Migrain vs Aktiviti

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, April 21, 2010 [ ]

Song: Cari Jodoh (era.fm)
Venue: Office (HQ)
Mood: Studying about Information Technology Project Management (While waiting 10am tuk meeting. Ingatlah, bukan student je kene study, orang dah keje pun kene study gak tau)
FB Status: "Isnin depan saya nak cuti!!!!!!! hantar kucing gi hospital UPM laks... (saya sayang cuti saya yang 18hari tu...huk3..)"

Assalamu'alaykum wbt,
Semalam, aku pergi ke Cyberjaya lagi (bosan tul gi Cyberjaya tapi best sebab leh balik umah awal..hik3). Sesampai je di rumah, aku terus keluar dengan mak tuk hantar kereta Serena ke bengkel dan sementara tunggu kereta siap kami ke Hospital Veterinar di Jalan Gasing tu.

Sepatutnya Kecik kene operation tuk lapisan dalam perut die tu hari minggu ni, tapi aku nak buat operation tu di hospital veterinar kerajaan di UPM. Jadi semalam kaki Kecik yang di surgery aritu di X-ray semalam tuk mengetahui perkembangan, alhamdulillah doc kate makin bagus and sangat amazing la sebab baik camtu. Walaupun tulang dalaman tu dah ok, tapi nampak la cam lain kaki Kecik tu terutama bila dia duduk.

Selain tu, dah 2 hari sebenarnya Kecik cirit dan tak banyak makan seperti selalu. Setelah diperiksa taiknya, doc dapati ada telur cacing. Tetiba aku tanya soklan bodoh kat doctor:

Aku: Telur cacing je la, cacing tak de la? (pas aku tanya baru aku pk...ape
bodohnye aku tanya soklan ni..hak3..tapi dah terlepas)
Doktor: Ada, mungkin lepas die keluar rumah tu dia terkena cacing.
Yups..last week Kecik berjaya meloloskan diri kuar dari rumah semasa ketiadaan aku, mak aku siap kol lagi btau Kecik hilang dan aku hampir nak balik rumah time office hour namun telah dijumpai (Kecik sendiri masuk rumah dari arah dapur). Mungkin dia main di bahagian hutan belakang rumah.

Sambung balik, then doktor terus bagi Kecik ubat cacing. Bagus gak, tak payah susah2 aku bagi die makan ubat. Pasal usus Kecik tu pulak, hari Khamis ni insyaAllah mak aku amik X-ray hari tu supaya aku boleh bawa time aku jumpe doktor di UPM.

Balik je dari hospital semalam, aku hantar mak aku amik kete Serena, dan terus aku balik rumah. Lepas solat Asar, terus aku dan mak ke rumah baru kami di Selayang. Kemudian terus ke pasar NSK.

Semalam amatlah busy tapi aku takde lah letih sangat pun, cume sebenarnye aku menahan migrain aku dari tengahari sampy la Isya'. Sebabnye lepas je solat Isya' terus aku tidur... Gile sakit urat leher aku dan rase cam nak cabut je... (ape kaitan urat leher dan migrain? Lu pk la sendiri, hanya orang yang sakit kepala je tau)..huk3...

Sebelum tidur tu sempat la aku gi bagi makan antibiotik kepada Kecik, buat susu tuk Kecik dan bagi ikan goreng sikit. Kenapa aku bagi ikan goreng??? Sebab Kecik tak nak makan langsung frieskies die.. and tak nak minum langsung. Tu pun die tak makan susu dan ikan goreng tu. Bila aku nak tidur, Kecik pun dok sebelah aku join venture...hak3...

Macam biase la, seperti jaga baby mesti asyik terjaga tgh malam. Aku pun camtu la, malar (selalu dalam bahasa sarawak) je terjaga dan mesti cari die. Kucing, biase la, tidur tak penah tetap tempat (walaupun katil die ade tapi tak nak tidur kat katil die). Kul5.30pagi aku bangun, tengok ikan dah abes, susu de la luak sikit. Alhamdulillah, atleast die makan. Semalam aku sangat risau sebab die tak nak makan hingga mengalir airmata aku... huk3...

Pagi ni ade la jugak die minum air dan makan frieskies die tu... As usual, sebelum pegi kerja pasti ku menciumnya... Kak Ti cayunk Kecik..

Tu je la cite aku, aku nak sambung study jap.

Wassalam.

P/s: To Faiz, terima kasih le nasihat ko suruh aku jaga kesihatan aku dulu.. memang betul tu... cume kadang2... Meskipun kite sakit, kite tetap dapat bertahan tuk sesuatu yang kita sayang... betul x? (^_~)

Btw, aku dah minta cuti Isnin depan tuk hantar Kecik ke hospital Verterinar UPM


categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri