Status YM: Congrats my lalink wana~
Status FB: "Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"(Fussilat 41: 33)
Assalamu'alaykum wbt,
Alhamdulillah syukur kehadirat Illahi kerana dengan redhaNya, sahabat ku Irwana Binti Noordin telah selamat menjadi tunangan kepada Ahmad Farhan Bin Aminuddin pada 10.10.10.

Hadis Rasulallah saw yang mafhumnya: " tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain".
Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".
(dalil di atas dipetik dan diambil dari buku Fiqh Assunnah oleh Syed Sabiq.)
Sungguh cepat masa berlalu hingga tidak sedar bahawa sudah 11 tahun berlalu. Saat kita mulai kenal di Asrama SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pada tahun 1999 segala kenangan masih terpahat. Wana, one of my bestfren... Wana yang selalu menangis... =P Wana yang selalu berperang "dingin" dgn Niza (kdg2 mls nak layan die...hak3...time sekolah tu~ hik3..) tapi cepat kami berbaik ^^... Wana yang walaupun sudah form 5 masih bawa b*n**l ****k ke sekolah (time tu wana dok sebelah Niza dalam kelas)... kini Wana sudah menjadi tunangan orang... ^^ Wana, im happy for you my dear...

Semoga jodoh Wana panjang dengan Faan, moga hari kebesaran kalian akan tiba... moga semuanya berjalan dengan lancar dan diredhai Illahi...

Semoga persahabatan kita akan sentiasa mekar dihati. Tx to all my buddies yang datang jugak on da day Wana bertunang: Ija, Shah, Yati & her hubby > Zack. InsyaAllah bertemu kita lagi.
Wassalam
Notakaki: hurm...ramai yang tanya bile giliran Niza ni... doakanlah bertemu jodoh... ade jodoh...insyaAllah... ^^
0 comments