Masa mempengaruhi tindakan

Posted by NIZA.Ati on Saturday, August 23, 2008 [ ]

Firman Allah bermaksud: “Demi masa sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.”( Surah al-Asr: 1- 3 ).
Assalamu'alaikum wbt,
Semasa kita kecik, hingga ke hari ini, pasti kita akan membaca surah ini... Dan insyaAllah kita paham ape yang ingin disampaikan dalam firman Allah ini. Tapi sejauh manakah kita mengamalkannya? WaAllahualam...

Pernahkah kita terfikir, hanya dengan hanya 1 minit sahaja, kite boleh mengubah macam2? Aku bagi contoh, meeting sepatutnye diadakan pada jam 10pagi. Tapi kerana ahli2 lain kul10 baru nak gerak dari tempat duduk, paling2 meeting start kul10.30pgi. Dah lewat 30 minit disitu. Dalam agenda, sepatutnye meeting abes jam 12tghari dan jam 12.30tghari sepatutnye kita ade presentation proposal pada salah sebuah company. Oleh kerana meeting tadi start lewat..maka berakhir lewat. Kemudian terkejar2 ke company satu lagi tuk present proposal... Ketika kita sampai, telah pun menunjukkan jam 1tghari... Tender yang ingin kita rebut akhirnya jatuh ke tgn org lain....sedangkan, kemungkinan tuk kita dapat tender tu adalah 90% atao 100%.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 114 bermaksud: ‘Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang yang soleh’.

Dalam ayat 133 surah Ali ‘Imran pula Allah menyatakan yang maksudnya:
‘Dan bersegeralah bersegeralah bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa’

Telah difirmankan tuk kita menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Pernahkah kita bermuhasabah diri kita, "apa kebaikan yang aku telah lakukan hari ini? Dan apakah kemungkaran yang aku lakukan? Adakah aku telah menjalankan tanggungjawab ku sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini?"
Walaupun dengan hanya berbakti kepada binatang dan tumbuh2an...itu juga adalah peranan kita.

Setiap masa yang kita gunakan itu adalah bertujuan untuk apa? Setiap yang kita lakukan di dalam dunia ini, pastinya akan mendatang kesan kepada makhluk lain. Mungkin ini tidak pernak kita sedari. Situation yang terlalu mudah:
Kulit pisang yang dibuang merata-rata, pada fikiran kita akan ada org yang menyapu atau mengutipnya. Pernah tak kita terfikir andai ada orang yang tidak perasan akan kulit pisang itu, lalu terpijak dan tergelincir?

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri