Showing posts with label Alumni. Show all posts
Showing posts with label Alumni. Show all posts

Waktu Zaman Kita Dulu...

Posted by NIZA.Ati on Thursday, May 19, 2011 [ 12 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Rindu rasanya... bersama mereka membuat aku aku tersenyum ceria meskipun kami berada dalam keadaan yang serius seperti meeting etc. Tapi melihat mereka, gurauan mereka, telatah mereka, loyar buruk mereka, membuatkan aku happy.

Lama tak lama, sudah 4 tahun bersama. Masih aku ingat lagi, aku di interview oleh adikku Acap K, sahabat ku Aini dan yang lain aku tak ingat melainkan ibu kami Puan Aida. Aku merupakan orang ke2 yang di interview. Interview tuk ape??? Tuk jadi Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) dimana ketika batch aku telah bertukar nama kepada Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan secara khasnya kami telah mewujudkan nama kami sebagai DnA Society (Digital And Analog Society) dimana kami terdiri daripada pemimpin-pemimpin di fakulti.

Semua event di fakulti, kamilah yang handle. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar event. Kami masing-masing dari berlainan program tetapi masih dibawah fakulti yang sama. Di antara beribu-ribu pelajar di FTMSK / FSKM itulah wujudnya kami.


Kami berkerjasama tuk menjaya program fakulti dimana kami sendiri yang menguruskan hampir 100%. Dari membuat proposal hinggalah membuat laporan aktiviti. Kami menaikkan nama SMF dimata lecturer2 dan staf2 fakulti malah di UiTM itu sendiri. Kami tidak merungut meski ketika itu kami tiada bilik gerakan, kami tidak merungut meski ketika itu kami tiada baju sponsor (kami keluar duit sendiri untuk mambuat baju SMF, nametag etc), kami tidak merungut meskipun kami terpaksa memakai semua barang sendiri, kami tak merungut meskipun kami terpaksa bersempit dalam bilik Puan Aida tuk print kertas kerja, untuk membuat panggilan luar, dan segala-galanya disitu. Kami tak pernah merungut.

Kami mohon sponsor baju dari fakulti tuk SMF akan datang, kami minta dari fakulti bilik gerakan sedangkan kami tahu bukan kami yang akan dapat semua tu. Kata Puan Aida:
"Tak pelah, biar ape yang kita minta ni dapat digunakan oleh SMF baru"
Dalam menjalankan event, kadang-kadang kami tak lepas dari kengkangan masa, tapi kami saling membantu. Kami berkerja bukan tuk diri sendiri, tapi tuk pelajar semua. Jika ada yang memerlukan dalam tugasan, kami saling membantu.

Tapi, tak ada yang perfect dalam sesuatu itu tapi bukanlah suatu yang besar untuk dipertikaikan. Kata Puan Aida:

"Biasalah, dalam adik-beradik mesti ada salah-faham. Sebagai yang tua, kita kenalah beralah."
Itu zaman kami... waktu zaman kita dulu... SMF sangat well known di pihak atasan. Malah dekan, tim.dekan juga kenal kami. Kata Prof.Mazani:
"Batch you all ni ade chemistry" - Ketika Majlis Iftar & Meeting August 2010
Meski sudah 2 tahun kami membawa haluan masing-masing setelah begelar "pekerja", kami masih lagi berhubung, meeting, membuat event, bercuti malah kami juga diberi kebenaran tuk menggunakan bilik gerakan SMF di fakulti tuk meeting. Juga dibenarkan untuk menggunakan dewan di fakulti tuk event. Kami sangat berterima kasih kepada fakulti kerana masih mempercayai kami, masih mengingati kami, masih menghargai kami.

Kami menubuhkan Pertubuhan Alumni Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi MARA bukan untuk kepentingan. Malah kami bersusah-payah, mengorbankan masa kami, tapi bukan untuk kami. Untuk siapa? Untuk semua alumni dan pelajar. Perlahan-lahan kami akan cuba tuk membangunkan persatuan ini.

Mengenali mereka adalah sesuatu yang amat Niza hargai.

Puan Aida, Acap Khalid, Izan, Kak Aty, Aini, Abg Acap, Abg Asward, Aini Suria, Nita, Kak Aishah, Abg Amar, Fahmi, Najir, Fairuz, Syed, Fadzley, Abg Apiz, Afriza, Dean, Fara dan ramai lagi.

Semoga kita terus menjadi kawan yang baik... :)

Wassalam

Read More
categories: , , | | edit post

Majlis Buka Puasa Alumni Sekretariat Mahasiswa FSKM, UiTM

Posted by NIZA.Ati on Saturday, September 4, 2010 [ 2 comments ]

Winamp: Open Your Eyes by Maher Zain (tgk!! lagu ni lagi..asal tulis entry lagu mesti tgh main lagu ni)
Status YM: Malam-malam terakhir di Bulan Ramadhan
Status FB: Baru 1 hari, saya sudah rindu rakan-rakan Alumni DnA Society @ SMF 06/07/08/09 . Semoga semuanya sentiasa diredhai Allah. InsyaAllah.

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 3 September 2010, Niza dan kawan2 Alumni Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Komputer & Matematik yang juga dikenali sebagai DnA Society telah menghadiri Majlis Buka Puasa Alumni SMF di Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM. Turut hadir adalah penasihat Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik UiTM iaitu Puan Aidawati (penasihat kami ketika masih lagi SMF), Prof.Dr. Zainab Dekan FSKM , Dr.Mazani Tim.Dekan FSKM, Cik Raihana Penasihat SMF, En.Jamal pegawai teknikal (sukati aku je..betul kot) dan Kaunselor FSKM.



Antara Alumni SMF yang hadir adalah:
SMF 06/07: Aznita, Headar, Kak Aishah
SMF 07/08: NIZA, Kak Aty, Aini Suria, Fara, Abg Asward, Abg Acap Y, Acap K, Syed, Anas, Ahho, Abg Amar.
SMF 08/09: Najir, Best, Fairuz, Akim, Kerol, Sham, Halim.

AGENDA:
Buka Puasa
Solat Maghrib
Makan Malam
Solat Isya'
Solat Tarawih
Meeting Alumni FSKM UiTM
Meeting Trip Holiday Alumni FSKM & Kursus Pengurusan Organisasi FSKM,UiTM.


Pertama sekali Niza nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas kehadiran dan komitmen anda terhadap Alumni FSKM UiTM. Tanpa kalian mungkin kita tidak sekuat sekarang hingga dibangga2kan oleh Dekan, Tim.Dekan dan mereka yang masih mengingati kita di FSKM. Tahniah Niza ucapkan buat semua trutama Puan Aidawati yang menjadi tulang belakang kami.


Okai, berbalik pada majlis buka puasa tadi. Kami tolong-menolong menyiapkan tempat tuk majlis ini diadakan di Dewan Al-Ghazali,FSKM. Bila tiba waktu berbuka puasa, Halim telah mengazankan dan membaca doa. Setelah buka puasa secara ringan2(ringan ke kalau dah masing2 dah tibai nasi bubur, sate, kuih2 yang byk tu etc =P ), kami menunaikan solat Maghrib yang telah diimamkan oleh Halim.


Menu: Kurma, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Nenas Ikan Masin Masak Lemak, Rendang Daging, Sambal belacan + Ulam2an, Satay, Bubur, Kuih 3 jenis, Buah2an, Air Tembikai, Sunquick, Tea'O'
Menu Tambahan: Kuih Tepung Pelita (sumbangan Anas) & Kuih-muih (sumbangan Dekan)

Setelah menunaikan solat Maghrib, mula tuk makan berat. (Niza dah tak larat dah nak makan, selalu kalau buka puasa memang tak makan banyak pun). Then we all lepak2 je sementara tunggu masuk waktu Isya'. Tetiba Dr.Mazani cakap "Niza, saya jumpa blog awak. Macam-macam awak ada tulis dalam tu". Wakakaka~ Segan la pulak...hope time Dr.Mazani jumpe tu bukanlah tengah entry yang sengal2... ^^ ahaks~


Bila masuk waktu, Halim terus azan dan kami menunaikan solat Isya', Tarawih 8 rakaat & witir 3 rakaat dimana diimamkan oleh Halim dan bilalnya adalah Acap K. Alhamdulillah, selesai menunaikan solat, kami terus kepada meeting.



Agenda meeting yang pertama adalah berkaitan dengan Alumni Fakulti Sains Komputer & Matematik Universiti Teknologi MARA (AFSKMUiTM) dimana telah dipengerusikan oleh saudara Acap K. Alhamdulillah, berkat usaha perbincangan kami dalam menyiapkan perlembagaan AFSKMUiTM bersama warga AJK & AJK Adhoc AFSKMUiTM dan usaha dalam mendapatkan kelulusan penggunaan nama UiTM dalam persatuan akhirnya Dato' Sahol telah memberi kebenaran tuk kami menggunakan nama UiTM dalam persatuan kami yang bakal didaftarkan di ROS (ape ROS ni? korang cari la sendiri, malas nak stoly moly). Dalam meeting ini, kami telah meng"clear"kan our milestone kepada Dr.Mazani dan kepada alumni lain yang masih tidak tahu berita tentang itu.


Kemudian, diteruskan pula dengan meeting kedua yang dipengerusikan oleh Niza sendiri dimana meeting kedua ini berkaintan dengan Trip Holiday AFSKMUiTM dan Kursus Pengurusan Organisasi FSKM. Niza telah menetapkan tarikh ke Pulau Langkawi iaitu pada 3-6 Disember 2010 bagi trip percutian sekaligus membantu KPO FSKM dimana kami AFSKMUiTM telah dijembut oleh Cik Raihanan tuk turut membantu dalam menjayakan KPO. Warga AFSKMUiTM amat berbesar hati dalam memberi sumbangan tenaga kepada fakulti. InsyaAllah.

Tidak ketinggalan juga, kami yang hadir turut mendapat KAD RAYA dimana telah ditandatangani oleh semua yang hadir pada malam tersebut (ada jugak yang tak dapat semua tanda tangan). Apa2pun, kami happy... kerana secara tak langsung ini merupakan reunion kami yang ke2 pada tahun ini (tidak termasuk Meeting pada bulan Januari dan meeting pada bulan lepas). Kemudian, Kami bersurai dalam jam 11.45malam.


Terasa benar-benar terlalu cepat masa berlalu. Kami telah bergelar Alumni, sudah bekerja dan paling Niza trasa kekok bila Puan Aida menyebut Najir sebagai "Encik Najir" pada Dekan & Dr.Mazani. Najir kawan yang kelihatan macam budak2 tu dah bergelar lecturer d FSKM itu sendiri... ^^

Apa2pun... semoga ukhwah dan perjuangan kita diredhai Allah... InsyaAllah... Amin Ya Rabbal'alamin...

Message Puan Aida
Ok tq. Tq Niza tlg organize utk semlm... Hopefully the r'ship that we built last long...
tuk semua AFSKMUiTM

Wassalam

Read More

Meeting AJK Trip Alumni SMF

Posted by NIZA.Ati on Friday, August 6, 2010 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
al-kisah, last week Niza tak balik rumah mak di Selayang memandangkan kesibukan dihujung minggu.

Pada Jumaat lepas Niza dah ke client site di Cyberjaya. Hari Sabtu pula, Niza ade meeting Alumni FSKM UiTM di Meru, Klang. Meeting tuk holiday trip Alumni FSKM UiTM (buat masa ni ahli hanya SMF shj). Niza dah assign beberapa orang sebagai AJK, maka hari Sabtu tu la we all jumpe dan meeting.

Sebelum pegi meeting, Niza dah compile semua pakej yang Niza cari dan dah simpan dalam hp, so nanti boleh masukkan dlm lappy abg Acap pakai bluetooth jerk.. So pagi tu, Niza pegi la amik abg Acap d KLSentral kemudian ambil Mel di UiTM terus ke Puncak Alam tuk amik Aini.

Wa~ jauh gile Puncak Alam tu... rase cam nak sampy hujung dunia... panas plak tu... lau Niza kene tinggal kat sane, mmg hari2 la migrain agaknye... huk3...

Ok, then, we all patah balik ke Meru, kat sane we all jumpe Abg Asward. Al-Kisah... lappy abg Acap bw tu xde bluetooth..aduh~ punye la sengal... last2 Niza tanya dorang nak g mane... Aini jawab nak g Langkawi, terus Niza search pakej tuk Langkawi... alhamdulillah dah jumpe... then after dah decide keje etc... we all pun balik la... Now progress semua di FB... ^^ for da time being, Niza tengah survey date bile nak g then baru boleh kutip duit dan beli tiket train etc, Abg Asward pula akan deal dengan orang kat Langkawi tu, Abg Acap cam biase akan design baju, Aini and Kak Aty akan update semua maklumat Alumni SMF dan hantar invitation poscard.


Lately ni memang agak busy... penat terasa... tapi tahan je la... belum lagi tambah dengan hal2 lain... adeh~ memang membuatkan sesak jantung jerk~

Hari ni dah settlekan hal system ni, tapi de masalah dari segi server pula tak dapat nak pointing to system... solution is park pc tuk system ni... lagi pun system ni intranet, so xde masalah pun lau pakai pc as server. Bile kawan Niza dah provide pc, skali tengok h/disk 20G jerk? adeh~ now Niza kene btau boss minta die apply beli h/disk. Cepat dapat h/disk, cepat la dapat install system ni dan cepatlah bahagian management & staff lain pakai.

Niza? Agak2 berapa naik gaji Niza bulan ni??? hik3... jom same2 doa naik lebih dari 200... lau boleh naik lebih dari 2000 pun ok... hik3...

K la,sampai sini lu hari ni, insyaAllah pas solat Zohor ni nak g client site kat Cyberjaya plak... nak hantar barang... take care la korang kat luar tu... Nanti insyaAllah jumpe lagi new entry before bermulanya 1 Ramadhan k.. ^^

Wassalam

Read More

Alumni DnA Society: Trip to Pulau Aman

Posted by NIZA.Ati on Saturday, December 26, 2009 [ 9 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 18 Disember 2009 yang lalu Niza dan kawan-kawan Niza dari Alumni DnA Society telah pun mengadakan percutian tahunan kami yang pertama (Percutian Pulau Pangkor pada bulan 6 lepas adalah pre-activity kami sebagai Alumni).

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... Niza tak tahu adakah Niza perlu formal dalam membuat laporan ini (dorg suruh Niza masukkan macam2 dalam cite Trip Pulau Aman ni... haha... korg yang pegi tu pasti menanti cerita tentang *tut*).

Alkisah..setelah penat lelah Abg Asward comfirmkan penginapan kami di Pulau Aman dan juga Niza menyampaikan maklumat kepada smua Alumni dan membeli tiket keretapi, perjalanan kami bermula dari KLSentral.

Click to enlarge

Hari pertama : 18 Disember 2009
Seawal jam 6ptg Niza dan Marsha telah tiba di KL Sentral dan menantikan masuk waktu Maghrib lantas menunaikan solat Maghrib & Isya' berjamak taqdim & Qasar. Kira-kira jam 7.30PM kami berkumpul di depan kedai dunkin donut bersama Abg Apiz, Marsha, Niza, Syed dan kemudian tiba pula Aini, Abg Asward, Acap dan Abg Acap. Terus kami check-in (chewah...cam nek flight la pulak kan). Then terus masuk ke gerabak kami Q1. Seat Niza & Marsha (3A & 3B. memula 4A & 4B tapi Niza tukar cepat2 dengan Abg Apiz and Abg Acap...muahahahaha). Seat Acap & Syed pula 3C & 3D, Seat Abg Apiz and Abg Acap 4A & 4B dan Seat Aini & Abg Asward 4C & 4D.

Berdepan dengan gerabak kami adalah cafe....wah~ sangat teruja sebab nak melepak borak2. Sebaik sahaja keretapi bergerak...kami terus membawa keluar makanan yang dibawa... buat sape yang lapar terutama Abg Apiz yang memang tengah lapar tahap ape ntah... Niza telah pun membuat sandwich telur dan membawa strawberry kering dari Cameron Highland buat semua. Aini pula telah membawa cokodok (cucur pisang).

Tak sampai sejam keretapi berjalan, kami sudah pun melepak di Cafe. Just having conversation antara kami. Bercerita mengenai macam-macam... tentang kerja, tentang master, tentang sekretariat, tentang perkahwinan dan macam-macam lagi yang mungkin ada Niza tak ingat. After few hours (dalam 2jam kot) kami melepak, barulah kami beli air...haha...tu pun sbb Marsha yang nak beli..jadi semua pun kirim. Sepanjang dalam perjalanan itu, kami sekali sekala pulang ke seat masing2... tapi akhirnya tetap pergi ke Cafe... kalau nak ikutkan...cafe tu jauh lagi sejuk dari tempat kami. Tapi cafe menjadi pilihan kerana kami dapat duduk facing dan berborak.

Di dalam perjalanan kami, kami telah berkenalan dengan seorang atok...people do call him "Pak Ya" but i still wanna call him "Tok ya" hee~ Maybe he's searching for "menantu"...hehe... memula mungkin target dia adalah "Acap" tapi akhirnya bertukar kepada orang "kedah" muahaha... jadi...sape la yang akan kena kalau tak Abg Apiz dan Syed... tapi memandangkan Abg Apiz suda berpunya (yakni telahpun bertunang dan akan berkahwin) maka beralih la kepada Syed... hehehe~ Siap minta no phone, ajak datang rumah lagi. Memula susah juga Niza nak percaya cite dari Abg Apiz ni... tapi bila diceritakan depan Syed, dah comfirm la tu cerita tu... Kate "Tok Ya" lagi, boleh je Syed datang rumah dan pilih je mana berkenan...muahaha...bagus punye... Tapi seribu kali sayang... lepas kami temu-ramah Syed, nampaknya die perlu mencari calon yang ade nama "Syarifah" yang memang berketurunan "Syed". So...melepas la "Tok Ya" nak bermenantukan Syed...hee~ Tutup cite...kalo korg ada nak tambah...silekan kat bahagian komen. (^_^)

Di dalam perjalanan juga, sempat Niza melihat tasik yang dilalui ketapi kami ditengah-tengahnya... Nampaknya memang Niza ja yang beruntung sebab ketika itu rakan-rakan lain sedang tidur (dorg tido sejam je, melainkan Marsha betul2 tidur sejak awal perjalanan). Rasanya, jalan keretapi tu memang ditambak semata-mata tuk jalan keretapi tu... kerana jalan keretapi itu ditengah-tengah merentasi tasik tersebut. Untung juga orang tak tidur ni kan..hee~ Niza memang tak dapat tidur sepanjang perjalanan..


Info:
Tambang keretapi: RM34 (1 hala sahaja)
Nescafe/Milo di dalam keretapi: RM2.50 (cawan kecil)

Click to enlarge

Hari Kedua : 19 Disember 2009
Kami tiba di Stesyen Butterworth kira-kira jam 5pagi. Sesampai di stesyen kami ke surau bagi menunaikan solat Maghrib + Isya' berjamak Taqhir Qasar kepada mereka yang tidak sempat menunaikan solat sebelum bertolak tadi. Kemudian, kami telah pun didatangi Abg Amar. Rumah Abg Amar adalah di Butterworth dan kami telah pun "menyerang" rumahnya. Kami telah dihidangkan "Tea bujang" dan seterusnya menunaikan solat Subuh sebaik sahaja masuk waktu subuh. Kemudian kami dihidangkan Roti Canai & Capati oleh mak dan makcik Abg Amar... terima kasih kepada family Abg Amar yang sangat baik hati dan sporting. Selain Abg Acap dan Abg Apiz yang menonton cerita "Setam", kami yang lain telah pun terbongkang tidur...hee~ Tapi Niza tidur sejam je... kami yang perempuan menumpang bilik Abg Amar dan yang lelaki mane2 pun bule...

Kira-kira jam 9pagi kami telah pun bertolak ke Jeti Batu Musang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam. Seterusnya kami menaiki bot terus ke Jeti Pulau Aman. Perjalanan dari Jeti Batu Musang ke Jeti Pulau Aman adalah dalam 10-15 minit sahaja. Kira-kira jam 11 pagi kami telah tiba di Pulau Aman dan terpaksa menunggu hingga jam 12tghari tuk masuk ke chalet.

Sementara itu, kami menikmati makanan tengahari kami di Restoran Terapung. Menu kami adalah Mee Udang dan Nasi Goreng + Telur Goreng. Main lauk kat restoran tu adalah Udang yang besar...sangat sedap... sian Acap xleh makan udang kerana alah (^_^) Buat pengetahuan, di Pulau Aman, makanan yang paling popular adalah Mee Udang... try la..kompem xnyesal...

Setelah itu kami terus check-in ke chalet masing-masing tuk membersihkan diri dan berehat. Memang agak memenatkan tambah pula semalaman tidak tidur. Kami menunaikan solat Zohor + Asar Jamak Taqdim dan Qasar dan kemudiannya berehat. Niza hanya tidur tidak sampy 1jam kerana kemudiannya mengadap internet. Buat pengetahuan, access internet tuk celcom adalah bagus berbanding maxis... Walaubagaimanapun, masih boleh dipakai la... (Niza pakai maxis). Sebenarnya sebelum pergi lagi Niza dah check kawasan broadband...sebab kalau maxis xdapat di Pulau Aman, Niza akan bawa broadband celcom. Tapi memandangkan maxis dapat, so Niza just bawa maxis.

Setelah berehat, kira-kira jam 3petang, kami mula berkumpul... kecuali Abg Apiz yang lambat bersiap (adeh..mcm pompuan..haha..). Sementara menunggu Abg Apiz bersiap, kami beli ABC (Air Batu Campur). Ketika itu gerimis mengundang, jadi agak menjadi kerisauan andainya hujan pada petang itu. Tapi, alhamdulillah tidak. Gerimis hanya tinggal gerimis...chewah~

Setelah itu kami terus ke Jeti Pulau Aman tuk menyewa bot bagi mengeliling sekitar Pulau Aman. Ketika inilah Niza minta Abg Acap tuk membawa "suprise" kami... ala.. xde mende sgt pun...just banner tuk Percutian Tahunan kami...

Dimanakah destinasi kami???
Okai..mula2 kami telah ke Gedung Peluru yang terletak lebih kurang 5minit dari Jeti Pulau Aman. Gedung Peluru adalah tempat menyimpan peluru (namepun gedung peluru kan..) dan ini adalah peniggalan Pihak British. Di sana terdapat sebuah bangunan yang tidak la sebesar mana...panjang bangunan 30kaki, lebar 15kaki dan tinggi 14kaki (terer x Niza? muahaha~ padahal ade tercatat diluar bangunan tu). Niza tinguk, ala2 penjara juga la..sebab grill masuk ke bilik menyimpan peluru tu ala2 mcm lokap laks.. Hurm..agak menggerunkan jugak la kalo tinguk... Okai, bagi pengunjung yang ingin mandi laut, di sinilah satu-satunya tempat tuk bermandi-manda. Dari situ juga dapat dilihat suatu kawasan yang dipanggil Gua Lanun. Sejarah menceritakan disitu adalah tempat berkumpulnya lanun2... tapi kini akhirnya gua itu sudah pun tertutup dek tanah merah yang runtuh. Lagipun, adalah dinasihatkan tuk tidak masuk ke dalam gua tersebut. Kenapa? Lu pk la sendiri... Lagipun kini langsung tiada jalan masuk..jd camne korg nak masukkan??? Ikut dalam laut pun xleh...

Sepanjang kami pusing keliling Pulau Aman, dapat dilihat lubuk ikan dimana dipanggil Batu Payung...kenapa dipanggil Batu Payung?? Haa...sebabnya disitu hanya batu besar shj dan tiada tumbuhan dan batu itu berbentuk paku payung yang terbalik. Selain itu, dapat juga dilihat jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dibina...ntah bila la pulak nak siapkan... Jambatan itu terus ke Balik Pulau. Kemudian, kami telah ke salah sebuah Kelong Ikan yang terdapat disekitar laut berhampiran Pulau Aman... Kelong yang kami singgah ini adalah kepunyaan Jabatan Perikanan... Seterusnya...kami ke????? balik la ape lagi... Kami pulang semula ke Jeti Pulau Aman.

Kemudian, Abg Amar telah pun membawa kami ke melawat ke Telaga Emas... kalo jalan kaki adelah dalam 10minit Niza rasa... kalo nek beskal mungkin 5minit dah sampy... Kalo nek motor...2minit kot.. tapi..buat pengetahuan semua, di Pulau Aman hanya terdapat 2buah motosikal sahaja... kereta? takde..kem salam saje... disini juga tidak terdapat jalan tar... Sejarah Telaga Emas??? Korg carilah sendiri..malas nak cite panjang2..huhu.. Ok..walaupun telaga emas ni terletak betul2 sebalah laut, tetapi air telaga ini tidak masin pun... Haha...Niza dah rasa pun..kompem.. mengikut kepercayaan airnya mujarab mengubati penyakit... Kalo sakit hati leh x? hee~

Setelah itu, kami elek2 kat situ...sambil masing2 membuat aktiviti masing2... Ok..kat area tu..ramai gak orang meletak jala dan mencari sipu biji nangka. Hurm..ape lagi nak dicite tentang Pulau Aman eh? Ok..Pulau Aman kaya dengan pokok sukun...dan sungguh Niza katakan...warna daun pokok buah sukun ini sangat cantik dan menyerlah... lain dari yang lain... dan pokok sukun tertua di Malaysia terdapat di Pulau Aman ini dan pokok itu terletak dihadapan rumah ketua kampung Pulau Aman... iaitu Pak Njang yang juga merupakan bapa saudara Abg Amar... haha... tinguk... sangat terpengaruh gitew~ Pandy Niza cari tempat kan..hee~ Selain itu, dikatakan buah sukun di Pulau Aman ini mempunyai keenakkan yang luar biasa kerana pokok2 tersebut bercampur dengan air laut, kerang dan udang. Niza xpenah makan buah sukun walaupun berada di sane..oleh itu Niza xdapat nak pastikan.. (^_^) Suatu tempat yang kami miss adalah Kubur Purba..huhu...

Petang itu, kira-kira jam6, kami bertandang ke rumah Pak Njang... ye la..sebab mak Abg Amar ada kat sane... Kami juga telah berkenalan dengan Pak Njang... hee~ baik gitew~ Okai..nak cite skit..sepanjang kami berada disana...makanan kami telah ditaja oleh keluarga Pak Njang..chewah... terima kasih diucapkan... Bukan sebab ape..kebetulan anak sedara belah Mak Njang kawin ketika itu.. Jadi kami pun dijemput la... sangat best... kami telah merasakan suasana kampung yang harmoni dan saling bantu-membantu. Petang tu kami makan mee udang...sangat sedap... Then Pak Njang juga hidangkan kami air zam-zam, kurma, buah at-tin dan buah zaitun... Pak Njang sebenarnya baru pulang dari mengerjakan haji... Sebelum balik, kami melihat 3 ekor rusa yang dibela oleh Pak Njang... Sekor jantan dan 2 ekor betina... Sangat la besar...

Setelah makan-makan... borak-borak sesama kami seperti sepupu-sepupu yang sedang berkumpul, kami pulang tuk membersihkan diri , solat dan berehat. Semua pakat tidur... Niza??? Haa... kompem korg dah tau ape Niza buat kan... On9 la..ape lagi..mengadap lappy kesayangan ni sehinggalah jam 9malam kami ke rumah Pak Njang tuk makan malam. Menu malam itu, nasi putih, kari ikan, tempe goreng pedas, arca buah, sayur kobis, dan gulai ikan masin...wa~ sangat membuka selera tau...tambah2 pula ade tempe goreng pedas...memang faveret tu...huhu... Setelah kami yang perempuan kemas-kemas semua pinggan-mangkuk, kami elek2 jap sambil borak-borak lagi... Kemudian kami mencari kedai tuk minum2 kopi ker... tp sayangnye smua kedai suda tutup..huhu... Jadi kami terus pulang ke chalet masing... dan menonton tv...cerita "wakenabeb" ketika itu... Ketika jam 9.30 malam, Niza telah pun melelapkan mata setelah Aini dan Marsha lelap dulu... huhu... Lappy Niza pula telah diberi pinjam kepada Abg Acap & Abg Apiz... Yang laki kabarnya masih tidak tidur hingga ke tengah malam...oleh kerana itu, amatlah beruntung mereka tu kerana dapat melihat air laut naik hingga ke paras beranda chalet kami...huhu... Ada juga yang sempat study tuk exam pada hari selasa.


Info:
Tambang Teksi (dr steyen keretapi - Jeti Batu Kawan): RM40 (sempat Niza tanya pada pakcik teksi pagi tu)
Tambang bot: RM6.00
Chalet: RM120 (1malam- boleh memuatkan 4-6 satu bilik. Mempunyai televisyen tanpa Astro, almari pakaian, bilik air)
Bot sewa mengelilingi Pulau Aman: RM80
Mee Udang: RM6.00

Click to enlarge

Hari Ketiga : 20 Disember 2009
Keesokan harinya, seawal jam 6.30 pagi Niza telah pun bangun bagi menunaikan solat Subuh... kemudia dikejut ahli chalet ku..serta pergi memekak kat chalet sebelah-sebelah... Adeh la..susah betul nak kejut dorg ni... Alhamdulillah la bangun gak... SOlat2 wey~ Kemudian, jam7pagi, Niza dan Aini telah pun keluar mengambil angin pagi... sambil2 pula Aini mencari Siput Biji Nangka...Niza pula mengacau Pak Cik "Subang Jaya" menjala. Sudahnya pak cik tu dah g jauh ke seberang ketika air surut tuk mencari Ketam, menjala dan mencari Tiram... Kemudian, Niza dan Aini membeli makan pagi... lapit perut sebelum makan pagi di rumah Pak Njang (chewah...cover gitew~). Kami makan pagi di chalet perempuan...sambil menonton TV...ketika itu drama yang dilakonkan oleh kumpulan F4...tau x kumpulan tu?? Seangkatan la dengan ketas A4 tu.. =P

Kira2 jam 9 lebih...kami telah dipanggil tuk makan pagi di rumah Pak Njang... makanan yang dihidangkan adalah Nasi Goreng, cucur jagung dan mee goreng... sedap mee goreng & cucur jagung tu.. (sebab makan 2 tu jerk..hehe..). Sesudah tu, seperti biase..elek2 jap borak2... Then kami ke tanjung...tanjung ke? xtau la nak panggil ape..tp tempat yang Niza dan Aini pegi awal pagi tu...Kami beramai-ramai ke sana tuk mencari Siput Biji Nangka... masing2 membuat lubang masing... haha... Abg Apiz dari mula sampai abes, 1 tu je la lubang yang die korek....dalam gile...last2 Abg Amar, Acap dan Abg Acap kutip kulit2 kerang yang banyak gilerz sekitar tu dan dimasukkan dalam lubang tu...siap buat tanda dengan kayu lagi..haha... Yang Niza pula, buat 2lubang...tp yang jumpe nye...huhu...1 jerk yang besar...yg len sume kecik je..jadi Niza xamik..amat mengecewakan... Acap? Jadi mandor je... Marsha pula di bilik..ape dibuatnye ntah...saat2 akhir tu Marsha datang (^_^) Sempat juga kami bergambar... Tapi ketika mereka tangkap gambar dengan hasil pencarian, Niza telah pun pulang ke chalet tuk menggosok tudung...huhu....

Setalah itu, semuanya pulang ke chalet masing2 tuk membersih diri dan berkemas. Sementara itu pula, ngupenye hasil pencarian kami tu telah pun direbus oleh Mak Abg Amar... ketika semua suda bersiap, kami makan sipu biji nangka rebus cicah dengan sos... Nikmatnye...sangat la sedap~ Kemudian kami menghadiri kenduri kawin... Setelah itu melihat pengantin di rumah beliau... dan seterusnya mula pulang ke chalet tuk mengambil barang masing2... Sebelum beredar ke Jeti Pulau Aman, kami telah berjumpa dengan Pak Njang buat kali terakhir...

Setibanya di Jeti Batu Musang, kami terus ke Feri... Kami park kereta berhampiran stesyen bas butterworth dan kemudiannya jalan kaki ke Ferry... Kami telah ke seberang memandangkan ada antara kami yang ingin membeli jeruk tuk dibawa balik... Kami juga sempat ke Port boat2 di sana... Setalah itu, kami kembali ke Butterworth dan terus ke rumah Abg Amar tuk menunaikan solat Jamak Taqhir dan Qasar Zohor + Asar serta Solat Jamak Taqdim dan Qasar Maghrib + Isya'. Kami juga sempat menyambut hari lahir Aini Suria yang ke22 pada hari tersebut... Kemudian kami menikmati hidangan makan malam dan seterusnya bersalaman dengan Mak dan Makcik Abg Amar dan bergegas ke Stesyen keretapi.

Sepatutnya, train kami ke KL bertolak pada jam9malam... Tapi delay...jam10malam baru la mula bertolak. Adap balik ni, kami telah dibelanja oleh kazen Abg Acap char kuey teow. Walaubagaimanapun, Niza je yang tak makan...kenapa??? Hee...sebab Niza tak makan kerang...huhu... Tp kan...memang sedap bau char kuey teow tu...huhu... Adap balik ni juga, kami banyak menghabiskan masa di seat masing2...tidur saja...kerana kepenatan...sekali sekali terjaga dan pergi ke cafe... Kira-kira jam6pagi... kami tiba di KL Sentral. Alhamdulillah...sempurna sudah trip pertama percutian tahunan Alumni DnA Society...walaupun saat akhir Puan Aida dan keluarga tidak dapat hadir tuk join kami...

Info:
Tambang ferry: RM1.50 (balik free jerk)
Jeruk: RM10 (3bungkusan)


"Di kesempatan ini, Niza ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Aida kerapa tetap memberi semangat kepada kami tuk meneruskan trip ini walaupun tidak ramai yang dapat sertai berikut masalah2 yang mereka hadapi. Seterusnya kepada Abg Asward selaku "kepala" tuk trip ini, dan kepada semua kengkawan yang dapat sertai mahupun yang ingin sangat sertai tapi punya halangan. Hope to see you guys on our next trip."

Wassalam

Read More

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri