Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

NIZA Sayang Mereka

Posted by NIZA.Ati on Sunday, May 8, 2011 [ 0 comments ]

Winamp: Menuju Wawasan by UNIQ (lagu asal Suara Firdaus)

Assalamu'alaykum wbt,
Hampir 40jam sejak Niza mulai sedar ketiadaan Kecik di rumah... entah la... Niza xtahu macamana dia boleh turun dari bumbung depan balkoni bilik Niza ni. Last skali Jumaat malam Sabtu dia masih ada time Niza solat Isya'. Tapi waktu Niza nak tido, dia tak masuk walaupun Niza panggil, tapi Niza tak pulak pergi jenguk dia di luar.

Pagi Sabtu, selepas solat Subuh, Niza tak jumpa Kecik. Niza sangat pelik, sebab Kecik penakut, tak mungkin dia akan terjun dari bumbung ke bawah, tapi takde jalan lain sebenarnye sebab pintu bilik Niza memang Niza pastikan sentiasa tutup.



Susah... susah sebenarnya nak cari Kecik sebab Kecik tak suka pada orang... tak suka pada kucing lain... sejak dia pernah patah kaki dulu, dia memang taknak dengan orang lain melainkan Niza seorang. So, macamana jiran2 nak bantu Niza. Niza dah pusing dua2 lorong jalan sekitar rumah Niza, memang tak jumpa dia. Dia tu pulak jenis tak suke mengiau melainkan dalam bilik dengan Niza. Anak orang belakang rumah Niza kata ada nampak dia gaduh dengan kucing dorang semalam malam, tapi tu la... kemudian tak tahu ke mana Kecik pegi.

Setiap kali teringat Kecik, airmata Niza mengalir... Kecik... hadir dia dalam hidup Niza ketika Niza sangat memerlukan penghibur hati... Pengorbanan yang Niza lakukan tuk Kecik membuatkan Niza lebih sayangkan dia... Walaupun kadang-kadang dia nakal... marah Black... tangkap cicak bawa masuk bilik... Tapi dialah penghibur hati Niza... "alarm" Niza sebelum alarm hp berbunyi...

Dah la kesedihan atas kehilangan Kecik... kemudian mungkin Niza ada buat seorang teman terasa hati dengan Niza... Terlalu berkecik hati kah wahai teman? Tak terniat pun... asalnya, Niza yang seperti terasa hati... huk3... Mungkin... Niza menggangu waktu senangnya... Maaf di pinta jika begitu...

Ya Allah... tabahkanlah hati hamba Mu ini... kerinduan kepada mereka berdua... sunyi tanpa mereka...~ Semoga Kecik akan balik... dan kepada teman Niza... all da best in wutever u do~

Wassalam

notakaki: Kasih-sayang itu, kita yang rasa... meski tak terlafaz dengan kata-kata tapi dengan tingkah itu sudah mampu menunjukkan... kasih yang tersirat... apakah yang tersurat???

Read More
categories: , | | edit post

Perihal Kucing Ku Beranak~

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, May 3, 2011 [ 0 comments ]

Winamp: Ringgit Berjuta by Spoon
Status FB: waiting for someone's sms....hurm....

Assalamu'alaykum wbt,
Ceritanya bermula begini, seperti biasa, sekitar jam 2.43pm-3.30pm Niza akan mengalihkan kereta yang Niza parking jauh dari office ke tempat berdekatan. Pada Jumaat lepas bersamaan dengan 29 April 2011 (tarikh birthday Yoyo), jam 3.22petang, handphone sony ericsson K5330i Niza berbunyi lagu "Cerita Hati" nyanyian dari Hafiz Hamidun menandakan panggilan tersebut adalah dari family Niza. Melihat gambar di skrin, menunjukkan panggilan tersebut dari mak Niza.

"Assalamu'alaykum" jawab Niza.
"Wa'alaykumussalam. Niza, ada berita baik, nak dengar tak?" Kata Mak.
"Black beranak???!" Soal Niza tanpa menjawab pertanyaan Mak.
"A'ah.. tadi incik bagitau. Mak kat Ikea ni".

Ye... Niza memang dah agak yang Black akan beranak hari tu.. coz sebelum Niza keluar pergi kerja pada hari tu, Black langsung tidak masuk bilik seperti selalu dan memang telah tergetus dihati ini. Niza agak pening juga sebab Black dah beranak sebelum sempat pindah ke KAFA baru coz Niza tahu Niza akan menghadapi kesukaran tuk bawa baby Black & Black.

Pulang dari kerja, Niza terus jumpa makcik Niza yang tinggal di KAFA. Makcik Niza beritahu yang anak Black sekor je dan dah mati. Niza masuk ke bilik dan jenguk ke dalam kotak yang menempatkan anak Black sambil diikuti Black disisi Niza. Ye, memang anak Black dah mati. Kesian Black. Sayu melihatnya, ibu muda yang kematian anak.

Tapi, Niza tak rasa anak dia sekor je. So, Niza ajak Black keluar rumah dengan harapan dia membawa Niza ketempat anak-anak nye yang lain. Tapi hampa, dia hanya mengikut kemana Niza pergi sahaja. So, Niza pun masuk semula ke dalam rumah. Ketika Niza hendak mula makan, Mak Niza menjerit.

"Niza, tu Black bawa anak dia"

Terus Niza meletakkan pinggan nak mengejar Black. Niza amik baby Black dan letak di dalam tilam kucing. Kemudian Niza suruh Black amik lagi anak dia. Black kebelakang dan ambil anak dia lagi, tapi dia patah balik ke tempat dia ambil tadi dan Niza terus ikut dia. So, Niza dah tahu tempat persembunyiaan dia. Kemudian Black ambil anak dia yang tadi letak semula ke tempat persembunyian. So, tahulah Niza anak Black ade lagi 2 ekor. Anak Black yang mati itu pula, telah Niza tanamkan. Malah, Black sendiri ada ketika Niza mencangkul tanah tuk menanam anak nya itu.

“Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu” - Pesan Rasullah
Meskipun baru beranak, sudah bergelar ibu dan anak-anak masih dalam susuan, Black tetap manja dengan Niza seperti selalu. Black duduk antara lappy dan Niza ketika Niza sibuk mengadap internet, masih juga menyendeng2 di tangan dan kaki, masih juga mahu di pegang dan di usap. Itulah Black.

Keesokkannye, Niza dan abang sulong Niza sibuk memindahkan barang-barang dari KAFA lama ke tempat KAFA baru. Niza turut pindahkan Kecik, Black dan baby Black. Punyelah susah Niza nak ambil anak dia coz dia letak anak dia dalam stor di dapur, di bucu bawah almari. Niza terpaksa ambil penyapu, tarik anak dia ke depan dan ambil dengan menggunakan kain. Black hanya memerhatikan tingkah Niza tanpa sebarang bunyi. Black selalu begitu, seolah-olah percaya apa yang Niza lakukan untuk dirinya. ^_^
"Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik" [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]
Niza masukkan anaknya dalam tilam kucing, kemudian Niza memasukkan Black ke dalam pet carier. Di KAFA baru, Niza sudah sediakan semua keperluan Black di dalam sangkar, so ketika sampai di sana, Niza terus masukkan tilam kucing ke dalam sangkar kemudian memasukkan Black. Niza terpaksa kurung Black coz Niza tak mahu dia banyak keluar dari sangkar tanpa mempedulikan anak-anaknya. So far, sebenarnya dia masih menjaga anaknya, Black masih akan masuk ke sangkar tuk menyusukan anaknya walaupun Niza membiarkan dia bermain di luar sangkar. Seperti yang Niza pernah ceritakan sebelum ini, kucing-kucing Niza selalu ada disisi Niza meskipun Niza sedang menggosok baju, duduk di meja atau dimana-mana sahaja, dan Black juga masih begitu walaupun sudah bergelar ibu. ^_^

"Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah." [Shahih al-Bukhari – no: 3318]
Selama 3hari Niza sibuk dengan urusan pindah dan mengemas. Niza tempatkan kucing-kucing Niza di balkoni bilik Niza. Siap letak tikar di situ. Keperluan Black semua di dalam sangkar manakala keperluan Kecik di luar sangkar. Niza turut sediakan sebuah kotak dimana di dalamnya terdapat sebuah bantal tuk Kecik. Kalau agak-agak tak jumpe Kecik, samada dia dalam kotak tu atau bermain di atas bumbung di luar balkoni Niza.

Mula-mula keluar dari bilik Niza, kedua-dua kucing Niza kehairanan melihat tangga turun ke bawah malah Black langsung tidak berani tuk turun tapi Niza dukung Black hingga ke bawah. Setiap kali Niza turun, kucing-kucing Niza akan turut turun. Niza tak ada masalah tuk panggil Black naik ke atas tapi menjadi masalah tuk Kecik. Berkali-kali panggil barulah tahu tuk naik atas.

Perkara yang paling merisaukan Niza, kalau-kalau mereka ni pandai keluar rumah dan pergi ke rumah lain. Really hope biarlah mereka terus-terusan takut tuk bertemu orang lain. Terutama Kecik. Kecik, meskipun bukan la spesis kucing parsi yang mahal harganya, tetapi Niza berabis beribu jugak tuk operationnya dan Kecik adalah kucing yang paling dekat dihati Niza. Kedatangan Comel (dah hilang) dalam hidup Niza memecah kesunyian dan kesedihan hati ketika itu dan ketiadaan Comel diganti dengan Kecik. Keciklah yang selalu mendengar doa-doa Niza selepas solat, menjadi tempat Niza bercerita kadang-kala, menjadi peneman menonton cerita, menjadi "alarm" subuh, menjadi peneman Niza dan penghibur hati Niza sentiasa ^_^.

Okay, tu je la story dari Niza kali ni. Semoga bertemu lagi ^_^

"Terdapat beberapa hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang memberi perhatian khusus kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Hadis-hadis tersebut menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang menjaga kebajikan haiwan dan ancaman yang berat bagi sesiapa yang meremehkannya."

WaAllahulam

Haiwan Di Dalam Islam. Klik disini.

notakaki: ppssttt...walaupun sayang haiwan... tapi jangan sampai mengabaikan manusia... salah tu!~

Read More

Great Weekend...But Not So Great~

Posted by NIZA.Ati on Monday, April 11, 2011 [ 0 comments ]

Winamp: Sebak by Ukays

Assalamu'alaykum wbt,
Ehe~ This past weekend was lots of fun. However, its not so great actually. On saturday, Niza and sis went to veterinary hospital with Kecik & Black for their vaccine.

Mule2 sampy tu, Black dah berjaya melarikan diri dari pegangan adik Niza, tapi alhamdulillah Niza dapat pujuk dia. Kesian Black, takut sungguh die dengan anjing sampy dok tarik2 tudung Niza. But alhamdulillah, everything goes fine. Kecik & Black dua2 selamat di cucuk vaksin & makan ubat cacing tanpa ada sebarang kesusahan. Besides, doctor yang rawat both of them adalah dr yang rawat Kecik setahun dulu time Kecik patah kaki. (ala~ dr cine ensem tu ^^ Dr.Wong)


Gasing Veterinary Hospital: 53 & 55, Jalan 5/58, Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya,Malaysia. +603-7782 3553
Vaccine: RM45 per cat
Ubat Cacing: RM4 per tablet

So total yang Niza kene adalah RM98.

On dat day, I totally give my love 100% for both of them... eceh~ mcm bfr ni xbg 100% my love pada my cats tu je kan ^_^ Sayang... Niza sayang dua2 kucing Niza... sayang sangat2... Walaupun Kecik lagi rapat tapi Niza tetap sayangkan Black.


Kecik
Kecik ni manja, tapi dia manja dengan Niza je. Kecik ni tak suka dipeluk, kalau dengan Niza pun sekejap je, dalam 5minit or less. Tapi kalau dengan orang lain, sorry la nak dpt peluk dia. Setiap malam Kecik tido dengan Niza. Tak perlu panggil, dia akan datang sendiri bila dia nak tido. Tgh malam bila Niza terjaga confirm Niza akan rasa dia ada di sebelah or tak.

Kecik akan bangun stiap kali Niza bangun tak kira la jam berapa pun walaupun hanya tuk shut down lappy, dia akan bangun dan sambung tidur sebelah lappy while Niza shut down dan akan turun semula dari meja tu ikut Niza kemana sahaja Niza pegi. Dia akan sentiasa berada di keliling asalkan dia tahu Niza dimana. Kalau Niza masak, dia akan berada di dapur or meja makan. Kalau Niza solat, dia akan berada di tepi or di depan Niza. Kalau Niza masuk toilet, dia akan tunggu depan pintu toilet... dan dia akan berada depan pintu setiap kali Niza balik dari keluar rumah tidak kira jam berapa pun Niza balik rumah.

Kecik kucing yang tak akan gigit Niza, maybe dia ade gigit tapi sekadar meletak gigi namun tidak cengkam. Pagi2, Kecik akan kejut Niza sampy Niza bangun. Kadang2 terlalu awal dia kejut... sebenarnya mengikut kelaparan perut die tu =P tapi memang biasanye, kalau Niza bangun, Kecik confirm dah ade depan muka Niza. Kalau dia dah nampak Niza tak bangun selepas Niza tengok dia, dia akan mengiau sampai Niza bangun. Kadang-kadang Niza kelakar Kecik ni, dia bangun tidur bila Niza bangun, tapi bila Niza sambung tdo, die pun ikut sambung tdo. Seyes comeykan dia ^_^ Umur Kecik dah 1 tahun 4 bulan.

Black
Black ni sebenarnye Niza gelar "kucing mak". Asalnya mak Niza yang bawa Black ke rumah, tapi Niza lah yang jaga Black sebenarnya. Black ni sangat manja, dengan semua orang dia nak and pantang dipanggil.

Tapi dah besar ni, kadang2 dia tak pegi pun bile orang panggil jika Niza berada dekat dengan dia, termasuk la bila mak Niza sendiri panggil dia. Black ni jenis kucing parsi tapi dah campur. Macam Kecik, Black pun slalu ada dimana Niza ade, cume maybe tak sekerap Kecik.

Black jarang tidur dengan Niza, kadang2 je. Sebenarnya dia ada tilam sendiri (tilam Kecik sebenarnya, tapi sejak Kecik tido dgn Niza, Niza suruh Black tido tilam tu, tapi dia xmo) tapi dia xmo pun tdo kat tilam tu. Black ni manja + mengada + kuat makan + suke masuk toilet + nakal (suke tolak barang ke bawah) + suke gigit kalau dah lame sangat duduk dalam pelukan + lembut tapi ganas ^_^. Umur Black dah around 8 bulan.

Niza sayang dua2 kucing Niza ni... sayang sangat... tapi dengan Kecik, maybe Niza susah sikit kalau dia takde... sebab dengan dia lah Niza slalu bermain dan Niza boleh jadi sangat merindui dia ketika Niza di ofis.

Ok, stop cite pasal kucing... nOw nak cite aktiviti ahad baru2 ni plak.

Niza dan keluarga telah ke Genting Highland. Nak kate sekeluarga tak jugak la sebab my 1st bro + sister in law + nephew xde skali coz dorang tinggal di Labuan. So yang pegi just my dad, mom, 2nd bro, me and my sister. Cuaca tak berapa nak elok coz asyik hujan. Banyak tempat terpaksa tutup..huk3... Niza and my sis sempat main Spinner & Roller Coaster jerk... Kali ni Niza xsempat tuk naik Space Shot (1 of my fav selain Roller Coaster) berbanding tahun 2009 Niza sempat main Space Shot, Spinner, Boating, Flying Jumbo (nek bende alah ni sbb Nadia nak naik =P), Antique Car, Double Deck Carousel, Pirate Train tuk Outdoor Thema Park manakala Rio Float, Ferris Wheel, Venice Gondola & macam2 lagi tuk First World Theme Park.

Masa banyak abes semalam menunggu hujan reda dengan bermain di booth yang ada. My mom & dad la yang main... tapi 1 bear pun xdapat...huk3... Niza nak bear... n_n dapat tangkap gambar dengan bear je...huk3...


Wutever it is... tetap happy la... paling happy sebab after few years dapat gak naik Roller Coater tu sebab tahun 2004 & 2009 tak dapat naik...huk3...

Dalam ke-happy-an itu pun sebenarnya Niza agak sedey la bila dapat tahu YAK ke kampung Jerdip, Pos Brooke last week. Niza rindu sangat nak ke sana sebenarnya. Niza dapat tahu YAK ke sana pun sebab 1 of adik (orang asli) di sana yang sms Niza beritahu selain bertanya-kabar. Adik tu ingat Niza ade tapi bila dia tengok Niza xde terus dia msg Niza. huk3... seyes...Niza rindu sangat... really hope masih ade kesempatan tuk diri ini kesana.

Till then, Wassalam.

Read More
categories: , | | edit post

Baby Ku KECIK

Posted by NIZA.Ati on Friday, March 19, 2010 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,
rasanya mana-mana kawan Niza yang ada baca status2 Niza di YM mahupun di FB semua dah tahu pasal baby Niza kan... Si Kecik... Sape Kecik??? Hik3... Ni la KECIK...


Kenapa Niza bagi nama die KECIK??? Sebabnye masa mula-mula dia datang umah Niza, dia sangat KECIK & kurus... walaupun Niza anggarkan umurnya sama dengan COMEL (kucing Niza dlu yang dah hilang).

Masa mula-mula Kecik datang, dia sangat pasif, kemungkinan dia sakit. Kami bela Kecik dan mungkin perhatian Niza lebih pada Comel dan adik Niza kepada Kecik. Walauapapun, Comel & Kecik ni la yang Niza bagi makan, minum & mandikan. Sekarang cuma tinggal Kecik. Setelah Kecik agak sihat, dia mula aktif seperti anak-anak kucing lain. Paling dia suka adalah main bunga mak dan menonton TV. Kecik sangat suka tengok raja lawak dan dia pun suka Zizan macam Niza... hik3...

Jumaat lepas (12 Mac 2010), seperti biasa, pulang sahaja dari kerja, Niza akan memanggil Kecik, tambah pula ketika itu hujan jadi Niza agak risau. Panggilan Niza tidak dijawab (samada dengan mengiau, gesel kaki, atau datang dekat pada Niza). Kemudian, sebelum solat maghrib, Niza mencari Kecik lagi. Ketika itu, Niza jumpa Kecik di bawah kerusi kayu di tepi sliding door. Niza pelik sebab Kecik duduk di situ, diam tanpa mengiau dan bangun walaupun Niza memanggilnya. Lalu Niza duduk di depan Kecik. Niza nampak badan Kecik kotor dan paling ketara kaki dia seolah2 terkulai. Niza angkat Kecik tapi Kecik meronta-ronta dan meloloskan diri. Niza dapat lihat, ye...Kecik patah kaki. Niza amik makanan Kecik & susu tapi Kecik tak nak makan dan minum. Niza terus call mak Niza. Selepas menunaikan solat maghrib kami terus ke hospital haiwan di Jalan Gasing, Kuala Lumpur.


Niza sendiri yang kendong Kecik dari rumah, dalam kereta hinggalah tiba di sana. Hospital dah tutup, tapi emergency case, doctor datang. Ketika doktor suntik ubat tahan sakit pada Kecik, Kecik meraung lalu memegang kaki Niza dimana ketika itu Niza sedang melulut, Kecik meletakkan kepala. Dia seolah-oleh menahan sakit. Sedey, itu sahaja yang mampu Niza katakan apa yang Niza rasa, seolah-olah Niza yang sedang merasakan kesakitan itu. Ketika doktor meletakkan sangkar, Kecik sendiri yang masuk ke dalam sangkar tanpa di suruh seakan mengerti bahawa dia perlu tinggal di situ.

Hari Selesa, ketika otw pulang ke KL dr KT, kami mendapat panggilan telefon daripada pihak hospital yang menyatakan kaki Kecik dah dibuat surgery dan dimasukkan 2 pin. Tapi itu bukan perkara yang membuat semakin luluh hati memikirkan tentang Kecik, tapi apabila doktor memberitahu bahawa usus Kecik terkeluar. Sebenarnya daripada 1st day Kecik sakit lagi Niza dah beritahu doktor yang perut kecik kelihatan semacam. Tapi mungkin doktor lebih tumpu pada yang penting iaitu tulang yang retak.





Di dalam badan kucing terdapat 1lapisan dan lapisan yang menyokong organ dalaman itu telah pecah sedikit dibahagian bawah hingga membuatkan usus Kecik terkeluar. (sila lihat gambar di atas). Hari Rabu, Niza ambil EL semata-mata tuk melihat Kecik di hospital dan membeli barang-barang keperluan Kecik.

Kecik seekor kucing yang sangat baik. Kecik makan dan minum di dapur. Kecik tak pernah berak dalam rumah, semua pemprosesan di luar pasir di hujung laman rumah. Kecik tak pernah nak gigit, sekalipun dia gigit tak pernah sakit. Mungkin dia sendiri takut nak gigit. Cuma, Niza penah marah Kecik sebab panjat meja dandanan (skema tul perkataan) Niza hingga membuatkan minyak angin Niza terjatuh dan pecah (sape suruh Niza letak kat situ kan).

Sambung cerita, ketika kami (mak, Niza & adik Niza) datang hospital, Kecik telah dibawa turun dari wad tingkat atas dan terus mengiau sebaik sahaja ternampak kami. Kecik tak berhenti-henti mencium jari-jemari Niza. Sedeynye... Mungkin Kecik mahu balik ke rumah. Tapi sayangnya, Kecik tak boleh terus balik petang tu memandangkan keputusan darah belum keluar. Berbalik pada cerita usus tadi, doktor kata tak boleh nak buat surgery lagi memandangkan Kecik baru shj menjalani surgery & sebagai kucing yang masih baby, dia tidak tahan dengan ubat bius yang kerap. Doktor cakap, melihat Kecik makan dengan banyak dan ok, tiada apa yang perlu di risaukan. InsyaAllah dalam 2 bulan kemudian baru boleh buat surgery.

Kami meninggalkan Kecik dan terus pergi membeli sangkar, bekas makanan, bekas air, bekas "pemprosesan", pasir, katil & susu. Niza pilih sangkar yang ada 2 tingkat supaya Kecik tidak bosan. Sebaik sahaja sampai di rumah dan menunaikan solat maghrib, Niza memasang sangkar kecik dan menyediakan semuanya tuk sambut kepulangan Kecik. Sangkar itu ditempatkan di dalam bilik Niza.


Hari berikutnya (Khamis - 18 mac 2010), Niza pergi kerja dan mak Niza menelefon Niza pada sebelah petang tuk memberitahu bahawa Kecik telah dibawa pulang dan jumlah bayaran yang dikenakan. Niza berkongsi dengan mak Niza mengenai pembayaran itu.

Sebelah petang, Niza sangat teruja tuk balik dan melihat Kecik. Perut yang lapar langsung Niza tak endahkan, yang penting Niza nak tengok Kecik. Sebaik shj sampai di rumah, Niza terus dapatkan Kecik di bilik Niza. Niza buka sangkarnya dan keluarkan Kecik. Corong leher yang dipakainya Niza bukakan supaya dia selesa tuk makan dan minum. Kemudian kami beri Kecik makan ubat dan Niza melapkan badannya memandangkan Niza tak dapat nak mandikan dia kerana takut terkena tempat jahitannya. Niza biarkan dia berjalan2, menjilat2 badannya tapi Niza perlu kawal supaya dia tidak terjilat & menggigit jahitan di kakinya. Setelah itu, barulah Niza masukkan semula corong leher. Kemudian Niza amik katil dan letakkan di depan TV, time tuk Kecik tengok TV di bilik mak. Kira2 jam 9malam barulah Niza masukkan Kecik dalam sangkar tuk tidur. Tapi, Niza sedar yang Kecik tak suka duduk dalam sangkar tu, jadi Niza keluarkan dia dan dia tidur di lantai berlapikkan katil dia tu. Tapi biasa la kucing, mana penah tidur stay 1 tempat, dia bangun dan tidur pula di karpet.

Jam 5pagi Niza dikejutkan dengan bunyi cakaran Kecik pada beg baju Niza. Lalu Niza masukkan dia dalam sangkar tuk minum, makan & membuat proses. Niza kemudian membiarkan kecik berjalan-jalan, siap ikut Niza p buang tahi die kat luar lagi tu. Tak padan dengan sakit kaki jalan merata. Adeh~ Niza panggil dia masuk dalam rumah dan memberi Kecik makan ubat. Sebelum Niza pergi kerja tadi, niza tinguk dia sedang menonton TV di bilik mak. Seperti selalu, Niza akan usap Kecik barulah Niza bertolak ke tampat kerja.

Jadi, inilah kisah kucing ku. Airmata ini akan selalu menitis melihat kesakitan kamu sayang. Semoga cepat sembuh dan menjalani hidup seperti selalu. Kakak sayang Kecik.


Wassalam...

Read More
categories: , | | edit post

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri