Assalamu'alaykum wbt,
Jam menunjukkan pukul 3.20pagi. Entah kenapa mata ini masih tidak mahu tuk lelap, sedang jika dilabuhkan pasti akan terlelap juga. Sebenarnya apa yang mengganggu fikiran Niza?
Lagu di corong headphone ini mendendangkan lirik yang indah... lagu Anggun dendangan Zizan,Altimate & Zain.
Anggun pandangan di matamuAyu cantik tutur bahasamuSayu lebur hatiku berpaluTerpaku ingin ku tahuSiapa yang menghantui dirikuSalam si anggun apa khabarWajah seperti yang terpampang di layarLesung pipit hitam manis petunjuk salasilahPekerti seperti Saidatina KhadijahTumpang tanya siapa yang jadi temanJawapan tepat Tuhan rasul dan qur’an
Tetiba teringatkan conversation Niza bersama seorang sahabat yang juga telah seperti kakak sendiri. Ye~ Mungkin sebenarnya apa yang menggangu fikiran Niza pada ketika ini adalah perbincangan kami dalam chat td.
X: yelah..akak nak beri laqab pada awk..serikandi
X: siti khadijah
X: sbb berkenalan dgn nabi dlm bisnes
X: jatuh cinta melalui bisnes
X: bila bekerja dalam bisnes, semua perangai sebenar manusia akan dapat diketahui
X: itu yg akak pernah blajalah
Saidatina Khadijah...Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) .Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad SAW...Perhubungan Khadijah dan Muhammad selaku majikan dengan pekerja berjalan dengan baik. Perniagaan Khadijah semakin menggalakkan dan keuntungan yang diperolehi juga berlipat ganda. Beliau bertambah kaya dan sukar untuk ditandingi oleh peniaga-peniaga lain. Khadijah bukan sahaja menganggap Muhammad sebagai pekerjanya malah sebagai rakan kongsinya. Bagi Khadijah, Muhammad adalah aset yang menguntungkannya berbanding pekerja-pekerjanya yang lain. Khadijah bukan sahaja tertarik kepada Muhammad kerana kepandaiannya berniaga tetapi juga kerana Muhammad berbudi bahasa dan mempunyai ahklak yang tinggi jugfa kerana ketampanan serta kemerduan suaranya. Tutur bicaranya yang lembut sentiasa diingati oleh Khadijah. Bukan sesuatu yang aneh apabila Khadijah menaruh harapan terhadap diri Muhammad. Wujud satu perasaan yang dirinya sendiri teragak-agak untuk menyatakannya. Beliau sering bertanya kepada dirinya sendiri kenapa harapan itu mesti tumbuh dan bersemi dalam dirinya tetapi malangnya beliau sendiri tidak menemui jawapan bagi persoalan tersebut.
Layakkah diri ini diberi gelaran seperti itu? Jauhnye... namun, berusaha tuk menjadi wanita yang tabah seperti Siti Khadijah...
Tapi, sebenarnya bukan itu yang asyik bermain di minda ini sejak berakhirnya conversation tadi... tetapi ada hal lain... hurm... takpe la... teguhkan hati... yakin pada Allah... insyaAllah....
Mungkin... now masa tuk tidur... sudah 3.36pagi... ada masa kurang dari 2jam tuk bangun...
Selamat Beradu tuk kalian~
Wassalam
0 comments