Winamp: Zikir - Penenang Hati.
Assalamu'alaykum wbt,
Terasa terlalu lama tidak meng-update blog ini dengan kisah hidup diri ini. Diriku memberi tumpuan 100% kepada kerja. Pagi ke office untuk bekerja. Pulang dari kerja pula menguruskan hal kucing kemudian membuat kerja freelance pula. Sabtu dan Ahad juga diri ini membuat kerja. Sempat juga ke majlis walimah sahabat, meeting Alumni FSKM etc. Pendek kate, kehidupan ku kini 90% adalah kerja. Kebetulan pula Mak ke tanah suci, jadi semua urusan rumah, KAFA, adik juga dibawah tanggungjawab ku. Kenapa Niza? Kenapa bukan abang2 Niza? Sebab Niza je yang berada di KL. Abang sulong di Labuan, abang 2nd di Cyberjaya.

Menyibukan diri dengan urusan kerja mungkin yang terbaik buat Niza diketika ini. Mengharapkan dapat mengetepikan segalanya yang MUNGKIN bukan priority diketika ini. TAPI, ternyata tidak berjaya.

Diriku bukan orang yang hebat yang berada disekelilingnya. Malah tidak mampu tuk menjadi hebat seperti mereka itu. Apatah lagi layak tuk mendampingi orang yang hebat itu. Merasakan diri ini cukup kerdil, lebih baik terus mendiamkan diri. Benar2 pasrah andai punya kesempatan dan peluang. Di hati ini, hanya Allah yang tahu.
Meski ruang dan waktu menjarakkan kita, Niza doakan dia dalam keadaan sejahtera, sentiasa dalam redha Illahi. Moga segala urusannya dipermudahkan, kerana Niza tahu saat ini adalah saat yang mencabar kebolehan dirinya. Allah, sampaikan rindu ini, kasih ini, kepada hamba Mu itu ya Allah. Doaku mengiringi perjalanan hidupmu. Ku salurkan rindu ini melaluiNya.
Wassalam.
saya amik gambar gadis bersama laptop tu utk jd profile pic saya d FB :) sukaaaa sgt... erk... haruskah sy letakkan kredit pd sesiapa???
xpe..amik je... :)