Cerita Lawak Adikku Siti Sarah

Posted by NIZA.Ati on Tuesday, July 7, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt
Tetiba lak Niza yang pemalas meng"post" entry tepat pada waktunye menjadi rajin hari ni. Haha...sebab teruja sangat nak cite pasal perihal adikku yang berlaku pada pagi tadi.

Selepas menunaikan solat subuh, Niza melihat kad appoiment dengan doktor hari ni, ngupenye kul 2ptg. Jadi Niza tak jadi tumpang mak pagi ni. Then, Niza terus ke dapur kerana melihat macam bibik belum menyediakan breakfast tuk adikku ke sekolah dimana ketika itu Niza nampak adik Niza sedang solat subuh di ruang tamu... Agak pelik kenapa dia solat di ruang tamu. Tapi xkesah la... Niza terus ke dapur, jadi Niza pun amik nugget tuk digoreng... As usual, Niza akan tanya adik Niza dia nak makan berapa. Ketika itu Niza sudah pun menggoreng dan adik Niza dtg ke dapur kerana membawa handphone Niza yang sedang berbunyi alarmnya.

"Hai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi orang-orang yang bertakwa"(Al Baqarah 183)

"Maka barangsiapa diantara kamu yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain" (Al Baqarah: 184)

Soalan Niza itu dijawab dengan "Sarah puasa hari ni". Agak macam pekak ckit Niza ni sbb mcm tak caye je... Niza tanya lagi... Dia jawab jawapan yang sama. Then Niza tanya la puasa apa, dia jawab "puasa ganti". Buat pengetahuan semua, adik Niza baru darjah 3. Kata adik Niza lagi dia puasa ganti sebab puasa Ramadhan aritu die tinggal 3 hari sbb demam. Hurm...rasenye sejak umur 6 thn adik Niza ni pose penuh. Dengan jawapannye, Niza diam je la. Sambil memikirkan nampaknye Niza la yang kene makan nugget yang sedang di goreng.

Ketika Niza sedang meletakkan nugget di dalam pinggan, Niza nampak adik Niza amik air yogurt di peti ais.. Niza jadi pelik. Niza pun tanya dia.

Niza : Kata pose.
Adik : Ye la, kena la minum dulu

Hahahahahahahaha.... Niza rase mcm nak pecah perut gelakkan die..hahahahahaha.... Tau x, time tu dah pukul 6.40pagi dan dia sendiri dah solat subuh... Ape kejadahnya die nak sahur lagi... Pastu Niza kata la, xpayah la pose. Lau nak minum, sebelum masuk subuh lagi dah kene benti minum. So, Niza ajak la dia makan nugget tu. Ketika sedang makan... Niza tanya dia, siapa btau pasal pose ganti ni. Dia tunjuk mak. Niza pun tanya la pada mak. Mak kata, mak cuma kata mak yang nak pose ganti, xtau pulak dia pun nak pose ganti. Pastu Niza ckp kat adik Niza yang dia xperlu pose ganti lagi.. Nanti bila tiba masa baru die perlu ganti pose. Tapi Niza tak melarang kalau dia nak pose. Katanya dia masih nak pose ganti, jadi Niza kata padanya tuk sama2 pose dgn Niza pada hari Khamis ni pulak. Niza bukan pose ganti tapi pose Nazar.

Ok, tu je cite tentang adikku =P

Wassalam

4 comments

  1. Unknown Says:
  2. kelakar la adik zati ni.. mati2 ingat dia btol2 puasa..
    sure dgn muka confident giler bgtau zati yg dia puasa..hahaha..

     
  3. NIZA.Ati Says:
  4. haha... xpe la..atleast die ade niat yg baik =) Confident lebey jerk..haha..

     
  5. Anonymous Says:
  6. sarah memang budak baik pun....so sweet...

     
  7. NIZA.Ati Says:
  8. tgk la adik sape...kan adik kite..haha...

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri