Showing posts with label SMK Aminuddin Baki. Show all posts
Showing posts with label SMK Aminuddin Baki. Show all posts

C0ngrats to Shahira & Fadly

Posted by NIZA.Ati on Sunday, March 25, 2012 [ 0 comments ]

Winamp: Dia Ada Stail by Aizam

Assalamu'alaykum wbt,



Alhamdulillah, 1 of my beloved best-friend Shah selamat melahirkan anak pertamanya yang telah diberi nama Nur Zara Aisyah (sorry kalau salah ejaan). C0ngrats to my bestfriend shah and fad. Happy for both of you. Tx to you gak Fad sebab inform aku on the day Shah waiting tuk bersalin. :) Bakal anak solehah (amin..) ini telah selamat dilahirkan pada 20 Mac 2012, kelahirannya disambut pula dengan azan maghrib pada hari tersebut. SubahanaAllah... :)

Sabtu baru2 ni, Niza sempat melawat Shah yang berpantang di kediaman ibuda dan ayahda-nya di Cheras, my beloved best-friend Wana & her hubby Faan pun turut same.



Alahai, comel sgt Aisyah ni, Aunty Niza suke sgt die tu. Senang tuk berada dalam dakapan... comel... tak kuat meragam... senang tidur (ni ikut pranggai ayah die ni =P)

Tetiba teringat soalan Wana pada Shah semalam. "Rasa macam mimpi x?".


Kami berkawan sejak tahun 1999, tapi sangat closed time 2002. Time tu kami tinggal dlm 12-15org je student form 4 kat asrama Aminuddin Baki, KL. Kami ber3 ni memang rapat, Shah tempat Niza slalu luah rasa, nangis2, gelak2 sume ade. Wana kawan yang sangat manja dan kerap kami perang dingin maybe sbb Niza jenis orang yang serius dan Wana manja sangat...hak3... tp I still love her... wlp slalu perang dingin kami cepat baik... dan time die sakit Niza jugak la yang jaga die, begitu juga time Shah sakit....

Dulu, kami same2 pergi sekolah, now Shah dah ade anak, Wana dah kawen, Niza? :) Hanya Allah yang tahu bila dan masa yang bakal tiba.

Ape2pun, moga ukhwah yang terbina ini berpanjangan dan terpelihara. InsyaAllah.... Amin....



“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Ok, stop here, nanti ade masa boleh update lagi blog. Lately ni dah xde nak update story sgt pun...


Wassalam. :)

Read More
categories: , | | edit post

Walimahtulrus Sahabat

Posted by NIZA.Ati on Thursday, July 21, 2011 [ 0 comments ]

Winamp: Tetap Bertahan by Wali Band.

Assalamu'alaykum wbt,
kekangan masa dalam mengikut program latihan SAP membuatkan Niza tidak berkesempatan untuk menceritakan tentang perjalanan dan kehadiran Niza ke walimahtulurus sahabat pada bulan Mei & Jun. Biar gambar-gambar di bawah menceritakan segalanya. :)


7 Mei 2011 : Walimahtulurus Aswadi Abdul Rahman
Kenalan : Sahabat sejak di SMK Aminuddin Baki
Temapt : Kediaman ibu-bapa beliau, Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor



27-30 Mei 2011 : Walimahtulurus Norfaizan Ahmad
Kenalan : Rakan Seperjuangan Sekretariat Mahasiswa FSKM, UiTM
Temapt : Kediaman ibu-bapa beliau, Felda Bukit Tongkat, Kluang, Johor



26 June 2011 : Walimahtulurus Norshahira Mat Tahir & Khairul Fadly
Kenalan : Sahabat sejak di SMK & Asrama Aminuddin Baki
Temapt : International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur

Read More

Hangout with My Darla(s)

Posted by NIZA.Ati on Sunday, December 12, 2010 [ 0 comments ]

Winamp: Deja Vu by SS501
Status YM: REMINDER: isi air kete~ (dihati ini hanya Allah yang tahu)
Status FB: akal dan fikiran, hati dan perasaan... gunakanlah tuk kebaikan... planning tuk kehidupan... barulah semuanya dalam kawalan... insyaAllah...

Assalamu'alaykum wbt,
kesibukan di bulan disember membuatkan Niza tido agak lewat dan bangun awal. Tapi bila tiba hari sabtu, teringin juga untuk tidak mengadapa kerja. Bermula dengan Niza sms kepada my darla (Erin, Ija, Wana, Shah) tuk mengajak mereka hangout bersama. Erin mengatakan yang dia kerja, walaubagaimanapun setuju untuk keluar pada malam hari. Yang confirm yang ini semua kecuali Wana.

Destinasi kami adalah Ampang Look-Out Point yang telah dicadangkan oleh Erin. Redah je kami walaupun xtau jalan. Niza sempat memasak Nasi Goreng Ayam. Sebaik sahaja setelah menunaikan solat Maghrib, Niza pick-up Erin di KLSentral, kemudian terus ke rumah Ija tuk mengambilnya. Kami bertemu dengan Shah di care4 Ampang dimana Shah dihantar oleh Fadly (best fren Niza time sek men dlu + bakal tunang & suami Shah).

Kemudian terus naik ke destinasi. Alhamdulillah, walaupun jalan agak tidak clear tapi Allah masih memberi mata Niza membuka besar2 tuk melihat jalan & diri Niza tuk drive dengan baik... ^^

Niza drive sampylah naik ke atas skali. Parking. Mendaki-lah kami ke restaurant Panorama. Kami memilih meja yang terletak di tepi supaya dapat menikmati keindahan Kuala Lumpur di malam hari. Kuala Lumpur tanah tumpah darah ini. Bangga menjadi anak jati Kuala Lumpur... ^^



Kami bersembang... bercerita mengenai kerjaya... info terkini... kisah silam... dan macam-macam lagi... sambil makan makanan yang dipesan dan yang dibawa oleh Niza sendiri... Kadang2 keluar begini hanya tuk melepaskan ape yang bersarang di kepala dan mengupdate keadaan diri sebenar bersama rakan-rakan... Selama 3 jam kami di atas... Kelakar pula bila teringat bersungguh2 mereka ingin mengetahui tentang Niza, siap bukak FB Niza dari hp Shah lagi... dasyat...wakakaka... tapi xjumpe ape yang korang cari kan??? Now xtau la korang dah jumpe ke x... ape2pun.... doakanlah apa yang terbaik tuk sahabat mu ini wahai sahabat... ^^



After diz, Shah pula akan ikut jejak Wana... menjadi tunangan orang... kemudian menjadi isteri orang seperti Yati... before semuanya memulakan hidup masing2 sebagai isteri... kami bercadang tuk out for holiday... InsyaAllah... Niza dah pun mencari tempat... now tunggu persetujuan yang lain...

Around jam 12-12.30, kami mula turun, dalam perjalanan turun kami bertembung dengan eksiden... mungkin agak teruk bila Niza sempat menjeling melihat Swift yang remuk dan ambulan yang datang. Niza drop Shah di tepi care4 setelah Fadly sampy. Kemudian Niza terus menghantar Ija & Erin. Around jam 1.30pagi barulah Niza sampy di KAFA.

Alhamdulillah... sangat happy diriku ^^ Tx to all... hope 2 c u olz on Feb k... sambut raya Cina di PD la kiter~ ^^

To Ija: Selamat menjalankan tugas sebagai lecturer di Penang ok~ ^^
To Shah: Sorry kalau Niza tak sempat nak ke majlis pertunangan Shah nanti. Walauapepun... congrats in advanced my dear~
To Erin: Bila nak tukar status pulak??? ^^

Wassalam

Read More

Selamat Pengantin Baru

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, November 10, 2010 [ 2 comments ]

Winamp: Hanya Tuhan Yang Tahu by UNIC
Status YM: (REMINDER: Beli makanan Kecik~) Hanya Allah Yang Tahu~
Status FB: Bahagia itu dari dalam diri, kesannya zahir rupanya maknawi, terpendam bagai permata di dasar hati. Bahagia itu ada pada hati , bertakhta di kerajaan diri, terbenam bagai mutiara di lautan nurani. Bahagia itu ada di jiwa, mahkota di singgahsana rasa,bahagia itu adalah suatu ketenangan/kasabaran ♥

Assalamu'alaykum wbt,
Di akhir-akhir tahun ni terlalu banyak jemputan perkahwinan yang dihantar... Mane2 yang Niza tak dapat hadir tu, Niza minta maaf. Kadang-kadang ada beberapa faktor yang membuatkan tidak dapat hadir.


Alhamdulillah Niza masih sempat ke wedding pada last week. Hari Sabtu, Niza telah menghadiri majlis kenduri kahwin Ukhti Shye (rakan ukhwah.com) dengan Akhi Syuk. Memang tak jumpe rakan2 ukhwah.com lain sebab semua mereka telah pun majlis di sebelah pihak perempuan pada 24 Nov 2010, cuma Niza je ada hal on dat day. Dats y Niza ke belah lelaki. Besides, lagi dekat. Niza hanya ditemani adik Niza, Sarah.


