Showing posts with label YAK. Show all posts
Showing posts with label YAK. Show all posts

Istimewa Ramadhan 2011 Bersama Masyarakat Orang Asli

Posted by NIZA.Ati on Monday, July 25, 2011 [ 0 comments ]

Assalamu'alaykum wbt,

Kempen 'Istimewa Ramadhan 2011' Bersama Masyarakat Orang Asli!

Pelbagai aktiviti Ramadhan bakal dilaksanakan di kampung-kampung asli terpilih. Sumbangan boleh dihulurkan samada dalam bentuk wang tunai, bahan mentah dan sebagainya kepada En Shamsulmuddin 014 2295012. Sukarelawan diperlukan!

Sesiapa mahu sumbangan barang keperluan,bahan mentah boleh lah hulurkan seperti beras,teh,biskut dll..kerana program ni bakal sebulan di perkampungan asli..

Info lanjut layari :http://www.yayasanalkhalif​ah.com/

Yayasan Al-Khalifah adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan berorientasikan keuntungan (Non Profit Organization) didaftarkan di bawah suruhanjaya syarikat sebagai sebuah syarikat ‘Limited by Guarantee’, ditubuhkan pada 16 November 2006. Sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Maybank Yayasan Al-Khalifah : 564016118396

Read More
categories: | | edit post

Winamp: Stay The Same by John Mclntyre

Assalamu'alaykum wbt,
Alhamdulillah masih punya kesempatan tuk menyertai program yang dianjurkan oleh Yayasan Al-Khalifah (YAK) walaupun dalam kesibukan dengan kerja dan urusan tuk pindah-KAFA. Segalanya tidak dirancang oleh Niza tapi telah pun dirancang oleh Allah. ^_^

Bermula pada jam7.20pagi, Niza bertolak dari KAFA bersama Kaksu (Cheda) ke Selayang untuk mengambil Yanti (adik kepada Kak Mawar (officemate Niza) yang juga merupakan pelajar tahun akhir UIA). Kami terus ke Kuala Kubu Bharu untuk mengambil Afrida & Shuhada yang merupakan anak murid Kaksu di Darul Quran.

Kami bertemu En.Shamsulmuddin (pegawai perhubungan orang asli) dan ahli jemaah lain berhampiran UPSI dan meneruskan perjalanan ke Pos Slim, Perak. Ini merupakan kunjungan pertama Niza, Kaksu dan beberapa jemaah lain di Kampung Chinggung dan keadaan kami seperti "kera masuk kampung" dek teruja melihat rumah-rumah batu mereka yang cantik. Bukan tidak biasa melihat rumah batu orang asli yang disumbangkan tetapi rumah mereka di kampung ini sangat berlainan membuatkan kami sangat teruja. Sepanjang perjalanan dari KL ke Kuala Kubu Bharu hinggalah ke Pos Slim, Niza menahan sakit kepala... terasa seperti hendak keluar biji mata sebelah kiri & cabut urat leher sebelah belakang... lama sangat tak rasa sakit sebegitu. Walaubagaimanapun, alhamdulillah beberapa ketika setelah sampai ke destinasi, sakit kepala Niza mulai reda. :)


Kami tiba di destinasi kira-kira jam 10.45pagi. Seramai 8 orang kaum adam & 6 orang kaum Hawa yang terlibat dalam program kali ini dimana terdiri daripada sukarelawan Yayasan Al-Khalifah, pelajar UIA, Alumni Comrade (UIA), Ustaz Razlan & anak beliau dan Pelajar dari Pusat Dakwah Serantau (di kelolai oleh Yayasan Amal Malaysia).

Sebaik tiba di destinasi, En.Shamsul selaku pengarah program memberi keterangan kepada semua sebelum kami memulakan ziarah ke rumah-rumah yang ada untuk mengajak bersama-sama kami melaksanakan program. Memandangkan kami agak lewat sampai, para bapa sudah pun ke hutan jadi yang tinggal hanya kaum ibu (ami) dan anak-anak mereka.

Kaum ibu membantu kami tuk menyediakan makanan tengahari dan petang dimana menu makanan tengahari adalah kari ayam (yang diuruskan oleh ami Dayang), nasi putih, sambal tempoyak (durian yang diberi oleh orang kampung & cili padi yang dipetik di belakang rumah ami Dayang), begedil dan pucuk ubi (dipetik dibelakang rumah ami Dayang). Manakala menu makanan petang adalah beehoon goreng.


Sementara kaum ibu masak bersama sebahagian daripada kami, kanak-kanak pula menjalani modul bersama yang lain dimana kanak-kanak dihidangkan dengan video-video mengenai Islam dan pendidikan akhlak serta bermain belon yang telah dibawa. Aktiviti sebegini membuatkan adik-adik tersebut mudah untuk mendekati dan rapat bersama kami. Alhamdulillah. Mendekati orang yang mahu menghargai kehadiran kita dalam hidup mereka meskipun perlu mengorbankan masa dan kudrat adalah lebih baik daripada menghabiskan masa seorang diri ataupun mengorbankan masa kepada mereka yang tidak menghargai kehadiran kita.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ,(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui" (QS. As-Saff, 61: 10-11)
Setelah makanan selesai dimasak, kami memanggil ami-ami & anak-anak tuk makan bersama. Melayani kerenah kanak-kanak yang cuba tuk meraih perhatian membuat Niza tersenyum melihat telatah mereka yang menggembirakan. Mereka tak punya barang mainan yang canggih seperti adik-adik di KAFA As-Sobirin, mereka tak punye mainan yang banyak seperti kanak-kanak dibandar jauh sekali tuk mempunyai laptop sendiri seperti adik-adik di KAFA As-Sobirin apetah lagi mengenal dunia IT.. PSP... Tendo... facebook... etc... Tapi, mereka punya kegembiraan & hiburan yang asli yang diberi Allah seperti sungai tempat mereka bermandi-manda etc. (tetiba teringat teater LAT the musical)


Setelah adik-adik selesai makan tengahari mereka ke sungai bersama kaum muslimin tuk mengambil wuduq seterusnya menunaikan solat. Manakala ketika itulah baru kami yang muslimat baru berkesempatan tuk makan tengahari. Tapi sebelum itu, kami berenam menjamu durian-durian yang diberikan kepada kami ^_^ ehe~ tx a lot kepada yang memberi. Alhamdulillah... rezeki kami. Setelah menjamu durian & makanan tengahari, kami menunaikan solat dan terus berkemas tuk pulang memandangkan jam telah pun menunjukan pukul5.30petang. Kami bersalaman dengan ami-ami dan adik-adik sebelum bertolak pulang. Terharu melihat adik-adik yang menghantar kami hingga ke kereta walaupun dalam keadaan hujan. Paling membuatkan Niza teringat-ingat adalah apabila Alia datang terus ke tingkap sebelah Niza tuk bersalam. Masih terpahat senyuman dia... :)

Kereta yang dipandu Kaksu berpisah dengan Van dari YAK di kampung tersebut membawa haluan sendiri. Kak Su menghantar Niza & Yanti ke stesyen KTMB Kuala Kubu Bharu tuk pulang ke Kuala Lumpur sebelum Kaksu menghantar anak muridnya di Darul Quran dan kembali ke rumah. Manakala van YAK menghantar En.Sham & Andol ke Sungkai tuk mengambil pajero yang rosak ketika dalam perjalanan tuk melaksanakan program di pos Lemoi yang akhirnya terpaksa menukar ke Kampung Pawong,Pos Slim.. Van YAK terus pulang ke Kuala Lumpur selepas itu tuk menghantar jemaah lain.

Alhamdulillah, selesai sudah program kami walaupun hanya beberapa jam berada di sana. Kami turut disambut baik oleh penduduk kampung yang ramah dan mesra begitu juga adik-adik yang menghiburkan. Buat pengetahuan, penghuni di kampung tersebut melebihi 200orang (ini maklumat yang diberitahu oleh ami Dayang kepada saya) dan antara mereka hy beberapa buah keluarga yang sudah pun beragama Islam. Semoga bakal menyerlah lagi cahaya Islam di kampung ini. InsyaAllah.

Wassalam


notakaki: Niza sempat belajar beberapa perkataan orang asli semai. Antaranya:
Awak: Hek
Saya: Eng
Mak: Ami
Abah: Abah


Laporan Rasmi: Klik Di sini

Read More

Hakikat Sebuah Perjuangan

Posted by NIZA.Ati on Monday, April 4, 2011 [ 2 comments ]

Aku rasa bukan sia-sia mendaki bukit, meredah hutan bersama kawan-kawan
Malah inilah medan perjuangan selayak dengan daya kekuatan usia kita
Yang masih muda belia… apa salahnya kita luangkan sedikit tenaga, masa
Bersama mereka yang masih dahagakan ilmu dan iman jauh sekali kemodenan.
Yang hidup dalam serba kekurangan dan kegelapan…

Aku rasa bukan sia-sia ketika aku turun ke lembah untuk memancing ikan
Bersama budak-budak yang kotor berselut, berbau hapak dan hingus kering di pipi
Namun mereka bersuka-ria dengan kehidupan beralunan nyanyian kebebasan
Sebebas unggas di hutan yang terbang ke sana ke mari, bergurau senda bersama
Tiada keganasan macam yang kita rasai di hutan batu…

Aku rasa bukan juga sia-sia bila aku mengenali dan menghayati kehidupan mereka
Yang daif pada pandangan, namun kaya pada ketenangan dan kedamaian
Dapat merasai nikmat yang Allah berikan pada tangan sendiri
Dari kecil bila dewasa terus mengasari tangan sendiri, menarik rotan,
Tanam padi atas bukit, cari akar kayu,
Jadi hamba keparat penghisap darah mentah..

Demi kehidupan yang temurun diwarisi mereka akur dengan keadaan diri
Cuma mengharapkan generasi kini mengubah kembali pilihan moyang dulu
Yang memilih jalan sepi di hutan demi menjaga adat resam sendiri
Dan mengubah nasib bangsanya…yang moden pada kemusnahan…
Kerana mereka kenali kemajuan hanya pada keseronokan dan hiburan
Perjuangan kita… seharusnya tiada noktah… kerana pada tangan kita
Terletak satu amanah ilmu…yang perlu disampaikan pada yang perlu

Dan bukan sia-sia kita berjuang…bukan sia-sia kita berjalan jauh
Menyusuri jalan sempit nan redup… gugur keringat dan kepenatan
Menuruni selekoh bahaya… namun… kita gembira kerana
Di situ kita tersenyum tanda syukur pada Ilahi
Yang memberi kudrat sebagai pencinta.
Pencinta kedamaian, ketenangan dan….. kasih sayang

Pada malam ini, kita bangga dengan perjuangan kita selama ini
Setelah sepuluh tahun berlalu, kita masih gagah membawa misi
Dalam mencari keredhaan yang hakiki juga ketenangan tersembunyi
Lihatlah temanku… kini terbukti
Perjuangan kita bukan sia-sia… hasilnya sama-sama kita rasai…
Teruskan berbakti... teruskanlah!


Wan Norhisyam
A 4.5 Mahallat Bilal
2002

(Sajak ini pernah dideklamasikan pada malam sambutan Sepuluh Tahun COMRADE UIA)

sambungan..


Perjuangan ini,
bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirkannya.
Ia telah bermula sejak zaman Adam
sehingga ke akhir zaman
dan hakikatnya..
Kita adalah mata rantai daripada satu perjuangan yang panjang!

salam perjuangan al-azhar
2009



sambungan...

Dalam perjuangan yang panjang inilah,
kadang ku tersungkur lalu bangkit kembali meneruskan langkah,
kerana dalam perjuangan inilah ku temui erti cinta sebenar yang zahirnya tidak kelihatan,
tapi batin itu merasa ketenangan.
Akan ku layarkan doa,
meski suatu hari nanti tidak mampu lagi tuk ku bangkit tuk terus berjuang,
moga yang mendatang akan terus marak melangkah dalam perjuangan ini.
Hatiku, dalam perjuangan ini.

NIZA.Ati 2011

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga diri kalian berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Allah menentukan




Read More

Winamp: Nota Cinta by Saujana

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 25-27 Mac, Niza telah pun menyertai program ke kampung orang asli bersama dengan Yayasan Al-Khalifah. Pada awal perancangan, destinasi kami adalah Pos Lemoi, Cameron Highland. Niza agak teruja apabila diberitakan kami akan melalui jalan yang mencabar. Walaubagaimanapun, ketika dalam perjalanan, salah sebuah 4wd mengalami kerosakkan membuatkan kami terpaksa menukar destinasi ke Kampung Pawong, Pos Slim, Perak. 4wd yang rosak telah ditarik oleh pihak peronda PLUS hingga ke Tol Slim River. Kami bermalam di sana memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul 2pagi.

Keesokkan harinya (ok...sile stop ayat skema disini, saya dah tak sanggup nak tulis ayat skema), sementara tunggu makenik datang, we all sempat gak dok merembat jambu air di pokok jambu berdekatan. Wa~ best tau... macam dok kat kampung Niza je~ ^_^ Slalunye kalau balik Kampung Padang Asam tu mesti dok rembat jambu air Pah Nyah tu ^_^


Around kul9, 4wd 1 lagi dok tarik 4wd yang rosak ke workshop. Kami masing2 dah lapo. Sementara tunggu kedua2 4wd dicheck dan dibaiki, kami p makan sat kat kedai berdekatan. Dok pekena roti teluq... ^_^ Pastu, kami singgah masjid tuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Kira2 jam 3petang barulah kami bertolak menuju ke Kampung Pawong. Kira-kira jam 4.30petang kami tiba di kampung tersebut.

Ini merupakan kali kedua Niza menjejakkan kaki ke kampung tersebut. Pertama kali adalah ketika program ke Kampung Kengkong, Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan dimana kami singgah bermalam di Rumah sahabat kami iaitu Din di Kampung Pawong. Pada ketika itu, isteri beliau (Ros) baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiga. Kini, Dina sudah pun berusia 5bulan lebih.

Sesampainya kami di rumah Din Pawong (gelaran beliau), kami memunggah barang2 dan terus menyediakan bahan2 tuk "cak raya" dan kami bergotong-royong memasak bersama amek-amek yang datang membantu. Menu tuk makan malam adalah Nasi putih + Kari Ayam + Kobis Goreng. Setelah menunaikan solat pada malam tersebut, kami membuat tayangan filem kepada orang kampung.

Keesokkan paginya, kami menghidangkan lempeng + kari ayam kepada penduduk kampung. Sementara kami menyediakan makanan tengahari dimana menunya adalah nasi putih + ayam kicap + kobis goreng, orang kampung di menyertai sukaneka yang diadakan oleh sebuah badan NGO.

Setelah selesai makan tengahari, kami mengambil kesempatan tuk meluangkan masa di sungai berdekatan bersama adik-adik sambil membuat modul kebersihan.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat, kami mulai berkemas dan bertolak ke Kuala Kangsar tuk mengambil barang dan menjamu Laksa Kuala + Cendol. Kira-kira jam 6 petang kami mula bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kami berhenti makan malam di Rawang dan akhirnya tiba di Kg.Changkat kira-kira jam 11.00 malam.



Glosari:
Cak Raya = makan besar
Amek = Ibu
Abe = Ayah

info: Buat pengetahuan, Niza dimaklumkan bahawa selain keluarga Din, keluarga lain adalah beragama kri$tian dan ada yang masih tidak beragama.

Wassalam

Read More
categories: , , | | edit post

BENGKEL SUKARELAWAN ORANG ASLI

Posted by NIZA.Ati on Saturday, February 26, 2011 [ 4 comments ]

Winamp: You're My Heaven by SS501
Status YM: sabar menanti dalam setia... insyaAllah harapan menjelma...

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 15 Feb 2011(Selasa) yang lepas, Niza telah mengikuti BENGKEL SUKARELAWAN ORANG ASLI yang bertempat di UIA.

Seramai 43 peserta telah hadir ke bengkel tersebut di mana mereka terdiri daripada badan/kelab :

01) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
02) JASA (UIA)
03) COMRADE (UIA)
04) Titian Asli
05) Muhammadiyah International
06) IOA
07) MRA
08) ABIM Johor
09) Kolej Darul Hikmah
10) Darul Quran
11) ADNI
12) Geng Belantara
13) International Islamic College

Turut hadir adalah Dato' DR. Hj. Abd. Razak Kechik selaku pemegang amanah Yayasan Al-Khalifah, Mejar(B) Darwish Muhammad dari DJ Learning & Services, dan En.Rezaidi Ishak dari Malaysian Relief Agency.

Seawal jam 8.50pagi Niza telah tiba di UIA tuk membantu akhi Ja'a (Azhar). Maaflah, xbanyak sangat membantu.... bantu ape yang boleh dibantu sahaja

TAHNIAH kepada Ja'a coz berjaya menjadi emcee walaupun 1st time jadi emcee... ^^ ehe~

Tentatif program adalah seperti berikut:
0900: Pendaftaran peserta & makan pagi
1000: Ucapan Aluan dari En.Sahmsulmuddin (Pegawai Perhubungan Orang Asli YAK)
1015: Persembahan video YAK
1030: Slot 1: "Orientasi Sukarelawan dan Penggerak" oleh Saudara Rezaidi Ishak
1230: Makan tengahari + Solat Zohor
1400: Slot 2: "Telur Retak 1000" oleh Saudara Nor Azhar Mohamed
1500: Slot 3: "Jatidiri Penggerak (Aktivis) Dalam Persekitaran Semasa" Oleh Mejar (B) Darwish Muhammad dr DJ Learning & Services
1630: SOlat Asar
1715: Penggulungan dan Penutup oleh Dato' Dr.Hj. ABdul Razak bin Hj. Kechik
1800: BBQ
1920: Solat Maghrib & bersurai

Untuk laporan penuh, sila klik disini.

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” - (Fussilat: 33)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” - (Yusof: 108)








p/s: Lame jugak entry ni tertangguh, sudahnye sikit je yang di taip di sini... so, tuk laporan penuh sila klik di atas. ^^


"Jangan Ghairah dan Jangan Mengalah" ~Shamsulmuddin~
Wassalam

Read More

Sanah Helwah to Ja'a!! Eid Milad Saied~

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, November 24, 2010 [ 0 comments ]

Winamp: Cukup Indah by Alif Aziz
Status YM: Sesiapa yang ingin order barangan HiGoat sile order selewat2nya 29Nov~ (Click Here) (dihati ini hanya Allah yang tahu~)
Status FB: kalau saya bukan dalam bidang computer... bidang ape yang sesuai tuk saya??? hurm...

Assalamu'alaykum wbt,
Bermula dengan sms daripada KakSu/Cheda yang memberitahu tentang sambutan hari lahir Ja'a (tak jumpe la pulak sms kaksu tu dalam hp~).... diriku menyimpan rahsia itu... selang beberapa hari... diriku diberitahu oleh Faiz pula...


Iyelah~ diriku terus pula menyampaikan kepada Kak Mawar dan Baie tentang rancangan itu~

Pada hari kejadian:

(tengok ja'a, tengah keje pun kawan ja'a sibuk pk hal malam tu~ ^_^ terharu x? -saje nak bagi poyos sikit n3 ni-)

Itu je la... yang lain2 xyah le kan... So, after kerja pada hari kejadian, Niza & Kak Mawar sempat singgah di rumah Niza sebelum b- ke UIA kira2 jam 6ptg selepas bersalam dgn ibu tercinta. Tujuan kami b- seawal tu bagi mengelakkan datang lambat (ye la...cakap 7.30pm nak start kan... kang b- kul7.15pm pas Maghrib kang xdan plak sampy kul7.30pm coz ditambah dengan jam lg~). Selain tu, supaya kami ade masa nak bergambar kat UIA. Ehe~

Niza & Kak Mawar sampy around jam6.30pm (tu pun sempat tawaf 1 pusingan kampus UIA tu~). Sebaik sahaja parking... kami pun memulakan agenda pertama kami... hik3...


Setelah menunaikan solat maghrib di Masjid UIA, Niza & Kak Mawar bertemu dengan Baie di bahagian level bawah masjid tersebut dan terus ke taman (taman ke?). Sementara menunggu, kami bergambar lagi... ^^ sempat juga Niza kejar katak yang kebetulan berada di situ... hik3... Kemudian kami beralih ke tempat yang dijanjikan tuk berkumpul... iaitu di tangga besar (tangga utama).

Tidak lama kemudian, terlihat pajero yang sangat dikenali yang dipandu oleh orang yang dikenali juga... >> Nor Azhar Mohamed suda tiba!!! Serentak dengan itu juga terlihat kelibat Kak Su & Kak Adah. Adeh~ semua dan ada... tapi yang sorang tu mana? Orang yang nak diraikan pun dah ade...

Sementara menunggu seorang lagi, kami sempat juga berbual sambil2 makan kerepek yang dibawa oleh Kak Mawar sebelum kami keluar tadi (sebab we all lapar giler time tu!!!). Sempat juga Niza & Baie kejar anak kucing~

Niza dah agak riso bile melihat jam di tangan Kak Mawar (Niza dah lama tak pakai jam tgn sejak abes SPM) sudah pun menunjukkan 8.15pm. Azan Isya' pun sudah berkumandang. Ketika jam menunjukkan 8.18pm barulah mendapat sms dari orang yang kami nantikan. Niza dan Kak Su bangun dan menghampiri ke kereta~

Yea~ mase tuk meraikan... tak suprise langsungkan sebab Ja'a dah sampy dulu... huk3... ape2pun... best jugak!!!



Turut memeriahkan majlis pada malam tersebut: Kak Su (shareholder utama), Faiz, En.Sham, Ust.Razlan, Kak Adah, Kak Mawar, Kak Shariyah, Baie dan tetamu istimewa dihatiku >> si comel Ammar ^_^


Acara kemuncak kami pada malam itu adalah acara "MENEPUNG Ja'a". Walaupun itulah kali pertama Niza "menepung" manusia (sebab memang xsuke menepung org sebenarnya) tapi Niza rasa Niza la paling jahat kot~ ngehngehngeh~ xmo buat lagi dah lepas ni...huk3...


Kami beredar kira-kira jam 10malam. Niza terus menghantar Baie ke rumahnya dan kemudian pulang ke rumah bersama Kak Mawar. Around 11malam barulah tiba di rumah. Niza terus mengupload pic & video sambil2 di soal siasat oleh Ja'a di ym tentang perancangan sambutan birthday beliau. Setelah menunaikan solat, jam 3pagi barulah Niza melelapkan mata. Esoknyer kerja!!!

So, tu je lah stoly-moly from me~ HAPPY BIRTHDAY to Ja'a... Selamat mencari dot dot dot ok~ ^^ Ape tu "dot dot dot"? ha~ tu kene ty die!~



Apa kata Ja'a tentang kejutan sambutan hari lahirnya itu?



Wassalam

p/s: xmo main tepung lg taw Niza!!!

Read More
categories: | | edit post

Winamp: Bayangan Gurauan by Mega
Status YM: tak susah tuk cube memahami... buang ego dan buka hati tuk menerima... itu sahaja...
Status FB: Jujur, saya tak kuasa... jika bukan... padamkanlah apa yang tersurat dan tersirat... jika benar... permudahkanlah urusan ini Ya Allah... demi redha mu...

Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku”. (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.(Al-Anbiyaa: Ayat 24) - Kebetulan antara ayat yang dibaca dalam al-quran malam tadi.
Assalamu'alaykum wbt,
My last weekend is one of my best weekend. Alhamdulillah akhirnye berkesempatan tuk Niza join program da'wah ke perkampungan orang asli. Sebelum ini pernah diajak tuk serta tapi masa tidak mengizinkan. Alhamdulillah kali ini Allah permudahkan urusan tuk Niza turut serta Program Gerak Gempur Da'wah Orang Asli 2010 anjuran Yayasan Al-Khalifah dimana pemegang amanah adalah Dato Dr.Haji Abd Razak Haji Kechik dan Pegawai Perhubungan Orang Asli adalah En.Shamsulmuddin.

Terima kasih kepada KAMU yang mengajak Niza.

Program ini telah disertai oleh 8 orang iaitu terdiri daripada Muhammad Faiz Abu Samah(Faiz), Azhar Mohamed (Ja'a), Suhaida (kak Su/ Cikda), Baizura (Baie), Mawarni Ramle (kak Mawar), Abdullah, Muhammad Hafizi (fizi) dan NIZA sendiri.

Hari Pertama:
Bermula Jumaat malam, beberapa ahli pergi membeli barang-barang keperluan di Selayang. Kemudian terus ke "markas" di kg.Changkat, Gombak bagi mengambil ahli lain. Setelah mengemas semua barang ke dalam van, kami memulakan perjalanan dimana van dipandu oleh Ja'a.

Hari Kedua:
Kami tiba di rumah seorang sahabat, Din di kg.Pawong, Simpang Pulai kira-kira jam 3 pagi dan berehat sementara menanti siang. Yang muslimat semua tidur dalam khemah yang didirikan di dalam rumah ^^. Kira-kira jam 6pagi kami sudah bangun bagi menunaikan solat Subuh, menyediakan sarapan & mengemas tuk meneruskan perjalanan. Destinasi kami adalah Kampung KengKong, Post Brooke, Gua Musang, Kelantan.


Kira-kira jam 10.30pagi, kami tiba ke destinasi. Alhamdulillah kami di sambut baik oleh penduduk kampung. Kami terpaksa turun ditepi jalan dan berjalan kaki masuk ke kampung memandangkan van tidak dapat tuk turun/naik kerana keadaan jalan yang tidak bersesuaian dengan van. Kebiasaanye para sukarelawan (apsal cam skema je ayat Niza ni...adeh~) akan menaiki pajero tapi oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan pada saat2 akhir sebelum bertolak, kami menggunakan van. Jadi, sampai di sana, kami perlu menuruni bukit (bukit ke? boleh la) tuk sampy ke kg tersebut. Turun xde la masalah sangat... cume adap naik tu... sakit kaki gak la walaupun xsemput (Niza xde la semput, tp xtau lew yang lain). Cume memang agak penat la~ Sebab tu lau dah turun, kami yang muslimat ni xmo naik dah... ^^ 2kali turun, 2kali naik..cukup!~

Alhamdulillah, kebetulan ade rumah kosong, dapat la kami menumpang barang-barang kami di rumah tersebut. Niza, Kak Mawar, Baie & Fizi membersihkan rumah tersebut sementara Ja'a, Faiz, Kak Su, Abdullah dan adik2 kampung tersebut membantu mengangkat barang dari atas. Then yang laki2 ni tolong la pasang2 dan sediakan ape yang patut barang2 tuk masak. Menu lunch pada hari tu adalah nasi putih + sayur + ayam paprik + Sirap Cincau. Sementara kak Su & Baie sediakan bahan2 tuk masak, Niza dan Kak Mawar teruskan dengan modul bersama anak-anak orang asli. Sambil bermain congkak & dam mengajar mengira juga. Baie, Fizi & Abdullah pun turut join. Bila candy dah abes, Niza & Kak Mawar tinggalkan adik2 tu dengan Baie, Fizi & Abdullah tuk membantu Kak Su. (sebenarnya tiada skop tugasan... hanya saling membantu).

Setelah makanan siap, kami memanggil orang2 kampung tuk makan bersama. Alhamdulillah ramai yang join... amek2 & abe2 serta anak2 mereka ^^ Tiba petang hari, hujan mulai turun dan anak2 kampung sibuk membantu Faiz, Ja'a, Abdullah, Fizi, Baie dan Kak Su tuk menaikkan khemah... actually lapit canvas dijadikan cam bumbung (bukan bumbung la..nak panggil ape ntah..xtercapai plak perkataan tu). Boleh la buat tempat lindungan dari hujan. Sementara tu, Niza & Kak Mawar busy melipat baju2 derma yang bersepah dalam rumah yang kami tumpang tu. Ade la basah sikit sebab atap tengah rumah tu dah bocor~ Kepada Ja'a: Niza & K.Mawar minta maaf la sebab baju Ja'a termasuk skali...hik3... sape suruh letak merata =P

After hujan reda, kami ambil kesempatan tuk membersihkan diri dan menunaikan solat Jamak Takhir dan Qasar.

sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu: “Inginkah tuan-tuan saya ceritakan perihal sembahyang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sewaktu sedang dalam perjalanan.” Ujar kami: “Baik.” Katanya: “Jika baginda masih berada di rumah semasa matahari telah tergelincir (masuknya waktu Zuhur), baginda jamakkan Zuhur dengan Asar (jamak taqdim) sebelum berangkat, tapi kalau belum lagi tergelincir, maka baginda berjalan hingga nanti bila waktu Asar masuk baginda pun berhenti dan menjamak sembahyang Zuhur dengan Asar (jamak ta’khir). Begitu juga jika selagi baginda di rumah waktu Maghrib sudah masuk, baginda jamaklah sembahyang Maghrib dengan Isyak, tetapi kalau waktu belum lagi masuk, baginda terus sahaja berangkat dan nanti bila waktu Isyak tiba, baginda pun berhenti untuk menjamak sembahyang Maghrib dan Isyak itu.”

sebuah riwayat dari Ya’laa bin Umayyah radhiallahu 'anhu, dia berkata: Aku pernah bertanya kepada Umar al-Khattab radhiallahu'anhu berkenaan dengan firman Allah “maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir” ; sedangkan pada masa sekarang ini manusia menjawab: “Aku sendiri pernah merasa hairan juga seperti kamu oleh itu aku telah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang hal ini lalu baginda bersabda: “Itu adalah sedekah yang
diberikan oleh Allah kepada kalian maka terimalah sedekah-Nya.”
Seterusnya kami mula masak untuk makanan malam sebelum matahari terbenam. Menu pada malam itu adalah nasi putih + kari ayam + sayur + sirap bandung cincau. Sementara itu, yang muslimin pula pergi menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama orang-orang kampung. Selesai solat maghrib & mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ja'a, orang-orang kampung dijemput makan bersama. Walaupun tiada bekalan elektrik, tapi mereka tetap turun dan makan bersama kami dan berghambeh (lepak2 borak2. p/s: berghambeh tu dalam bahasa sarawak).

Ade yang dok berborak, ade yang dok main gitar (anak2 muda la ni). Depa dok tu pulak kat tangga rumah kami tinggal tu... adeh~ memang cuci telinga je la mendengar... but to be honest... not bad la dorg main~

After masing-masing dah selesai solat, kami pun mula merehatkan diri (buat pekak je budak2 main gitar kat luar). Malam tu, bulan sangat chantek...purnama mengambang (Niza kan suka tengok bulan mengambang)... subahanaAllah... bile dilihat di balik2 pokok, lagi nampak chantek... Niza minta someone amik gambar... tapi die x amik pun... sedey~ huk3...

Dalam nyenyak tidur malam tu, tetiba tengah malam kami semua terjaga apabila terdengar nyalakan anjing... dalam kepala otak Niza teringat kate2 someone yang rumah tu berhantu... hak3.. sengal, boleh plak teringat, tapi as usual... "Lantak ko la anjing". Niza pun sambung tidur.

Hari Ketiga:
Around 5.30pagi Niza dah terjaga dek kesejukan yang amat sangat hingga terketak2 gigi... adeh~ Dalam 5.45pagi keempat2 muslimat ni dah bangun... masing2 sibuk nak gi toilet... Kak Su & Baie pergi dulu sementara Niza & Kak Mawar gosok gigi, cuci muka, amik wuduq dan terus menunaikan solat Subuh. Then tukar. Tapi malang sungguh Niza & Kak Mawar... boleh pulak anjing2 tu stay dok depan toilet tu (condition toilet: xde jamban pun dlm tu... xde pintu pun...hanya de towel yang tutup which now dah ade kain batik lepas...much better than before~ Lau nak melepas, pegilah ke sungai... luckily xde plak nak ter"berry" sepanjang kat sane...muahahaha~).

Around jam 6.45pagi bile yang muslimin dah bangun and solat, Niza & Kak Mawar terpaksa minta bantuan Fizi tuk halau anjing2 tu... ^^ Selamat~ Tx to Fizi again~

Then Niza & Kak Mawar busy membasuh kuali2, pinggan-mangkuk etc yang dipakai pada malam sebelumnya. Agak banyak la... sampy luke berdarah jari Niza... (eleh~ macam xbiase je jari luke kan!!! Tapi agak sakit la... sampai hari ni pun masih lagi terasa. Tapi luka dijari boleh diubati, luka dihati siapa tahu..chewah~ selingan je tu..xde kaitan dengan hidup ataupun matinya diriku~).

Sementara tu Kak Su & Baie membuat persiapan nak memasak tuk breakfast. After breakfast, Kak Su ngaja amek2 tu buat kuih karipap sementara Fizi & Abdullah pula melayan anak2 amek2 tu melukis & mewarna. Sesi "Mari mewarna bersama uncle Fizi & Uncle Abdullah". Baie pula tolong2 Kak Su, Niza & Kak Mawar pula dok carik ayam & potong ubi kentang tuk buat inti karipap. Then kami sambung dengan membersihkan ayam dan menggoreng ayam tuk dimasak buat makanan tengahari. Time tu la pulak air xde kan~ Sampy terpaksa gak Fizi memanjat tangki air tuk amik air (wah~ hebat taw...)

Tetiba... muncul ayah kak Mawar~ wah~ best betul ayah datang... i loike~ (Pakcik...1st time saya jumpe pakcik tau walaupun dah banyak kali datang umah pakcik ^^). Time kak Mawar dok berposing2 ngan ayah terchenta, ade plak watak2 tambahan kat belakang tu~ (Ja'a, series chumel aksi kamu dalam picca tu..ahaks~)

Pas suda selesai masak tengahari tu, kami panggil la amek2, abe2 & anak2 dorg makan... then kami pun kemas2 la barang kami sebelum berkumpul di rumah tok ketua bersama orang2 kampung tuk sesi terakhir kami bersama meraka.


Dimulakan oleh ucapan terima kasih Ja'a mewakili kami semua atas kerjasama yang diberikan oleh orang2 kampung, seterusnya Ja'a & Kak Su membantu orang asli yang alhamdulillah terbuka hati mereka tuk masuk Islam. Semoga dipermudahkan urusan mereka dalam memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka selepas ini. (Faiz, JazakaAllah atas peluang yang diberikan kepada Niza. Begitu juga kepada Ja'a dan Kak Su. Asif jiddan ya akhi wa ukhti andai ada salah silap Niza sepanjang program dijalankan).


Setelah itu, diteruskan dengan membahagi2 pakaian yang disumbangkan kepada orang2 kampung. Happy nyer tengok dorang happy sebab dapat baju... ^_^ Adik2 yang dapat tudung tu terus memakai tudung selepas tu, chumel je masing2 ^^. Then kami pergi ke setiap rumah tuk memberi sumbangan berupa barang dapur dan bersalam-salaman sebelum kami mula mengangkat barang2 tuk beredar. Turut membantu dibantu oleh orang2 kampung terutama adik2 kecik tu... sungguh luar biasa hebat (chewah~ macam wat promosi HIGOAT plak Niza ni) adik2 tersebut, kuat mengangkat barang2 dan tangkas mendaki bukit~ Kami yang dah tua2 ni je slow skit... huk3... (biaselah, slalu escape g jogging kan~ Niza la..yang len xtau lew... Gamaknye rindu dah Lake Garden tu kat Niza~ ^^)


Selesai je memasukkan barang2 ke dalam Van, kami terus ke Kg.Jerdip tuk membasuh periuk belanga segala~ (tx to kaum adam yang tolong basuh while kami kaun hawa sibuk mewangikan lagi diri kami yang sedia wangi ini). After solat Jamak takhir & qasar, kami terus bertolak pulang ke ibu kota (chewah~ lama tak pakai perkataan tu). Dalam perjalanan, dan pula kami singgah p beli buah tangan. Ramai pula dok beli strawberry, tapi Niza tak pun~ Just beli jagung sebab biasenye lau pegi Cameron memang beli jagung, sayur2an & buah oren yang manis ^^. Try call my mom nak ty nak beli ape, tp tak berjawab plak, so beli je la jagung~ Tx to Kak Su belanja kami eskem strawberry... alhamdulillah xde la masam sangat eskem tu... boleh la Niza makan (Niza ni memang tak tahan makan masam... tp boleh plak telan umai (makanan org sarawak~ SEDAPnyer~). tx jugak kepada Fizi sebab tunaikan permintaan Niza (Fizi belikan sekuntum bunga ros merah ^^).

Tapi perkara yang membuatkan Niza tersenyum puas & berhati sangat gembira adalah bunga ros dan pelangi yang kami semua lihat pada petang itu serta bulan mengambang yang menghiasi 2 malam kami bersama. Mungkin kita boleh melihat pelangi dan bulan yang chantek itu dimana2 sahaja, tapi tuk melihat pelangi dan bulan yang chantek itu bersama sahabat bukan sesuatu yang acap kali kita akan dapat. Hanya se"simple" itu sahaja sudah membuat Niza tersenyum hingga hilang semua penat~

"Ku harap cerah mentari, tetapi hujan yang turun. Bila berhenti hujan, baru ku sedar munculnya pelangi"
Begitulah sunnatullah alam, telah ditetapkan Allah s.w.t dari awal penciptaan alam ini lagi, tidak berubah, tetap, dan berterusan dengan izin Allah s.w.t.

"...Sunnatullah” (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu." (Al-fath: Ayat 23)
Seterusnya kami berhenti tuk menunaikan solat Jamak Takhir & Qasar di R&R Tapah dan mengisi perut yang lapar (Niza takde selera pun nak makan...adeh~). Then terus pulang ke KL... kami singgah mengantar Kak Su di rumahnya di Taman Bujang, Kuala Kubu Bharu. Seterusnya mereka drop Niza di rumah Niza di Selayang dan Niza terus drive hantar Kak Mawar n terus balik ke rumah Jalan Duta. Around 12.20pagi(25 Oct 2010) Niza sampy rumah. Sempat lagi layan FB, edit pic & upload pic. Around kul2.50pagi baru-lah cuba melelapkan diri di sisi si Kecik yang kerinduan pada maminyer ini...(eceh~ windu betul c kucing itu pada diri ini ^^). Seawal jam6.15pagi sudah bangun tuk memulakan tugasan seperti biasa.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan kami. Semoga ukhwah yang terbina & semangat perjuangan yang ada sentiasa mekar dihati kita. InsyaAllah.

Apa yang kita dapat dari program ini???
1- Membantu Agama: "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" (Muhammad: 47;7)
2- Menyeru kpd Kebaikan(dakwah): Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Al-'Imran: 3;104)
3- Jalinan Ukhwah: Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri)ʹ (Imam Hasan Al-Banna)
4- Bersyukur: ”Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Nahl: 18) . (syukurlah korang de jamban kat umah... syukurlah korang de tampat tinggal yang sempurna dengan air & elektrik, syukurlah dapat makan sedap2...byk lg yang boleh disyukuri dalam setiap helaan nafas kite ni~)

Inilah dia kekuatan iman yang diwariskan oleh perasaan yang mendalam, jiwa yang benar dan mahabbah, kasih sayang dan rasa hormat, saling mempercayai, saling membantu, mengutamakan orang lain, rasa belas kasihan, bertoleransi dan sebagainya. Jika pernah dengar ungkapan yang selalu disebutkan;

TIADA UKHWAH TANPA IMAN ("Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara" - AlHujurat:10) DAN TIADA KEIMANAN YANG SEMPURNA TANPA UKHWAH,
TIDAK ADA PERSAHABATAN TANPA TAQWA DAN TIADA KETAQWAAN TANPA PERSAHABATAN ("Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"-Al-Zukhruf:67)
So itu je stoly-moly dari Niza.

Wassalam

p/s: setiap dari kita ada kenangan terindah yang hanya kita sahaja yang tahu... tak semua perkara dapat Niza story disini, kang sampai esok pun korang x abes nak bace ^^ well... just keep it in my heart~ dan pengalaman mengajar Niza untuk menyimpan cerita indah secara personally. Btw, sorry coz ni je gambar yang ade. Gambar aktiviti2 yang berjalan di sana hanya ada di camera Ja'a yang disnap oleh photographer profesional (konon~)

Read More

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri