
Jika aku tersenyum, belum bererti aku gembira,
mungkin sekadar menyembunyikan duka.
Jika ku menangis, belum bererti ku berduka,
mungkin sekadar meluahkan rasa syukur tak terhingga.
Hidup ini tak semuanya bahagia, ada saat kitakan sengsara.
Hidup ini hanya pentas dunia, titian menuju ke hari muka.
Tapi hidup ini terlalu berharga,
kerana nilainya penentu dimana tempat kita di "sana".
Aku hidup bukan kerana dia, tapi kerana redhaNya.
Aku meniti kehidupan bukan kerana terpaksa tapi kerana itulah ujianNya.
Jika aku lemah, bangkitkan semangatku.
Jika aku tak berdaya, bangkitkan kekuatanku.
Jika aku tak mampu, tabahkan hatiku.
Ya Allah.
Sujudku hanya untuk Mu.
Syukurku hanya kepada Mu.
Redhakan dan damaikan hatiku pada ujian Mu.
Hingga ke hujung nafas akan ku harungi jua.
0 comments