Wednesday, November 25, 2009

Hari-Hari Ku

Assalamu'alaykum wbt,

...Jangan Kau pesongkan hati kami setelah Kau beri kami petunjuk.. jangan Kau
biarkan kami setelah Kau bimbing kami..Kau ampunkanlah dosa-dosa kami.. Kau
tetapkanlah Iman kami.. Kau teguhkanlah taqwa kami.. Sesungguhnya Ya Allah
kepadaMu lah kami bermohon..kepadaMu lah tempat kami berlindung..kepada Mu lah kami berserah...


Lelapku terhenti, lately ni @ 5.30am pasti ku sudah bangun...hurm...its about 2-3 weeks ni... kenapa, aku pun tak tahu... dan..tidak pula aku akan dapat lelap kembali.

...and...its about more than a year...stiap kali bangun..aku pasti teringatkan seseorang... kemudian melihat jam di HP, switch on lappy, dan mengambil wuduq tuk menunaikan solat. Setelah bersolat, aku akan mengadap lappy ku. Itulah rutinku samada ketika aku masih belajar dulu, hinggalah sudah berkerja kini...dan juga rutin ku ketika weekend... Begitu la sehingga jam 6.30 pagi baru lah kerja2 lain akan aku uruskan.

Di Office:
Hari ini, ketika aku sedang menulis entry ini, aku didatangi seorang perempuan, pekerja TM...dan dia under "MC". I not sure MC stand for what. Kenapa tiba2 dia datang pada aku? Dia tanya, aku ni dari company mane? Aku pun cakap la aku dari company mane and currently incharge in wut project. Yups, aku bukan dari Acc3nture, tapi seiring dengan Acc3ntur3 dan VTC adalah company aku yang sedang menjalani DFCC project. Last2 dia btau la yang org depan aku (kat latest meja yang aku duduk skrg ni, xjauh pun dr tmpt dok lame, just 2 langkah kaki je) yang tanya. Siap tanya nama aku... huh, sibuk jerk~ Ape kes die sibuk nak tanya? Hello, aku stay kat situ almost 4months tau x... bukannye dlm masa 4bulan tu die xde kat situ, xnampak aku kat situ. sengal~ Cuma ade 2minggu ritu aku stay kat Menara TM time code deploment and pre-cutover.

Esok, aku akan di briefing tuk 1090, mungkin aku kena join Testing Team selepas cutover berlaku memandangkan aritu orang TM minta vendor tuk tambah orang jaga annexe 2. Yang peliknye, asal de keje je mesti muke aku... apsal yang sorang lagi tu tak kene? Rezeki die la kan... Tp bagus la aku ade keje daripada aku keBOSANan kat office. So, 3 sub-team aku cover tuk project ni.

Di Rumah:
Budak2 dah start cuti sekolah, jadi di rumah aku pun KAFA pun cuti, cume ade la dlm 10orang budak yang datang tuk mengaji dan dijaga memandangkan tiada orang yang dapat jaga mereka ketika parent dorang pegi keje. Bibik baru pun dah mula kerja sejak seminggu lepas. Hurm... dia perlu di ajar lagi supaya dapat buat kerja dengan kemas,,, Budak-budak yang datang ke rumah ku, selain mengaji, dorang main game and menonton televisyen, tu je la keje dorang hari-hari. Bila aku balik, kadang-kadang aku berborak la dengan mereka, menonton tv bersama etc. Bagus juga budak-budak ni, tahu waktu tuk menunaikan solat Asar walaupun tak disuruh, tapi kadang-kadang masih perlu diingatkan.

Selain itu, aku akan mengadap lappy kembali setelah menunaikan solat Asar. Selepas menunaikan solat maghrib, membaca Al-Quran dan menunaikan solat Isya', aku spend sekejap di lappy (usha-usha farm aku kat farmville dan farmtown), kalo xde ape2 yang perlu aku reply di FB @ Blog, aku akan switch off lappy dan tidur. Sangat awalkan? Tidak seperti zaman aku belajar dulu. Bekerja memang sangat memenatkan walaupun hanya duduk mengadap lappy tanpa ada kerja yang harus dibuat.

Apa yang aku mahu?
1. Aku mahu move on hidup aku... to be a better person
2. Aku mahukan kegembiraan bersama orang-orang yang aku sayang
3. Aku mahu kasih sayang daripada orang-orang yang aku sayang
4. Aku tidak mahu memikirkan semua perkara buruk yang aku tahu
5. Aku mahu rasa cinta pada kerjayaku
6. Aku mahu rasa disayangi sepenuhnya kembali seperti dulu

Conclusion: Aku semakin lemah, meskipun aku tidak pernah jatuh. Aku perlu bangkit, mencari diriku yang tegas. Yakin dengan janji Allah. Berdoa dan bersujud padaNya. Itulah hati aku dan dia serta kita.
[Read More]>>

Monday, November 23, 2009

Sesuatu di Antara Waktu

Assalamu'alaykum wbt,
Tiba-tiba, Niza ingin mencoretkan sesuatu yang membuatkan Niza kadang-kdang terfikir.

Dalam dunia ni, kita akan temui pelbagai ragam manusia, tapi ragam yang paling kita ingati adalah ragam yang dekat dihati kita.

Kadang-kadang seorang manusia tu mampu menjadi orang yang paling kita rasakan menyanyangi kita. Kadang-kadang mereka juga mampu membuatkan kita rasa hina kah kita di mata mereka. Kadang-kadang mereka memarahi sesuatu yang langsung tidak salah kita lakukan sedangkan mereka menyatakan itu salah walaupun mereka sendiri yang melakukan begitu.

Kadang-kadang, kita bagaikan orang yang paling dihargai, tapi selebihnya kita merasakan kitalah orang yang langsung mereka tidak ambil kisah.
Benar ku mencintaimu, Tapi tak begini (Separuh Jiwa Ku Pergi, Anang)
...dan...sesuatu diantara waktu itu, pernah wujud kisah kita bersama... mengharungi suka duka... tetapi selebihnya merasakan kedukaan yang diharungi sendiri...

Ada sesetangah manusia, yang mampu dan sering memaafkan orang lain walaupun kemaafan tidak dipinta. Tetapi parut yang ditinggal, sebenarnya tersisa tuk dihapuskan. Ada manusia mampu tersenyum di mata orang lain, tapi tangisan dihati.

Firman Allah swt, : "Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan" (Surah Al-Imran:Ayat 134)
Dosa mu ku anggapkan debu, bisa diterbang angin yang lalu. Ku sedia memafkan mu biar aku berparut seribu. Asal sembuh luka mu pahit ku, rasa madu. (Di Rantai Di Gelangi Rindu, Exist)

Ada manusia, mampu tuk terus menyayangi semua orang, meskipun belum tentu semua orang yang dia sayangi itu menyayangi dirinya.

...dan kadang-kala ku terfikir... inilah ragam manusia, yang tiada keadilan. Peperangan berterusan kerana kepentingan diri.

dan aku... menyimpan sesuatu yang terlalu berharga, tapi mungkin tidak untuk mereka.

Maafkan aku~

WaAllahualam
[Read More]>>

Friday, November 20, 2009

They're Just Kids, But They Do Concerns

Assalmu'alaykum wbt,
Sometimes, i wonder why an adult is less care/concern rather than a children... Heh, nothing to turning to~ just a little bit wonder. But of coz, not all. But i do admit it~ Coz im an adult.

Kadang-kadang bila teringatkan mereka membuatkan Niza tersenyum sendirian. They're just kids~ Siapa mereka yang Niza maksudkan? Hee~ Mereka adalah pelajar KAFA As-Sobirin yang dijalankan di rumah Niza sendiri.

Ketika Niza pulang dari kerja, they keep asking me maybe boleh dikatakan everyday "Kakak, keje macamane hari ni, ok?" dan tiba-tiba Niza tersenyum apabila ditanya begitu, kerana soalannya sebijik sama dengan soalan seseorang yang Niza sayang tanya pada Niza ketika awal Niza bekerja. Bezanya soalan tu dulu ditanya oleh orang dewasa tapi ini budak kecil yang baru darjah 2 tanya pada Niza.

Antara mereka yang telah tiba pada waktu tengahari setelah pulang dari sek kebangsaan...dan sedang menjamu makan tengahari


Last month, bila Niza tidak ke ofis kerana mengalami keracunan makanan, setelah pulang dari klinik, one of them cakap. "Kakak, kakak tak pergi kerja sebab kakak sakit. Kakak pergi hospital. Kakak sakit ape? Tu kakak bawa ubat" katanya tersekat-sekat mungkin kerana mengatur ayat. Hee~ Niza melemparkan senyuman.

..dan mereka pandai juga memuji orang dan menarik perhatian kita pada mereka... "Kakak, kakak nak pergi mana lawa-lawa ni?", "Kakak pakai make-up~", "kakak, beg kakak lawa la (refer pada beg lappy ku yang berwarna merah, hitam putih)" . Ramai pula yang berkenankan beg Niza tu...muahaha~

Semalam, Niza main kad UNO dgn one of them...yang bernama Iman, katanya "Ala, kakak tak reti main" , Niza jawab "Akak reti main la. Jom kita lawan". So Niza pun main la kad UNO tu dgn Iman, sambil diperhatikan oleh Nabila, Sarah dan Anis yang masih belum pulang. Keputusannya...Niza menang...muahahaha~ Cheh, lawan dgn budak kecik pun... hee~ But i do enjoy playing with them....

Itulah mereka...comey...nakal...petah...merunsingkan... They're kids~



[Read More]>>

Thursday, November 12, 2009

CS110 BBQ Reunion @ Andalusia

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 8 November 2009 bersamaan hari Ahad lepas, Niza telah menghadiri BBQ Reunion dengan kengkawan yang pernah seprogram dalam Diploma Komputer Sains (CS110) di UiTM Samarahan, Sarawak intake June 2004. Kehadiran yang agak memberansangkan. Selain Niza, yang turut hadir adalah As, Dilla, Yana, Shafiq, Saufi, Fahmi, Alip, Miejool, Ilyas dan Luqman.

Kira-kira jam 3.30ptg Niza sudah pun bertolak ke rumah Dilla di Andalusia, Pantai Dalam. Sebaik shj selesai masak Nasi Goreng Cili Padi. Niza sampai awal kerana mak Niza mahu ke rumah kami lagi satu di Bukit Beruntung. Selain tu, Niza ingin berehat sebentar di rumah Dilla memandangkan Niza tidur lewat pada malam sebelum tu kerana menunggu seseorang on9.

Kira-kira jam 3.45ptg Niza sudah tiba di rumah Dilla, kami panaskan nasi goreng dan menambah garam. Kemudian Niza lelap sebentar, kira-kira jam 4.40ptg, As pula tiba dan kami menunaikan solat Asar. Pada jam 5ptg, kami mula turun ke tempat BBQ iaitu berdekatan dengan swimming pool. Ketika itu, Saufi, Yana dan Alip sudah pun tiba. Kami berborak sebentar samentara menunggu Project Manager iaitu Shafiq dan Fahmi tuk sampai dan membawa barang2 serta bahan untuk dipanggang. Kira-kira jam 5.30ptg mereka tiba. Selain mereka berdua adalah Luqman dan Miejool.

(Click to enlarge)

Kemudian kami terus set-up barang-barang dan tempat. Cuaca yang agak2 macam nak hujan merisaukan kami. Ditambah pula dengan dentuman guruh meskipun tidak kerap. Kami membuat persediaan dengan memasang payung besar yang telah di angkut oleh Saufi, Shafiq dan Ilyas dari tepi kolam renang. Tapi, alhamdulillah tidak hujan pada petang tu.

Setelah semuanya selesai set-up, kami memulakan proses memanggang ayam yang diperam oleh Giant, dan sosej. Semuanya lelaki yang buat. Merekalah yang tolong potong2 sosej, merekalah juga yang tolong panggang ayam dan sosej. Thanx to them... Niza cume tolong kipas...tu pun kejap jerk..hee~

Ketika azan Maghrib berkumandang, kami bergilir-gilir pergi menunaikan solat di rumah DIlla. Dimulakan oleh Niza dan As. Setelah kami turun semula tuk bertukar giliran, semua ayam sudah selesai panggang...hee~ So just panaskan la... Apabila semua sudah selesai menunaikan solat, kami memulakan dinner kami. Antara makanan yang dihidangkan adalah Sosej yang sangat sedap, Ayam bbq, Nasi goreng cili padi, muruku, coklat, rendang daging, air gas dan air mineral. Its enough for us... Dah cukup kenyang kami makan atau mungkin terlebih kenyang. Tak lupa juga kek birthday Yana & Ilyas.

Sepanjang kami makan, kami mengimbas kembali kenangan kami sepanjang sama-sama bergelar pelajar Diploma Komputer Sains di UiTM Sarawak.

1. Incident Yana-Pejal di Matang
2. Trip kami ke Matang ketika part2
3. Trip ke rumah Puan Lenny berhari raya
4. Trip kami ke chalet di Matang (lupe dah nama tempat chalet tu)
5. Incident yang berlaku ketika trip bermalam di chalet tu dimana sebaik shj sampai di chalet, setelah memasukkan barang2 ke chalet, 2 buah kereta dimana yang pergi ketika itu ialah Niza, Pot, Saufi, Acap, Shafiq, Amir dan Fahmi. Kereta yang teruk kena adalah kereta yang dinaiki Niza, Pot, Saufi & Acap. Niza dan Pot yang duduk dibelakang memang rasalah setelah kereta kami masuk longkong, kereta kami dihentam oleh kereta yang dipandu Shafiq pula. Dua2 kereta pun terbabas ketepi.

...dan banyak lagi yang kami imbas kembali termasuklah lecturer2 kami iaitu KP yang sempoi > Encik Zamri, Sir Robert yang pemalu (kini tidak), Sir tutup gigi (lupe dan name sir ni..dia ajar math time part 2), Sir PHD (Sir yang suke kami motovation yang mengajar subj Calculus 1), Sir Calculus 2. Haahaha...teruk tul Niza, nama lec lain slain lec yang mengajar subj computer sume Niza tak ingat. Sebenarnye bukan tak ingat tapi xtau yang mane satu. Macam Mr.Goh etc.

Gosip2 yang pernah berlaku ketika zaman diploma pun turut terungkit tentang.......... Ala~ Sume pun hanya tinggal kenangan. No heart-broken okai...hee~ Yang pasti kini masing-masing sudah berpunya, ada juga yang telah kembali single, ada yang tetap single etc.

Apa2pun, kami masing-masing sedang membina kerjaya. Niza di T3liti, As ni 3xp3rian, Saufdi di Bank Rakyat, Dilla & Fahmi di Mimos. Yang lain sedang berada di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda and All da best tuk mereka. Kami turut bercerita mengenai kerja etc.

Sempoilah bile masing2 tidak pun bercakap mengenai perkahwinan. Wa~ Serius Niza suke... Bukan sebab ape... Bila Niza reunion dgn kwn2 sek men mesti ada bercerita psl kahwin. Niza sendiri sedar lambat lagi tuk Niza tempuhi alam perkahwinan walaupun Niza tidak kesah pun bila akan berlansungnya. Cuma dalam beberapa perkara Niza rasa masih belum boleh lagi. Okai...abaikan~

Okai... Apa yang Niza dapat dari re-union ni. Jujur Niza katakan, dan semua pun sedar tentang itu. Certain between us memang tak rapat sejak zaman diploma...sejak part berapa Niza tak pasti. Tapi, bila re-union kali ni, kita lupakan semua yang pernah berlaku antara kita. Apa2 shj cerita belakang pernah kita dgr~ Kita abaikan semua, demi relationship yang lebih baik antara kami semua. Lagipun, usia sudah semakin meningkat, pengalaman mengajar kita erti kehidupan dan pengalaman juga mengajar kita tuk menghargai kehidupan. Cukuplah setan bertepuk tangan selama ni. For me, no "bad" memory to be remembered.

To all my CS110 buddies...hope to u again in our next reunion...maybe trip ke somewhere~ Kan..Saufi nak belanja~ Chewah~ And hope ramai lagi yang akan join dan dapat join.

For this reunion, a big thanks to Shafiq & Fahmi coz belanje we all and thanks to all coz memeriahkan lagi. Tak lupa juga kepada Dilla coz tumpangkan tempat. Kehadiran semua amat dihargai. Long time no c. (Tapi tak rasa sngt sebab slalu jumpe di FB).

Kira-Kira jam 9.15mlm kami mula berkemas dan bergambar tuk penhabisan. Kami berpisah kira-kira jam10malam. Fahmi, Miejool, dan Luqman pulang ke Shah Alam dengan menaiki kereta Shafiq. Niza pula telah menumpang Saufi hingga ke rumah Niza dan seterusnya Saufi menghantar Yana & Alip ke Shah Alam. Thanks kerana menumpangkan Niza pulang ke rumah.

K, thats all from me.
Adios.

Wassalam
[Read More]>>

Monday, November 2, 2009

Sidang 10, Konvokesyen ke-71 Universiti Teknologi MARA

"We are the champions, no time for loser"

Assalamu'alaykum wbt,
First of all, Niza nak ucap lovely thanks, big thanks dan macam2 thanks lagi kepada Allah swt kerana memberi nikmat nafas tuk meneruskan kehidupan ini berkelana mencari keredhaanNya, kepada Mak dan warga keluarga Niza yang lain kerana memberi support trutama dari segi kewangan..hee~ Kepada semua cikgu & lecturer yang pernah mengajar Niza mahupun tidak, seterusnya kawan-kawan Niza terutama my classmate CS220 etc serta yang sentiasa dekat dihati walaupun jauh dimata atas segala support beliau terhadap diriku dalam mengharungi kehidupan dalam masa setahun perhubungan kami. Maka....

Tanggal 21 Oktober 2009, maka telah officially la kami dari FSKM & FSG telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) bagi bidang masing-masing. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Maka dengan rasminya kami telah bergelar Alumni UiTM yang sebenar-benarnya (kecuali kepada mereka yang sambung master la kan~).


Dulu kami konvo tuk diploma memang sudah digelar Alumni UiTM, tapi sebab sambung degree, jadi masih student juga tu. Kali ni kami benar-benar Alumni UiTM ;-)

Pagi tu, Niza bertolak dari rumah pada jam 11pagi. Mak yang hantar Niza ke UiTM. Mak xdapat datang tinguk sebab Mak ada meeting petang tu, lagipun nanti siapa pula nak ambil budak-budak KAFA As-Sobirin.

Niza sampai dalam jam 11.30pagi. Niza menunggu kawan-kawan Niza ditempat berkumpul, dari tidak ramai org, sampai la 1000++ org berada disitu. Sibuk masing-masing bergambar, memakai jubah dan bertanya-kabar antara satu sama lain. Ea la kan, ada yang sudah bekerja etc.

Program Niza terpaksa alert pada arahan orang yang memanggil memandangkan kami adalah program pertama yang akan masuk. Angka giliran kami adalah dari No 1 hingga 45. No 1 adalah abang Isma..dialah pembuka tirai. Niza pula adalah 38. Yoyo pula antara yang terakhir.

Kami telah dibekalkan dengan penutup hidung yang berwarna hijau tu bagi mengelakkan sebarang jangkitan H1N1 malah kami juga telah diberi cecair yang di sapu di tangan (Niza tak tahu apa nama bende tu walaupun Acap ade sebut).


Setelah masuk baru kami dibenarkan buka topeng tu. Tp Niza awal-awal lg dah buka...hu~ Sebab panas bah pakai benda tu.

(Click to enlarge)
Gambar ketika Photoshoot di Studio WOW

Dalam Dewan Seri Budiman, inilah kali pertama Niza rasa betul-betul happy tuk konvokesyen. Mungkin sebab dulu konvo diplomakan Niza sedang belajar dalam degree, jadi macam xde perasaan, tapi perasaan teruja tuk konvo ketika diploma la berbanding degree ni sebab keadaan yang lain.

Konvokesyen ke 67 (time diploma)
1. Sebut Nama
2. Sebut Kelas(tuk student degree)

Konvokesyen ke-71 (degree)
Tidak sebut nama mahupun kelas. Just ikut turutan no dan naik ambil hard-cover file tu dan turun. Itu sahaja. So sekejap.

Sebab tu macam tak best jerk. Tapi apa-apapun ni la yang paling HAPPY. Sebab konvokesyen berlansung ketika kami sudah tamat sebagai pelajar dan ada yang sudah bekerja (seperti Niza). Kami telah dianugerahkan oleh Procanselor UiTM. Tak merasa la budak2 matrik nak dapat dari our NC Ibrahim Abushah seperti diriku ketika diploma dulu.

Ketika sidang berhenti rehat pada fasa 1, Niza dan beberapa orang kawan yang tidak boleh jamak telah keluar bagi menunaikan solat Zohor. Setelah itu, kami masuk semula ke dapam dewan. Ketika Niza masuk, penyampaian kepada CS110 sedang berlangsung, tetapi sudah ke penghapisan, jadi tiada seorang pun junior Niza dari UiTM Sarawak yang sempat Niza tengok. Malah diluar dewan pun Niza tidak terserempak dengan mereka kecuali seorang perempuan yang Niza tidak ingat namanya tetapi Niza cam mukanya. Itupun kalo tidak dipanggilnya pasti Niza tidak perasan. Selain itu adalah bf-nya yang juga merupakan junior Niza...bernama Alif (kalo tidak silap dia sebut namanya begitu). Kami sempat bergambar, katanya alang-alang sudah terserempakkan. =)

Antara Penerima Ijazah Sarjana Muda (Kep) (Teknologi Maklumat) - CS220
Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Malaysia

Setelah Sidang 10 ditunda dan sebenarnya sangat awal kami habis berbanding zaman Niza diploma dulu; Niza dan beberapa orang rakan telah ke Galeri tuk bergambar. Walaupun tak ramai tapi tetap meriah. "Family" Niza turut bertukar hadiah disitu. Niza memberi hadiah kepada Abg Isma (Papa) iaitu tie dan bunga. Abg Isma pula beri kepada Yoyo (Adik), Yoyo pula beri kepada Kak Laili (Mama) dan Kak Laili beri kepada Niza (Kak Long). Tx to my lovely family~
Kak Laili, Niza, Puan Rozi (KP), Yoyo, Abg Isma



Setelah itu, kami memulangkan jubah, mengambil transkrip dan sijil Ijazah kami dan kemudiannya masing-masing membawa haluan sendiri. Niza telah menumpang Abg Isma hingga ke LRT-Putra Asia Jaya. Niza berhenti di Bangsar dan mengambil teksi terus pulang ke rumah dan menunaikan solat Asar.

Alhamdulillah, telah sempurna. Now, tumpun pada alam pekerjaan dan menemba sebanyak pengalaman serta skill.

Thanks, Congrats dan All da' best tuk semua.

Wassalam

P/s: Ade banyak gambar lagi yang belum dapat, tapi terpaksa post jugak entry ni supaya tak telan dek' masa. =)





[Read More]>>

Friday, October 30, 2009

Jiwa Kacau Day

Niza dan Pakcik Teksi:...blablabla....
Not RM10 terakhir dari beg duit ku dihulurkan kepada pakcik teksi. Huluran diterima.
Niza: Lebih tu ambil je la pakcik, sambil mata ku mengerling ke arah meter
Pakcik: Terima Kasih. Halal ea?
Niza: Halal. Terima kasih ea pakcik.

Conversation terhenti disitu. Mengatur langkah terus ke dalam rumah. Terus mencari ruang-ruang diantara waktu. Bermuhasabah diri.

Hari yang agak membuat "jiwa kacau" tetapi tetap diatasi dengan berlapang dada.

1. Ops~
Datang lewat sikit ke tempat kerja, 8.30pagi (sejam lewat dari kebiasaan tapi masih sejam awal dari yang lain). Menuju ke sesuatu tempat...Oooppppssss~ *Jiwa Kacau* terhenti disitu... mencari alternatif... alhamdulillah~

2. Kerja oh kerja
Kerja di"assign" setangah jam sebelum lunch hour...pening~ bagaimana harus ku lakukan??!!! *Jiwa Kacau*
PL: "Niza, why you not going for lunch?"
Niza: Im not hungry...masih kenyang makan breakfast tadi
PL: Ohw, i thought kamu tak pergi sebab this issues
(penggunaan bahasa rojak dibenarkan di dalam blog ini...plz take note okai)
Niza: (Smile. walaupun itu kebenarannya)
After lunch, TKL (my si3bel team leader) memberi steps dan memberitahu ape yang perlu aku buat. Aku dengan telitinya terus membuat kerja. The result => Error. *istiqfar* Let solve it. TKL dan aku kerut2 dahi...pelik2...walaupun dah inactivekan field yang aku buat tu.
TKL: Just get from server back. We continue on monday
Niza: Okay... (Paling best, cutover start hari Isnin, jadi weekend ni kami tak perlu kerja...yeah~)

3. SMS
"You have a text msg". Open. Read. Reply. (sambung kerja). "You have a text msg". (biarkan dulu, masih membuat kerja, sedang kerut2 dahi). Open. Read. (should i reply msg yg membuat aku sedikit *jiwa kacau*). Should not maybe. Ignore. (sambung kerja). Akhirnya reply.

4.Teksi
Kerana balik lambat dari kerja hari ni, akhirnya balik naik teksi. Hujan renyai2 diluar sana, kaki berkasut tumit 1.5 inchi berjalan agak pantas merentasi hujan. Berkaca mata, berlengankan jacket hitam (jaket SMF), menggalas beg merah berjenama AVF. Bahu semakin lenguh. Menahan teksi. Berhenti. (Tidak mengambil penumpang kerana mahu ke arah PJ, tidak ke Jalan Duta). (Sabar). Menunggu. Menahan teksi. Menunggu. Menahan teksi. Menunggu. Berhenti. (Tidak mengambil penumpang kerana jalan menuju ke Jalan Duta jem ^perisa strawberry 1^). (Sabar). Menunggu. Menahan teksi. Menunggu. Menahan teksi. Menunggu. Menahan teksi. *Jiwa Kacau* Menunggu. Menahan teksi. Berhenti. (Alhamdulillah).


Checklist please!!!~
Bad:
1. Buat mak tension kot, dah sampai bawah Menara TM, tup2 aku msg "Mak, balik la dlu. Niza balik sendiri. Ade problem". Sorry mak...
2. InsyaAllah tak ada

Good:
1. Bekerja itu adalah satu ibadah

Sesungguhnya Islam telah mewajibkan umatnya untuk berusaha dan mencari rezeki bagi menampung kehidupan didunia ini tanpa mengira jenis pekerjaan asalkan bertepatan dengan syariat Islam. (huraian surah Al-A'raaf ayat 10)

Dari Ibnu Umar R.A. telah bersabda
Rasulullah S.A.W. : Maksudnya: "Tidak diterima iman tanpa amal dan tidak diterima amalan tanpa iman".

Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iaiatu:

(1) Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung
perintah Allah.

(2) Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah
dengan syariat Allah S.W.T.

(3) Kerja yang dilakukan adalah dengan
bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan.

(4) Kerja tersebut tidak
menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan
sebagainya.
2. Membiarkan diri disakiti tanpa membalas dengan perbuatan yang sama.
3. Bersabar
4. Amalan Ibadah wajib.

Status di Facebook sudah bertukar dari kesabaran menguasai fikiran, tanda hati bertuhankan Allah... Jadi, jangan la cepat marah, istiqfar dan selawat jadi penenang jiwa~ kepada Hidup ini untuk mati dan mati adalah kehidupan yang nyata (fikir-fikirkan).

Konklusi: Jiwa kacau hadapilah dengan berlapang dada. Segalanya akan tetap ditempuhi dengan baik. Smile~


WaAllahulam. Sekian. Wassalam.
[Read More]>>

Wednesday, October 28, 2009

My 1st Time Food Poisoning

Assalamu'alaykum wbt,
First of all, sorry kerna masih tidak update dengan hari konvokesyen. Ni nak cite hal food poisoning. Seumur hidup Niza, inilah first time Niza kena.

Al-kisah, hari Isnin baru-baru ni 26 Oktober 2009, Niza bangun la seperti biasa, menunaikan solat Subuh. Selepas solat subuh, Niza dah mula rasa semacam, rasa sakit perut, rasa nak muntah dan macam tak sedap badan. Perancangan Niza hari tu mahu ke tempat kerja dengan menumpang Abg Sulong Niza yang kebetulan ada di KL sekerang ni memandangkan minggu ni Niza ditempatkan di Menara TM dimana tuk masuk ke bilik yang Niza ditempatkan itu perlu ada access card dan Niza tiada card itu jadi terpaksa menunggu rakan sekerja lain tiba dimana most of them memang jam 9.30 pagi ke atas baru tiba berbanding Niza yang selalunya tiba jam 7.30pg.

Selepas bersiap kira-kira jam 8.00pagi, Niza duduk lagi... Resah dan pelbagai perasaan ada time tu. Niza pikir, kalo macam ni la Niza nak pergi office, dan tiba-tiba pula tiada kerja, baik Niza tak perlu pergi. Jadi, Niza ambil keputusan tuk kol kak Asmak. Kak Asmak kate dia tiada apa yang memerlukan bantuan Niza pada hari tersebut. Jadi dia nasihatkan Niza tidak perlu datang. Lantas Niza emailkan pada team member Niza under Si3bel pula tuk meminta tolong key-in inventory kerja Niza pada pagi Ahad kerana Niza terlupa rekodkan dan Niza memberitahu tentang keadaan Niza.

Kira-kira jam9.30pagi, maka bermula la episodnya...hee~Barulah Niza muntah2 dan segalanya... Selepas itu Niza hanya berehat dan tidur di bilik. Jam 1.08tghari Niza bangun tuk menunaikan solat Zohor, lemahnya badan Allah shj yang tahu. Setelah menunaikan solat Zohor, Niza kembali tidur. Dalam jam3ptg, Niza terjaga dan muntah-muntah lagi. Kali ni memang tak mampu bertahan. Niza call kakak Niza dan beritahu Niza mahu ke klinik. Abang and kakak Niza terus balik rumah. Kemudian Abang, Mak and Niza terus keluar ke klinik. Nak jadi cerita pula, sampai 3 klinik kami pergi semua tutup, alhamdulillah klinik yang ke-4 ni buka. Maka, doktor mamak perempuan tu check dan memberi suntikan pada Niza. Katanya, Niza mengalami keracunan makanan.



Ubat yang doktor bagi, punya la banyak. Doktor juga nasihatkan Niza tuk makan nasi bubur sahaja tuk 2hari tu. Niza dapat MC 2 hari iaitu pada 26 dan 27 Oktober 2009.

Rakan sekerja Niza ada juga sms dan email memberitahu perkembangan kerja dan memberi nasihat supaya Niza banyak berehat dan minum air. Sungguh terharu~



Hari ni, di pejabat, ramai yang bertanyakan keadaan Niza termasuklah my 2nd Project Manager. Thanks to all off you. I have such a great team members.

Hopefully, after this Niza tak kena lagi keracunan makanan. Sebab, sungguh tak larat sampai nak pitam.

So, sampai sini dulu my entry kali ni.

p/s: yang diluar sana, sila jaga kesihatan okai.

Wassaalam
[Read More]>>

Thursday, October 22, 2009

Kerja Kerja Kerja

Assalamu'alaykum wbt,
Maaf andai masih belum lagi publish entry mengenai my convocation. Ini berikutan gambar-gambar yang ditangkap masih belum diberi, mengenai gambar photoshoot di studio pula akan dimasukkan dalam entry yang sama dengan convocation. Tambahan pula, gambar photoshoot belum di edit.

Nak cite mengenai kerja ku. Minggu ni akan bermula Cutover system tuk phase 1. Niza terlibat dalam 2 team iaitu Tech Arch dan Siebel. Kalo nak ikutkan, sebenarnya Niza telah ditugaskan tuk Siebel team sejak mula Niza bekerja. Tapi mungkin tidak cukup urang tuk Tech Arch, Niza telah ditarik. Berbanding rakan Niza yang dari company yang sama hanya terlibat dengan Tech Arch sahaja.

So, nak jadi cite, 23 Oktober ni (esok la~) Niza memang tak datang office di siang hari memandangkan Niza perlu bertugas pada jam 10malam (Jumaat) hingga 8pagi (Sabtu) bagi tujuan code deployement which its under Tech Arch. Dan kalo nak diikutkan jadual asal, Niza juga perlu bekerja pada jam 5pg (sabtu) hingga 4ptg (Sabtu) serta 5pg(Ahad) hingga 4ptg (Ahad). Bayangkan pada hari Jumaat-Sabtu tu Niza perlu bekerja 18 jam. Huhu... Dan pada Sabtu tu juga, Puan Aidawaty (penasihat SMF Niza dlu) menjemput ke rumahnya tuk kenduri doa selamat selepas waktu Zohor hingga jam 6ptg. Waa~ Niza nak pigi juga tuh!! Ok la, xkesah la mane-mane kan.. Ape2pun Niza rasa my team leader tak perasan kot yang jadual Niza bertindan dan lama gile kene keje. So, Niza emailkan pada kedua-dua team leader Niza tuk re-comfirm jadual. Alhamdulillah, akhirnya jadual ku seperti dibawah.



Jadi Niza akan bekerja tuk Tech Arch dan Siebel team pada 10malam(Jumaat) hingga 8pagi (Sabtu) dan Siebel team sahaja pada 10malam(sabtu) hingga 8pagi(Ahad). Alhamdulillah...

InsyaAllah dapat la Niza ke rumah Puan Aida pada hari Sabtu tu selepas Solat Zohor. Pagi Sabtu tu Niza nak tidur ja di rumah...hee~ Ye ke? Biasanya pagi Sabtu Niza basuh baju2 kurung Niza... Hurm...tunda Ahad la kalo macam tu. Jadi Ahad penat skit la...perlu basuh baju dan gosok baju tuk seminggu kerja.

Apa-apapun, harapnya Niza kuat nak menghadapi kesejukkan di office. Waa~ Sejuk gile kat office ni... Bule beku tau... K la...sebenarnya tetiba nak menaip ni sebab tengah wat file migration, jadi tak dapat nak bukak facebook...hee~

Zohor pun dah masuk, bule pigi solat.

Wassalam
p/s: Kerja, kerja juga. TAPI SOLAT JANGAN TINGGAL okay!!!!!!~~~~~~
[Read More]>>

Tuesday, October 20, 2009

Photoshoot at UiTM and Wow's Studio with CS220 Buddies

Assalamu'alaykum wbt, tempoh hari pada 19 Oktober 2009 adalah hari pengambilan jubah konvo kepada mahasiswa sidang 10 hingga akhir. Jadi, Niza pun terlibat. Pada hari Isnin itu, Niza cabut awal dari office, lagipun tiada kerja pada hari itu dan meeting pada petang itu, awal telah Niza "decline" dlm email yang dihantar oleh project manager dan telah pun Niza memberitahu reason Niza.

Tghari tu, Abg Isma a.k.a Papa telah pun mengambil Niza di client-site Niza. Kami terus menuju ke UiTM Malaysia tuk mengambil jubah. Kami fikir kami yang lambat, rupanya Kak Laili a.k.a Mama, Yoyo a.k.a adik, Kak Eny a.k.a aunty dan Ida a.k.a cousin masih belum tiba di UiTM.

Ketika mengambil jubah, sempat lagi kami bergambar memandangkan tiada orang lain selain kami. Sementara menunggu yang lain, Niza and abg Isma ke fakulti kami yang tercinta iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik bagi menunaikan solat Zohor. Kami terus menuju ke International Cafe iaitu tempat yang slalu kami makan tengahari bersama. Kami berdua teramat lapar ketika itu sebenarnya dan telah mengambil keputusan tuk makan dulu sebelum yang lain tiba. Thanks Papa coz belanja kak Long... ;-) Banyak juga la kami pesan, 2 White rice spicy chicken, 1 mashroom soup, wedges dan 2 nescafe ais. Alhamdulillah, sangat kenyang ;-)

Sedang kami makan, Yoyo tiba bersama Faris dan Kak Eny. Tidak lama selepas itu Kak Laili dan Ida pula sampai. Setelah selesai makan, Abg Isma terpaksa kembali ke office kerana di departmentnya hanya tinggal dia dan kwn dia seorang sahaja memandangkan yang lain cuti tiba-tiba. Maka selepas itu, Niza ikut kereta Kak Laili (Papa mengembalikan hak penjagaan kepada Mama...haha... Biasa la..kak long ni kan anak yang kehilangan suami =P ).

So after tu, kami pegi round sekitar UiTM tuk bergambar dengan jubah... sangat best~ Yang turut menyertai kami selain Yoyo, Faris dan Kak Eny adalah Tiqa, Nisa, Nini dan Acap. Sakan kami bergambar. Tengok sahaja dibawah. Sebenarnya banyak lagi tapi malas nak upload dan edit banyak-banyak.
(Click to enlarge)

Antara tempat yang menjadi pilihan kami tuk bergambar adalah di depan kolam bertingkat depan Canselori, Bangunan Canselori dan fakulti kami iaitu di FTMSK/FSKM. Thanks to faris kerana menjadi jurukamera kami..ahaks~

Kira-kira jam5.30ptg. Kami bertolak ke Quality Hotel. Kawan2 Niza ke tempat karaoke, Niza pula ke surau bangunan yang sama tuk menunaikan Solat Asar. Almaklumlah, Niza kan orang KL, tidak dapat la nak berjamak seperti yang lain.

Kira-kira jam6.30, kami ke Mc'd tuk menunggu yang lain dan berkumpul dan konvoi ke WOW's studio tuk sesi photoshoot yang telah ditempah oleh Yoyo. Tapi yang tiba di Mc'D hanya Kak Suria, Kak Zura, Kak Yani, Kak Aisyah, Puan Rozy dan Along (Suami Puan Rozy). Kira-kira jam7.30, kami bertolak ke studio.

Setibanya disana, Niza menunaikan solat Maghrib dan terus bersiap tuk sesi photoshoot. Ramai juga yang sudah tiba ketika Niza selesai menunaikan solat. Abg Isma, Acap, Malini, Nisa, Tiqa, dan Nini. Kami terus bergambar kerana Abang Hafiz dan Faris(org WOW, bukan Faris tadi) sudah pun asyik dok snap gambar kami. Haha..~ Kami ni pantang sikit dengan camera sebenarnya, jadi pelbagai aksilah yang wujud... Mula-mula mungkin agak kaku..lama-lama ok-lah... Lgpun sebenarnya penat bergambar petang tu masih terasa. Ketika dalam 20-30 snap, Von, Amy dan Shaz pula tiba.

Gambar ini telah diterbalikkan supaya dapat lihat empunya blog walaupun kecil ja gambar ni ;-)

Meriah gilerz kat studio tu... Macam-macam aksi. Pada mulanya, kami hanya ada 1jam tuk sesi photoshoot, tapi kemudiannya, Puan Rozy telah willing tuk menambah lagi 1jam dan Puan Rozy yang belanja 1jam ke2. Thanks Puan Rozy...ahaks~

Sangat havoc dan gempaks la... Alhamdulillah tak roboh jerk studio tu..hee~ Jumlah gambar kami adalah hampir 480. ;-) Video tak sure ada berapa.

video

video
Behind The Scene of Photoshoot Session

Gambar2nya sangat chantek...ye lah kan, nama pun jurugambar profesional, xkan la tak chantek pula kan. Tambah pula dengan kami yang best dan cun ni kan..ahaks~

Tapi jujur Niza katakan, memang penat. 45minit terakhir, Niza, Kak Eny, Kak Yani, Kak Aisyah sudah pun melepak di ruang tamu di luar studio. Tambahan pula Niza sebenarnya riso memikirkan keesokannya mau kerja lagi kan, then riso pula kalo lrt-putra tutup. Ketika itu, jam telah pun menunjukkan 10malam. Niza ade masa 2jam lagi tuk pulang. Kawan2 lain semuakan akan balik ke Shah Alam kecuali Abg Isma ke Puchong dan Niza la paling jauh di KL.

Around 10.20malam, kami bersurai. DVD akan dapat pada hari Rabu nanti. Selepas itu, Abg Isma menghantar Niza di lrt-putra Asiajaya. Niza menaiki lrt-putra ke stesyen Bangsar dan kemudiannya mengambil teksi pulang ke rumah. Kira-kira jam11.00 malam Niza sudah tiba dirumah. Lantas membersihkan diri dan menunaikan solat Isya'. Kemudian terus Niza membelik gambar-gambar yang telah diambil sekitar UiTM dan gambar-gambar MPG (malam pra-graduan) yang baru diambil dari Aini. Setelah upload ke FB bbrp gambar dan video, kira-kira jam2pagi barulah Niza melelapkan mata dan bangun semula pada jam6pagi tuk bersiap ke pejabat.

Di pejabat, sangat la mengantuk. Tengah mengantuk la ni. Sebab tu menaip entry ni selain tengah menunggu migration system yang sedang berjalan di lappy ni. ;-) Ok..dats all...gambar dlm studio masih belum ada, ini sahaja yang ada dimana gambar ini telah diambil dr FB Wow's Studio. Wassalam

[Read More]>>

Monday, October 19, 2009

Dinner MPG yang terakhir. Majlis Pra-Graduan Sesi Oktober 2009

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 16 Oktober 2009. Telah diadakan Majlis Pra-Graduan bagi sesi Julai-November 2009 dan kami Mantan atau Alumni Sekretariat Mahasiswa Fakulti telah dijemput bagi menghadiri majlis. Terima kasih atas jemputan timbalan pengarah program iaitu Noraini dan Pengarah Kerol.


Pagi-pagi lagi Niza telah mengenakan baju tuk ke dinner memandangkan Niza tidak akan pulang ke rumah semula. Pada jam 5.45 petang, Niza telah menumpang Acap CS220 tuk ke Shah Alam dari office kami di Annex,TM.

Kira-kira jam 6.45ptg Niza tiba dirumah kawan Niza. Sesudah menunaikan solat maghrib, Acap Alumni SMF pula mengambil Niza dan kami terus ke Hotel COncorde.

Kehadiran kami agak memberi kejutan pada juniors dan lecturers serta Tim.Dekan dan Dekan yang datang..chewah... ye la..balik2 muka kami je g dinner..haha... dan 4 kali dinner di Concorde, 1 lunch di Concorde dan 1 foodtaste di Concorde.

Dulu kami datang sebab kami yang organise, last sem pula diriku pengarah dan juga yang disambut... Sem ni diriku datang sebagai alumni SMF dan FSKM. ;-) Antara Alumni SMF/ DnA Society yang turut hadir adalah Fahmi, Dean, Acap K, Abg Acap Y, Abg Asward, dan Kak Aty. Selain tu yang memang sambut MPG sem ni adalah Najir, Aini, Fairuz, Best, Fara dan Aff. Ni yang pernah berada dalam batch ku.

Ok, tema tuk MPG sem ni adalah Black Rose. Kami sebenarnya telah salah faham, kami fikirkan rose hitam...ngupanya Black-Rose. Means warna hitam merah la~. Papepun..alhamdulillah kami tetap memenuhi tema. 6 budak hitam (lelaki) dan 4 jelitawan merah (yg perempuan, kak aty kire tudung la =P).

Makanan malam tu memang best...Niza suke...tp mcm xlarat makan... Bile balik nyesal plak...haha... Tp sebab ape tau, time tu jumpe kwn2 Alumni SMF, tu yg makanan depan mate pun macam tak berapa nak makan...happy la katekan... Bila dah balik tetiba nyesal laks...haha... Tapi yang tak lepas dari makan semua makanan adalah Dean... Sampy sos la, lauk la masuk dalam tea. huh~ =P

(Click to enlarge)


Kehadiran malam tu xramai...dengar kate 200++ jerk... Niza pun pelik...apakah yang berlaku? Kenapa sikit sangat? Sebelum ni paling sikit pun dalam 450 pasti ade, sem lepas time Niza jadi pengarah student + lecturer yang hadir menjangkau 540-560. Hurm... Then, Queen and King of the night xde lor..huhu.. knp takde? Duit dpt byk, student ramai xde, knp hadiah pun sikit? Hurm... Bayaran pun naik sem ni..RM35 kpd student...knp? Peruntukan dari fac xbyk ker? Tak mungkin. Apa2pun...maybe they have some reason... Agak terkejut gak kami alumni bayar sama juga...hee~ Tx Kerol. Pada, akak budget lebih sbnrnye... diriku sendiri yang pernah terlibat dalam hal2 ni... Niza membuat kerja dan organise event tuk student rasa happy bersama rakan-rakan kelas meraikan mereka sebagai pelajar tahun akhir. Orang gembira, i pun happy gaks. =) Its enough for me. Ok, tutup cite pasal tu.

Montage Abg Acap tuk Puan Aida sangat menyentuh hati. Niza ulang montage tu berkali-kali. =) Sangat meninggalkan kesan dihati. Rindu zaman-zaman kite berjuang bersama... Pada Niza, batch kita terlalu istimewa, masing-masing punya kelebihan sendiri dan sangat membanggakan. Tahniah buat semua termasuk la batch 06/07 dan 08/09. Tahniah kerana kita sama-sama telah berjaya membuat amal kepada fakulti.

Tahniah juga buat semua yang menerima anugerah akademik dan anugerah khas pada malam itu. Hurm... MPG sem ni banyak pembaharuan.

Anugerah Semester ini
1. Anugerah Pelajar Cemerlang Program (CS110 - CS233)
2. Akademik Diploma dan Dengree
2. Anugerah Khas Sekretariat- Kepimpinan, Sukan, Kokurikulum (ada lagi kot)


Apa2pun, Niza pasti semua ni telah dipersetujui oleh Puan Aida sendiri. Puan Aida lebih tahu... ;-) InsyaAllah. Apa2pun... Niza happy sebab dapat hadir ke MPG kali ni... MPG terakhir Niza bersama rakan SMF memandangkan sem ni sudah abes la semua kwn2 batch Niza dalam SMF. Semua dah abes degree pasni. Then, sem ni adalah sem terakhir Puan Aida menjadi penasihat kepada Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). Terharu diatas support yang sentiasa diberikan oleh beliau. Ok, dibawah ini adalah montage yang Abang Acap buat tentang Puan Aida.

video


Sebenarnya, Puan Aida tak tahu pun ada diselitkan Anugerah buat dirinya yang dirancang oleh SMF. Malah tentang montage juga beliau tidak tahu. Selain itu, SMF 08/09 telah mengumpul duit dan menempah kek di Secret Recipe, jadi selepas abes function kami menyambut Puan Aida dengan kek pula. Sangat sedap kek tu.. Sape g tempah erk????

Ok, malam tu...pas beramah mesra dengan semua SMF yang ada di dalam Room IV tue... Niza, Acap K, Aini & Izan mengundurkan diri kira2 jam12.45 pagi memandangkan Izan ada hal. Aini pula terpaksa tidak join postmorterm kerana Niza perlu ambil baju Niza dibliknya di kolej Delima sebelum Acap K hantar pulang ke rumah kawan Niza di sek 2. Maka, berakhirla dinner kami pada malam tu. Tx to all~

Dear SMF, sepanjang kita organise event (batch 07/08), bila ada yang kita silap kita tak pernah tegur secara direct wlp org itu tiada dalam meeting, sebaiknya kita tegur secara personal. Malah hal MPG last sem, walaupun ada yang Niza tak puas hati, Niza tak pula menyalahkan mana-mana pihak malah Niza sendiri yang backing kerja korunk... Meskipun ada yang menghampakan Niza pada malam MPG berlangsung. Begitu juga dengan korang. Korang memang Pemimpin yang bagus. Bijak mengatur mana yang perlu dan tidak. Terima Kasih sepanjang kita bekerjasama.

Wutever it is, dear SMF 06/07, 07/08 and 08/09... Andai punya kekusutan yang bersarang dihati, leraikanlah. Bersatulah kita sebagai Alumni DnA Society tidak kira anda abes sbg SMPP atau SMF yang pasti kite tetap sama. Begitu juga dengan MPP fac iaitu Abg Mizi, Fairuz, Abg Apiz, Kak Kuyah, Nas dan Azam. Niza sayang korang macam abg2, kakak2, dan adik2 Niza sendiri. Selamat datang ke dunia Alumni DnA Society.

Wassalam
Klik ke Portal Alumni DnA Society
[Read More]>>

Thursday, October 15, 2009

Sekretariat Mahasiswa Fakulti FTMSK/FSKM

Assalamu'alaykum wbt,

Kami Sekretariat Mahasiswa Fakulti FTMSK/FSKM. Dulunya dikenali Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar. Nama persatuan kami di fakulti adalah DnA Society. Kami bersama selama 2semester, ada yang lebih hingga ke 6semester dimana penglibatan sejak diploma hingga ke degree. Ada yang juga merupakan bekas Majlis Perwakilan Pelajar dari cawangan (seperti saya), ada juga bekas pemimpin persatuan. Ada juga yang masih baru tapi semangat berkepimpinan.

Kami lakukan pelbagai kerja. Kami adalah pelajar, kami adalah pemimpin. Kami melakukan macam-macam aktiviti tuk fakulti dan pelajar lain. Walaupun kadang-kala kami terlalu sibuk, walaupun kadang-kala kami tidak sihat, walaupun kadang-kala kami mendengar suara-suara sumbang pelajar lain, walaupun kami diberi puji-pujian. Tapi kami tetap melakukan tugas-tugas kami penuh rasa tanggungjawab.

Kami ke kampus cawangan demi memperkenalkan matapelajaran degree pada pelajar cawangan supaya mereka lebih tahu apa yang mereka mahukan. Kami juga mengambiltahu kebajikan pelajar. Kami sudah ke Utara (Perlis), Selatan(Johor), Barat(Perak), Timur(Kelantan) malah di kepulauan Borneo juga iaitu di Sarawak. Tapi, kami hanya mampu membantu menjadi orang tengah, yang pasti semua itu terletak pada diri pelajar dan pengurusan fakulti sendiri.

Kami membantu pensyarah lain di dalam PPKP. Kami menguruskan aktiviti Minggu Mesra Siswa, Anugerah Dekan, Malam Pra-Graduan, Karnival, dan macam-macam lagi termasuklah membantu kelab-kelab program di dalam fakulti.

Sekuat mana kami bekerja, lebih kuat ukhwah antara kami. Mengharungi pelbagai perkara sepanjang kami bergelar pemimpin. Setiakawan itu paling penting dalam berukhwah antara kami.

Dibelakang kami, terdapat ramai orang yang memberi semangat. Dekan FTMSK/FSKM, Tim.Dekan, para pensyarah dan paling penting setia tetap bersama kami adalah Puan Aidawaty yang mempercayai kreabiliti kami dan menjadi penasihat kami. Tidak lupa yang utama...Allah Yang Maha Esa.

Jauh kami melangkah, berat yang kami pikul. Pada kami hanya satu... Membantu semua pelajar. Andai kurang atau terlebih, ketahuilah, kami hanya manusia biasa yang juga pelajar seperti anda.

DnA Society / Sekretariat Mahasiswa Fakulti TMSK 05/06
(batch lain, Niza takde gambar)

Lawati Portal Alumni DnA Society. Pendaftaran hanya untuk Alumni. Terima Kasih



-tetiba je nak coretkan sesuatu-


[Read More]>>

Wednesday, October 14, 2009

Berhari Raya di Rumah Puan Zainun

Assalamu'alaykum wbt,
Alkisah... Setelah Niza mendapat call dari cikgu sekolah menengah Niza yang juga warden Asrama SMK Aminuddin Baki (ASAB), KL ketika bulan Ramadhan tempoh hari, cikgu mengajak kami beraya ke rumahnya di Desa Pinggiran Putra.

Setelah Niza cuba tuk contact kawan2 Niza serta junior dan senior, akhirnya seramai 8org sahaja yang comfirm dapat pergi pada tarikh yang Niza tetapkan iaitu 4 Oktober 2009 bersamaan dengan hari Ahad.

Niza menunggu Azrein dan Aisyah (junior ku) di LRT Masjid Jamek seawal jam10.40pagi. Kira-kira jam 11.15pagi kami bertolak ke stesyen LRT Cempaka tuk berkonvoi dengan Yan Omar.

Kami bertemu dengan kereta Kak Fad di stesyen minyak Shell di Bandar Tasik Selatan dan penumpang di dalam kereta tersebut adalah Kak Izzati dan Kak Su yang merupakan senior 1 tahun atas batch ku. Yan buli Niza..huhu...kena isi tiup tayar kete dia...chet.."ko tau bawa kete jerk ea... isi angin pun xtau...aku gaks".


Gambar 1: Niza yang sedang mengisi angin di tayar kete Yan


Kami berkonvoi dengan 2buah kereta ke Putrajaya. Kami singgah di Alamanda tuk membeli buah tangan (hamper) kepada cikgu kami. Kemudian barulah kami menuju ke rumah cikgu. Alhamdulillah sampai juga kami di rumah cikgu. Di dalam kereta...perasaan kawan2 ku sangat teruja, begitu juga Niza. Tapi dorang lebih2 lak siap menjerit2...haha... kecoh gile dalam kete tu..ditambah dengan gosip2 dan cite2 daripada kami berempat.

Sesampai di rumah cikgu, Niza bersalaman dengan cikgu. Rindu rasanya... Tak tahu la bila kali terakhir kami berjumpe, seingat Niza selepas abes SPM, kami ada datang sekali beraya di rumah cikgu. Dan itulah tahun terakhir. Hampir 5tahun tak jumpe cikgu. Selain kami ber7, Sharifah my jr pun turut hadir.


