Pengalaman Kerja

Posted by NIZA.Ati on Wednesday, December 9, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Hari ni Niza nak berkongsi pengalaman Niza bekerja dengan semua. Ramai orang yang tak sedar, tambahan pula bagi mereka yang masih belajar, mungkin kurang matang tuk berfikir, jadi mari kita berkongsi.

Ada sesetengah orang tidak bersedia tuk bekerja, sedangkan sebenarnya, tak semua orang yang bekerja ini sebenarnya bersedia tuk bekerja. Niza tak kata diri Niza, tapi mungkin orang lain. Mereka tidak bersedia tuk menempuhi alam pekerjaan, tetapi atas desakan hidup, mereka perlu bekerja bagi membantu keluarga. Mereka ini sedar bahawa sudah cukup lama ibu bapa berusaha memberi perbelanjaan pelajaran kepada mereka, dan tiba masa mereka harus membantu ibu bapa pula. Kadang-kadang, mungkin ketika mereka belajar lagi mereka sudah mula jarang meminta daripada ibu bapa memandangkan ibu dan bapa bukanlah orang senang. Ini jenis orang yang tahu dan mampu berfikir. Ada juga yang memang senang keluarganya, tapi tetap berusaha sendiri tuk mendapatkan sesuatu, mungkin juga terpaksa berniaga ketika zaman belajar dulu, mungkin juga terpaksa mengikat perut. Heh, ini memang pengalaman ku, berniaga dan mengumpul duit sendiri demi tidak mahu meminta daripada mak.

Ok..ada pula jenis orang yang benar-benar tidak bersedia tuk bekerja dan membantu keluarga dan sentiasa mengharapkan bantuan keluarga dan orang lain. Atleast, jangan menyusahkan keluarga, itu sahaja. Apa2pun, alhamdulillah, di usia Niza 23 kini, sudah boleh memberi wang kepada mak setiap bulan walaupun apelah sgt duit Niza tu kalau nak dibanding dengan gaji mak sendiri.

Niza mula bekerja ketika Niza berumur 17tahun, iaitu sebaik sahaja selepas habis SPM dan setelah mak sihat dari sakit pada ketika itu. First pekerjaan Niza adalah sebagai guru Taska. Taska itu baru sahaja buka dan tiada apa-apa pun lagi malah Niza lah pekerja pertamanya. Niza-lah yang decorate Taska tersebut dari hal perabot, susunan mainan, decoration di dinding, hantar pamplet sekitar Pusat Bandar Damansara dan Jalan Semantan. Daripada tiada budak hinggalah ada dalam 8org budak ketika itu yang berumur dari 2tahun hingga 4tahun. 2 bulan Niza bekerja disitu. Ketika itu gaji Niza rm600, dan Niza pernah dapat bonus atas kerja Niza yang memuaskan. =) Kemudian telah bertukar kerja dan diganti oleh kawan Niza.

Niza kemudiannya, bekerja di Labohem, MidVelly sebagai promoter kedai kek yang sebumbung dengan Labohem dulu (sekarang ni dah xde dah kedai kek tu). Sebulan sahaja Niza bekerja disitu. Hasil duit gaji Niza dalam kedua-dua pekerjaan itu Niza gunakan tuk menempah baju kurung tuk dibawa kuliah ketika masuk diploma nanti.

Setelah mendapat results SPM, Niza menyambung pelajaran di UiTM Samarahan, Sarawak. Niza pernah menjual burger & nasi lemak bersama dua orang kawan Niza iaitu Miza & Kak Era. Jangan tak tahu, Nasi Lemak jualan kami tu la yang sentiasa di tunggu oleh penghuni Blok 2, 3 & 4 di Kolej Seri Serapi. (^_^) Selain itu Niza tolong juga Abg Salleh menjual baju kepada pelajar Semenanjung, menolong Kak Jieha menjual brooch & menolong Bro Muq menjual t-shirt.

Final sem, Niza telah pun menjalani praktikal di Institut Kemahiran Malaysia (IKMA) yang merupakan anak syarikat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) induk. Niza bekerja sebagai web & system developer. Setelah tamat tempoh praktikal, Niza telah membuat freelance di MCCM yang juga merupakan anak syarikat DPMM. Niza telah develop 2 system kepada mereka. Hasil daripada duit gaji, Niza telah pun membayar yuran pengajian tahun pertama Niza ketika menyambung pelajaran dalam Ijazah sementara menunggu mendapat pinjaman.

Ketika degree pula, Niza telah menjalani latihan praktikal di Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) sebagai Web Developer. Setelah habis belajar, Niza terus mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat swasta sebagai System Engineer. Walaupun nama seakan gah, tapi Niza merasakan ada pekerjaan lain yang insyaAllah lebih sesuai tuk Niza tuk terus enhance potential Niza dalam bidang yang Niza ceburi.

Kadang-kadang, bila melangkah ke alam pekerjaan ni, tak semestinya apa yang kita belajar tu akan kita gunakan sepenuhnya. Ini Niza bercakap dalam bidang Niza la..bidang lain Niza xsure. Tapi sedikit sebanyak pasti berguna. Currently, Niza terlibat dalam salah-satu project di TM dan tools yang Niza gunakan adalah "Siebel". Ketika zaman belajar dlu, Niza tak pernah tahu kewujudan "Siebel" CRM ni. Tapi bila masuk kerja saja, Niza terus kena hantar project dan guna Siebel. So, sedikit demi sedikit dengan task yang diberikan membuatkan Niza mulai tahu menggunakan Siebel (walaupun rasanya tak handal sangat la). Apa yang Niza gunakan time blajar dlu yang dimanfaatkan dalam project ni adalah SQL atau pun PDQ. Tp bukan yang jenis sql = "select * from" blablabla...tu... tapi yang lain skit... Agak tak paham sebenarnya tapi boleh buat la...sbb tak susah pun... Kerja Niza tak susah (pada Niza la), tapi perlu teliti. Kerja yang Niza lakukan sekarang adalah jauh beza dari ape yang Niza mahir dan punya certificate profesional... Jauh beza sebab *language* berbeza, *environment* berbeza etc. But im willing to gain knowledge from this project, this CRM. Alhamdulillah juga Niza ni cepat belajar.

Pengalaman adalah pengajaran yang paling beharga dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih matang. Sebagai seorang pekerja, sikap bertanggungjawab perlu ada dalam diri. Sebenarnya bukan "pekerja" sahaja tapi semua manusia perlu ada rasa tanggungjawab dalam kehidupan, tidak kesah la dalam sebuah perhubungan, dalam pekerjaan, kepada diri sendiri dan pastinya kepada Allah s.b.t.

WaAllahualam.

*language: Bahasa (programming seperti Java, c++)
*environment: Tools yang digunakan / server etc

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri