Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

Zulkaedah, Terima Kasih :)

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, September 24, 2014 [ 0 comments ]

YouTube: Sigma - Kupu-Kupu Cinta





Assalamu'alaykum wbt,


Alhamdulillah... syukur kepada Allah kepada sebuah pertemuan. Zulkaedah, aku menanti mu sejak setahun yang lalu, aku menanti penuh pengharapan meskipun nampak hambar tapi dihati sangat ku berharapkan sesuatu.

Detik terus berlalu meninggalkan kita, namun untuk kembali bertemu aku sendiri tidak pasti namun telah ku usahakan, bukan setahun dua. Takdir Allah jualah yang menemukan kita.



Andai ini takdir-Nya, moga pertemuan kali ini benar-benar mendewasakan kita dan menjadi asbab kebaikan untuk kamu dan aku.

Zulkaedah kian pergi, Zulhijjah kian mendatang
Terima kasih kerana memberi seri, adakah harapan akan datang?
*Hurm..... selamat berlalu untuk Zulkaedah...*

Wassalam

Read More
categories: , | | edit post

Kenapa Tak Kahwin Lagi???

Posted by NIZA.Ati on Sunday, August 3, 2014 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,

Ade seorang kawan berpangkat adik tanya tentang jodoh.

Kawan: kenapa kak NIZA x kawen lg?

Saya menarik nafas, bukan hendak marah tapi biar tenang menjawab soalan.

Saya: kalau diberi pilihan, akak nak je kawen awal. Tapi yang mengaturkan takdir adalah Allah dimana pasti ada hikmah.

Kawan: akak ada sesiapa?

Saya senyum

Saya: selagi belum berkahwin, selagi tu belum ada sesiapa. Kita hanya tahu siapa jodoh kita hanya apabila telah sah lafaz ijab-kabul.

Kawan: Akak memilih sangat kot.

Saya: pendidikan anak bermula dengan pencari pasangan yang baik. Bukan mengharapkan yang sempurna tapi biar tujuan hidup sama, iaitu menuju ke akhirat yang kekal abadi. Hubungan suami-isteri ibarat kedua belah tangan, jika kedua belah tangan yang kotor saling mencuci, insyaAllah pastikan bersih. Siapa pasangan kita sebelum perkahwinan tidak sepenting siapa pasangan kita selepas perkahwinan.

Saya memandang dia dan melemparkan senyuman lagi, dia mengangguk mungkin tanda faham. Saya menyambung lagi.

Saya: kita tak boleh paksa orang untuk terima diri kita. Orang yang suka kita belum tentu kita dapat tuk menerima dia, begitu juga orang yang kita suka belum tentu dapat menerima kita seadanya diri kita.

Kawan: akak berada pada situasi mana?

Pandai mencungkil juga adik ni, dalam fikiran ku.

Saya: akak pernah berada dalam kedua-dua situasi. Pernah bermakna telah berlalu.

Kawan: sekarang?

Saya: Seseorang yang ikhlas untuk menerima kita kerana Allah, akan berusaha menjadikan kita halal.

Saya mengharapkan adik tu faham maksud saya.

Kawan: tapi jodoh tu kene diusaha kak.

Kali ni saya tergelak kecil.

Saya: Allah tahu sejauh mana usaha akak dan akak yakin pada yang telah Allah tentukan. Sekurang-kurangnya, di masa akak single ni la akak nak luangkan masa untuk berbakti pada agama dan ibu bapa. Hujung minggu akak tak pernah bosan, banyak aktiviti akak lakukan. Paling2 kalau duduk dirumah pun sibuk di dapur dan membersihkan dan mengemas rumah. Setiap hari sebelum tidur luangkan masa pula tuk membaca buku.

Dia diam. Mungkin sedang menghadam hikmah yang Allah berikan. Saya menyambung.

Saya: bak kata ayah angkat akak, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi "Jodoh itu rezeki, bukan terletak pada awal atau lambat, tapi pada keberkatan". Lagipun, lebih baik kawen lambat daripada berkawen dengan lelaki yang tak mahu menjadi lebih baik. Jodoh dengan manusia itu, insyaAllah tapi jodoh dengan kematian itu pasti.

Dia senyum. :)

Read More
categories: | | edit post

Sebuah Rasa

Posted by NIZA.Ati on Monday, September 9, 2013 [ 0 comments ]

Bismillahir rahmanir rahim


Demi Allah yang menciptakan hati,
Demi Allah yang membuahkan rasa cinta,
Demi Allah yang melahirkan rasa rindu,
Ku mohon lindungilah dia,
Jagalah dia dan peliharalah dia pada setiap detik dan waktu.
Berilah kebahagiaan kepada dia dunia dan akhirat.

Read More
categories: , | | edit post

Jika diizinkan....

Posted by NIZA.Ati on Thursday, May 30, 2013 [ 0 comments ]

Bismillahirrahmanirrahim

Winamp: Doa Seorang Kekasih by InTeam

Assalamu'alaykum wbt,


"Saya hanya ingin dia selalu dijaga olehNya. Meskipun jodohnya bukan dengan saya, tetapi saya mahu dia bahagia. Meskipun bukan dengan saya, tetapi saya ingin dia lebih soleh berbanding sekarang. Meskipun juga bukan dengan saya, saya ingin dia selalu cinta kepada Allah dan RasulNya. Tetapi jika diizinkan, kenapa dia tidak dijodohkan dengan saya sahaja? Ya Allah, izinkan dia untuk aku..." - ms165.

Wassalam

Read More
categories: , , | | edit post

Volunteers of One Heart : Seminar Baitul Muslim 2.0

Posted by NIZA.Ati on Thursday, March 28, 2013 [ 0 comments ]

Winamp: Jalinan By UNIC.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaykum wbt,

Alhamdulillah dengan limpah rahmat dariNya, selesai sudah Seminar Baitul Muslim 2.0 yang telah dianjurkan oleh One Heart Creative Solution. Alhamdulillah seminar tersebut telah pun mendapat pujian dan perhatian ramai.

Majalah I isu 126/Apr2013


Harian Islam

Orang Awam



Sebagai tanda terima kasih kepada Valunteers of One Heart, pihak penganjur telah mengadakan "Volunteers Appreciation Lunch" yang bertempat di Mr.Steak House Shah Alam.


Selain daripada majlis makan-makan, kami juga ada aktiviti bertukar hadiah. Ramai yang tertanya-tanya apa yang Niza dapat apabila "hadiah" yang Niza dapat tu seolah-olah hanya sekeping kertas. Nak tahu hasil saling bertukar hadiah tu apa saya dapat? Tengok bawah =P



After few weeks hasilnya???? Jeng jeng jeng....

Comey tak???! Comey kan!~ ;) Jazakallahu khairan kathira kepada adik yang memberinya.

After all, alhamdulillah, selain dapat berbakti dan menyumbang kepada masyrakat am nya dan ummat Islam khususnya, dapat juga menambah kenalan, adik2 yang baik2 belaka. :) InsyaAllah. Moga Allah redha. 

Wassalam.

Read More

Kerana Dia

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, March 19, 2013 [ 0 comments ]

Halwa Telinga: Doaku Untuk Mu Sayang - Wali Band

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaykum wbt,

Apabila kamu teringatkan seseorang, banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR.
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, banyakkanlah SELAWAT.
Apabila kamu mahukan wajah berseri & sejuk mata memandang, banyakanlah SOLAT DHUHA.
Apabila kamu mahukan perlundungan & kekuatan hati, bykkanlah TAHAJJUD
Dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu/syaitan,
hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu.

Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah.
Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah.
Tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.
Ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t.

AL QURAN jadikan teman,
agar tunduk disaat yang lain angkuh,
agar teguh disaat yang lain runtuh,
agar tegar disaat yang lain terlempar.

*********************************************************************************
Allah, jadikan ku hamba yang sentiasa mengingati Mu,
dalam susah, dalam senang,
jangan biar aku alpa.

Allah, tika aku susah,
jangan pernah biarkan aku melupakan Mu,
jangan biar aku hilang tanpa arah,
jangan biarkan ku sendiri tanpa hidayah.

Allah, tika aku senang,
jangan pernah biarkan aku alpa dari mensyukuri nikmat Mu,
jangan biar aku lupa akan itu juga ujian Mu,
jangan biarkan ku buta menilai nikmat Mu.

Allah, disini ada kerinduan,
jangan Kau lebihkan ia melebihi kerinduan ku pada Mu.

Allah, disini ada kecintaan,
jangan Kau lebihkan ia melebihi kecintaan ku pada Mu.

Allah, andai kebahagian dia bukan bersama ku,
berilah kebahagiaan kepadanya seperti ketentuan Mu.

Allah, berikan rasa kegembiraan dan kesenangan kepadanya,
namun jangan Kau alpakannya dengan kenikmatan Mu.

-NIZA.Ati-


Aku belajar untuk tidak mengharapkan pernghargaan manusia, kerana manusia itu tidak akan pernah hargai. Aku cuma mahu penghargaanNya. Biar apapun yang ku lakukan, percayalah bukan kerana siapa kamu kepada ku. Meski kamu ahli keluarga ku, sahabat ku, kawan ku mahupun teman ku, kebaikan ku kepada mu bukan kerana kamu, tapi kerana Dia. Kasih-sayang yang dipinjamkan membuatkan aku seringkali tidak mengharapkan apa-apa daripada mu. Cukup sekadar kamu bahagia dan tersenyum gembira :)


"Ya Allah, kurniakan Aku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu,
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Allah,sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai,
jadikanlah ia ruang untuk cintaMu di dalam diriku.
Jangan jadikan cintaku pada yang selain dariMu, mengatasi cintaku padaMu."




Wassalam

Read More
categories: , , | | edit post

Berdebar

Posted by NIZA.Ati on Monday, March 18, 2013 [ 0 comments ]

Halwa Telinga: Allah Bersama Orang Yang Sabar - Ustaz Kazim Elias

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu'alaykum wbt,

Allahuakbar~ Dari semalam hati ini asyik berdebar-debar hingga terasa seakan seperti hendak menangis. Takbir, tahmid, tasbih, istiqfar, semua dah keluar dari bibir dan hati ini, namun masih terasa debarannya. Allahuakbar, kenapa? Kenapa terlalu kuat debaran ini? Mungkin terlalu takut dengan natijah yang bakal dihadapi.


Allah, berikan kegembiraan dihatinya dengan keredhaan mu. Itu sahaja yang ku mahu.
Ya Rabb, permudahkanlah~
Amin.
NIZA.Ati

Read More
categories: , | | edit post

Alhamdulillah

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, March 12, 2013 [ 0 comments ]

Winamp: Balqis by UNIC

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaykum wbt,

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
itu je yang hati Niza ingin katakan. Ya Allah, betapa lega hati ini mendengar berita yang disampaikan oleh seorang rakan mengenaikan ujian yang dihadapi oleh orang yang disayangi kepada orang yang disayangi. Allah, meski tak mampu tuk Niza di"kongsi" olehnya, namun Niza sentiasa mengharapkan Allah sentiasa bersama mereka, dan Niza yakin Allah sentiasa ada untuk mereka.


Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)


Namun insyaAllah, m0ga diri ini tidak pernah tuk berhenti mendoakan mereka. Walau dimana dia berada, walau bagaimana pun keadaannya, moga sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah.


p/s: someone somewhere


Read More
categories: , | | edit post

Allah, Jagakan Dia

Posted by NIZA.Ati on Saturday, March 9, 2013 [ 0 comments ]

Winamp: Iman Mutiara

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu'alaykum wbt,


detik yang berlalu, terlalu jauh meninggalkan kita, dan tidak akan pernah untuk kita kembali padanya. Masa berlalu bertambah la usia kita, dan semakin menghampiri ke hujungnya. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sepanjang hidup ini, namun tidak pernah untuk kita syukuri. Alpanya kita dengan dunia. Lalu Allah berikan ujian, agar kita kembali kepadaNya, dan itu bagi orang-orang yang mahu berfikir. Fikir untuk Zikir.

Aku disini, masih mengharungi ujian hidup sebagai seorang manusia, hamba Allah. Aku disini, masih mencari redhaNya dalam setiap tindakanku, namun hakikat diri yang tidak sempurna seringkali melakukan dosa. Kadang-kadang terlalu takut tuk menyatakan, bimbang andai tersilap langkah.

Aku disini, masih mencari kekuatan, dan aku disini masih menanti sebuah jawapan. Namun, masa yang berlalu membuatkan terlalu banyak yang berlaku pada aku, pada kamu. Aku cuba memahami, dan setiasa cuba memahami.

Allah, walau dimanapun dia berada, walau bagaimanapun keadaannya, lindungi dia, jagai dia dan semua yang disayanginya. Dan, jangan Kau lebihkan rasa cinta dan rindu ini lebih daripada rasa cinta dan rindu padaMu ya Rabb.


"Ya Allah, kurniakan Aku cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu,serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.Ya Allah,sekiranya Engkau ingin pisahkan aku dengan sesuatu, sedangkan ia amat aku cintai, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu di dalam diriku. Jangan jadikan cintaku pada yang selain dariMu, mengatasi cintaku padaMu. Amin."

Read More
categories: , , | | edit post

ALLAH, Ku Ada KAMU!

