Assalamu'alaykum wbt,
Sabda Rasulullah s.a.w: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
Doa:"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)".
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Islam diturunkan oleh Allah untuk memimpin dan membentuk keperibadian muslim yang mulia. Maka untuk mempastikan tercapainya tujuan yang murni itu Islam mengatur beberapa kaedah dan amalan yang tertentu.
Antara sifat mulia yang diajarkan oleh Islam ialah sifat sabar. Yang dikatakan sabar itu ialah “keupayaan dalaman menahan diri untuk mentaati suruhan Allah samaada melakukan sesuatu tugasan atau menghadapi sesuatu halangan, rintangan atau cabaran”. Sifat sabar ini sangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang baik dalam apa lapangan sekalipun. Sebagai bukti pentingnya sifat sabar ini, Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quraan tentang kemuliaan sifat sabar dan menyuruh kita supaya bersabar. Antaranya firman Allah pada ayat 2 dan 3 surah Al-‘Asr yang bermaksud:
Suatu kelemahan kita manusia ialah kita kurang mampu menghadapi dugaan dan cabaran hidup seharian kita. Kita mudah dipengaruhi oleh nafsu jahat yang ada dalam diri kita. Akibatnya kita jadi pemarah, tidak bertimbangrasa, jemu, bosan dan sebagainya. Oleh itu antara penawar yang boleh mengurang dan menyembuhkan penyakit-penyakit hati ini ialah berpuasa.
Ibadat puasa mampu mengatasi penyakit-penyakit sedemikian, kerana dengan puasa kita diajar supaya menahan kehendak hawa nafsu yang jahat. Bila kita lapar dan dahaga kita diajar supaya bersabar menahan lapar dan dahaga itu. Bila kita berada dalam suasana yang membakar kemarahan kita, puasa mendidik kita supaya menahan kemarahan itu. Akhirnya, dengan asuhan dan didikan seumpama ini, kita menjadi orang yang mampu menguasai diri kita dan tidak lagi tunduk kepada kemahuan hawa nafsu yang jahat dan merugikan.
Masalahnya ialah masih ramai dari kalangan orang Islam yang tidak mampu menghadapi cabaran dalaman ini. Ada yang sangat pemarah, sehingga berlakulah pelanggaran terhadap ajaran agama. Kerana marah ada pasangan suami isteri yang sanggup bercerai berai. Kerana kecewa ada yang berputus asa lalu sanggup membunuh hatta membunuh dirinya sendiri. Kerana gagal dalam sesuatu usaha lalu merasa bosan dan jemu lantas meninggalkan kerja itu tanpa berusaha lagi. Akhirnya jadi orang yang malas dan kecewa yang tidak membawa apa-apa kebaikan samada pada dirinya, agamanya, bangsanya dan negaranya.
Masalah-masalah tersebut dan juga yang lain-nya mampu diatasi apabila kita mempunyai sifat sabar yang tinggi. Dengan sifat sabar yang tinggi, kita mampu menguasai sifat marah yang menyala-nyala, kita mampu mengatasi sifat bosan dan jemu, malah kita mampu mencipta kejayaan demi kejayaan. Nilai-nilai mulia “mahmudah” seumpama inilah yang hendak dibena didalam diri umat Islam agar kita menjagi kuat dan mulia.
Mencipta kejayaan dalam kehidupan kita bukanlah suatu yang mudah, yang boleh dicapai menerusi angan-angan yang kosong; sebaliknya ia memerlukan kesedaran dan hemah yang tinggi serta diikuti kegigihan, ketekunan dan keikhlasan yang sebenar-benarnya. Contoh-contoh kejayaan umat Islam pada masa lampau dan masa kini menunjukkan bahawa ianya adalah hasil perjuangan yang dibena atas asas kesabaran yang tinggi. Yang tidak menyerah kalah, yang tidak berputus asa.
Demikian pentingnya sifat sabar dalam kehidupan kita umat Islam. Sifat sabar ini tidak akan diperolehi tanpa usaha dan ikhtiar serta latihan yang berterusan. Oleh itu menerusi amalan berpuasa yang ditunaikan semata-mata kerana Allah mampu membentuk kita menjadi muslim yang sabar
WaAllahulam,
Selamat Beramal

“Sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan
berpesan-pesan dengan sabar.”

0 comments