R.O.O.M.A.T.E.S

Posted by NIZA.Ati on Saturday, July 11, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Hari ni, Niza nak bercerita tentang ROOMATES... Buat pengetahuan semuan, Niza telah pun 10 tahun tinggal di asrama iaitu Aspuri SABKL 1999-2003, UiTM Sarawak 2004-2006 dan UiTM Malaysia 2007-2009.

Ketika Part 1 di UiTM Sarawak Niza telah sebilik dgn 2org kawan baik Niza iaitu Miza dan Niza (bukan saya ok). Miza berasal dari Pahang dan kami masih bersahabat baik sehingga kini. Niza pula adalah daripada Sarawak. Sayangnya, Kami sudah lost contact dengan Niza.

Ketika Part 2 dan Part 3 di UiTM Sarawak, Niza tinggal sorang memandangkan Niza adalah ketua Blok (ketika part 1 pun Niza ketua Blok). Ketika Part 4, Niza telah berpindah ke Blok 4 Kolej Seri Gading dan telah tinggal bersama kakak Part 6. Manakala ketika Niza part 5, Niza ber"roomate"kan junior sama sekolah menengah Niza iaitu Tira. Memang jodoh kot. Hehe...

Ketika di sambung ijazah di UiTM Malaysia, Niza telah tinggal di kolej Melati selama 4 semester iaitu sepanjang tempoh pengajian Niza di sana. Ketika Part 3 Niza telah ber"roomate"kan kawan sama UiTM Sarawak dan juga bekas classmate Niza di sana iaitu Nadia Sajali yang juga merupakan kawan baik Niza yang berasal dari Sibu, Sarawak. Ketika Part 4 dan 5 pula Niza ber"roomate"kan Farah iaitu kawan Niza dari UiTM Sarawak juga. Manakala ketika Niza di part 6, Niza telah ber"roomate"kan Ikin iaitu kenalan baru Niza.

Alhamdulillah, Niza mempunyai roomates yang baik. Susah senang dihadapi bersama, seorang terluka, seorang akan merawat. Niza sayang semua roomate Niza. Roomate juga adalah kawan terdekat kita... Sebenarnye semua orang tak menyedari tentang ini. Tapi yang pasti, Niza sayang semua roomate Niza. Andai ada terasa hati, itu sudah lumrah hidup bermasyarakat. Tapi, sejauh mane kalian diluar sana dapat mengatasi semua ini?

Roomate = kawan/sahabat. Ketika sakit, kitalah jururawatnya. Begitu juga ketika kita sakit, dialah jururawat kita. Kadang2 bila kita tidak balik ke bilik seperti biasa, roomate kite akan tertanya2 kemana kita pergi. Sejauh mana connection hati ke hati? =) Sepanjang Niza menjadi roomate kepada org lain, setiap kali exam Niza cuba tidak terlepas mengucapkan "All The Best" kepada roomate Niza begitu juga dengan roomate Niza. Sekalipun Niza tertidur selepas solat subuh, Niza pasti mengirimkan sms atau menulis notes pada roomate Niza. Itulah tanda prihati kite kepada kawan dan juga roomate kite.

Kadang2 roomate juga mampu mempengaruhi kita, contoh terdekat adalah apabila Niza bersenang2 tidur..pasti roomate ku juga akan tidur wlp tgh study..Hahaha.... Kadang bila Niza berjaga hingga ke pagi membuat thesis...roomate Niza juga akan berjaga... Tp xsampai pagi die dah tidur... =P

Dalam bab makan pun kami berkongsi dan kadang-kala kami bergilir membeli makanan. Seperti dalan entry2 lain sebelum ini, Niza banyak menekan GIVE AND TAKE dalam relationship. Buat semua "roomate" Niza terutama Hasmiza Desa, Farah Farhana, Nadia Sajali dan Nurul Asikin... Niza sayang kalian... Keep in touch ok...

Berkata Imam Shafie:

"Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku."

categories: , | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri