Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah ." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Assalamu'alaikum wbt ,
Sesungguhnya, zikirullah itu makanan hati. Aku masih ingat perkara ini yang dibincang panjang dengan ahli usrah ku... Ya Allah..lama rupenya aku meninggalkan usrah ku...hampir sebulan.. sejak datangnya Ramadhon.. Bukan mengelak tapi masa yang tak mencukupi... Jika balik terawikh pun,pasti mengadap laptop ini membuat kerja2 pelajaran ataupun tugas2 ku yang terakhir sebelum retired SMF (Sekretariat Mahasiswa Fakulti).
Sudah berlalu 22 Ramadhon...sejauh mana amalan kita? Sejauh mana amalan aku?
Hati sayu...memikirkan macam2 perkara yang mendatang. Dua belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan. Inilah warna-warni hidup kita.
Balik je dari Sarawak, aku menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan pelajaran ku.. Buat rakan-rakan SMF..ku mohon kemaafan kerana tidak menyertai kalian dalam NUR RAMADHAN... harap dapat memahami diriku yang merupakan student "Teknologi Maklumat"... biarpun berada dalam fakulti yang sama tapi scope program yang berlainan... Ku kira..most of SMF adalah student dari Sains Kuantitatif dimana tidak mempunyai FYP. Walaubagaimana pun, sebagai rasa bertanggungjawab, aku telah pun menghubungi Najir selaku ketua projek mengenai status ku..dan aku juga telah inform dengan Izan.
Jumaat dan Sabtu, aku telah meluangkan masa ku dengan FLASH 8.0 tu...huhu...ku kira telah setahun aku meninggalkan flash tu... Berbekalkan sisa-sisa ingatan aku dalam menggunakan flash (ketika mengikuti Program Pertauliahan Profesional tahun 2007), aku menyiapkan tugasan ku tuk mini project 3 subject Multimedia... Name je
Semalam, seharian aku mencari2 lagi contoh system Multimedia Retrieval Information yang boleh aku refer tuk buat LR ni...ade contoh yang ku kira boleh la pkai tapi documentation yang tak cukup membuatkan aku kene byk explore systemnye...dah try add etc..tp xfungsi pun.. Cari journal..tapi sume nak kene subscribe.. Buat Sir Azlan...Sorry lame xjumpe..huhu... Malam ni aku kene bertukus melumuskan diri menyiapkan LR. Ku kira kawan ku abang Isma dan Kak Leli masih belum siap LR... Dah lame dah berusaha aku buat LR...tapi..huhu...xpe2...chaio...mesti boleh buat... (aku tak suke org pandang rendah pd kebolehan aku)...wlp kdg2 payah but atleast we try to do da' best right!!!
Erm...tu sume cite tugasan aku...aku pun tak tau le...ku kira..entah berapa ramai yang sering mengugkapan kata2 ini pada ku.
"Ko tu sentiasa busy..dari sekolah lagi"
Huhu...aku sedar..dari sekolah rendah boleh dikatakan begitu...tapi aku rase starting aku busy adalah ketika form 1...dengan koperasi nye... boria nye... kawad nye... asrama nye...hingga ke hari ini..masih tak lekang amanah Allah pada ku...masih ku gagahi menjalani semua tanggungjawab ku. Khamis lalu, kakak ipar dan yop ku balik semenanjung... Masih bertanya andai aku balik pada weekend ni... Huhu..xdapek le aku nak balik..wlp dihati nak sgt balik sbb aku pk nak berbuka sekeluarga(ku kira lengkap sbb abg and kakak ku ade)...tapi nampaknye masih xberpeluang...ade juga ku sms dgn ibu ku andai ingin berbuka diluar...tapi aku rase mak aku tak terpikir yang aku nak berbuka dgn abg n akak ku juga..sbb mak aku offer buka kat luar pada hari ahad..huhu...xpe2.. next week aku dan keluarga akan ke Labuan..sempat nak berbuka same2...
2-3 hari ni juga..kesedihan melanda ku..kenapa? Erm..ku memikirkan... Betapa pentingnya toleransi dalam sesebuah perhubungan...give and take..itulah yang aku sering amalkan... Tapi aku jadi letih dan kadang2 naik menyampah lau sokmo aku je yang GIVE...tak adil kan... Jika dikata pelajar sekolah BUSY... busy lagi pelajar DIPLOMA... Jika dikata pelajar diploma busy... BUSY lagi pelajar DEGREE... agree? erm... papepun..manage our time wisely... Setiap apa yang dipertanggungjawabkan...itulah komitmen kite...so..be committed...
Semua inilah yang melanda diri ku kini...setiap kali rase..."mampukah aku?"... istiqfar banyak2...jauhkan segala prasangka...berZIKIR agar tenang dihati..berTADARUS menghapus titik hitam dihati...papepun..LIFE MUST GO ON..
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 bermaksud: "Allah tidak membebani (memberatkan) seseorang melainkan menurut kemampuannya. Seseorang itu mendapat pahala menurut kadar kebaikan yang ia usahakan dan mendapat dosa menurut kadar kejahatan yang ia usahakan".
-sekian-
* banyaknye perkataan KU KIRA...bile aku nak sebut "KU KIRA DAPAT DUIT RAYA" ;-)
0 comments