Assalamu'alaykum wbt,
Ada sesetengah kenalan datang kepada saya dan bertanya:
"Saya ingin berubah menjadi lebih baik dan mendekati agama, apa yang harus saya buat?"
Jawapan saya berdasarkan individu tersebut sendiri. Jika dia seorang yang culas bersolat, maka jawapan saya adalah: "Tunaikan solat Fardhu pada waktunya".
Tetapi jika dia menunaikan solat, jawapan saya adalah: "Tunaikan solat Fardhu diawal waktu dan jika ada pilihan, berjemaahlah".
Tidak ketinggalan juga untuk berwuduq dengan sempurna kerana kusyuk itu bermula dengan pengambilan wuduq yang sempurna.
SOLAT itu tiang agama
Sesiapa yang mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Agama adalah al-deen @ cara hidup - merangkumi sistem kekeluargaan, pendidikan, ekonomi, sosial etc.
Ertinya, solat adalah tiang kepada sistem pentadbiran, solat adalah tiang kepada sistem ekonomi, solat adalah tiang kepada sistem kekeluargaan, solat adalah tiang kepada seluruh sistem hidup manusia.
Implikasinya, siapa yang tidak mendirikan solat, maka seluruh sistem hidupnya akan runtuh. Inilah yang kita lihat berlaku pada hari ini.
Benar seperti yang dikatakan oleh Sayidina Umar al-Khattab:
"Ku pandang SOLAT SANGAT PENTING. Sesiapa yang menjaga solat bermakna dia akan menjaga juga hukum Allah yang lain. Tetapi sekiranya dia tidak mengerjakan solat, dia juga berkemungkinan meninggalkan amalan-amalan Islam yang lain".
*saya juga masih belajar dan bermujahadah kerana saya juga seorang pendosa*
0 comments