Posted by NIZA.Ati on Thursday, March 7, 2013 [ 0 comments ]

Winamp: Hanya Tuhan Yang Tahu  by UNIC

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamu'alaykum wbt,

Penantian itu bukan mudah, kesabaran itu bukan senang. Tapi, itulah yang perlu kita rasai dalam kehidupan. Syukur kehadirat Illahi kerana masih mencabahkan ketenangan dan kekuatan di hati ini. Tak ingin tuk saya berputus-asa, tak ingin juga untuk mengalah, tak ingin jua untuk terasa kecewa. Allah, aku ada Kamu! 

♥ Apabila kamu teringatkan seseorang.. perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR..
♥ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari.. perbanyakkanlah SELAWAT..
♥ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang.. perbanyaklah SOLAT DHUHA..
♥ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati.. perbanyaklah TAHAJUD dan..
♥ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.

ALLAH, aku ada kamu,
meski sering kali ku terlupa dan alpa.

ALLAH, aku ada kamu,
biar susah dan senang jadikan ku masih mengingati Mu.

ALLAH, aku ada kamu,
biar hati dan jiwa resah namun ku tetap tenang kerana Mu.

ALLAH, aku ada kamu,
meski harapan tiada bayang tapi dengan Mu ku yakin setiap janji Mu.

ALLAH, aku ada kamu,
biar setiap nadi gerak ku, berpandu kepada Mu.





p/s: I'm still waiting here~

Read More
categories: , | | edit post

Bicara Tentang Bakal Suami Ku

Posted by NIZA.Ati on Thursday, February 7, 2013 [ 2 comments ]


Winamp: Mukmin Profesional

Assalamu'alaykum wbt,

teringat convercation between my mom and my little sis last 3 weeks...

Mak: "Sarah nak Kak NIZA kahwin dengan orang macamana?". Tanya ibu ku kepada adik. Niza hanya mendiamkan diri sambil melihat hp, apa yang dibuat dengan hp pun Niza terlupa, yang pasti Niza cuba tidak menunjukkan riak wajah pada persoalan dan jawapan mereka.

Adik: "Ntah. Tapi mesti suami kak Niza nanti bagus, sebab kak Niza kan pemilih".

Niza tersenyum dalam hati jawapan yang diberikan oleh adik Niza. Sebenarnya, ramai yang mengatakan Niza begitu, agaknya terlalu memilih kerana itu tidak berkahwin lagi. Allah lebih mengetahui sebenarnya apa yang pernah berlaku dan bakal berlaku. Niza tidak mengatakan Niza terlalu memilih, sebab pengalaman sendiri menunjukkan Niza tidak terlalu memilih, tetapi pengalaman benar-benar mengajar Niza untuk menjadi pemilih juga. Hakikatnya pada Niza, cukuplah si dia jaga solat, sayang Niza dan tidak merokok. Itu sudah memadai.


Siapa Niza untuk terlalu memilih? Niza juga manusia biasa, ada salah silap dalam kehidupan. Siapa Niza untuk mencari yang sempurna sedangkan Niza bukan yang sempurna. Tetapi Niza mengharapkan dia adalah seseorang yang sentiasa bersama Niza dalam membentuk diri menjadi insan soleh/solehah. Cinta bukan sekadar di dunia, cinta itu perlu menjadi titian menuju ke syurga.


Wassalam

p/s: Kamu yang ku pilih, bukan kerana paras-rupa dan kamu yang ku pilih bukan kerana harta semata tetapi kamu yang ku pilih, kerana agama pada mu, kerana ku percaya kau mampu membantu ku dalam menuju ke JannahNya.



Read More
categories: , | | edit post

Hasbunallah

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, January 30, 2013 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,

insyaAllah esok Niza akan menghadiri interview. Di mana? Rahsier la... :) Actually dah 2minggu pun dorang dah schedule for this interview, walaupun hati ini berat sangat nak pergi, tambah pulak dalam keadaan hati yang sedih ni :'( Rasa macam takde kudrat je. Esok bukan je ada interview, tapi sebelum tu Niza perlu menjalani test dulu.

Allahuakbar... Rabbi yassir wala tu’assir. Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan.

Sebenarnya, setiap apa yang kita lakukan, hati terlalu banyak memainkan peranan. M0ga Allah bantu Niza.



Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir
Hasbunallah wani'mal wakil
Ni'mal maula wani'mal nasir

Ku coba renungi semua
Detik waktu yang telah berlalu
Mengisahkan pedih di hati
Menyinar keangkuhan diri

Ku coba sandarkan jiwa
Hanya pada Allah semata
Hingga rasa bebanpun sirna
Seluruh hati serahkan pada-Nya

Oooooo.....
Cukuplah Allah sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung
Oooooo.....
Cukuplah Allah sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung

Wahai hati, usah la kau bersedih, Allah sentiasa bersama mu...

Wassalam

Read More
categories: , | | edit post

Di Dada Sejadah Di Hening Pagi

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, January 23, 2013 [ 0 comments ]

Winamp: Ya Allah by Wali Band

Assalamu'alaykum wbt,

Di dada sejadah ini,
hampir setiap hari ku duduk berteleku,
memanjangkan pengharapan kepada DIA yang SATU.

Di dada sejadah ini,
hampir setiap hari ku mengukir bait-bait keampunan yang ku harapkan,
membicarakan tentang keluh resah hatiku,
pada DIA tempat ku mengadu.

Di hening pagi ini juga,
hampir setiap hari airmata ku menitis,
melepaskan segala kelemahan ku,
agar dapat ku teguh berdiri di siang hari nanti.

Di hening pagi ini juga,
ku harapkan menjadi saksi,
betapa tiada sandaran,
tiada pengharapan,
tiada kekuatan,
dan tiada perlindungan,
selain kepada Nya.

Di dada sejadah ini di hening pagi ini,
aku masih sendiri disini...

-23012013:1013-




Read More
categories: | | edit post

Cinta Zulaikha

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, December 12, 2012 [ 0 comments ]

Winamp: Mahar Cinta by Devotes

Assalamu'alaykum wbt,


Jadikan ku seperti Zulaikha yang mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati dan mencintai cinta Agungnya iaitu Illahi.



Wassalam :)

Read More

Cintalah Kerana Allah

Posted by NIZA.Ati on Sunday, December 9, 2012 [ 0 comments ]

Winamp: Seri Di Hati by Zulfan

Assalamu'alaykum wbt,

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR.At Tirmidzi) 

Cinta itu fitrah insani. Cinta itu anugerah Illahi yang tak ternilai. Cinta itu sesuatu yang tidak nampak pada lahiriah tetapi sangat terkesan pada batiniah. MasyaAllah... indahnya cinta. Bukti kewujudan Allah. Dengan cinta itulah kita kenal Pencipta Cinta, dengan cinta itulah kita kenal Rasul, dengan cinta itulah kita bersaudara dan dengan cinta itulah wujudnya kebahagiaan. :)

Namun begitu, Cinta kepada ALLAH itu cinta yang utama. Jagalah cinta padaNya, nescaya akan beroleh cinta sesama insan. Dalam firman Allah:

"Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia." - Al Imran: 112

Cintailah ALLAH sebelum kita belajar tuk mencintai manusia. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana DIA dihati kita? Sering kita terlupa ALLAH tika kita senang dan bergembira. Astghfirullahalazim...( Moga dijauhkan perihal sebegitu kepada kita). Pabila terngadah barulah kita mencari-cariNya, meminta, merayu. Namun, sejauh manakah keikhlasan kita dalam mencintaiNya? Istiqamahkah kita dalam berdoa? Allahuakbar, ketahuilah, dugaan yang datang itu tanda Allah masih mencintai kita. Sebelum kita terlalu lewat tuk kembali kepadaNya, DIA memberi "peringatan" kepada kita dengan ujian itu. Namun, sejauh mana kita sedari semua tu? 

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan" Al-Anbiyaa’:35

Rasa cinta kepada manusia itu akan hadir tanpa dipaksa. Rasa cinta kepada manusia itu akan wujud tanpa diminta. Rasa cinta kepada manusia itu adalah kebahagiaan yang Allah beri pada kita. Namun, cintailah mereka kerana cinta kepada Pencipta Cinta.

Siapa kita tuk membuang rasa cinta dihati? Siapa kita tuk menidakkan takdir Illahi? Siapa kita tuk melawan rasa fitrah insani? Raikanlah cinta dihati, dengan panduan Illahi.

ALLAH kan Ada!~

Sematkan kata-kata itu dihati dan dijiwa. Mintalah bantuanNya dengan sabar dan mengerjakan solat.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" - Surah Al-Baqarah:  153

Allah itu Maha pendengar rintihan hamba-hambanya. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayangan dan dengan sifatNya inilah kita pinjam dalam berkasih-sayang sesama manusia. Bangunlah di sepertiga malam, sujud mengadapNya, merintih padaNya.

"Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya." – Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

“Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” Surah Al-Muzzammil, 1-3

MasyaAllah, Allahuakbar! Betapa kasihnya ALLAh pada kita, diberi panduan untuk menjalani kehidupan. Jadi ape lagi yang kita nafikan?

Bangunlah sahabat, usah ditagih kasih yang tak pasti, usah diharap cinta insani, jika cinta kepada Allah sering kita nodai. Bangunlah sahabat, berdoalah padaNya, meminta yang terbaik daripadaNya, merayulah keampunanNya, mohonlah keredhaanNya.

Demi cinta suci ini,
ku pasrah pada Illahi,
agar menuntunku untuk mengharungi,
cinta insani.

Demi cinta suci ini,
ku mohon pada Illahi,
keredhaanNya pada cinta dihati,
agar segalanya dalam nur Mu Illahi.

Demi cinta suci ini,
ku layarkan doa,
agar cinta insani ini,
menjadi alat menuju Cinta Mu Illahi.

Cinta kerana Allah itu,
tiada kekecewaan,
tiada kerisauan,
tiada gundah di jiwa,
tiada ketakutan.

Cinta kerana Allah itu,
hanya keindahan,
hanya pengorbanan,
hanya kebahagiaan.

Ya Allah,
cintakan aku kepada dia yang mahu tuk membimbingku,
cintakan aku kepada dia yang mahu tuk memimpinku,
cintakan aku kepada dia yang mahu ke jannahMu.

Ya Allah,
berikanlah cintaMu kepadaku,
dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU,
dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.

Ya Allah,
jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,
dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman.

Ya Allah,
jadikan kami saling melengkapi,
jadikan kami saling memerlukan,
jadikan kami saling mendamaikan,
jadikan kami saling mencintai,
dalam menuju Cinta Mu.
-NIZA.Ati : 09122012 ; 9.00-


Pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
Dedaun berguguran tandus tiada harapan
Umpama hidup kita tiada semarak kasih dan sayang
Tertanam kebencian , kesunyian

Kasih yang sejati anugerah ilahi
Hadirnya dijiwa bukannya kerna dipaksa
Cinta yang terjalin didalam diri manusia
Kesuciannya bagai sutera putih

Tautan cinta yang bersemi di sulami kasih ilahi
Yang melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
Temuilah seri di hati itulah cinta hakiki
Andai kau salami rahsia keimanan… uuhooo

Telah bermula episod cinta yang suci
Dua insan berkasih pun berikrar janji
Dengan tersarung sebentuk cincin di jari
Kedua orang tua pun merestui

Terikat janji bakal mebina mahligai impian
Kini hanyalah ujian sabar menekan jiwa
Namun syariat dari ilahi itu syarat paling utama
Demi kesucian cinta restu yang esa
Demi cinta suci yang tiada ternoda


Wassalam wbt.

Read More

Aku Wanita Biasa

Posted by NIZA.Ati on Thursday, November 29, 2012 [ 0 comments ]


Aku wanita biasa,
yang tak bisa membuat kau menyukaiku.

Aku wanita biasa,
yang tak mampu menjadi orang lain,
menjadi wanita yang asyik tertawa tanpa sebab dengan hilaian tawanya,
menjadi wanita yang mencari perhatian lain dengan kecantikkannya,
menjadi wanita yang sempurna tanpa ada cacat celanya.

Aku wanita biasa,
yang gerak-laku ku ini adalah diriku.

Aku wanita biasa,
yang masih menagih cinta Illahi meski setiap saat ku sedar diri ini dicintai,
yang masih menagih maghfirah Illahi meski berkali-kali mendurkai,
yang masih mengharapkan redha Illahi dalam segala yang ku lalui,
yang masih sujud dan berdoa padanya dengan tangisan menginsafi diri dan memohon kekuatan Illahi.

Wahai teman,
aku tak mampu membuat kau menyenangi ku seperti mana kau menyenangi orang lain,
aku tak mampu membuat kau memandang ku seperti mana kau memandang orang lain,
aku tak mampu membuat kau berbicara dengan ku seperti mana kau berbicara dengan orang lain,
dan aku tak mampu membuat kau menyukai ku seperti mana engkau menyukai orang lain,
tapi ku mengharapkan agar kau tidak pernah membenci ku seperti mana engkau tidak pernah membenci orang lain.


Wahai teman,
bicara hati telah ku layarkan,
bicara kata telah ku titipkan,
usaha ku ini tidak lebih dari sebuah pengharapan,
bukan pada diri mu tapi pada Tuhan.

Wahai teman,
meski pahit ataupun manis,
aku sentiasa bersedia tuk hadapi,
kerana bagiku cinta Illahi kepada ku adalah tujuan ku.

Wahai teman,
maaf jika bicara tidak seindah ayat-ayat suci Al-Quran Nur Karim,
maaf jika tingkah tidak sehebat hadis Rasulullah yang disanjungi.

Aku wanita biasa,
yang tak bisa membuat kau menyukaiku.

-29112012:0814-

Read More
categories: | | edit post

Menuju Cinta Yang Satu

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, November 28, 2012 [ 0 comments ]

Winamp : Rindu Kedamaian by Devotees

Assalamu'alaykum wbt,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.

AllahuAkbar, hati ini, terlalu rindu pada kota Makkah Mukarramah dan kota Madinah Al-Munawarrah. Dah berbulan rupanya Niza kembali ke Malaysia. Namun hati ini masih lekat di sana. Terbayang-bayangkan kesibukan dalam beribadah di sana, hati terlalu menghapirinya. Walaubagaimanapun, hakikatnya dimana sahaja kita berada seharusnya kita merasakan Dia terlalu menghampiri kita.

Jika punya rezeki dan kesempatan, ingin sekali menjejakkan kaki ke sana lagi bersama suami tersayang (insyaAllah... yang penting kene ade suami dulu :P ). Biarlah kali kedua Niza ke sana dengan mahram Niza yang sebenar-benarnya, bukan lagi mahram tumpang. Teringat kembali ketika membuat "lambaian wida'", setiap bait2 doa yang Niza m0hon padaNya sebelum meninggalkan tanah suci itu untuk ke Madinah. Biarlah menjadi simpanan diingatan dan dihati ini, m0ga kan termakbul. InsyaAllah.

Ketika berwhatsapp bersama sahabat, ada yang memaklumkan tuk bernikah di depan kaabah. Dah macam Abg Ashraf Muslim dan Dayana la pulakkan. :) Apepun Niza doakan m0ga termakbul impiannya itu. Namun, jika bukan di depan Kaabah pun, Niza mendoakan dia mendapat suami yang s0leh. InsyaAllah. Amin.

Teringat bicara seorang sahabat yang lain. "Saya rasa nak minta awak bagitau dia je tentang hati saya" beritahunya. "Istiqarah la dulu, jika kuat dihati awak, saya akan teruskan dengan permintaan awak" ujar Niza padaNya.

Ya Sahabati, bermohon la padaNya apa yang terbaik buat kita. Bangun la diwaktu dinihari, menyerahkan diri padaNya. Kunci kekuatan sepanjang hari ialah bangun di malam hari, mencari diri melalui Illahi. Meleraikan segala kusut dan kecamuk di jiwa, mencari kejernihan di segenap ruang maya, menyedari kita sentiasa di perhatikan oleh Pemerhati yang Satu. Jika kata mu "Aku tidak layak untuknya, tak mungkin berlaku". Ketahuilah, hanya Allah yang bisa jadikan "tak mungkin" kepada "mungkin". Ini yang Niza selalu ingat dan semat dalam hati.

Sepanjang Niza di Makkah tempoh hari, banyak yang Niza fikirkan, dan ada satu perkara yang sangat Niza percaya dan sematkan dalam ingatan dan hati iaitu "Allah adalah sebaik-baik sandaran". Demi Allah, tiada selainNya yang dapat kita jadikan sandaran. Itu yang Niza belajar dari TAWAF.

Jesteru itu sahabati, jangan la berhenti mengharap pada Dia. Bangunlah mencari Dia dihati mu, dihatiku, dihati kita. Allah itu tidak pernah akan mengecewakan kita.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah Ayat 45)

BerTAHAJUDlah:
"...Dan dari waktu malam maka bertahajudlah ketika waktu malam sebagai (ibadah) tambahan untuk kamu." (Al-Isra’: 79)

BerTAUBATlah:
"Dan (Hud) berkata, hai kaumku, mohonlah ampun kepada tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa" (Hud: 52)

BerISTIQARAHlah:
“dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang Dia kehendaki, bagi manusia tidak ada pilihan (kecuali ianya adalah daripada pilihan dan ketentuan Allah)..” (al-Qasas : 68)

BerHAJATlah:
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

BerWITIRlah:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa solat pada malam hari tiga belas rakaat termasuk witir, dan dua rakaat solat fajar (sunat Qabliyah Subuh). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1140. (WaAllhualam)

Mohan la pada Dia. Biarlah harapan adn impian mu bersatu kerana Cinta pada yang SATU. Biarlah "harapan" dan "impian" mu menjadi "keperluan" mu dalam menuju yang SATU.

Berbaik sangkalah dengan Dia, sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita meski jawapan pada usaha dan pertanyaa kita bukan seperti yang kita mahukan. Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.


”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.“

“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

WaAllahualam

Wassalam.


Read More

Langkah Tercipta

Posted by NIZA.Ati on Thursday, October 18, 2012 [ 0 comments ]

Winamp: Haji Menuju Allah by Raihan

Assalamu'alaykum wbt,

setahun lebih, sekian lama Niza tidak pasti dengan kata hati. Datang dan pergi namun rasa itu masih terus disitu, dilubuk hati ini. Diam, membisu, menidakkan. Tapi hakikat kebenaran tak siapa tahu, melainkan Dia.

PadaNya ku bersujud, meminta petunjuk. PadaNya ku berserah, agar hilang resah. Harus apa dan bagaimana tuk Niza melangkah?

Lantas, ku mulakan langkah ini dengan kalimahNya "bismillahirrahmanirrahim" dengan penuh pengharapan m0ga langkah ini dalam aturanNya, mendapat redhaNya. Sungguh Niza takut, jika langkah ini dimurkaiNya.

Dalam temp0h diri ini melangkah, ada hati yang berbicara meski tanpa sepatah kata, meski tanpa pandangan mata, tetapi hati-hati ini berkata-kata lalu bertanya pada diri.
"Ape salah Niza hingga dilakukan begini?"
"Ape silap Niza hingga ditengelami sepi?"

Bukan padaNya, tetapi padanya. Hakikatnya Niza tahu tiada jawapan yang pasti. Terus-menerus sunyi, sepi. Ketika itu, terasa haruskah ku menghentikan langkah ini? Allahuakbar, ku hanya mengharap redhaMu. Jika ini dugaan, ku kan terima.


Tapi, Niza yakin pada sesuatu yang dinamakan istiqarah. "Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristiqarah"

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Niza juga yakin pada sesuatu yang dinamakan dengan ber"sedekah" dan menarik "rezeki". (rezeki terdiri daripada macam2 :- nafas, kekayaan, jodoh etc)


" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." 
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya 

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba-Mu yang saleh ."

Berdoalah,merintihlah padaNya.

Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.
Maksud: “Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”


"Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa 'anta taj-alul hazna idha shi'ta sahla"
Maksud: "Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yg Engkau jadikan mudah & Engkau dapat menjadikan perkara sulit mjadi mudah jika Engkau kehendaki”

Lalu, berserahlah segalanya kepadaNya. Usah bimbang, Allah kan ada~ :)

M0ga langkah ini dalam redhaNya. InsyaAllah. Amin.

Wassalam

Read More
categories: , | | edit post

Men are from Makkah, Women are from Medina

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, September 26, 2012 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,

Suami (rijal) adalah qawama (pelindung) kepada isterinya (nisa) - An-Nisa : 34

A lil doodle I did just now throughout a talk by Dr Harlina Halizah Siraj, "Men are from Makkah, Women are from Medina". Awesome! ♥

A bit explanation:

Mekka is a hard, dry land – Much like this, men are generally dry and don’t know how to cry. If they do, they don’t want to show it and instead keep all the pain within them under the guise of masculinity.

Medina is soft, with water flowing beneath it and the rain is consistent throughout its seasons – Which reflects women who can easily cry and they’re not scared to show their emotions. In fact, under the guise of femininity they display their emotions regularly.

Mekka has a harsh climate; it’s rough and known to be a mountainous area – Men’s beauty lies in their masculinity, power strength and ruggedness. This is what makes them attractive and allows them to lead effectively.

Medina is lush, full of splendour and serenity – Women are known to be peaceful, full of serenity and their femininity makes them beautiful.

Mekka’s main emotion is `izzah, they are full of honour and will do anything to protect it. They like to be respected and acknowledged, this is what motivates them to excel as individuals.

Medina is full of sukoon, the people are known for their softness. Women are generally more loving and caring; they’re soft by nature and will generally give more than they receive.

Differences in Qur’anic verses

Mekkan (Makiyyah) verses are short, straight to the point and general.

Medinan (Madaniyyah) verses are long, detailed and at times they keep going on, and on.



Read More

Maruah Terjaga, Aurat Terpelihara!

Posted by NIZA.Ati on Friday, September 21, 2012 [ 0 comments ]


Read More

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri