Winamp: Luar Biasa By Shahir
Assalamu'alaykum wbt,
Dalam hidup ini, kita tak dapat nak penuhi semua permintaan orang. Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang lantaran dek hati masing-masing yang berlainan rasa dan cara pemikiran.
Kadang-kadang kita cuba tuk penuhi permintaan semua orang hingga tanpa sedar sebenarnya kita yang ditindas, kita yang diperkatakan, kita yang disalahkan. Malah kerana tuk menjaga hati orang lain, kita sendiri yang terpaksa makan hati sendirian.
Biarlah segalanya menjadi rahsia dari pengetahuan insan lain. Walau sesiapa pun mereka pada kita. Perkenalan yang bertahun-tahun pun belum tentu dapat memahamkan kita tentang diri seseorang, inikan pula perkenalan yang tidak sampai setahun.
Pernah kata seorang kawan "Akak ni, selalu buat kerja yang tak ada kaitan dengan akak kan". Itulah namanya "tolong", tapi kenapa "pertolongan" itu pula menjadi buah mulut orang? Menjadi bahan perli dan sindirian orang lain kepada yang lain?
Apa yang sampai di telinga Niza, bukan sumber yang tak boleh dipercayai. Kecewa, pengetahuan agama tertanam dihati dan minda, tapi mulut pula tak pandai tuk berhenti berkata-kata. Itulah manusia. Bila susah, mencari, bila senang, menghindari. Bila berkepentingan, menjadi kawan sejati, bila tiada lagi urusan, langsung tak diambil peduli.
Tak mahu tuk ambil peduli kata-kata mereka kerana Allah lebih tahu. Tapi, kenapa Niza terus dijadikan sebagai saingan? Tidak layak kah Niza dikalangan kalian? Atau mungkin kehadiran ini terlalu menimbulkan tanda tanya pada kalian? Paksinya satu... Agama... objektifnya dua... dakwah dan kebajikan... Jika kehendak hati melebihi kehendak agama, usah mengemudi bersama~
Wassalam
Wassalam
0 comments