Kesempatan Yang Tiada

Posted by NIZA.Ati on Sunday, March 21, 2010 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Baca dan ambil la pengajaran.

Siti dan Nur bersahabar baik. Di suatu hari ada sengketa yang melanda dan mereka saling tidak berteguran. Tetapi Siti masih menghantar sms bertanya kabar pada Nur walaupun tidak di balas.

Siti masih tersenyum walaupun hatinya terluka dengan tindakan Nur terhadapnya. Namun, atas sebab kasih sayang Siti masih memafkan. Suatu hari, hati Siti tidak tenang dan asyik teringatkan Nur yang menyambung pelajaran di Indonesia. Siti menghantar sms kepada Nur tuk bertanya khabar tetapi tidak berbalas.

Satu jam selepas itu, Siti mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan Nur di Indonesia yang mengatakan Nur telah dimasukkan hospital kerana kemalangan dan Nur sedang koma. Semalaman Siti tidak tidur kerana bimbangkan tentang Nur. Apa yang mampu Siti lakukan hanyalah membaca yassin dan bersolat hajat meminta Nur di berada dalam keadaan selamat.

Beberapa jam selepas itu, Siti mendapat panggilan telefon mengatakan Nur telah sedar dan selamat. Air mata Siti yang mengalir kerisauan menjadi airmata kesyukuran kepada Allah.

Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa kasihnya Siti kepada sahabatnya itu. Siti menghantar sms kepada Nur yang berbunyi: "Nur, jagalah kesihatan kamu. Siti sayang kamu wahai sahabat. Segalanya telah Siti maafkan".

2 hari selepas itu, barulah Nur menghubungi Siti. Panggilan telefon dijawab oleh abang kepada Siti dan berita yang dikhabarkan amat mengejutkan. "Siti baru sahaja selamat dikebumikan. Siti telah terlibat kemalangan dan meninggal di tempat kejadian awal pagi semalam".

Airmata Nur mengalir namun tiada kata-kata yang dapat dilafazkan. Nur sangat terkilan kerana tidak sempat tuk meminta maaf kepada teman baiknya itu.

Namun, segalanya telah berlalu dan tiada apa yang dapat dilakukan melain sentiasa berdoa untuk Siti. SMS terakhir dari Siti sentiasa bermain-main dibenak Nur "Siti sayang kamu wahai sahabat".

Cerita ringkas buat renungan bersama. Hargailah mereka yang sayangkan kita.

sumber: -----

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri