Winamp: Purnama Merindu by Siti Norhaliza
Assalamu'alaykum wbt,
Purnama mengambang... setiap bulan Niza menantinya... keindahannya membuatkan Niza sering merinduinya... Keindahan dimana pencipta dan pemiliknya adalah Allah... :) Sejak kecil... Niza menantikannya... berlalu hari berganti bulan, berlalu bulan berganti tahun. Terlalu lama sebenarnya Niza perhatikannya.
Sejak kecil, Niza selalu nampak seolah-olah ada seorang ibu yang sedang mengendong anaknya di purnama mengambang itu.

Tak pernah berubah... dari dulu tetap begitu rupanya... Niza semakin dewasa, tetapi ibu dan anak itu masih tetap begitu. Purnama mengambang itu terlalu indah dihati Niza.
Ke mana sahaja kita pergi, dimana sahaja kita berada, kita akan melihat bulan yang sama. Saat Niza merindu, Niza juga akan memandang ke bulan, dengan harapan orang yang Niza rindui akan melihatnya juga. :) Wah~ jiwang la pulakkan... ^^ Tak kira siapa juga yang Niza rindui, baik keluarga, kawan, sahabat, teman atau sesiapa sahaja.
"shoot for the moon if you miss me"
Last but not least, nak tuju lagu boleh???? Mestilah boleh kan... sebab ni blog Niza... ^^ Nak tuju lagu ni pada orang yang Niza rindu. Sesiapa saja yang dapat rasakan Niza rindukan dia, meskipun setiap hari berkabar-berita~
Ataukah hanya di bibir saja
Bersungguhkan rindu yang engkau pamirkan
Ataukan sekadar lakonan
Rindu
Telah melekat dalam hatiku
Walau awan lalu
Rinduku tak berubah arah
Purnama mengambang cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu rindu yang mencengkam
Di hatiku
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi
Merinduku
(Purnama mengambang berbagai warna)
(Bila embunpun datang tinggal purnama)
Tinggallah aku
(Sendirian)
Bertemankan malam sepi
(Aku meminta pada yang ada)
Aku merindu pada yang kasih
(Aku merayu)
Padamu yang sudi memujuk
Aku meminta
(Pada yang ada)
Aku merindu
(Pada yang kasih)
Aku merayu
(Padamu yang sudi)
Merinduku
Hiaskanlah cinta di jaris manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih di mercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu
Wassalam
0 comments