Assalamu'alaykum wbt,
Erm...sejak daripada abes xm aritu, macam2 yang datang & pergi dalam hidup aku. Dari segi urusan rasmi mahupun peribadi, bagitulah. Masih ada amanah Allah pada kita selagi nyawa dikandung badan, selagi roh & jasad masih bersatu.
Semalam(10/12/2008), terlerai kekusutan sedikit...aku merasakan kelapangan itu setelah berhari-hari, berminggu-minggu... aku bersyukur kerana masih punya kesempatan untuk mendakap kebahagiaan di bumi yang fana ini. Seperti anak kecil berlari ke arah bapanya yang membuka tangan tuk mendakap dan memeluknya, begitulah aku rasekan ketika aku kembali. Biarpun perpisahan itu tidak lama, tapi cukup menyeksakan. Alhamdulillah...setelah "back to normal".
Sebelum melabuhkan tirai malam, aku mendapat pula panggilan dari nombor yang tidak ku kenai, untuk ku mengagak panggilan dari sepupu ku di Madinah tapi lain pula nombornya. Aku menjawab panggilan telefon. Huh..suare lelaki? Siapa? Aku ni elergik skit dgr sore lelaki yang aku tak kenal...mula la aku risau.. Bila aku mendengar die memanggil aku dengan panggilan "akak", aku mule memikirkan...siapa yang rajin call aku yang akan memanggil aku "akak" selain daripada Hamdan (adik angkat) dan SMF. Erm...baru aku teringat...seseorang yang baru sahaja aku terfikir akan dia beberapa hari lepas... Seorang yang hampir 3 bulan tiada kabar berita... Ya...adik angkat aku yang bernama Muhammad Safwan Bin Salleh...adik ku dari sekolah menengah lagi..sejak die form 2...sudah 6tahun... Lamakan perhubungan kami... Samalah juga dengan adik angkat ku yang bernama Norizzati Binti Zulkifli...pun 6tahun... Dengan Ida Izzati pula...5tahun... Kadang2 terfikir juga aku...berani jugak budak2 ni ber"kakak angkat"kan aku yang GARANG time sekolah dlu..heheh.... Berbalik pada cite Safwan tadi, katenye dia di Korea, ye la..dah berbulan belayar Korea-Bintulu (Sarawak). Macam2 yang dicerutakan kepada aku... Alhamdulillah juga adik ku itu masih terjaga solatnya, bacaan Al-Quran nye dan tidak merokok.
Berkongsi juga cerita dengannya tentang perkembangan terbaru aku...begitu juga aku memberitahu padanya mengenai Ida Izzati yang telah mendapat tawaran universiti... Alhamdulillah....
Aku happy...sebab perhubungan kami semua masih erat dan berpanjangan... Dan aku juga telah diberi kepercayaan tuk mencarikan wanita sebagai isteri kepada adik (Safwan) ku itu..haha... Tp lagi 5tahun baru aku cari... Sape2 nak offer diri cite contact aku..hehe...Aku sayang adik2 angkat ku seperti adik ku sendiri... Dan aku rase dihargai bila adik2 ku masih menghubungi ku bertanya kabar dan menceritakan perkembangan...
Haha...tetibe teringat satu cite... Pernah sekali tu (ketika aku masih di Sarawak), adik angkat ku bernama Ida Izzati sms aku hanya ingin meminta idea tuk memulakan karangan...blank sgt ke dik oi? Heheh.... Then pada hari yang sama juga semua adik2 angkat aku sms aku... Macam dah janji2 lak nak sms aku pada hari yang sama...
Oklah...sampai sini je la kot... Aku mengharapkan 1 hari nanti aku akan dapat jumpe kesemua adik2 ku ni pada 1 masa yang sama....adios....wassalam...
0 comments