Majlis Iftar + Reunion ASAB

Posted by NIZA.Ati on Monday, September 14, 2009 [ ]

Assalamu'alaykum wbt,
Pada 12 September 2009, Niza telah menghadiri Majlis Iftar + Reunion Aspuri SMK Aminuddin Baki (ASAB). Reunion ini telah dihadiri oleh 5 batch iaitu batch a year atas Niza, batch Niza, batch bwh Niza, dan batch 4 bwh batch Niza.


Batch atas Niza diwakili oleh Kak Nik, Kak Izzati, Kak Fad dan Kak Su. Batch Niza pula diwakili oleh Niza, Erin, Yati dan Yan. Batch bawah Niza pula diwakili Aisyah, Rashila, Norly dan Shila. Batch 3 bawah Niza diwakili oleh Nurza. Manakala batch 4 bwh Niza diwakili oleh Ekin.


Port kami berbuka puasa adalah di Pizza Hut, KLCC. Huhu...lame gile Niza tak g KLCC. Not sure tapi rasenye mcm thn lepas langsung takde jejak KLCC tu. Thn ni, baru Sabtu lepas la. Maybe sbb family Niza byk pergi MidVelly tuk shopping kot.

So, around jan 6.15ptg baru Niza sampy di KLCC. Agak lewat sebab seharian Niza keluar dengan family. Sesampai di Pizza Hut, seniors Niza, Erin dan Norly telah pun ada disitu. Pada mulanya Niza tak byk berborak (haha...percaya tak Niza boleh diam..ssh kan =P). Haha...sebenarnye Niza sedang bz berSMS dgn 2org kawan Niza time tu. Hehe.... Tp sebenarnye agak kekok...sbb lame gile tak jumpe dorg... ada la dlm 3thn tak jumpe kwn sebatch...apetah lg senior dan juniors ku.


Tapi...mmg meriah...sampai sakit tekak Niza bila balik umah. Bila lama tak jumpa, mmg byk bercerita. Ada senior yang nak kawin tahun depan, kawan yang nak bertunang etc. Bercerita pula mengenai diri masing2 yang terkini. Masing2 dah bekerjaya...ade pula yang sambung master =) Dan tentunya juniors ku masih belajar... Ape2pun...All da best tuk semua.

Buka cerita pula mengenai Puan Zainun, Warden asrama yang paling digeruni dlu tapi paling rapat dengan batch Niza dan Niza masih keep in touch dgn beliau. Pada Niza, beliau dan Cikgu Zainurdin la guru terbaik Niza. Mereka berdualah yang memberi kepercayaan pada Niza tuk memegang jawatan penting dan mengendalikan pelbagai perkara. Tanpa mereka, mungkin sifat kepimpinan itu tidak digilap sepenuhnya. Kerana mereka jugalah Niza menjadi orang yang berdisiplin. Hehe...Niza ketua disiplin dlu..mmg garang ni zaman sekolah dlu..ahaks~

Setelah berbuka puasa, kami menunaikan solat maghrib di surau KLCC dan kemudian bergambar sebelum berpisah dan membawa haluan masing2.

Sebaik sahaja sampai dirumah, Niza mendapat panggilan dari Puan Zainun. Wah..sgt teruja mendapat panggilan dari cikgu. =) Berborak sebentar dengan cikgu yang lama tak jumpa tapi masih slalu berhubung. Bercerita tentang perkembangan anak2 jagaannya dulu. Malah cikgu juga mengajak kami tuk berhari raya di rumahnya. InsyaAllah... Kami sangat teruja. InsyaAllah akan bertemu nanti

So, itu sahaja cerita dari Niza. Tunggu entry terbaru dari Niza lagi nanti. InsyaAllah.

Salam

categories: | edit post

4 comments

  1. Anonymous Says:
  2. puan zainun kol? die xkol nisak pon?? mane aci.. nak dtg gak umah die beraya... kat mane umah die?? die keje kt jabatan kan... saper yg nk kawen tahun depan? saper nk bertunang?? nk wat master??? xtau pon... kuno nye nisak.. huhu

     
  3. NIZA.Ati Says:
  4. Jom join g umah puan zainun nanti. Panjang leh cite~

     
  5. Anonymous Says:
  6. jom.. bile die wat open house?? nk number hp sumer org.. asal sumer org xde num hp nisak... num hp nisak yg lame dah xgune la..[Nisaak]

     
  7. NIZA.Ati Says:
  8. nak g umah puan zainun 4oct ni. Nak join x? Mane tau kan knp, nisaak xupdate pun no phone dgn kami.

     

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri