Showing posts with label Highlight. Show all posts
Showing posts with label Highlight. Show all posts

Soal Hati

Posted by NIZA.Ati on Friday, July 19, 2013 [ 0 comments ]

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamu'alaykum wbt,

Tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Perkukuhkan solat lima waktu dengan sunat rawatib. Luangkan dan lapangkan masa dengan membaca al-Quran dan berselawat. Kurangkan makan dan lisan. Bercakap hanya yang baik atau diam.

Uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar untuk ditundukkan. Tersenyumlah dengan penghinaan. Redalah dengan kesepian. Jangan takut kepada kelicikan, tipu daya dan kezaliman.

Hayatilah sebuah sabda;jika kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Tidak mengapa jika dipinggirkan, malah dilupakan… kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya apabila memiliki hati emas itu! - Pahrol Mohamad Juoi -




Allah kan' ada!

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra'du: 28).

Read More

Volunteers of One Heart : Seminar Baitul Muslim 2.0

Posted by NIZA.Ati on Thursday, March 28, 2013 [ 0 comments ]

Winamp: Jalinan By UNIC.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaykum wbt,

Alhamdulillah dengan limpah rahmat dariNya, selesai sudah Seminar Baitul Muslim 2.0 yang telah dianjurkan oleh One Heart Creative Solution. Alhamdulillah seminar tersebut telah pun mendapat pujian dan perhatian ramai.

Majalah I isu 126/Apr2013


Harian Islam

Orang Awam



Sebagai tanda terima kasih kepada Valunteers of One Heart, pihak penganjur telah mengadakan "Volunteers Appreciation Lunch" yang bertempat di Mr.Steak House Shah Alam.


Selain daripada majlis makan-makan, kami juga ada aktiviti bertukar hadiah. Ramai yang tertanya-tanya apa yang Niza dapat apabila "hadiah" yang Niza dapat tu seolah-olah hanya sekeping kertas. Nak tahu hasil saling bertukar hadiah tu apa saya dapat? Tengok bawah =P



After few weeks hasilnya???? Jeng jeng jeng....

Comey tak???! Comey kan!~ ;) Jazakallahu khairan kathira kepada adik yang memberinya.

After all, alhamdulillah, selain dapat berbakti dan menyumbang kepada masyrakat am nya dan ummat Islam khususnya, dapat juga menambah kenalan, adik2 yang baik2 belaka. :) InsyaAllah. Moga Allah redha. 

Wassalam.

Read More

Kesempatan Dan Pilihan

Posted by NIZA.Ati on Friday, January 11, 2013 [ 0 comments ]

Winamp: Impak Keikhlasan Dalam Kehidupan by Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Assalamu'alaykum wbt,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, Itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, Itu bukan pilihan, itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, Itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, Bahkan dengan segala kekurangannya, Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, Itu adalah pilihan.

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya, Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik, Datang bagai kesempatan pada kita. Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,

Pasangan jiwa boleh benar-benar ada. Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu.

Tetapi tetap berpulang padamu untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna

Source: FB - InDaHnYa berPurdah

Read More
categories: , | | edit post

Ibu adalah Madrasah Anak-anak

Posted by NIZA.Ati on Friday, January 4, 2013 [ 0 comments ]

Winamp: Laksanakan Kerja Yang Baik Dengan Baik by Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Assalamu'alaykum wbt,



"Ibu adalah madrasah anak-anak. Untuk mendapatkan anak yang baik adalah dengan menjadi ibu yang baik. Untuk menjadi ibu yang baik, perlulah bermujahadah"


#HidupSihatTanpaMaksiat by ust.Pahrol Mohamad Juoi




Wassalam

notakaki: M0ga suatu hari diri ini mampu menjadi ibu dan isteri yang baik. *sedang dan sentiasa mencuba menjadi anak yang baik meski seringkali tidak berjaya :'(

Read More

Cintai Seseorang Kerana Allah

Posted by NIZA.Ati on Sunday, December 16, 2012 [ 0 comments ]


Assalamu'alaykum wbt,



♥ Apabila dua insan menyintai Tuhan yang SATU,
Maka mudahlah bagi mereka untuk berSATU ♥

Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya..
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..
Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..

Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. ^^

Percayalah..
Cinta Itu Indah..
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..
Bila Tujuannya Kerana Allah..
Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. ^^,


Janji Allah terakam di Surah Al-Nur, ayat 26 ;

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

"Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

Read More
categories: , | | edit post

Cinta Zulaikha

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, December 12, 2012 [ 0 comments ]

Winamp: Mahar Cinta by Devotes

Assalamu'alaykum wbt,


Jadikan ku seperti Zulaikha yang mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati dan mencintai cinta Agungnya iaitu Illahi.



Wassalam :)

Read More

Cintalah Kerana Allah

Posted by NIZA.Ati on Sunday, December 9, 2012 [ 0 comments ]

Winamp: Seri Di Hati by Zulfan

Assalamu'alaykum wbt,

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.” (HR.At Tirmidzi) 

Cinta itu fitrah insani. Cinta itu anugerah Illahi yang tak ternilai. Cinta itu sesuatu yang tidak nampak pada lahiriah tetapi sangat terkesan pada batiniah. MasyaAllah... indahnya cinta. Bukti kewujudan Allah. Dengan cinta itulah kita kenal Pencipta Cinta, dengan cinta itulah kita kenal Rasul, dengan cinta itulah kita bersaudara dan dengan cinta itulah wujudnya kebahagiaan. :)

Namun begitu, Cinta kepada ALLAH itu cinta yang utama. Jagalah cinta padaNya, nescaya akan beroleh cinta sesama insan. Dalam firman Allah:

"Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia." - Al Imran: 112

Cintailah ALLAH sebelum kita belajar tuk mencintai manusia. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana DIA dihati kita? Sering kita terlupa ALLAH tika kita senang dan bergembira. Astghfirullahalazim...( Moga dijauhkan perihal sebegitu kepada kita). Pabila terngadah barulah kita mencari-cariNya, meminta, merayu. Namun, sejauh manakah keikhlasan kita dalam mencintaiNya? Istiqamahkah kita dalam berdoa? Allahuakbar, ketahuilah, dugaan yang datang itu tanda Allah masih mencintai kita. Sebelum kita terlalu lewat tuk kembali kepadaNya, DIA memberi "peringatan" kepada kita dengan ujian itu. Namun, sejauh mana kita sedari semua tu? 

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan" Al-Anbiyaa’:35

Rasa cinta kepada manusia itu akan hadir tanpa dipaksa. Rasa cinta kepada manusia itu akan wujud tanpa diminta. Rasa cinta kepada manusia itu adalah kebahagiaan yang Allah beri pada kita. Namun, cintailah mereka kerana cinta kepada Pencipta Cinta.

Siapa kita tuk membuang rasa cinta dihati? Siapa kita tuk menidakkan takdir Illahi? Siapa kita tuk melawan rasa fitrah insani? Raikanlah cinta dihati, dengan panduan Illahi.

ALLAH kan Ada!~

Sematkan kata-kata itu dihati dan dijiwa. Mintalah bantuanNya dengan sabar dan mengerjakan solat.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" - Surah Al-Baqarah:  153

Allah itu Maha pendengar rintihan hamba-hambanya. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayangan dan dengan sifatNya inilah kita pinjam dalam berkasih-sayang sesama manusia. Bangunlah di sepertiga malam, sujud mengadapNya, merintih padaNya.

"Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya." – Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

“Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” Surah Al-Muzzammil, 1-3

MasyaAllah, Allahuakbar! Betapa kasihnya ALLAh pada kita, diberi panduan untuk menjalani kehidupan. Jadi ape lagi yang kita nafikan?

Bangunlah sahabat, usah ditagih kasih yang tak pasti, usah diharap cinta insani, jika cinta kepada Allah sering kita nodai. Bangunlah sahabat, berdoalah padaNya, meminta yang terbaik daripadaNya, merayulah keampunanNya, mohonlah keredhaanNya.

Demi cinta suci ini,
ku pasrah pada Illahi,
agar menuntunku untuk mengharungi,
cinta insani.

Demi cinta suci ini,
ku mohon pada Illahi,
keredhaanNya pada cinta dihati,
agar segalanya dalam nur Mu Illahi.

Demi cinta suci ini,
ku layarkan doa,
agar cinta insani ini,
menjadi alat menuju Cinta Mu Illahi.

Cinta kerana Allah itu,
tiada kekecewaan,
tiada kerisauan,
tiada gundah di jiwa,
tiada ketakutan.

Cinta kerana Allah itu,
hanya keindahan,
hanya pengorbanan,
hanya kebahagiaan.

Ya Allah,
cintakan aku kepada dia yang mahu tuk membimbingku,
cintakan aku kepada dia yang mahu tuk memimpinku,
cintakan aku kepada dia yang mahu ke jannahMu.

Ya Allah,
berikanlah cintaMu kepadaku,
dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU,
dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.

Ya Allah,
jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,
dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman.

Ya Allah,
jadikan kami saling melengkapi,
jadikan kami saling memerlukan,
jadikan kami saling mendamaikan,
jadikan kami saling mencintai,
dalam menuju Cinta Mu.
-NIZA.Ati : 09122012 ; 9.00-


Pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
Dedaun berguguran tandus tiada harapan
Umpama hidup kita tiada semarak kasih dan sayang
Tertanam kebencian , kesunyian

Kasih yang sejati anugerah ilahi
Hadirnya dijiwa bukannya kerna dipaksa
Cinta yang terjalin didalam diri manusia
Kesuciannya bagai sutera putih

Tautan cinta yang bersemi di sulami kasih ilahi
Yang melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
Temuilah seri di hati itulah cinta hakiki
Andai kau salami rahsia keimanan… uuhooo

Telah bermula episod cinta yang suci
Dua insan berkasih pun berikrar janji
Dengan tersarung sebentuk cincin di jari
Kedua orang tua pun merestui

Terikat janji bakal mebina mahligai impian
Kini hanyalah ujian sabar menekan jiwa
Namun syariat dari ilahi itu syarat paling utama
Demi kesucian cinta restu yang esa
Demi cinta suci yang tiada ternoda


Wassalam wbt.

Read More

Khalifah Teragung

Posted by NIZA.Ati on [ 0 comments ]


Hadirmu tanpa pernah dilihat,
namun tingkah mu terus menjadi ikutan.
Bicaramu sepanjang zaman,
kitabmu sebagai penyelesaian,
perjuangan mu pasti diteruskan.

Hadirmu khalifah teragung,
dalam santun bicara,ada ketegasan.
Demi keharmonian berterusan,
kau tinggalakn panduan sepanjang zaman.
Pemergianmu mengundang kedukaan,
buat sahabat kau tinggalkan pesan.
Sehingga dihujung pertemuan,
ummat mu masih dalam ingatan.

Ya Rasulullah,
sirah mu mencetus semangat,
untuk ummatmu meneruskan perjuangan.
Bicaramu,
"sampaikanlah walaupun sepotong ayat"
Moga dengan itu mengubah kehidupan,
untuk ummat mu di akhir zaman.

uitm sarawak
2 Julai 2007

Read More

Di Mana Wanita Solehah?

Posted by NIZA.Ati on Friday, December 7, 2012 [ 0 comments ]

Winamp: Eksplorasi by Far East Ft. InTeam

Assalamu'alaykum wbt,



~> Seorang pemuda bertanya "Dimanakah ku cari wanita solehah dan bagaimana aku boleh mendapatkannya?"

Seseorang menjawab :

~> Carilah ia di majlis ilmu, kerana wanita solehah langkah kakinya selalu terjaga, ia melangkah hanya ketempat yg bermanfaat...

~> Carilah ia dengan perantara orang ke 3 kerana wanita solehah tak akan mahu berkhalwat (berduaan dgn yg bukan muhrim)...

~> Carilah ia dengan tak jemu dalam doa-doa malammu, kerana itulah juga yg dilakukan wanita solehah & ia hanya boleh didapatkan dengan kesolehan, maka jadilah laki-laki soleh.


Sumber: FB

Read More
categories: , | | edit post

Hargailah WANITA

Posted by NIZA.Ati on Sunday, December 2, 2012 [ 0 comments ]

Winamp: Dunia Yang Lebih Indah by Firdaus

Assalamu'alaykum wbt,



Wanita adalah Orang yang memberikan hidupnya untukmu. 

Bahkan ia membuang egonya demi bersamamu. Bahkan saat engkau menyakitinya, ia tetap berada di sampingmu. 

Hargailah mereka, kadang-kadang mereka meninggalkan kawan-kawan, kehidupan mereka, cara hidup dan kadang-kadang cita-cita mereka demi suami atau anak mereka kerana Allah.


Oleh itu, cintailah ibu dan isteri yang berada dalam kehidupanmu. 

Ya Allah jadikanlah kami anak-anak yang menyayangi dan berkhidmat pada kedua ibubapa kami dan suami yang benar-benar menghargai dan mencintai isteri kami keranaMU.

Wahai ibu yang banyak berkorban untukku, aku cintakan kamu kerana Allah. Wahai isteriku yang begitu banyak berkorban demi menghidupkan Islam dan Sunnah Nabi SAW aku cinta pada kamu dengan sesungguhnya kerana Allah.

Ya Allah letakkanlah kami bersama selamanya dalam syurga yang kekal abadi .

Wassalam.

Read More
categories: , | | edit post

Menuju Cinta Yang Satu

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, November 28, 2012 [ 0 comments ]

Winamp : Rindu Kedamaian by Devotees

Assalamu'alaykum wbt,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.

AllahuAkbar, hati ini, terlalu rindu pada kota Makkah Mukarramah dan kota Madinah Al-Munawarrah. Dah berbulan rupanya Niza kembali ke Malaysia. Namun hati ini masih lekat di sana. Terbayang-bayangkan kesibukan dalam beribadah di sana, hati terlalu menghapirinya. Walaubagaimanapun, hakikatnya dimana sahaja kita berada seharusnya kita merasakan Dia terlalu menghampiri kita.

Jika punya rezeki dan kesempatan, ingin sekali menjejakkan kaki ke sana lagi bersama suami tersayang (insyaAllah... yang penting kene ade suami dulu :P ). Biarlah kali kedua Niza ke sana dengan mahram Niza yang sebenar-benarnya, bukan lagi mahram tumpang. Teringat kembali ketika membuat "lambaian wida'", setiap bait2 doa yang Niza m0hon padaNya sebelum meninggalkan tanah suci itu untuk ke Madinah. Biarlah menjadi simpanan diingatan dan dihati ini, m0ga kan termakbul. InsyaAllah.

Ketika berwhatsapp bersama sahabat, ada yang memaklumkan tuk bernikah di depan kaabah. Dah macam Abg Ashraf Muslim dan Dayana la pulakkan. :) Apepun Niza doakan m0ga termakbul impiannya itu. Namun, jika bukan di depan Kaabah pun, Niza mendoakan dia mendapat suami yang s0leh. InsyaAllah. Amin.

Teringat bicara seorang sahabat yang lain. "Saya rasa nak minta awak bagitau dia je tentang hati saya" beritahunya. "Istiqarah la dulu, jika kuat dihati awak, saya akan teruskan dengan permintaan awak" ujar Niza padaNya.

Ya Sahabati, bermohon la padaNya apa yang terbaik buat kita. Bangun la diwaktu dinihari, menyerahkan diri padaNya. Kunci kekuatan sepanjang hari ialah bangun di malam hari, mencari diri melalui Illahi. Meleraikan segala kusut dan kecamuk di jiwa, mencari kejernihan di segenap ruang maya, menyedari kita sentiasa di perhatikan oleh Pemerhati yang Satu. Jika kata mu "Aku tidak layak untuknya, tak mungkin berlaku". Ketahuilah, hanya Allah yang bisa jadikan "tak mungkin" kepada "mungkin". Ini yang Niza selalu ingat dan semat dalam hati.

Sepanjang Niza di Makkah tempoh hari, banyak yang Niza fikirkan, dan ada satu perkara yang sangat Niza percaya dan sematkan dalam ingatan dan hati iaitu "Allah adalah sebaik-baik sandaran". Demi Allah, tiada selainNya yang dapat kita jadikan sandaran. Itu yang Niza belajar dari TAWAF.

Jesteru itu sahabati, jangan la berhenti mengharap pada Dia. Bangunlah mencari Dia dihati mu, dihatiku, dihati kita. Allah itu tidak pernah akan mengecewakan kita.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah Ayat 45)

BerTAHAJUDlah:
"...Dan dari waktu malam maka bertahajudlah ketika waktu malam sebagai (ibadah) tambahan untuk kamu." (Al-Isra’: 79)

BerTAUBATlah:
"Dan (Hud) berkata, hai kaumku, mohonlah ampun kepada tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa" (Hud: 52)

BerISTIQARAHlah:
“dan Tuhanmu menciptakan dan memilih apa yang Dia kehendaki, bagi manusia tidak ada pilihan (kecuali ianya adalah daripada pilihan dan ketentuan Allah)..” (al-Qasas : 68)

BerHAJATlah:
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

BerWITIRlah:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa solat pada malam hari tiga belas rakaat termasuk witir, dan dua rakaat solat fajar (sunat Qabliyah Subuh). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1140. (WaAllhualam)

Mohan la pada Dia. Biarlah harapan adn impian mu bersatu kerana Cinta pada yang SATU. Biarlah "harapan" dan "impian" mu menjadi "keperluan" mu dalam menuju yang SATU.

Berbaik sangkalah dengan Dia, sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita meski jawapan pada usaha dan pertanyaa kita bukan seperti yang kita mahukan. Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.


”Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.“

“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

WaAllahualam

Wassalam.


Read More

K-Fiqh: Wanita & Islam (juga untuk lelaki)

Posted by NIZA.Ati on Friday, November 23, 2012 [ 0 comments ]

Winamp: Hanya Tuhan Yang Tahu by UNIC

Assalamu'alaykum wbt,

Salam Jumaah penuh Barakah & salam hari tasu'a tuk semua... m0ga sentiasa dalam redha Illahi. For those who are interested (eh, statement ni kwn2 yg kenal NIZA je tau~) to join this program and wanna me to help for registration, please let me know. Hari terakhir boleh bank-in kan to my account is on 2nd December 2012 at Maybank 114487055505 (NAZATUL IZZATI BT ZAINAL ABIDIN). Those yang dah register for Seminar "Productive Muslim" anjuran One Heart Creative Solution, please take note yang its on da same day k...



K-Fiqh Sdn Bhd & MURSHID membawakan untuk manfaat awam Konvensyen Fiqh Wanita & Islam 2013. Terbuka untuk wanita dan lelaki. Kerana perubahan ke arah kebaikan tentunya terus gagal jika hanya wanita yang sedar & faham, sedang lelaki mengabaikannya. Boleh mula berdaftar sebelum tempat penuh. Nota dan sijil disediakan.


Bakal Mengulas tajuk berikut :
1.FiqhWanita : Wanita Solehah Pendamai Dunia
2.Kedudukan Wanita di dalam Islam
3.Rumahtangga & Kerjaya : Celik Mata &Hati
4.Wanita Jangan Teraniaya : Celik Undang-Undang Keluarga
5.Pengamatan Prinsip & Disiplin Kewanitaan Dalam Surah An-Nur
6.Salah Faham Kesaksamaan Gender
7.Serikandi Sahabat di Hati Gadis Semasa
8. Perkahwinan : Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya
9. Wanita Semasa : Sihat Diri Sihat Keluarga
10. Monogami & Poligami : Antara Kemahuan, Keperluan & Sunnah

Bersama Tokoh Panelis Berwibawa

1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman
2. Dr. Zahazan Mohamed
3. Dr. Mohd Sukki Othman
4. Ust. Pahrol Mohd Juoi
5. Ust. Hasrizal Abdul Jamil
6. Dr. Khairuddin Aman Razali
7. Kapten Hafiz Firdaus
8. Oki Setiana Dewi
9. Prof. Dr. Muhaya Muhammad
11. Dr. Sofiah Bt. Samsudin
12. Ustazah Norhafizah Musa
13. Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj
14. Ustazah Fatimah Syarha
15. Ustazah Nurul Syuhada
16. Slot khas bersama isteri-isteri para ustaz-ustaz MURSHID seperti Ustzh Noraslina Jusin (kolumnis tanbih, Majalah Solusi & Penulis buku 'CINTA TIGA RASA'- isteri UZAR), Ustazah Mahfuzah Omar (kolumnis Solusi -isteri Ust Zahazan) dan ramai lagi.


Read More
categories: , | | edit post

Disebalik Ujian

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, October 30, 2012 [ 0 comments ]


Winamp: Hanyut by UNIC

Assalamu'alaykum wbt,

Disebalik kekecewaan disitulah harapan
Disebalik kesedihan disitulah ketenangan
Disebalik kepahitan disitulah kemanisan
Disebalik kekesalan disitulah keinsafan
Disebalik kekhilafan disitulah pengajaran
Disebalik kebencian disitulah kasih sayang
Disebalik kepalsuan disitulah kebenaran
Disebalik ketidak sempurnaan disitulah permulaan
Dan "Disebalik" itulah segala bentuk ujian keSABARan.

"Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin"
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
"Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla"
“Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, & Engkau dpt menjadikn yang susah itu mudah jika engkau kehendaki”

Read More
categories: , | | edit post

Memberi Sebelum Menerima

Posted by NIZA.Ati on Saturday, October 20, 2012 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,

"Cinta kerana Allah itu bersifat memberi, bukan menerima" 


oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi ( pahrol@telagabiru.net.my)
Hari ini manusia hilang kebahagiaan kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam kehidupan. Kita sering terlupa hikmah yang diungkapkan menerusi kata-kata ini:
“We make a living by what we get but we make a life by what we give” – kita membina hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan.
Ya, kita hidup dengan kuantiti material (makanan, pakaian, kenderaan, rumah) tetapi kita membina kehidupan dengan kualiti hati (ketenangan, kemesraan, kasih sayang dan persaudaraan). Rumah misalnya, memang dibina dengan gabungan batu, kayu dan simen tetapi rumah tangga dibina dengan kasih sayang. Memanglah dengan apa yang kita dapat (get), kita mampu membina sebuah rumah yang besar, tetapi untuk boleh membina rumah tangga yang tenang kita perlu memberi (give). Kasih sayang, kemesraan dan cinta itu dibina dengan sikap memberi.
Kata bijak pandai, “memberi lebih gembira daripada menerima.” Tapi benarkah memberi lebih gembira daripada menerima? Kalau ditanyakan kepada anda, memberi hadiah dengan menerima hadiah, mana lebih gembira? Tentu ramai yang menjawab, menerima hadiah. Betul tidak? Jadi di mana letaknya kebenaran ungkapan ini?
Baiklah, bayangkan seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang merayu dibelikan sebuah anak patung. Sedangkan “spesifikasi” anak patung yang diidamkannya itu terlalu sukar untuk dicari. Telah merata kedai dia mencarinya. Tetapi masih tidak ditemui. Setelah berbulan-bulan kemudian, ketika berkursus di luar negara, tiba-tiba si ibu temui anak patung yang dicari-cari selama ini...
Bayangkan, pada ketika si ibu menyerahkan anak patung yang baru dibelinya itu kepada anak kesayangannya... si anak terlompat-lompat kegembiraan sambil mengucup si ibu bertalu-talu. Ya, pada ketika itu siapakah yang lebih gembira? Si ibu yang memberi atau si anak yang menerima? Ya, pasti anda tahu jawapannya. Lebih-lebih lagi jika anda sendiri seorang ibu. Si ibulah yang lebih gembira.
Setiap ibu bapa yang penyayang pasti lebih gembira “memberi” kepada anaknya. Seorang penoreh getah (yang telah bertungkus-lumus “memberi” segala tenaga dan upaya untuk menyekolahkan anaknya) akan menjadi insan yang paling gembira pada hari anaknya menerima ijazah. Padahal dia yang memberi, anak yang menerima. Begitu juga si suami yang dapat memberi apa yang diidamkan oleh isterinya ketika mengandung anak yang pertama. Ini bukti memberi lebih gembira daripada menerima.
Tetapi perlu diingat, memberi hanya akan menjadikan kita lebih gembira dengan satu syarat, memberi mestilah dengan adanya kasih sayang. Si ibu gembira ketika memberi kepada anaknya kerana adanya kasih sayang. Begitu juga si suami dan sesiapa sahaja. Tanpa kasih sayang, memberi bukan sahaja tidak dengan rasa gembira, bahkan terasa begitu merugikan. Jadi, sekiranya kita sudah tidak gembira lagi ketika memberi, itu petanda kita sudah kehilangan kasih sayang!
Memberi Akan Lebih Banyak Menerima
Kata orang, masakan yang paling enak adalah masakan ibu. Kenapa? Sebab ibu memasak penuh dengan kasih sayang. Semua dibuat semata-mata ingin “memberi” kepuasan kepada anak-anaknya. Jarang sekali seorang ibu merasa terpaksa atau terdera apabila memasak untuk anak-anaknya. Sebab itu masakan itu enak walaupun mungkin resipi atau bahannya tidak sama dengan yang disediakan tukang masak di restoran atau warung yang digemari pelanggan.
Jadi, untuk ceria, kita mesti berpegang pada prinsip “ingin memberi” bukan “ingin mendapat”. A’id al-Qarni, penulis buku La Tahzan (Jangan Bersedih) telah berkata: “Orang yang pertama mendapat manfaat daripada suatu kebaikan ialah orang yang melakukannya.”
Sebab itu beliau menganjurkan, jika kita sedih atau bermuram durja, carilah orang lain dan gembirakannya... nescaya kita akan mendapat kegembiraan semula.
Tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula. ‘What you give, you get back” – apa yang kita beri akan kita terima semula. Ini hukum alam sunnatullah – “what goes around, comes around.”
Sebenarnya, manfaat memberi ini turut Allah limpahkan juga kepada orang bukan Islam (satu lagi bukti menunjukkan betapa pemberinya Allah). Henry Ford, pencipta kereta yang pertama mempunyai cita-cita ingin melihat ramai orang memiliki kereta. Tetapi cita-citanya tidak dipersetujui oleh pelaburnya yang pertama. Henry Ford berfikir bagaimana hendak memberi sedangkan pelaburnya berfikir bagaimana hendak menerima. Henry Ford berfikir bagaimana hendak membuat kereta dengan kos yang murah dan dijual dengan harga yang murah supaya lebih ramai orang mampu membelinya. Sedangkan pelaburnya berfikir sebaliknya.
Henry Ford mencari pelabur yang kedua. Apabila ditemuinya, kereta mula dibuat dengan kos yang rendah dan dijual dengan harga yang murah. Akhirnya, ramai orang yang mampu membelinya. Rugikah Henry Ford? Tidak! Dia mendapat semula apa yang diberikannya. Lebih ramai orang membeli kereta bererti lebih banyak kereta terjual dan lebih banyak keuntungan yang didapatinya. Benarlah, what you give, you get back!
Berilah Kemaafan
Satu penyelidikan telah dijalankan terhadap penghuni rumah-rumah sakit jiwa. Penemuannya sangat menakjubkan. Didapati orang yang pemurah jarang menjadi penghuninya. Sekali gus ini membukti kebanyakan penghuni rumah sakit jiwa ialah orang yang kedekut – tidak mahu memberi. Mereka rasa tertekan kerana tidak disayangi atau diendahkan, tetapi mungkin mereka terlupa akan punca mereka tidak disayangi atau diendahkan. Boleh jadi mereka sebelum ini tidak terlebih dahulu menyayangi atau mengendahkan orang lain.
Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and Start Living menyatakan bahawa memaafkan kesalahan orang lain adalah seperti memaafkan diri sendiri. Hal ini kerana kemarahan kita terhadap orang lain akan lebih merosakkan diri sendiri berbanding orang yang kita marahkan itu. Percaya tak, orang yang tidak memaafkan, akan sentiasa “diikat” oleh orang yang tidak dimaafkannya. Sebaliknya, jika kita memaafkan, kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri sendiri.
Allah mengingatkan hamba-Nya dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumannya) perbuatan yang baik dan perbuatan jahat, jadi, tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih, apabila engkau melakukan demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta mereka akan menjadi seolah –olah seorang sahabat karib.” (Surah Fussilat 41:34)
Langkah kita memaafkan orang lain termasuklah dalam erti “tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan” seperti yang dituntut oleh Allah itu. Berilah kemaafan kerana manfaatnya besar untuk diri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memaafkan meletakkan kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!
  • - Berikut adalah antara kebaikan memberi maaf:
  • - Hati akan lebih tenang.
  • - Wajah akan bersih.
  • - Semangat kerja akan tinggi.
  • - Penyakit akan cepat sembuh.
  • - Hidup akan menjadi berkat.
  • - Murah rezeki.
  • - Mendapat lebih ramai sahabat.
Anehnya, manusia masih enggan memberi sekalipun hanya memberi maaf, senyuman dan kata-kata yang baik. Mengapa? Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa manusia enggan memberi:
  • - Dia rasa dengan memberi akan mengurangkan.
  • - Orang yang menerima tidak berterima kasih.
  • - Tidak ada apa-apa yang hendak diberi.
  • - Takut dieksploitasi & dimanipulasikan.
  • - Tidak adil setelah kita penat berusaha.
  • - Tidak mendapat balasan (sia-sia).
Mari kita tangani setiap alasan untuk tidak memberi itu!
RASA MEMBERI AKAN MENGURANGKAN
Sayidina Ali r.a. berkata, “Rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah.”
Apabila kita “memberi” hakikatnya kita memberi kepada kita sendiri kerana semuanya menjadi “saham” di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya hari ini kerana niat awal mereka berniaga adalah untuk mengeluarkan zakat.
Bukankah dalam Islam memberi sebahagian harta seperti yang kerap dianjurkan oleh al-Quran, akan membersihkan dan menyuburkan harta. Metaforanya sama seperti mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas. Dengan mencabut sebahagiannya, baki pokok sayur yang masih di atas batas itu akan tumbuh lebih subur dan lebat.
Sebenarnya keinginan untuk memberi juga adalah menjadi dorongan yang kuat untuk seseorang itu berusaha (mencari rezeki). Hal ini kerana untuk memberi mestilah apa yang dimiliki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Oleh sebab itu dorongan untuk memberi itu menyebabkan kita akan berusaha dengan lebih gigih. Kita akan mengamalkan prinsip 3M dalam berusaha; Mencari, Menyimpan dan Memberi.
ORANG YANG MENERIMA TIDAK BERTERIMA KASIH
Ini lumrah alam (sunnatullah). Jika kita ingin hidup dengan majoriti manusia yang berterima kasih kita perlu berada di planet lain. Jika kita mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang kita lakukan, nescaya kita akan sakit jiwa kerana ramai manusia tidak pandai berterima kasih di dunia ini. Jika dengan adanya ucapan terima kasih, baru kita boleh memberi, nescaya kita bukan sahaja akan kecewa bahkan sikap itu menunjukkan kita orang yang ego.
Bayangkan, Allah yang Maha Memberi pun tidak mendapat balasan terima kasih daripada hamba-Nya. Allah sendiri mengakui hakikat ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur) , tetapi amatlah sedikit di antara kamu yang bersyukur.” (Surah al-‘Araf 7: 10)
Namun apakah dengan itu Allah berhenti daripada memberi? Tidak. Allah terus memberi walaupun hamba-Nya tidak pandai berterima kasih (bersyukur). Lalu siapakah kita untuk berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat balasan terima kasih?
TIDAK ADA APA-APA YANG HENDAK DIBERI
Jangan sempitkan rezeki dengan “menyempitkan” pengertiannya. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta. Jika itulah pengertiannya sudah tentu kita tidak selalu “ada” untuk memberi. Luaskan pengertian rezeki nescaya “banyaklah” rezeki kita untuk diberikan kepada orang lain. Rezeki bukan hanya berbentuk material tetapi tenaga, doa, ilmu, kata-kata yang baik, pimpinan, senyuman, malah pandangan yang baik juga termasuk rezeki. Kalau demikian, tertolaklah alasan untuk tidak memberi kerana tidak ada apa yang hendak diberikan.
BIMBANG DIEKSPLOTASI DAN DIMANUPULASI
Mesti diimbangi antara sangka baik dengan sifat berhati-hati. Jangan terlalu prasangka dan jangan pula percaya secara membabi buta. Lihat dan telitilah dahulu berdasarkan fakta dan data-data lahiriah. Kemudian memberilah jika dirasakan hasil pemerhatian lahiriah kita, orang itu patut menerima pemberian kita.
Jangan cuba-cuba menembak hati manusia. Urusan hati orang yang menerima bukan soal kita. Sekiranya, tersilap orang pun pasti pemberian kita akan mendapat pembalasan daripada Allah, jika tidak di dunia, pasti di akhirat sudah tersedia. Jangan terlalu berhati-hati hingga jatuh ke tahap prasangka dan curiga. Relakanlah diri jika dieksploitasi dan dimanipulasikan untuk kebaikan.
TIDAK ADIL UNTUK KITA YANG BERUSAHA
Dengan apa kita berusaha? Apakah modal kita? Bukankah modal usaha kita semua daripada Allah. Tenaga, fikiran dan apa jua milik kita hakikatnya diberikan oleh Allah. Allah memberi untuk kita mudah memberi. Boleh jadi Allah memberi kepada hamba-Nya melalui saluran hamba-hamba-Nya yang lain. Jadi, kita harus sedar bahawa kita adalah “saluran” Allah untuk memberi. Oleh sebab itulah Allah menggunakan kalimah “Kami” (keterlibatan pihak lain) apabila menjelaskan tentang pemberian rezeki-Nya.
Berdasarkan itu adalah tidak terpuji sekiranya kita tidak memberi kerana sikap itu sama seperti menyekat saluran rezeki daripada Allah untuk orang lain. Hakikatnya “kepunyaan” kita yang hendak diberikan itu bukanlah kepunyaan kita tetapi kepunyaan Allah yang diperintahkan-Nya untuk diberikan kepada orang lain.
Jelasnya, manusia ialah “peminjam” bukan “pemilik”. Maka memulangkan pinjaman itu adalah adil. Sebaliknya tidak memberi itulah kezaliman yang nyata.
TIDAK MENDAPAT BALASAN
Individu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat pasti menolak anggapan bahawa memberi tidak akan mendapat balasan. Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya).” (Surah al-Zalzalah 99: 7-8)
Apa yang diharapkan balasan daripada manusia sedangkan pembalasan daripada Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Keyakinan kepada Allah dan hari akhirat sangat penting sebagai dorongan untuk kita memberi.
Kita harus sedar, ganjaran atas kebaikan yang kita lakukan bukan hanya di akhirat tetapi ia turut dirasai di dunia lagi. Di dunia, orang yang memberi akan mendapat “ketenangan” hati. Tidakkah itu semua akan berikan ketenangan di dunia?
Dalam sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda tentang dialog Allah dengan para malaikat yang begitu kagum melihat penciptaan gunung, kemudian besi, kemudian api, kemudian air, kemudian angin... Malaikat bertanya: “Ya Allah! Adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih daripada semua itu?” Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab: “Ada, yakni amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”
Walaupun hadis tersebut menjelaskan betapa pentingnya ikhlas dalam amalan, tetapi ia secara tidak langsung menunjukkan keutamaan memberi. Ya, untuk berjaya (dunia dan akhirat) kita hendaklah meneladani orang yang berjaya. Mereka semua terdiri daripada orang yang sangat komited dalam memberi.
Jika anda miskin, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak memberi. Jadilah si miskin seperti Sayidina Ali Karamallahu wajhah. Dia tetap memberi walaupun hidup dalam kemiskinan. Sesungguhnya dia sangat menyedari apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa Allah cinta kepada orang yang pemurah, namun Allah lebih cintakan orang miskin yang pemurah.

sumber: SOLUSI

Read More
categories: , | | edit post

Puteriku Sayang

Posted by NIZA.Ati on Thursday, October 4, 2012 [ 0 comments ]

Winmap: Puteriku Sayang by Hijjaz.

Assalamu'alaykum wbt,
ketika ber-gtalk dengan seorang kawan semalam, terkeluar pula tajuk lagu ni "Puteriku Sayang" by Hijjaz. Its 1 of my fav s0ng (byk sgt fav s0ng nye pun~). Actually, its the 1st s0ng yang Niza penah pakai dalam my 1st DP at YM. Not sure tahun bile....  Best lagu ni... selamat menghayati... :)

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya
Wassalam

Read More
categories: , | | edit post

Men are from Makkah, Women are from Medina

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, September 26, 2012 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,

Suami (rijal) adalah qawama (pelindung) kepada isterinya (nisa) - An-Nisa : 34

A lil doodle I did just now throughout a talk by Dr Harlina Halizah Siraj, "Men are from Makkah, Women are from Medina". Awesome! ♥

A bit explanation:

Mekka is a hard, dry land – Much like this, men are generally dry and don’t know how to cry. If they do, they don’t want to show it and instead keep all the pain within them under the guise of masculinity.

Medina is soft, with water flowing beneath it and the rain is consistent throughout its seasons – Which reflects women who can easily cry and they’re not scared to show their emotions. In fact, under the guise of femininity they display their emotions regularly.

Mekka has a harsh climate; it’s rough and known to be a mountainous area – Men’s beauty lies in their masculinity, power strength and ruggedness. This is what makes them attractive and allows them to lead effectively.

Medina is lush, full of splendour and serenity – Women are known to be peaceful, full of serenity and their femininity makes them beautiful.

Mekka’s main emotion is `izzah, they are full of honour and will do anything to protect it. They like to be respected and acknowledged, this is what motivates them to excel as individuals.

Medina is full of sukoon, the people are known for their softness. Women are generally more loving and caring; they’re soft by nature and will generally give more than they receive.

Differences in Qur’anic verses

Mekkan (Makiyyah) verses are short, straight to the point and general.

Medinan (Madaniyyah) verses are long, detailed and at times they keep going on, and on.



Read More

Maruah Terjaga, Aurat Terpelihara!

Posted by NIZA.Ati on Friday, September 21, 2012 [ 0 comments ]


Read More

Berbaik Sangka

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, September 19, 2012 [ 0 comments ]


Winamp: Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

"Sangka baik kita terhadap seseorang walaupun sebenarnya dia tidak sebaik yang kita sangka, tetap memberi kebaikan... itu akan memperbaiki diri kita! 

Orang yang cinta seseorang dengan keyakinan orang yang dicintainya itu dicintai Allah, tetap akan mendapat kelebihan orang yang menyintai kerana Allah walaupun hakikatnya orang yang dicintainya itu bukan orang yang mencintai ALLAH!

Namun berdoalah, supaya kita menyintai orang yang benar-benar menyintai Allah. Amin".
- Ustaz Pahrol Mohamad Juai

Read More

Ujian Allah

Posted by NIZA.Ati on Thursday, September 6, 2012 [ 0 comments ]

Winamp: Ya Allah by Wali Band

Assalamu'alaykum wbt,
tersandar diam. Hening. Istighfar.... Astaqfirullahalazim.... Astaqfirullahalazim.... Astaqfirullahalazim... sehingga berat di hati kian surut....

Ujian yang datang sebenarnya bukan memberatkan, tetapi itu tanda Allah sayang pada kita...

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...." (Al-Baqarah: 286)

Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Mungkin belum sampai masanya tuk kita melihat hikmah itu tapi insyaAllah, bukakan hati, bukakan minda, hikmah itu yang terbentang di hadapan kita.

Setiap manusia lain ujiannya, mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang baik pada kita, belum tentu baik pada Allah untuk kita. Andai tiba waktu dan keadaannya, akan ada pemberian dan nikmat yang jauh lebih baik daripada apa yang kita harapkan.

"Bukankah Tuhan, ciptakan malam, untuk beradu, menanti siang. Bukankah Tuhan, titiskan hujan, menanti limpah, kemarau panjang" - (Patah Hati, Saujana)

Begitu juga dengan ujian, pastikan ada hikmah dan nikmat tuk kita setelah berjaya menempuh ujian yang Allah berikan. Sesungguh, Allah itu sebaik-baik perancang dan sebaik-baik sandaran.

“Sesungguhnya di setiap kesulitan, pasti ada kemudahan.” (Al Insyirah: 6)

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman: 16)



Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku



WaAllhualam~
Wassalam :)

Read More
categories: , | | edit post

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri