Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Erti Sebuah Pengorbanan I : AidilAdha

Posted by NIZA.Ati on Thursday, November 26, 2009 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,

Tirai aidiladha akhirnya muncul semula. Dengan tarikh yang sama yakni 10 Zulhijjah. Alhamdulillah, dapat juga aku bertemu kembali dengan hari yang penuh dengan makna sejarah dan pengorbanan ini.

Seperti yang kita sedia maklum, kedatangan aidiladha mempunyai peristiwa sejarah pengorbanan yang teramat penting dalam sejarah Islam. Selalunya apabila dikatakan tentang aidiladha, mesti ia sinonim dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Betul tak?? Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu, kerana aidiladha ini merupakan gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang nabi kepada Tuhannya, seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang ibu kepada anaknya.

Peristiwa yang pertama kita dapat lihat adalah apabila Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di padang pasir yang tandus. Dan dari situ Siti Hajar terpaksa berlari dari gunung Safa ke Marwah untuk mendapatkan bekalan air untuk anaknya Ismail yang kehausan, dan dengan mukjizat daripada Allah, akhirnya Nabi Ismail menghentakkan kakinya ke tanah dan terhasilnya air zam-zam. Padang pasir yang tandus itu juga telah menjadi tumpuan buat umat Islam zaman sekarang untuk menunaikan haji yakni Makkatul Mukarramah atau nama dahulunya Bakkah.

Peristiwa kedua ni pulak sudah biasa kita dengar, tetapi ia amat penting dalam sejarah kerana bermulanya ibadah korban bagi umat Islam, yakni ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. kepada agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Tanpa ragu-ragu lagi Nabi Ibrahim menyahut seruan Allah walaupun masyarakat pada waktu itu mengatakan bahawa baginda gila. Dengan rahmat Allah yang Maha Kuasa, maka akhirnya Allah gantikan anaknya dengan kibash untuk dijadikan sembelihan. Ya Allah, kalau aku yang diberi ujian sebegitu pun aku tak sanggup melakukannya. Sungguhlah benar bahawa Allah tahu setiap perkara yang dilakukanNya.

Nabi Ismail a.s. berkata: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)
Kita perlu tahu dan sedar bahawa erti sebuah pengorbanan pada hari aidiladha bukanlah hanya sekadar sembelih lembu ataupun dapat mengerjakan haji di Baitullah sahaja. Banyak lagi yang kita dapat ambil iktibar lebih-lebih lagi daripada peristiwa yang aku ceritakan sebentar tadi. Dalam setiap pengorbanan itu perlulah ada usaha, doa dan tawakal. Dalam setiap pengorbanan itu memerlukan kecekalan dari segi mental dan fizikal. Dan dalam setiap pengorbanan itu juga tiada kenal erti putus asa dalam kamus hidupnya. Apabila kita melakukan suatu pengorbanan tidak kiralah untuk diri sendiri, keluarga, ataupun sesiapa, kita haruslah terima segala keputusannya dengan tabah. Life is not an adventure without taking any risk!


Besarnya sebuah AidilAdha

Pertama: Kita dituntut bertakbir membesarkan Allah hanya dalam lingkungan 12-14 jam sahaja pada hari Raya Aidilfitri sedangkan tempoh takbir Hari Raya Korban ialah 4 hari lamanya.

Kedua: Kita diharamkan berpuasa 1 hari sahaja (I Syawal) pada Aidilfiri tetapi kita diharamkan berpuasa selama 4 hari lamanya (10 Zulhijjah dan 3 Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah)pada hari raya Korban.

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah s.w.t. pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah s.w.t. sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Oleh itu, kepada semua pembaca yang aku amat hargai sekalian, jadikanlah aidiladha pada tahun ini sebagai titik permulaan untuk kita mengambil iktibar dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Semoga kita semua dapat menikmati apa yang dinamakan erti sebuah pengorbanan...

sumber: Pencari Cinta Hakiki

P/s: Selamat menyambut AidilAdha kepada semua sahabat2 yang mengenali ku walau apa jua panggilan ku~

Read More

Peperiksaan, Examination, Imtihan

Posted by NIZA.Ati on Sunday, April 19, 2009 [ 3 comments ]


Assalamu'alaykum wbt,
Di kesempatan ini, Niza ingin mengucapkan:
1. Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester
2. All the best in examination
3. Bitaufiq wan najah

kepada....


1. ..............(removed on 23012012)
2. My Classmate (CS220) yang banyak final paper sem ni (Niza 1 paper je) dan terutama kepada "family" Niza.
3. Kawan2 sefakulti (Fakulti Sains Komputer & Matematik) termasuklah kwn2 dr SMF/ DnA Society, kwn2 ALUMNI UiTMCS (Nadia, As, Dila, Saufi, Shafiq, Fahmi, Pucat dan ramai lagi) dan semua yang mengenali Niza (wlp mungkin Niza xkenal korg..hehe..)
4. Ikin (My roomate) - Jangan jeles tgk Niza...haha...
5. My juniors di UiTM Sarawak
6. My friends di universiti lain yang sama2 menghadapi xm

dan kepada my frenz yang dah FINAL SEMESTER seperti diriku...
1. Selamat menyiapkan thesis (peringatan kepada diriku jugak..huhu)
2. Semoga kita terus tabah menghadapi hari2 terakhir sebagai STUDENT of UiTM (bukan student of life tau...)
3. Selamat grad (eh..lambat lg la..bulan Nov nt.. ;-) C u soon)

Semoga kita semua menjadi insan berguna..di dunia dan akhirat..InsyaAllah...

Wassalam

Read More
categories: , | | edit post

CAREER TALK & CAREER BOOTH FSKM

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, April 1, 2009 [ 0 comments ]

BICARA ALUMNI and CAREER TALK
3 APR 2009
8.30am-10.30am
Dewan Al-Ghazali
*Part 5 and 6 are compulsory
(Makan pagi disediakan)

CAREER BOOTH
3 APR 2009
8.30am - 2.00pm
Laman Najib
* Please bring the resume for interview


Read More

Click for enlarge

Pendaftaran
Majlis Penganugerahan Pelajar Terbaik Tahun Akhir FSKM
berlangsung di Laman Najib
pada
16Mac2009 (12-4ptg) & 17Mac2009 (12.30 - 2ptg).
Anything..sile call wakil saya yang menguruskan program anda
(sila lihat di poster di atas & yang tertampal di FSKM).


Read More

Bengkel Etika Penggunaan ICT

Posted by NIZA.Ati on Sunday, March 1, 2009 [ 2 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Awal bulan 2 niza baru submit proposal "Etika Penggunaan ICT" iaitu bengkel yang akan diadakan bagi memenuhi evaluation tuk kami pelajar kelas Computer Ethic atau lebih tepat subjek ITS610 (Isu Sosial, Etika & Professional).


Di pagi hari..sebelum bertolak..ketensionan menunggu bas..huhu..


Berikut Adalah AJK yang telah dilantik.
Penasihat:
Pn Jamaliah Taslim
Pengarah:
Muhammad Asyraf Ahmad Fuad
Timbalan Pengarah:
Nazatul `Izzati Binti Haji Zainal Abidin
Setiausaha:
Nor Malini Abd Hamid
Khairunnisa Ishak
Bendahari:
Ilyani Kamarolzaman
AJK:
Pelajar ITS610 kump. CSB60B

Tempat: Sek Men Keb Dato' Haron


Date yang we all pilih adalah 28 Feb 2009. Hoho...in 2weeks dari minggu di"approve"kan proposal, we all kene get ready sume perkara. Semua sibuk menjalankan tugas masing2 dan Niza sendiri bz menempah hadiah cenderamata tuk sekolah dan memastikan semua orang menjalankan tugas masing serta sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini semua urusan.

Acap dan Kak Anny pula kesian coz asyik dok calling sekolah dan pegi ke sekolah demi memastikan semua yang perlu disediakan oleh pihak sekolah kepada kami.

Masalah bas yang ditempah oleh Donny pula timbul memandangkan Unit Kenderaan UiTM ni memang slalu bg confirmation a day before membuatkan kerisauan melanda Niza.

Barang2 tuk aktiviti yang telah dibeli oleh Kak Leli, Kak Mas dan Ida sume dah ada. Badge yang didesign oleh Bani & ditempah oleh Wan & Acap pun dah siap. Kelas ke2 Ethic pada minggu lepas, kami "finalize"kan semua... Semua dok bz buat keje masing2... Niza macam biase akan check semua keje... Dok tgk video yang dicari oleh shazana tuk tayangan multimedia nanti, dok tunggu slide tuk modul 1 & 2 yang disediakan oleh Ali, Ida, Kak Zura, Ijan, Kak Iryani, Kak Suria, Abg Isma, Kak Aisyah & Kak Tiqa.

Selain itu dok YM2 dgn Aimi pasal broucher yang die kene buat... dan Von serta Laleh mengendalikan bahagian booth. Muamar & Rosyamsul pula menguruskan teknikal.


Laleh, Muamar & Rosyamsul /Kak Suria, Kak Iryani, Ali, Bani & Ida

Acap, Abg Isma, Kak Aisyah,Kak Tiqa, Ijan, Von / Shazana, Niza, Wan, Yoyo, Tiqa


Ishi, Tiqa & Ita pula menguruskan hal2 makanan. Malini & Nisa menguruskan hal2 minit mesyuarat dan laporan yang bakal dihantar kepada pihak pentadbiran dan Puan Jam & Kak Yani menguruskan semua urusan duit keluar. Abg Sahar pula dah tlg carikan slide tuk ceramah 2.

A day before (27Feb2009), semuanya dah settle...alhamdulillah... Jadi tinggal nak gerak jek...



Ketika Ceramah Slot 1 / LDK 1


With Solehah & Nazatul Azwani (Between them are me) dan lagi dua yang hujung tu Niza xkenai sebab bukan under my group. Tx pada Azwa bg gambo ni kat akak....;-)


Sepanjang perjalanan we all ke Kuala Selangor... Ade bbrp pic yang Niza rasekan agak manarik tuk di capture...


Pic 1: Perjalanan ku menyusuri laluan ke fakulti ku pada jam 6.50pagi
Pic 2: Cube tgk matahari tu...itu adalah pantulan drpd cermin..sebenarnye matahari side kanan Niza


Bila tgk view ni..teringat jambatan kat Kuching..rindu nak g sane...


Pic 1: Cume tgk gambo ni bebetui... Kat sign-board tu... Insaflah semua...
Pic 2: Cantik...


Alhamdulillah semuanye telah selesai..Adik2 pun happy dgn program we all (Berdasarkan comment yang diberikan). Mostly ckp program ni best... Fasi pun best & sporting...pengisian yang bagus etc...Puan Jam pun dah bace sume komen2 tu... (Agak2 kite leh dpt markah tinggi x? Hehe...) So after this nak kene buat laporan individual (2 per group) lak... To all my frenz...Tx and jgn lupe update your task with me ok...do remember..its about ur marks...

Wassalam...

p/s: Byk lagi gambo...tp lum amik... Btw..semua name telah disebut..hehe..
Sape yang ada tangkap gambo time tdo dalam bas...leh la bg Niza..meh sini Niza publishkan (Amaran: Aktiviti ini tidak berETIKA...hehe..) Dont worry...tak buat punye.. Gambo Ali, Nisa, Malini, Abg Isma tidur..haha... Tu semua bukan keje Niza..keje orang lain..

Read More
categories: , | | edit post

My Mid-Term Break & Happy Birthday

Posted by NIZA.Ati on Monday, January 26, 2009 [ 0 comments ]

Assalamua'alaykum wbt,
My mid-term break almost same for every sem... Mcm ni gak Niza stiap sem... Samada balik awal ke rumah kemudian pulang awal ke kolej atau sebaliknya. But this last 2 sem Niza prefer stay kat kolej dulu baru balik rumah. Berbanding zaman diploma dulu...Mmg xbalik langsung... Ye la... tiket mahal sey... Dulu dok sarawak.... However, my mom xpenah bising pun Niza xbalik...sebab she's very "masak" dgn Niza ni... Lau xBZ akan balik la rumah... Bukan ape...hati parents kite kene gak jage kan... Lagipun...I have someone kat rumah tu tuk dicubit2...dak debab tu..haha... Tp incase ade hal2 penting mmg Niza balik gak...

Kenapa Niza xbalik rumah? Niza buat ape sampai tak balik rumah?

Sebenarnye setiap kali mid-term break, time ni la nak cover everything yang tak siap... Sebenarnye bukan yang tak siap tapi tugasan yang diberikan SPECIAL tuk mid-term break... Chet... Kene akur...*STUDENT LIFE*. Bangun2 tidur jek pas solat, terus mengadap laptop... Dah macam hape dah... Hahahaha.... Any discussion with partner or seGENG keje...just YM jek... Nak kasi bahan or terime bahan pakai YM je....xpun GOOGLE TALK (I prefer use this rather than YM to transfer...YM lembab sungguh...tambah2 pakai YM 9.0 ni).

Hari ini adalah hari ke-4 Niza menghabiskan masa di kolej dengan mengadap keje (selain mengadap cite korea lame *a millionaire's first love & 200pounds* lewat sungguh diriku mengadap cite ni...haha...cite lame). Ape yang sebenarnye Niza BZkan? Check it out:-
1. Flash Banner + Interactive Flash Map (Keje subj Multimedia)
2. Chapter 4 *Final Year Project Documentation) + Methodology
3. Report "deligasi ke Sarawak"
4. Board SMF (Nak cuci gambaq tp xcuci2 lagi...tunggu Rabu la...kedai xbukak kot)
5. Advertisment for GAZA (mMltimedia's project)
6. Bace buku Ethic la.... (Hadoi la...Niza rase inilah yang paling payah)

Wuts coming up after mid-term break (ni yang dah comfirm)?
1. Submit Flash Lab Work (Lab work mendenye...*huh*)
2. Submit Multimedia's Project
3. Test 1 Multimedia (tgk 3 yang pertama...sume pasal Multimdia jek...Niza rase macam ...... *Huh*)
4. Dr. nak tgk chapter 4 tuk report FYP

A little bit stress sebenaqnye... Tapi... We have to be flexible with the flow of life... isnt it? Dengan keadaan yang masih kurang sihat... Niza kene kerja kuat sikit...

Btw, today is my sista bday... Who else? SITI SARAH... Elo my dear...wlp Kak Ti tau Sarah xbace entry ni...just nak wish gak kat sini... Nanti Kak Ti balik umah Kak Ti tunjuk kat Sarah entry ni.... HAPPY BIRDTDAY MY LILTLE PUMPKIN a.k.a "DAK DEBAB" ...hahahah... *liltle pumpkin* perkataan mak Niza slalu gune lau nak ngusik die...haha... Sebenaqnye Niza dah sent MMS ke HP die... tapi die lak xbawa HP die skali g vacation...sebab tu Niza slalu ckp kat die "Kak Ti buang HP tu nak?". Heh.. dah la HP sony ericsson(SE)... demand gile time nak beli HP tu..agaknye sbb tgk abg n kakak die pakai SE kot... My mom pun pakai hp cokia (*cokia means mcm kuno la*). Tp she said...as long as she can CALL N SMS...it is enough... Ye la...org2 lame ni sempoi sudey (for them). Wa....rindunye nak cubit adikku ini... Ok...sampy sini je dlu... Wait for my other entry about AMARAH.

Wassalam

Read More
categories: , | | edit post

09/01/09 Something Special

Posted by NIZA.Ati on Sunday, January 11, 2009 [ 2 comments ]

Assalamu'alaykum wbt...
H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y to myself...

Dah masuk 23 pun... Tapi lau ikut tahun Islam..i almost 24..hehe....Ape2pun... Alhamdulillah kerana pada saat dan ketika ini, Allah masih memberiku peluang tuk' bernafas dan berkelana di bumi bertuah ini tuk' mencari keredhaanNya dan bekalan di akhirat kelak.




Tx a lot pada wish seperti Wana (wish awal seminggu rasenye), adik ku Safwan (wish 3 hari awal sbb pada 9jan die atas kapal), then special TX to Mohd Syazwan @ UiTM Sarawak, then Yoyo (Sorry xdpt angkat phone mule2 tu..hehe...tx 4 da wish, card & present...luv ya..), Kak Leli & Abg Isma (Monyet itu sungguh comel..haha..), Rakan Ukhwah.com kak Shye & Kak Yati, My sweet sis Kak Era, My fren Miza, My Fren Asfarina, My Fren Nadia (Tx tau...aku suke), My Lecturer/Supervisor Sir Azlan, My Classmate (Kak Aisyah, Kak Anny & Ida (Tx 4 da present), Kak Su, Kak Suria, Kak Tika), Syikin (JR stud Sc.Act), Adikku Ida, My JR Sue (Tx 4 da card & present Sue), Acap SMF, Taqdir ex-VI, Balai SMF, Hani SMF, Fathiah jr-SAB, Abg Roy Snr.FTMSK + BF Kak Su, My Fren Dila, Nur aini (Jr @ UiTMCS dlu) then sudah semestinya rakan2 CS220 yang berada di PORT DICKSON...yang menyanyikan lagu, buat "EPI BZDAY" & Puding yang sungguh comey & sedap... Tx pada yang terlibat terutama ACAP & Syuk ( Acap cite time buat puding ni, dua2 depa ni on call, skali g tengok dah melimpah dah ayaq...adoi...tp xpe...ttp sedap) dan seterusnya pada sesiapa yang mungkin niza terlupa nak taip kat sini...do remind me..


Supprised yang teramat sgt apabila dihari ini (14/jan/2009), Kak Leli & Abg Isma kasi niza picture album dimana depan picture album tu ade gmbr we all b4 (niza(kak long), yoyo (adik), papa(a.isma) & mama(kak leli)) & di dalam nye terdapat gmbq2 we all b4... So sweet...tx to PAPA & MAMA...Besides, papa de bagi beg CG7, beg tu leh buat bantal gak..comey sgt... Syukron.. ;-)


Dan yang PALING PENTING...TX TO ALLAH dengan nikmat nafas yang diberikan, niza masih berdiri & berkelana di bumi bertuah ini demi mencari redhaMu dan bekalan di padang masyar kelak... Dan terima kasih kerana aku masih mampu melihat keindahan ciptaan mu yang ku nantikan pada setiap bulan & tahun...dan pastinya di hari lahir ku masih menanti..... Purnama Mengambang...

Read More
categories: , , , | | edit post

SELAMAT TAHUN BARU (DOA AKHIR & AWAL TAHUN)

Posted by NIZA.Ati on Friday, December 26, 2008 [ 0 comments ]




Assalamu'alaykum wbt, Ana ingin mengambil kesempatan tuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU Hijrah & Masihi kepada semua sahabat di FTMSK(UiTM Malaysia), ex & Student UiTM Kota Samarahan, blogers, Ukhwah.com, S.M.K Aminuddin Baki KL & Sek.Keb Sultan Hisamuddin Alam Shah KL serta semua yang mengenali ana. Semoga kehadiran tahun baru membuka LEMBARAN BARU buat kita. Buat semua, juga jangan lupa tuk baca DOA AKHIR TAHUN (selepas asar pada 28 Disember 2008) dan DOA AWAL TAHUN (setelah masuk waktu maghrib pada 28 Disember 2008). Bagi yang tercari2 doa..ni ada sertakan...

*************************************************************************************
DOA AWAL TAHUN

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

*************************************************************************************

DOA AKHIR TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

................Amin............

Read More
categories: , | | edit post

Salam AidilAdha

Posted by NIZA.Ati on Sunday, December 7, 2008 [ 0 comments ]

Ucapan Salam AidilAdha buat
semua teman2 seperjuangan ku...blogger, sahabat se-fakulti,
se-universiti dan terutamanya se-Islam
Terima Kasih juga pada akhi Zikri yang telah mengirim kad ucapan dan juga pada semua yang memberi ucapan bertulis/lisan samada melalui SMS, Email , YM mahupun blog.
Semoga kita sentiasa mengingati perngorbanan2 Rasul, Nabi, Para Sahabat Nabi & Ulamak2 yang berkorban demi AGAMA ISLAM tercinta.

Read More
categories: | | edit post

Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang Tahun Akhir

Posted by NIZA.Ati on Thursday, November 20, 2008 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,

Proposal bagi event ini telah 3 kali ni naikkan... Tuk yang pertama dan kedua, mendapat kelulusan tetapi tanpa budget... Dan akhirnye, kali ketiga barulah dapat budget... Alhamdulillah..

Berikutan dengan masalah tersebut, maka 3 kali tarikh telah ditunda. Kali ke3, setelah comfirm, kami AJK2 yang terlibat semua masih turun padang membuat preparation walaupun ketika itu kami berada dalam bulan peperiksaan akhir semester. Aku pula membahagikan setiap masa dan hari ku, bila ade gap agak lama aku akan ke pej.akademik tuk menelefon VIP dan mengesahkan kedatangan mereka. Ku kira satu meeting pun aku tak datang memandangkan tiap kali meeting mesti aku exam.... So, kebanyakkan urusan aku dengan acap & bai hanya melalui sms or calling.


Dari Kiri: Acap, Aini, nizaati, Puan Aida & Izan


Prof.Dr Hjh Zainab Abu Bakar (Dekan FTMSK) & Prof.Dr Tengku Mohd Tengku Sembok

Hinggalah tiba hari kejadian, aku sebenarnya masih busy dengan perkara lain. Aku sebenarnye terlibat dgn Presentation FYP gak..dimana aku menjadi urusetia. Jadi, nak tak nak...terpaksa minta tlg kwn2 aku yang lain cover aku bile aku xde... Seawal jam 3ptg aku dah berada di Hotel Concorde Shah Alam dengan menumpang our manager -> Acap. Tolong angkat brg jugak sebenarnye. Dah ke hulu ke hilir dok menguruskan persiapan terakhir. On that day jugak aku baru dapat tentatif...dengan tak tgk yang atas...aku terus melangkau ke persembahan..dan ade bbrp tambahan yang dapat tau last minutes...


On that nite, walaupun berjalan seperti biase...tapi pada aku byk sgt kekurangan.
1. Tarian sebelum doa (my mistake coz xcheck tentatif)
2. Sian Najir xdengar MC panggil tuk bace doa kerana die ingat doa dulu baru tarian
3. Terlanggar protokol, panggil puan aida naik ke pentas 2 kali (ni sebab tetibe je ade menyampaian hadiah kepada Dekan).
4. Makanan sampai lewat ke meja sedangkan lau ikut tentatif persembahan & penganugerahan dah abes...jadi aku terpakse lak panggil abg asward & kwn2 nye tuk buat persembahan lagi..kene cover oo...lau tak kosong...

Papepun, puan aida kate xde lah kurang pun..xpe2... Mungkin puan saje nak sedapkan hati aku. Terkilan sebenarnye coz last sem, aku jugak floor manager yang handle, alhamdulillah ok jek... Cume mungkin sem ni persiapan hanya dilakukan dalam masa 9 hari sahaja... Mungkin puan aida consider ok sbb kami bz dgn xm ktk persiapan dilakukan...

Selepas tamat event, seperti biase, semua sibuk bergambar. Ketika itu jugak aku dan puan aida berbincang mengenai event next sem...bingung memikirkan siapa akan jadi pengarah memandangkan Acap dah xde... Aku pulak dah final sem, tambahan pula aku bukan lagi SMF ketika itu... Aku memikirkan juga mungkin SMF lama yang boleh handle. Dalam mind aku ketika itu adalah Najir. Puan ade juga berseloroh yang aku kene jadi (berseloroh ke?)...eh..tapi aku diraikan...erm.. let me think first...huhu... Erm...kemudian, kami lak para AJK yang makan...hehe... Tapi just mule je dilayan..akhirnye we all layan diri sendiri..hehehe.... So far..ok jek makanan concorde ni..mmg sedap... Same je mcm last sem... Tapi sebenarnye mmg everysem pun same jek..hehe...


Pada keesokan harinya, kami AJK Majlis dan SMF lunch di concorde pula...ade 5 meja, tapi yang penuh 4 meja je...Tu pun kene call sane sini panggil datang...

Read More

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri