Winamp: Atas Nama Cinta by Kaer Azami
Assalamu'alaykum wbt,
hidup ini tak selamanya cerah, pastikan ada hujan dan ribut. Hidup ini tak selamanya manis, pasti akan ada kepahitan. Lumrah hidup ketentuan Allah dalam menguji iman kita.
Kelmarin hanya tinggal kenangan, bersama peristiwa semalam, tapi adakah hari ini kan bersinar untuk hari esok? Semuanya menjadi tanda tanya.
Niza tiada jawapan kepada semua persoalan, malah untuk menyatakan peracangan juga tidak mampu. Langkah demi langkah meniti batas waktu, usia kian meningkat, alam semakin tua, lalu segalanya semakin usang. Membiarkan waktu terus berlalu, dalam doa ku kirimkan rindu.
Mungkin menjauhkan diri mampu membuang segala2nya yang bersarang di hati ini. Tapi sekuat manakah untuk melawan hati sendiri? Bagaikan tidak mampu tuk terus melangkah, tidak pula mahu berundur. Tapi, mungkin kali ini Niza harus berundur. Ini bukan tempat Niza. Dia bukan untuk Niza. Mungkin~ Secebis mahupun sedikit ingatan pun tiada. Kadang-kala terasa seperti diri ini sahaja yang melonjak, sedangkan pada dia Niza bukan siapa2.
Niza bukan yang terbaik dihatinya, bukan yang terhebat dihatinya, bukan yang terpilih dihatinya.
Mungkin, kita hanya teman biasa. :)
0 comments