Persamaan Sikap Antara Kucing Dan Lelaki...

Posted by NIZA.Ati on Monday, December 29, 2008 [ ]

Assalamu'alaykum wbt...
Setelah pulang dari berjalan2 dengan Kak Anny, Kak Laili & Ida di Law Yat & kemudiannya aku ke Medan Mara, aku menunaikan solat Asar di rumah. Kemudian terus membuka laptop dan berjalan2 di forum yang selalu aku kunjungi iaitu ukhwah.com. Tetiba terbace lak satu tajuk ni... Aku pun masuk je la usha2... Erm..so aku posting je kat sini.. Buat tatapan yang lain...

Paparan saya, Tafsiran anda... just for release tensionn..!!! dont take seriously... Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis... Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?


Sila scroll ke bawah:

1) Kucing jantan suka dibelai.

~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira lah awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut lah dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.



2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham sajalah, bukan setakat makanan sehariannya saja yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.



3) Kucing jantan kuat tidur

~ Lelaki memang kuat tidur (tapi ada juga yang jenis tak kuat sangat, tapi bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.



4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan-kawan (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???

TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.



5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik

~ Sama macam lelaki, ada lelaki tastenya begini, ada lelaki tastenya begitu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. kita kena saling memahami.



6) Kucing jantan tak suka dipaksa

~ , ni memang sangat-sangat betul. Sama macam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak apa, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita tak boleh paksa dia tidur, tak boleh paksa dia makan & tak boleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.

Bagi dia space dia tapi dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 pula.



7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dengan yang buruk kan.



8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng lah ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!



9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalau kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih-lebih lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna lah bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.



10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tapi ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila entah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tapi first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yang modern (of sebab) dan bukan yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dengan first girlfriend dia. Tetapi ada juga lah species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing lah).

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri