Winamp: Menuju Wawasan by UNIQ (lagu asal Suara Firdaus)
Assalamu'alaykum wbt,
Hampir 40jam sejak Niza mulai sedar ketiadaan Kecik di rumah... entah la... Niza xtahu macamana dia boleh turun dari bumbung depan balkoni bilik Niza ni. Last skali Jumaat malam Sabtu dia masih ada time Niza solat Isya'. Tapi waktu Niza nak tido, dia tak masuk walaupun Niza panggil, tapi Niza tak pulak pergi jenguk dia di luar.
Pagi Sabtu, selepas solat Subuh, Niza tak jumpa Kecik. Niza sangat pelik, sebab Kecik penakut, tak mungkin dia akan terjun dari bumbung ke bawah, tapi takde jalan lain sebenarnye sebab pintu bilik Niza memang Niza pastikan sentiasa tutup.

Susah... susah sebenarnya nak cari Kecik sebab Kecik tak suka pada orang... tak suka pada kucing lain... sejak dia pernah patah kaki dulu, dia memang taknak dengan orang lain melainkan Niza seorang. So, macamana jiran2 nak bantu Niza. Niza dah pusing dua2 lorong jalan sekitar rumah Niza, memang tak jumpa dia. Dia tu pulak jenis tak suke mengiau melainkan dalam bilik dengan Niza. Anak orang belakang rumah Niza kata ada nampak dia gaduh dengan kucing dorang semalam malam, tapi tu la... kemudian tak tahu ke mana Kecik pegi.
Setiap kali teringat Kecik, airmata Niza mengalir... Kecik... hadir dia dalam hidup Niza ketika Niza sangat memerlukan penghibur hati... Pengorbanan yang Niza lakukan tuk Kecik membuatkan Niza lebih sayangkan dia... Walaupun kadang-kadang dia nakal... marah Black... tangkap cicak bawa masuk bilik... Tapi dialah penghibur hati Niza... "alarm" Niza sebelum alarm hp berbunyi...
Dah la kesedihan atas kehilangan Kecik... kemudian mungkin Niza ada buat seorang teman terasa hati dengan Niza... Terlalu berkecik hati kah wahai teman? Tak terniat pun... asalnya, Niza yang seperti terasa hati... huk3... Mungkin... Niza menggangu waktu senangnya... Maaf di pinta jika begitu...
Ya Allah... tabahkanlah hati hamba Mu ini... kerinduan kepada mereka berdua... sunyi tanpa mereka...~ Semoga Kecik akan balik... dan kepada teman Niza... all da best in wutever u do~
Wassalam
notakaki: Kasih-sayang itu, kita yang rasa... meski tak terlafaz dengan kata-kata tapi dengan tingkah itu sudah mampu menunjukkan... kasih yang tersirat... apakah yang tersurat???
0 comments