Gambar 2: Yan tambah sampy 5kali.. Kami berborak lama dengan cikgu. Siap kene interview lg.
Gambar 3: Puan Zainun


Cikgu hidangkan kami laksa Johor...seeedaaap... pastu kami dengan muka tak malunye makan biskut raya cikgu di dapur...haha... siap buka balang tau... bukan makan biskut kat depan..hee~ Dan atas pemintaa kak Izzati pula, cikgu watkan kami puding Jagung, kami tolong cikgu juga... Selain itu sibuk bergambar sana-sini disekitar kawasan rumah cikgu. Sekarang cikgu dah jadi opah...cikgu dah ada cucu...yang bernama Zafwan (kalo xsilap). sangat cumel... Selain tu kami juga sempat berjumpe dengan anak bongsu cikgu yang tak pernah kami tengok lagi. Hehe...sejibik mcm kakak die Zafirah tu... Kalo dlu, Zafirah tu la yang kehulu-kehilir dengan cikgu bile cikgu datang ke asrama.


Gambar 4: Anak Puan Zainun yang ke-7

Yang kelakarnya, aku dapat lihat senior dan junior ku mula boleh rapat dengan cikgu. Hee~ Cikgu Niza tu agak garang dan tegas ketika di asrama dlu, nama pun warden kan. Lagipun, kerana ketegasan dialah kami menjadi manusia yang punye kerjaya kini. Terima Kasih cikgu. Alhamdulillah, batch Niza memang rapat dengan cikgu. Boleh dikatakan, kami adalah the only batch yang Cikgu rapat. Maceh...hee~

Niza masih simpan lagi keychain yang cikgu berikan kepada kami pengawas asrama ketika Niza form 5 apabila cikgu pulang dari London. Sangat teruja mendapat hadiah dari cikgu. Dan Niza juga rasa berterima kasih pada cikgu kerana memberi peluang pada Niza tuk menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Asrama Tahun 2001. Dan Niza minta maaf sebab pada hari Niza amik anugerah tu juga lah Niza fly...hehe... Siap kene tangkap dengan ustazah lagi... Abes sume KFC yang dibeli tuk buat jamuan prep dilelong oleh cikgu di kantin... Haha...nakal juga Niza ni time sekolah sebenarnya... Tapi tu time form3... Time form 4 and 5 taklah nakal sangat. Baik bah ku ni ;-)

Selain tu, ape yang berlaku di rumah cikgu???? Haha...kami bergambar hampir di setiap sudut rumahnya yang besar itu... Tapi lagi advanced senior2 ku... depa dah p kerabat dulu... Kami yang lain dok makan biskut raya kat dapur... Haha...selumber je amik biskut dari balang... Cikgu tak marah pun...die bg jerk.. =P


Gambar 5: Landing time~
Gambar 6: Antara kami yang hadir ke rumah cikgu



Gambar 6: Niza and Erin di suatu sudut luar rumah cikgu.


Sebelum kami pulang, kami sempat bergambar dengan cikgu. Sesi gambar beramai-ramai dan sorang-sorang. Cikgu pun meriah je tangkap gambar dengan kami.



Sekian, itu sahaja coretan Niza. da~
Wassalam

[Read More]>>

Wednesday, October 7, 2009

"camna akak bagi masa. study+wat keja+tdo"

Assalamu'alaykum wbt,

CS110.jr ***** (8/30/2009 10:49:43 AM): camna akak bagi masa
CS110.jr *****(8/30/2009 10:49:43 AM): study+wat keja+tdo


Baru sahaja Niza sign-in ke YM, terus mendapat teguran salam dari junior ku. Hanya tuk bertanyakan soalan diatas.

Hurm... Yup, sesetengah orang mungkin merasakan perkara sebegini terlalu sukar. Tanggungjawab Niza di Universiti bukan sahaja tertumpu sebagai pelajar, tetapi juga sebagai hamba Allah (sudah semestinya), sebagai pemimpin, sebagai anak, sebagai teman kepada seseorang, sebagai kawan dan sebagainya...hee~

Jadi, terlalu banyak perkara yang Niza perlu consider, tambah pula ketika Niza berada dalam final year... Kesibukan itu jelas kelihatan. Manakan tidak, siap bermaustatin di fakulti hingga jam 1pagi bersama abg Isma, Yoyo dan Kak Laili tuk menyiapkan dOcumentation (perkara paling Niza menyampah).

Ok-lah, kepada sesiapa yang memerlukan tips daripada Niza, di sini Niza sertakan.


1- Solat 5 waktu sudah pasti... Ini yang perlu diutamakan, dengan tersusunnya solat, insyaAllah jadual lain juga akan tersusun.

2- Planning. Dalam ape2 perkara pun planning is the 1st thing you should consider. Bukan dalam project development shj ok ;-) Senaraikan wut to do list di board kalian. Bersama2 date skali ok. Setiap hari juga, jika urusan ku bermacam2, Niza akan letak di screen note hp sony ericsson ku. Juga akan set reminder takut Niza terlupa wlp hanya tuk hubungi penasihat DnA Society, lecturer atau org2 yg bakal Niza berurusan.

3- Menyiapkan assignment dan project sebelum atau tepat pada waktunya. Ini sangat penting supaya jadual lain tidak terkaco. Kebiasanya Niza akan buat lebih awal dan cuba menghantar lebih awal. Kalo melibatkan kerja berkumpulan, lagi la perlu siap awal kerana Niza tak mahu atas kesilapan Niza team members Niza menjadi mangsa.

4- Give-and-take. Kebiasaanya setiap discussion memang Niza yang tentukan bila dan dimana. Niza melihat dariscope semua orang iaitu yang utama mesti kerja Niza sbg sekretariat fakulti, kedua consideration tentang kerja2 dan aktiviti abg Isma (sbb stiap group mmg Niza dgn abg Isma...team member lain adalah lihat pd keadaan). Ketiga adalah consideration tentang ahli kumpulan yang lain iaitu bila masa bz mereka, bila mase free..dan semua ini akan dimerge oleh Niza dan mencari masa yang sesuai tuk kami berkumpul dan membuat kerja. Walaupun penat, tapi Niza percaya setiap usaha itu pasti ada hasilnya dan Niza yakin dalam membantu orang secara ikhlas insyaAllah akan dapat membantu dan memuhasabah diri kita.

5- Masa tuk family pastinya ada jika Niza tidak ada kerja atau jadual yang tidak padat pada weekend... InsyaAllah pasti Niza balik rumah walaupun jarang. Sebabnya, kebanyakkan aktiviti fakulti diadakan pada weekend dan selalunya Niza pastinya terlibat sebagai penganjur atau membantu penganjur. Ketika cuti semester, samada Niza akan menghabiskan weekend yang terawal di kolej tuk menyiapkan kerja ataupun weekend terakhir, yang pasti Niza akan balik ke rumah.

6- Niza masih punya mase tuk lepaking dgn kwn2 Niza...hangout dgn dorg, paling2 pun tempat favourite adalah Anggaerik Cafe di gate blakang UiTM, I tell u ha, mmg berpatutan kalo mkn kat situ...tp kalo xde dlm wallet tu atleast RM10, baik jgn pegi...hee~ Kami slalunye pegi tuk lunch atau pun tgh bosan... Tempat lain biasenye kopitiam tepi tasik...ok gak... Tapi jangan slalu la lepaking tanpa sebab, buang masa dan duit jerk... Tambah lagi dgn kerja2 Niza dan jadual Niza yang padat, seboleh mungkin Niza akan fixed kan semua perkara.

7- Dalam kesibukkan Niza seharian, Niza pasti tidak lupa bertanya kabar pada orang yang Niza sayang, tidak lupa juga tuk berdoa kepadaNya. Dan paling penting, stiap kali dia mencari Niza, Niza akan berada bersamanya meskipun Niza dalam keadaan sibuk yang teramat sangat.

8- Apa2pun yang Niza buat, ikhlaskan hati kerana Allah. InsyaAllah kepenatan yang dirasa tidak berpanjangan walaupun 2-3hari tak tido wat system... hee~

9- Sentiasa beringat bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.

10- Bila rase letih sangat and nak tidur...tidur jerk...

11- Jangan lupa membaca Al-Quran... Zikir dan ayat suci al-quran itulah makanan hati. Supaya hati bersih, berlapang dada mencekalkan hati.

12- Memastikan semua kerja disiapkan walaupun mungkin suda terlepas due date.

13- Percutian itu penting... Jadi pergilah bercuti dengan kawan2 atau family bila ada masa.

Okey dude...itu je yang dapat Niza kongsikan buat kalian yang masih belajar tu... Have fun dude... Esok2 dah kerja korunk takkan rase keHAPPYan zaman belajar.

Wassalam
[Read More]>>

Thursday, October 1, 2009

...Sejak Sudah Bekerja...

Assalamu'alaykum wbt,
Sejak aku bekerja aku merasakan beberapa perubahan pada diriku, tidak juga sejak aku kerja, tapi memang aku begini walaupun bila praktikal.

1. Aku tidur lebih awal, jarang sekali aku akan berjaga hingga jam 1pagi seperti selalunya aku lakukan ketika aku belajar dahulu, apatah lagi tuk tidak tidur selama 2-3 hari ketika aku masih bergelar pelajar di universiti.

2. Aku membawa bekal sebagai makanan tengahari ke tempat kerja. Bukan tuk mengurangkan berbelanja, tapi sebenarnya aku lebih senang begitu. Ntah kenapa aku pun tak tahu, tapi sejak aku praktikal dan buat freelance ketika diploma lagi aku memang begitu. Walaupun makanan tengahari ku hanyalah karipap, sandwich, beehoon atau ape2 sahaja yang sempat aku, mak or bibik aku masak pada pagi tu.

3. Aku lebih teratur dalam pengurusan kewangan (ya la kan, suda bergaji skrg ni ;-) ). Sejak aku sekolah menengah lagi memang aku selalu buat belanjawan. Begitu juga di zaman belajar dulu dimana slalu buat belanjawan dari duit PTPTN. Bukan apa, dengan belanjawan ni la kita tahu limitation kita dalam berbelanja dan lebih gembira bila dapat menyimpan duit yang banyak ke dalam ASBN. Dan alhamdulillah aku yakin duit yang didermakan setiap bulan pasti sampai ke tangan anak-anak yatim. Sebenarnya, aku bangga dengan company aku yang buat begitu. Lebih memudahkan pekerjanya dalam beramal-jariah. Managing Director company ku slalu berpesan "Jangan lupa,rezeki yang datang itu adalah dari Allah swt".

4. Hidup jadi agak bosan...haha... sebab buat masa ni kerja aku tidak la berat sangat, pendek kata tidak memerlukan sangat aku berfikir macam nak mati seperti zaman aku belajar. Cuma, kerja yang aku sedang handle sekarang ni perlu menjadikan aku sebagai seorang yang begitu teliti. Terlalu banyak step yang perlu aku lakukan sebarang perubahan kepada system walau sekecil-kecilnya. Dan terlalu banyak software yang perlu aku guna serta terlalu banyak server yang aku kene masuk bila menyelesaikan masalah. Ye la kan, ubah kat local, then kene pindah masuk server yang lain pulak sebelum dimasukkan dalam server yang sebenar. InsyaAllah setiap project pasti akan ku dapat pengalaman yang lain2.

5. Kulit muka ku semakin cerah...hee~ Alhamdulillah...sebabnye mungkin aku tak terdedah kepada cuaca diluar... Kalo dilihat belang tu dah tak banyak bezanya. Tapi, masalah lain pula timbul iaitu jerawat..haha..sejak aku abes blaja, byk pula jerawat tumbuh dan meninggalkan parut..tu masalah utama sekarang... Now using Tia Amelia dan Bio-Oil.

6. Bila dapat gaji je, mesti aku busy sgt2... Haha...sebab aku akan kuarkan sume duit aku di Affin Bank dan masukkan ke dalam Maybank dan wallet aku la.. Duit dlm wallet buat bagi mak, beli ubat dan tuk diri ku sendiri sepanjang bulan (wlp aku xbyk berbelanja). Duit dalam maybank pula tuk ku byr broadband, ASBN, dan prepaid ku. Senangkan, kebanyakkannya memang aku menggunakan maybank2u sebagai method diri ku membayar bil2 (mcm byk je bil nak kene bayar) ahaks... Tapi memang sejak zaman belajar lagi aku dah guna maybank2u ni. Hidup ini perlu teratur =)

7. Buat pertama kalinya aku tidak suka pada kesejukan...hahaha... Sejuknye kat client site ni Allah je yang tahu. Aku yang berbaju menutup aurat penuh, malah berjaket pun sejuk bagai nak rak, aku xtau la mcmane mereka yang berskirt pendek tu. Huhu..xsejuk ker???

Tu je la kot aku rase perubahan sedikit. Sebenarnye takde banyak mana pun perubahan tu kan... Hee~ Saje je nak berkongsi pengalaman hidup.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah.

WaAllahulam

[Read More]>>

Friday, September 25, 2009

...Dari Jauh Ku Pohon Maaf...

Assalamu'alaykum wbt,
Selamat pulang ke ofis dan ke uinversiti wahai kawan, sahabat dan teman ku. ;-) So, howz ur raya? Harap semua pun ok. Niza? Alhamdulillah semua pun ok. Cuma, tahun ni agak sedey merayakan hari raya walaupun pada zahirnya tampak happy. Ape2pun, ade yang masih perlukan kita dalam kehidupan mereka. So, just be apart of them.

Bercerita mengenai raya, sebenarnya, pada hari khamis tu Niza ingat mau cabut awal dari office memandangkan hati dan fikiran ini telah pun sampy ke mood raya, skali ade meeting pulak sampy jam 6ptg. Huhu....Niza mula ambil cuti pada 18 September 2009memandangkan pada awal pagi hari tersebut family Niza ingin terus pulang ke kampung. Almaklumlah, tiada sesiapapun yang tinggal di kampung tu, jadi kalo mau balik ke sana, mesti mau dikemaskan. So, kena la balik awal supaya sempat mengemas dan membuat persiapan raya. Raya kali ni, konvoi 3negeri. Perak suda semestinye memandangkan saudara-mara mostly di Perak... Penang di rumah abg yg ke2 dan Kedah beraya di rumah kawan abg yang sulong.

Gambar hiasan: Ibu dan adikku di pagi raya


Niza percaya, setiap kali hari Raya menjelang, pasti ramai yang saling bermaafan kan. Hurm... Bersalaman dan bermaafan suatu BUDAYA atau TUNTUTAN? Kadang Niza terfikir, kenapa mesti tunggu hari Raya tuk bermaafan? Pada Niza, memaafkan orang dan saling bermaafan itu adalah lebih baik demi sebuah kehidupan yang bahagia. Kita tak boleh lari dari dugaan dan liku hidup. Paling penting, manusia ini tidak sempurna, pasti ada salah dan silap. Kadang2 tak semua perkara yang kita anggap betul itu adalah betul dan tak semua perkara yang kita anggap salah itu salah kerana setiap manusia punye cara pemikiran yang berlainan. Ada antara kita yang matang berfikir dan ada yang tidak. Ada pula memang sedar sesuatu kesalahan yang dibuat tapi terlalu ego tuk mengaku. Ada pula yang memang tidak sedar. Ada pula yang merasakan apa yang dibuatnya itu betul, tapi sebenarnya salah.

Kenapa semua ini berlaku? Kerana manusia ini dijadikan dengan mempunyai nafsu dan fikiran. Itulah puncanya. Manusia ini saling tidak sama, dan saling tidak sempurna.

Sabda Nabi s.a.w, “ Tidak sempura kebaikan budi seseorang sebelum sempurna akalnya. Ketika itu barulah sempurna imannya. Ketika itu juga ia mampu mentaati Allah dan melawan godaan iblis dan syaitan-Riwayat Ibnu Mahbar dari ‘Amr bin Syu’ib

Yang paling utama adalah akal fikiran dan hati kita dalam berlapang dada dan berhati bersih. Barulah sempurna iman kita dimana insyaAllah dengan ini baik la segalanya. Namun, siapa kita tuk menilai iman orang yang berada disekeliling kita? Walaubagaimanapun, iman kita itulah yang membuatkan kita sentiasa taat pada suruhan Allah.

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, para malaikat.-Nya,kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada Rasul-rasul-Nya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali. " (Surah al-Baqarah 2: 285)

Iman itu ialah tasdiq dengan hati kepada apa yang diketahui yang ia daripada agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW serta ikrar dengan lidah dan amal. Tasdiq itu rnestilah menerima dan redha semuanya, tanpa ingkar dan ragu serta tidak mensyirikkan Allah SWT.


Oleh itu, hendaklah kita sentiasa memaafkan dan meminta maaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Usah la mengikut nafsu amarah yang selama ini kita baja dalam diri kita. Kerana kelak kita sendiri juga yang binasa. Kemaafan daripada Allah adalah melalui pintu Taubat, tetapi kemaafan dari manusia itu adalah dari manusia itu sendiri. Jika salah seorang pergi meninggalkan dunia ini kelak payah tuk kita meminta maaf lagi.

"Sebagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguh-Nya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al-Baqarah:109)

Usah la mengambil kesempatan keatas seseorang, kerana doa orang yang terniaya adalah pasti dimakbulkan.

Dalam hadis riwayat At-Tirmizi: “Aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya ada tiga jenis doa dan permintaan yang sama sekali tidak akan ditolak oleh Allah, iaitu doa daripada pemimpin adil, doa orang teraniaya dan doa orang sedang berpuasa.”

Oleh itu, disini Niza menyeru (chewah...menyeru ;-) ) tuk kita saling memaafkan dan memohon maaf kepada setiap manusia tidak kira waktu dan keadaan, Usah la menunggu hanya bila tiba hari raya, kerana mungkin tiada esok bagi kita.

Bagi pihak Niza sendiri, Niza juga ingin memohon kemaafan daripada sahabat2 Niza andai pernah melukai hati kalian yang mungkin kadang Niza perasan atau tidak. Sesungguhnya kita ini hanya manusia yang lemah dan sering melakukan kesalahan, tetapi kerana ego sering kita tidak perasan atau lupa tuk meminta maaf.

Niza hanya berkongsi dan memuhasabah diri sendiri.

WaAllahualam
[Read More]>>