Really Frustrated and Hakikat Sebuah Pemergian

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, April 29, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
kecewa/frustrated.... perkataan2 ni sering pula kedengaran di ruang legar telinga ku... Mahupun hasil pembacaan Niza di YM. Yang pasti...semua itu telah berlaku... Nak percaya atau tidak...nanti akak cite pada kamu fahmi... tgu 15 may nanti akak spend time cite dgn kamu dalam bas k.

Ok...tu cite lain..ni nak meluahkan rase kekecewaan Niza sendiri... Kalian penah rasa tak diri kalian tak dihargai setelah pengorbanan yang kalian lakukan? Mungkin dari segi report yang dihantar pada lecturer yang akhirnya tidak dibaca atau tidak di check? Mungkin pengorbanan kepada rakan2 anda? As a human being, kite tak mengharapkan sebuah kebendaan atau ape2...tapi cukuplah dgn rasa diri dihargai dan disayangi.

Adakah Niza terlalu emotional? Soft-hearted (Niza tergelak bila terkeluarnya perkataan ini bila browse internet dgn my roomate pagi tadi). Tapi Niza akui, dan telah diakui juga oleh kwn2 dan sahabat ku... Anugerah yang ada pada seseorang kadang membawa keburukan juga pada diri sendiri. Adakah kerana kita salah meletakkan anugerah itu pada tempatnya? Mungkin dan ku kira tepat. Sebab anugerah yang telah Allah kurniakan itu sangat beharga dan tidak semua orang akan ada. Dan kerana itu jugalah kadang kita hanya mampu menahan hati kita atas tindakan orang lain.

"Tak pernahkah kau berfikir, sedikit tentang hatiku"

Lelah...itulah perkataan yang Niza rasa boleh keluar dari mulut Niza... And...I just want to say.. "Welcome back Na`z". Heh.. My nick name byk sgt...`Izzati , Azza and Na`z are my main nickname... Setiap nama ni ada characteristic tersendiri. Ini bukan bermakna Niza mudah berubah2...tak.. Tapi...dalam perjalanan hidup ini, Niza dah melalui perubahan dr yang mungkin da worst to much better... Hurm... Na`z...seorang yang penuh EGO, TEGAS, KERAS KEPALA etc...dats me when i were in primary school till form 4...Bile form 4 dah berkurang ckit... Semakin kita membesar dan mendalam agama Islam tercinta...kita baru sedar haluan kita... Tapi, xsemua characteristic tu adalah buruk...depends on bagaimana kita gunakan ia... Kalau dulu..Niza pakai sesuka hati..but now..i really need to use it... hati aku semakin tawar...(mestilah kakak wawa(akak ipar ku tersayang) akan tanya lagi..haha...cayang my sis)

Dah la..biarkan....

Semalam, Niza kurang sihat..dah 2 hari... Tekak ku sakit...telinge ku berdengung..sampai ape yg masuk dlm telinge Niza, sume Niza dgr double sounds/voices.. Thanx to my roomate yang tlg belikan air 100plus tapaukan lunch n my dinner...cayunk ikin (At least she care `bout me) Hari ni Niza amik balik my schedule..beli food tuk lunch. So, siang semalam Niza tido...rase tak larat lak.. Bangun2 nak solat asar... I got a call from my fren -> Emma... Niza terkejut bila dihujung talian ku terdengar suara tangis yang sgt dasyat... Niza amati...betui ke Niza dgr ni..sbb dah la telinge tak betui pendengaran... Yup..mmg suara tangisan...ttb lak Niza mcm tergamam...sambil telekung ditgn..diriku mengambil tempat supaya dapat memberi tumpuan pada kawan ku. Al-Fatihah buat arwah kakak Emma...semoga ditempatkan bersama-sama insan yang solehah. Ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya. Berpeganglah pada rukun iman: Percaya Qadha' dan Qadar'. Dunia ini hanya pinjaman semata-mata tuk kita mencari bekalan di akhirat, daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita akan kembali.

Bila ajal kita? Tiada siapa pun akan dapat menjawab persoalan ini.
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda:
Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di
satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat
itu
.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745

Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.

Buat sahabatku, tabah la menghadapi hari-hari mu... Semoga atas ape yang telah aku katakan pada kamu semalam tertanam dalam sanubari kamu. Kesedihan itu tidak dapat kita halang, tapi hidup ini perlu diteruskan. I'll always be there if you need me.

Sekian...Wassalam

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri