Kembara : Bukit Tinggi & Padang (Indonesia)

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, September 8, 2015 [ ]


Assalamu'alaykum wbt,
*pictures will be upload later*


Kembara ke Bukit Tinggi & Padang ni, Niza gunakan agent (Ziarah Sutera) memandangkan pergi bersama keluarga dan agent tersebut merupakan kawan mak Niza. Disebabkan pakai agent, so xde la nak buat research kan.. :D 


Bilangan Hari : Pakej 4 Hari 3 Malam
Tarikah : 13 Sept - 16 Sept 2013 (lame dah pegi, baru nak update :P )

RM1150.00 (All in one)

HARI 01 : 13 SEP 2013 LCCT – PADANG – BUKITTINGGI ( MT, MM )
Peserta dikehendaki berkumpul di LCCT selewat-lewatnya pada pukul 530pagi. Pesawat akan berlepas pada pukul 750 pagi dan dijangka tiba pada pukul 8 pagi waktu tempatan. Setibanya di lapangan terbang Padang, anda akan dibawa oleh perwakilan kami untuk mengunjungi Bukittinggi melalui Lembah Anai. Dalam perjalanan singgah di Air Terjun Anai dan perkampungan Minangkabau. Selepas makan tengahari, lawatan diteruskan ke Pandai Sikek. Kawasan perkampungan yang sangat terkenal dengan karajinan tangan sulaman dan pertukangan. Tiba di Bukittinggi langsung daftar masuk hotel. Makan malam disediakan di restoran tempatan.

HARI 02 : 14 SEP 2013 BUKITTINGGI – MANINJAU TOUR ( S, MT, MM )
Selepas sarapan pagi, memulakan lawatan sekitar Bandar dengan melawat ke Sianok Canyon yang terkenal dengan panorama yang sangat indah. Di sini juga terdapat terowong peninggalan penjajah Jepun zaman dahulu. Melanjutkan perjalanan menuju ke Kota Gadang iaitu tempat kerajinan perak khas Minangkabau dan kemudian singgah di Sungai Landia untuk melihat keindahan alam dan menikmati kopi the HALIA dan terus menuju ke Maninjau melalui kelok 44. Selepas makan tengahari, peserta berpeluang untuk singgah di Perkampungan Hamka yang terletak di Kampung Sungai Batang. Pulang semula ke Bukittinggi untuk membeli belah di Pasar Atas. Makan malam disediakan.

HARI 03 : 15 SEP 2013 MINANGKABAU TOUR – PADANG ( S, MT, MM )
Setelah sarapan pagi, daftar keluar hotel. Dalam perjalanan ke Batusangkar, singgah mengunjungi Sungai Jernih yang terkenal dengan lagenda Ikan Sakti. Tiba di Tabek Patah, singgah di pusat industri kopi KINIKO. Perjalanan diteruskan ke Istana Pagaruyung yang merupakan pusat pemerintahan Minangkabau dahulunya dan seterusnya menuju ke Batu Angkek-angkek atau Batu Seribu Niat. Selepas makan tengahari di rumah makan Pondok Flora, meneruskan perjalanan ke Padang. Singgah di Istana Silindung Bulan. Tiba di Padang, melawat ke China Town, Pelabhuan lama, Jembatan Siti Nurbaya, Pantai Padang dan membeli belah di sekitar Bandar. Daftar masuk ke hotel & makan malam disediakan.

HARI 04 : PADANG – KUALA LUMPUR / LCCT ( S)
Setelah sarapan pagi, daftar keluar dari hotel. Peserta masih berpeluang membeli belah di sekitar Bandar sehingga tiba masa di hantar ke lapangan terbang untuk meneruskan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. 

PAKEJ TERMASUK :-
~ Tiket penerbangan
~ Cukai lapangan
~ penginapan
~ pengangkutan
~ makan seperti yg terdapat dlm aturcara
~ pemandu pelancongan berpengalaman
~ tip driver/guide
~ insuran berkumpulan
~ bayaran masuk ke tempat lawatan
~ cenderamata ziarah sutera

PAKEJ TIDAK TERMASUK :-
~ Perbelanjaan peribadi
~ lebihan bagasi
~ perkara yang tidak terdapat dalam aturcara 

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri