Winamp: A'udzubillah by Halim.
Assalamu'alaykum wbt,
bila hakikat kebenaran tidak seperti yang kita mahukan, inilah yang akan berlaku. Hati tidak tenang. 2-3 minggu ni hati Niza tidak tenang... bukan langsung tidak tetapi kekadang tenang dan kekadang tidak. Kadang-kadang hingga terasa malas tuk bangun menempuhi hari-hari. *macamorangfrustbercintalaplakkan~*. Tak! Ini tiada kaitan dengan "cinta" tetapi ada kaitan dengan "hati". Hati ini sedih kerana rasa kasih sebagai sesama Islam terhadap saudara Islamnya. Hati ini risau.... dan... hati ini rindu.
Pada sebuah hati yang merindu, kuharap ia teguh! Allah, pada seraut wajah yang ku rindu, jauhkanlah ia dari tipu daya iblis.
Niza ke klinik Al-Hidayah semalam. Seperti biasa tentunya atas tujuan kerja2 mengenai system careline mereka. Sempat juga berbicara bersama Akhi Ashraf Muslim... dan kata-kata dia membuat Niza berfikir... Niza belajar sesuatu daripada kata-katanya.... apakah kata2nya? Biarlah menjadi rahsia... :)
Wassalam.
0 comments