Assalamu'alaykum wbt,
Seperti yang semua ketahui, keputusan peperiksaan SPM telah pun keluar pada 12 Mac 2009. Hurm...tahun ni xde dah mane2 adik2 angkat niza yang amik sbb semua dah lepas... my cousin lak xde..tahun depan baru ade. Seperti biase..Niza saje je risik2 prestasi sekolah kesayangan ku...iaitu SMK AMINUDDIN BAKI KUALA LUMPUR...so...di bawah adalah berita dari Harian Metro Online yang Niza dapat.
************************************************************************************
KUALA LUMPUR: Tiga sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) muncul sekolah terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, manakala tiga lagi sekolah harian berjaya mencatat peningkatan dari segi peratus lulus.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, SMK Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah masing-masing terbaik untuk kategori sekolah harian, kawalan dan berasrama penuh (SBP), sementara SMK Tinggi Setapak, SMK Raja Abdullah dan SMK Petaling dihargai berikutan kenaikan peratus calon yang lulus SPM berbanding 2007.
Pengarah Pelajaran WPKL, Sulaiman Wak, berkata secara keseluruhannya, keputusan SPM 2008 peringkat ibu kota mencatatkan peningkatan dari segi jumlah pelajar cemerlang selain kenaikan Gred Purata Negeri (GPN) berbanding SPM 2007.
“Seramai 595 calon atau 3.15 peratus berjaya mendapat gred A dalam semua subjek diambil berbanding 476 atau 2.42 peratus pada 2007, manakala jumlah calon cemerlang yang memperoleh 1A meningkat dari 98 calon kepada 158 calon.
“Berdasarkan peningkatan ini, GPN turut mengalami kenaikan 0.07 berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan 5.19, sekali gus menggambarkan kementerian mampu memberi pendidikan bermutu kepada semua,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan SPM 2007 peringkat WPKL di sini, semalam.
Sulaiman berkata daripada 19,090 calon yang mendaftar SPM tahun lalu, seramai 16,789 calon atau 89.18 peratus lulus dan berjaya memperoleh sijil

0 comments