Mempunyai televisyen tanpa Astro, almari pakaian, bilik air)
Bot sewa mengelilingi Pulau Aman: RM80
Mee Udang: RM6.00

Click to enlarge

Hari Ketiga : 20 Disember 2009
Keesokan harinya, seawal jam 6.30 pagi Niza telah pun bangun bagi menunaikan solat Subuh... kemudia dikejut ahli chalet ku..serta pergi memekak kat chalet sebelah-sebelah... Adeh la..susah betul nak kejut dorg ni... Alhamdulillah la bangun gak... SOlat2 wey~ Kemudian, jam7pagi, Niza dan Aini telah pun keluar mengambil angin pagi... sambil2 pula Aini mencari Siput Biji Nangka...Niza pula mengacau Pak Cik "Subang Jaya" menjala. Sudahnya pak cik tu dah g jauh ke seberang ketika air surut tuk mencari Ketam, menjala dan mencari Tiram... Kemudian, Niza dan Aini membeli makan pagi... lapit perut sebelum makan pagi di rumah Pak Njang (chewah...cover gitew~). Kami makan pagi di chalet perempuan...sambil menonton TV...ketika itu drama yang dilakonkan oleh kumpulan F4...tau x kumpulan tu?? Seangkatan la dengan ketas A4 tu.. =P

Kira2 jam 9 lebih...kami telah dipanggil tuk makan pagi di rumah Pak Njang... makanan yang dihidangkan adalah Nasi Goreng, cucur jagung dan mee goreng... sedap mee goreng & cucur jagung tu.. (sebab makan 2 tu jerk..hehe..). Sesudah tu, seperti biase..elek2 jap borak2... Then kami ke tanjung...tanjung ke? xtau la nak panggil ape..tp tempat yang Niza dan Aini pegi awal pagi tu...Kami beramai-ramai ke sana tuk mencari Siput Biji Nangka... masing2 membuat lubang masing... haha... Abg Apiz dari mula sampai abes, 1 tu je la lubang yang die korek....dalam gile...last2 Abg Amar, Acap dan Abg Acap kutip kulit2 kerang yang banyak gilerz sekitar tu dan dimasukkan dalam lubang tu...siap buat tanda dengan kayu lagi..haha... Yang Niza pula, buat 2lubang...tp yang jumpe nye...huhu...1 jerk yang besar...yg len sume kecik je..jadi Niza xamik..amat mengecewakan... Acap? Jadi mandor je... Marsha pula di bilik..ape dibuatnye ntah...saat2 akhir tu Marsha datang (^_^) Sempat juga kami bergambar... Tapi ketika mereka tangkap gambar dengan hasil pencarian, Niza telah pun pulang ke chalet tuk menggosok tudung...huhu....

Setalah itu, semuanya pulang ke chalet masing2 tuk membersih diri dan berkemas. Sementara itu pula, ngupenye hasil pencarian kami tu telah pun direbus oleh Mak Abg Amar... ketika semua suda bersiap, kami makan sipu biji nangka rebus cicah dengan sos... Nikmatnye...sangat la sedap~ Kemudian kami menghadiri kenduri kawin... Setelah itu melihat pengantin di rumah beliau... dan seterusnya mula pulang ke chalet tuk mengambil barang masing2... Sebelum beredar ke Jeti Pulau Aman, kami telah berjumpa dengan Pak Njang buat kali terakhir...

Setibanya di Jeti Batu Musang, kami terus ke Feri... Kami park kereta berhampiran stesyen bas butterworth dan kemudiannya jalan kaki ke Ferry... Kami telah ke seberang memandangkan ada antara kami yang ingin membeli jeruk tuk dibawa balik... Kami juga sempat ke Port boat2 di sana... Setalah itu, kami kembali ke Butterworth dan terus ke rumah Abg Amar tuk menunaikan solat Jamak Taqhir dan Qasar Zohor + Asar serta Solat Jamak Taqdim dan Qasar Maghrib + Isya'. Kami juga sempat menyambut hari lahir Aini Suria yang ke22 pada hari tersebut... Kemudian kami menikmati hidangan makan malam dan seterusnya bersalaman dengan Mak dan Makcik Abg Amar dan bergegas ke Stesyen keretapi.

Sepatutnya, train kami ke KL bertolak pada jam9malam... Tapi delay...jam10malam baru la mula bertolak. Adap balik ni, kami telah dibelanja oleh kazen Abg Acap char kuey teow. Walaubagaimanapun, Niza je yang tak makan...kenapa??? Hee...sebab Niza tak makan kerang...huhu... Tp kan...memang sedap bau char kuey teow tu...huhu... Adap balik ni juga, kami banyak menghabiskan masa di seat masing2...tidur saja...kerana kepenatan...sekali sekali terjaga dan pergi ke cafe... Kira-kira jam6pagi... kami tiba di KL Sentral. Alhamdulillah...sempurna sudah trip pertama percutian tahunan Alumni DnA Society...walaupun saat akhir Puan Aida dan keluarga tidak dapat hadir tuk join kami...

Info:
Tambang ferry: RM1.50 (balik free jerk)
Jeruk: RM10 (3bungkusan)


"Di kesempatan ini, Niza ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Aida kerapa tetap memberi semangat kepada kami tuk meneruskan trip ini walaupun tidak ramai yang dapat sertai berikut masalah2 yang mereka hadapi. Seterusnya kepada Abg Asward selaku "kepala" tuk trip ini, dan kepada semua kengkawan yang dapat sertai mahupun yang ingin sangat sertai tapi punya halangan. Hope to see you guys on our next trip."

Wassalam

9 comments

  1. Syed Says:
  2. Pembetulan:
    Menu makan malam 2-day @ rumah Pak Njang Amar : acar buah, bukan arca buah

    Tambang ferry ke Pulau Pinang : RM 1.20

     
  3. Anonymous Says:
  4. Tambahan:
    ABC Pulau Aman : RM 1.50 :D

     
  5. NIZA.Ati Says:
  6. haha...ade gak la spelling error disitu..xpnh la diriku lari dr spelling error...ade lg x?? Tp tu mmg pkr biase.. psl rege tu mmg xbrape nak ingat... dah ngantuks gile...2hari nak siapkan entry ni..adeh la~

     
  7. Unknown Says:
  8. tambang ferry: RM1.20
    he3

     
  9. NIZA.Ati Says:
  10. Ahmad: Abg Amar, dah dibetulkan syed td..hehe...

     
  11. Anonymous Says:
  12. nak mntak tlong bg no contact chalet...

     
  13. Unknown Says:
  14. Salam...niza...boleh x kalau saya nk dapatkan no.fon ketua kt D. Pulau aman tu...yg awak panggil pak njang...saya nk cari rumah sewa Kat situ...sbab dpt cg ganti Kat skolah pulau aman..please ya contact sya ..urgent sgt...tq...suhaila. .013-4024080

     
  15. NIZA.Ati Says:
  16. satna, tanya kawan saya

     
  17. Unknown Says:
  18. Salam...niza saya amat berminat utk dapatkn contact no.ketua kg pulau aman....boleh respond pda sya asap...suhaila 013-4024080

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri