Di pinggir lorong kota yang kemilau
termanggulah seorang oh musafir
memerhati nafas2 manusia
kelesuan, kepasrahan, kepenatan
kelesuan, kepasrahan, kepenatan
Berbisiklah sang musafir sendirian
inikah dikatakan kemodenan
sedangkan kejahilan masih ada
pada diri generasi berilmu, bertamandun dan ceria
Dilorong kota itu
ada pelbagai cerita
tentang masyarakat yang hilang punca
mereka berpusuan mencari apa-apa saja
tanpa hiraukan nasib nusa bangsa
Wacana hidup mu bagaikan nesta
disebalik cahaya ada gelapnya
moraliti, keilmuan, keimanan
hanya bersaluti nama
melindungi kesamaran dimata
Mengapakah kau sanggup
mendustai yang anarki
pandanglah pada alam yang semakin huru-hara
Dimanakah peranan mu untuk pertahankan bangsa agama
yang semakin terbiar kerana mu
Dilorong kota itu masih ada tetamu
setiap siang dan malam
urusan manusia
maharajalela
oh serabutnya
Dilorong kota itu masih ada senda mu
sedang bersyair merdu
terus menyusuri fantasi ngeri
sebelum nafas terhenti
di simpangan kota ini
bangkitlah engkau dari mimpi-mimpi
0 comments