Then pada hari berikutnya, Niza berkesempatan tuk menghadirkan diri ke majlis Ezaideen (Jidin) di Shah Alam Gallery. Jidin merupakan rakan sekelas ketika form 4 & 5 semasa sama2 menuntut di SMK Aminuddin Baki dan beliau juga merupakan AJK Niza ketika Niza menjadi Presiden Koperasi SMKAB 2003. Both of them sangat kiut ^^. Comey jerk~ Terasa happy gak sebab dapat jumpa kawan2 sekolah walaupun xsempat nak beramah mesra lama2 memandang Niza terpaksa ke UiTM Shah Alam untuk mengambil barang2 Mel yang mahu ditumpangkan di tumah Niza sementara cuti semester.




To both couples~ Makbruk!!~ Semoga kekal bahagia hingga kembali bertemu di syurga. ^^

Wassalam

Read More

Majlis Khitbah Irwana & Farhan

Posted by NIZA.Ati on Monday, October 11, 2010 [ 0 comments ]

Winamp: Sebiru Hari Ini by Edcoustic
Status YM: Congrats my lalink wana~
Status FB: "Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"(Fussilat 41: 33)

Assalamu'alaykum wbt,
Alhamdulillah syukur kehadirat Illahi kerana dengan redhaNya, sahabat ku Irwana Binti Noordin telah selamat menjadi tunangan kepada Ahmad Farhan Bin Aminuddin pada 10.10.10.


Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".

Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".

(dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq.)


Sungguh cepat masa berlalu hingga tidak sedar bahawa sudah 11 tahun berlalu. Saat kita mulai kenal di Asrama SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pada tahun 1999 segala kenangan masih terpahat. Wana, one of my bestfren... Wana yang selalu menangis... =P Wana yang selalu berperang "dingin" dgn Niza (kdg2 mls nak layan die...hak3...time sekolah tu~ hik3..) tapi cepat kami berbaik ^^... Wana yang walaupun sudah form 5 masih bawa b*n**l ****k ke sekolah (time tu wana dok sebelah Niza dalam kelas)... kini Wana sudah menjadi tunangan orang... ^^ Wana, im happy for you my dear...


Semoga jodoh Wana panjang dengan Faan, moga hari kebesaran kalian akan tiba... moga semuanya berjalan dengan lancar dan diredhai Illahi...


Semoga persahabatan kita akan sentiasa mekar dihati. Tx to all my buddies yang datang jugak on da day Wana bertunang: Ija, Shah, Yati & her hubby > Zack. InsyaAllah bertemu kita lagi.

Wassalam

Notakaki: hurm...ramai yang tanya bile giliran Niza ni... doakanlah bertemu jodoh... ade jodoh...insyaAllah... ^^

Read More
categories: | | edit post

Yati's Wedding & My Incident

Posted by NIZA.Ati on Sunday, October 3, 2010 [ 0 comments ]

Winamp: InsyaAllah by Maher Zain
Status YM: Hidup ni, kita yang tentukan jalan dan destinasi kita. Samada nak "pegi jahanam" atau atau nak pegi syurga... ^^
Status FB: RE , AA , IN and me semua dah tukar pic semalam =P

Assalamu'alaykum wbt,
Alhamdulillah... syukur kepada Allah sbt kerana dengan redhaNya akhirnya selamat PUAN Norhayati Hamzah dinikahi oleh Zaquan Hafizi dengan sekali lafas. Congrats to my darla~ Seorang lagi sudah berkahwin. Happy for you my dear. ^_^ Semoga berbahagia sehingga kembali bertemu di syurga. Semoga Yati menjadi isteri & ibu yang solehah dan semoga Zack menjadi pemimpin keluarga dan Imam yang baik. InsyaALlah... Amin...


Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)

Me & my darla(s) (Erin, Ija, Rose, Wana & Shah) dah mula ada around 11pagi di rumah Yati kecuali Shah yang datang lewat kerana bersama Fadly. So tengok la dia bersiap, besides we all spend ourself together after few months xjumpe after Yati bertunang on Feb lau xsalah. Kalau dah jumpe tu, gile telebih la jawabnyer~ We all gak lah yang sambut hantaran dari pihak Zack. ^^


ASABian yang sempat kami jumpa sebelum bertolak pulang pada jam 2.30petang adalah Kak Suhaiza, Kak Nik then our juniors Haifa, Ain, Lina etc (sorry dears... akak tak ingat dah sape...). Then our batch yang sempat kami nampak Amin, Acap, Fadly, Bunga etc...Niza pun dah tak ingat sape and ade yang tak cam sape.

Btw, kepada budak2 laki tu... sorry sangat... kami bukan sombong tapi really rushing nak balik coz kejar waktu solat. Besides, we all dah lame kat sane. Niza pun takkan benti kete and tegur korang lau Niza sombong. Next time kite chat ok... Tunggu next wedding. Pada sesiapa yang xdan kami nak borak lame or jumpe macam Delly, Amie, Shima, Puan Zainun, Jidin etc (tak tau la sape je datang lagi after we all balik) tu sorry sesangat k... Wutever it is... really miss Ex-SABian 1999-2003.

Balik dari wedding tu, Niza nak hantar my fren Wana ke rumahnye... on our way, ade kereta sebelah btau my tayar pancit... adeh~ Bile Wana tinjau, teruk gile coz mmg abes langsung angin... dan la Niza bawa laju before tu. Luckily Wana with me coz dia lagi familiar area pandan tu. So i drove slowly tuk cari bengkel. After minta tolong isi angin, we all pegi kedai tayar yang tak jauh dari situ tuk tengok. But ofcoz Niza memang rasa kene something coz pagi tu ok jerk.

Guest what~ My tayar kene serpihan besi and lubang agak besar sampai tampal 2. InsyaALlah next month Niza akan tukar tayar baru. Then, Niza minta die isi angin semua tayar... and die detect 1 lagi tayar kene gak.. that one tayar yang under Niza.. depan sebelah kanan... yang tu kena skru... tampal jugak~ Haish~ gile la... dah la tu tayar baru. Rasenye kene time parking kat rumah Yati. Takpelah... pengalaman... semua ni pasti akan dilalui oleh semua orang yang mempunyai kereta i guest~

This is life... tak pernah berhenti dari ujian dan dugaan... dan pengalamanlah yang akan mematangkan kite jika kita mampu tuk berfikir... insyaALlah. Ok, stop sini... nanti Niza post pasal open house my frenz plak. Take care tuk smua k~

Wassalam

Read More

Selamat Pengantin Baru Sahabat

Posted by NIZA.Ati on Monday, May 31, 2010 [ 2 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
Ok, dah terlalu lama rasenye tak ceritakan ape yang berlaku... entry ni start dari Majlis Perkahwinan Nisaak yang berlangsung pada 22 May 2010.

Tahniah kepada sahabat ku Noorul Nisaak diatas perkahwinannya. Terasa macam baru semalam kita sama-sama berkenalan, belajar bersama dan menghadapi macam2 di asrama. Kisah pahit dan manis. Sekarang, kita masing2 dah kerja dan Nisaak dah pun berkahwin... doakan Niza bertemu jodoh juga k... ;-) Wa~ menciknye...tetiba rasa nak mengalir airmata...


Pada hari perkahwinan Nisaak, Niza telah pun pergi bersama salah seorang adik angkat Niza iaitu Ida Izzati. Kemudian kami bertemu dengan Wasyalan dan Jojo die sekoalah menengah kami dulu iaitu SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur dan terus ke rumah Nisaak.

Selain Niza, Ida Izzati, Jojo dan Wasyalan, warga ex-SMKAB yang turut hadir adalah Wani dan suami, Ezlin, Syuhada, Munira, Kile, Zana, Fadly, Shahirah, Erin, Yati, Yan, Shima, Syima, Zarina, Amie, Delly, Ija, Puan Zainun, Aida, Farah Waheeda, Sabrina, Jidin dan tunang, Alan dan junior seasrama seperti Nurza, dayah, Iwani, Rashila serta senior seasrama seperti Kak Sue, Kak Yusnida, dan Kak Nik.Ade lagi yang lain tapi Niza xdan nak jumpe sebab Niza g solat time tu. Tapi seronoklah dapat jumpe kawan-kawan sekolah... ^^ Masing ade yang final sem di universiti, ade yang baru abes blaja, ada yang dah bekerja, ade yang bakal berkahwin, dan ada yang bakal menimang cahaya mata.



Apa2pun... Niza doakan semuanye berjaya dalam kehidupan masing2...

p/s: Niza sedang menanti salah seorang kawan baik Niza iaitu Yaya melahirkan cahaya matanya bulan Jun nanti...insyaAllah... Tahniah juga kepada Sahabatku Irwana kerana sudah di risik... ^^

Read More
categories: , | | edit post

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri