Assalamu'alaykum wbt,
lately ni busy sangat... *sokmo je cakap busy kan* ye la... lau xbusy... confirm dah banyak entry yang dimasukkan dalam ni. Busy dengan system, busy dengan client, busy dengan meeting etc. Tapi weekend tu sempat jugak la pegi rumah orang kawin... macam baru2 ni, Niza, Kak Laili & Yoyo pegi kenduri Kak Suria di Shah Alam. Sebelah suaminya -> Abang Fitri. Abang Fitri tu pulak abang kepada adik yang rapat dengan Niza dalam SMF iaitu Fahmi. Apa2pun... tahniah diucapkan buat Kak Suria dan Abang Fitri. InsyaAllah korang akan bahagia, untung kak Suria dapat abang Fit tu... ^^ Amin...
Adikku Fahmi
Yang tak best nye... soklan dari Fahmi kepada Niza... "Akak bila lagi", as usual jawapan Niza "tolonglah carikan yang soleh". ^^
Bukan senang nak jumpe lelaki yang baik... tapi... ade je yang baik nak... tapi takde jodohkan... dah kawin pun mereka... Mungkin atas sebab aku mahu belajarlah aku putuskan keputusan begitu. Now aku dah keje pun... Bukan tak jumpa yang baik... ade je... kawan baik sendiri pun... lama jugak berkawan... 6 tahun kot... bagi aku... dalam ramai2 dialah yang perfect dipandangan aku... tapi... kami hanya kawan... tuk akan datang? WaAllahualam...
Hati aku dah terlalu berulang disakiti... sampai aku dah penat... aku tak mahu lagi hati aku disakiti... samada dari orang yang sama mahupun orang lain... Setakat ni UNIQUE je yang menyakitkan... abaikanlah... aku dah tak kesah... ko suke aku? Sile masuk meminang... terima kasih... -n-
Aku dah macam lagu PUPUS dari Firdaus tu je skarang... hak3... lantak la... yang penting tumpu pada kerja... ATLEAST dalam usia aku begini aku dah ade duit sendiri, aku tak menyusahkan orang lain, aku dpt bg parent aku duit, aku dapat bayar hutang ptptn aku, aku dapat uruskan hidup aku dengan sempurna... semuanya kerana ALLAH.
Hari ni, hadis pilihan adalah hadis keenambelas: Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! " "laa taghdhob ... laa taghdob ... laa taghdob" (Jangan Marah)
Ada sedikit perbincangan dengan sahabat2 di sana tentang hadis ini. WaAllahualam... Setiap hari kita membaca hadis tuk mengingatkan diri kita. Tapi ada manusia yang "memutar belit" perkara2 begini. TEPUK DADA, TANYA HATI, TANYA IMAN. Hidup Matiku KeranaNya.
Wassalam
ala... mane muka sy?? eh .. gamba kat blkg tu? tgh amek gamba tu!! hoho!!!
Ye la..tu ha..dah masukkan... =P
oh!! muka sy dah bercantum ngan kamera!!
bagai aur dgn tebing..xdpt dipisahkan.. =P