Winamp: Sepenuh Hati By Spoon
Assalamu'alaykum wbt,
dalam hidup ini, kadang-kadang ada certain perkara yang kita perlu biarkan berlalu tanpa perlu dikenang. Ada certain perkara kita perlu ambil pengajaran dan ada certain perkara yang kita perlu sentiasa ingin.
Walauapepun, yang dah berlaku dah berlalu. Kadang-kadang seribu penyeaslan pun dah tak guna. Kadang-kadang kita masih diberi ruang dan peluang. Pilihan terletak pada kita tuk menghargai ruang yang diberi kerana peluang bukan datang berkali-kali.
Seperti itu juga sehelai kertas yang telah pun Niza padam apa yang tercatat padanya berkali-kali hingga terakhir kalinya Niza mengoyakkan kertas itu. Meski cuba dicantum semula pun ia tidak akan sempurna seperti dulu. Tiada peluang lagi untuk ditulis oleh orang yang sama. Kertas itu telah pun di recycle dan menjadi kertas yang baru dimana hingga kini tiada lagi yang menggunakannya. Mungkin ada, atau mungkin tidak. Tanya pada hati!~
Sudah sunnatullah mentari terbit terbit di iring siang setelah berlalunya malam. Itulah peraturan dan perjalanan yang Allah Taala telah tetapkan dan peraturkan untuk manusia. Segalanya akan silih berganti tanpa kita dapat tuk menahan.
Cepat benar masa berlalu. Ada manusia-manusia yang datang dan pergi dalam hidup Niza. Yang pergi biarlah terus pergi, jangan sesekali kembali lagi. Yang datang, telah pun Niza beri ruang tuk bertandang, gunalah sebaiknya. Cuma, berilah sedikit kelapangan masa tuk bertandang diruang yang tersedia disini. Ruang yang dibuka tuk melepaskan lelah, berkongsi suka, berkongsi duka, berkongsi kasih dan sayang.
Bintang yang bersinar tak selamanya terang, begitu juga mendung tak semestinya hujan. Kata-kata yang indah tak selamanya nyata, begitu juga cinta belum tentu setia. Hidup ini ujian, pahit manis harus kita hadapi. Keindahan di mata tak semestinya menjamin kebahagiaan, kerana kebahagiaan yang sebenarnya ada dalam HATI.
Menilai kembali segalanya... Itulah kebenaran... Allah akan sentiasa menguji hamba-hambanya... Menguji ketaqwaan, kesabaran, dll. Kadang-kala kita terlalu buta tuk menilai... Kadang-kala kita terlalu bodoh tuk mengerti... Tapi, tak semua perkara kita mampu tuk dapat menilai dan mengerti yang tersirat sedangkan tiada yang tersurat.
Teruslah mengorak langkah dengan pasti... meninggalkan segala-gala yang tidak diperlukan... yang penting biarlah punya kudrat tuk terus melangkah. Perjalanan kita tidak akan berhenti disini hanya kerana suatu kesilapan. Tetapi perjalanan kita di dunia akan terhenti bila hembusan nafas terakhir berlalu. Walaubagaimanapun, kita akan memasuki perjalanan kehidupan yang lebih panjang dan pasti.
Biarlah langkah kaki ini perlahan, asal destinasi yang dituju dalam redha Illahi. InsyaAllah.
Wassalam
0 comments