Assalamu'alaykum wbt,
Selagi kamu tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kamu sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat "musuh-musuhmu" bahagia. Wahai diri, ingatlah... segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.
Jika datang orang "menghadiahkan" airmata... Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi "sebab", lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi "musabbabil asbab". Jika kamu disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti redha.
Firman Allah yang bermaksud:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara" - Surah Fusasilat:34
Kini, hatiku tertanya-tanya lagi... siapa aku yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba! Sedangkan Dia Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil untuk berdendam? Ya Allah...
Petikan dari Buku "Di Mana DIa Di Hatiku"
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Terbitan: Karya Bestari
p/s: kerana Niza sering memikirkan "siapa ku tuk menghukum seorang manusia" membuatkan Niza sentisa memaafkan orang lain... meskipun Niza yang terluka... Allah lebih layak tuk menghukum... berbuat baiklah meskipun ade yang underestimate diri kita... kerana Allah lebih tahu hati kita... insyaAllah...
well, when it comes to heart matters, very hard to say..em..