Love forever... Stick together...

Posted by NIZA.Ati on Thursday, August 28, 2008 [ ]

Assalamu'alaikum wbt, Tetiba lak aku rase nak tulis hal cinta2 ni...ahak~...Padahal sebelum ni aku pk nak cite hal Majlis Anugerah Dekan yang baru je selesai ptg td. Tp gambq lum ade..xpe la.. Aku cite hal CINTA dlu. Sebelum apa2...meh kita amik feel dlu...

Apa kata mereka tentang CINTA?

It is better to have loved and lost than never to have loved at all." - Alfred Lord Tennyson
If you really love something set it free. If it comes back it’s yours, if not it wasn’t meant to be. - unknown
You have to forgive to forget, and forget, to feel again." - unknown
"Relationships are like glass. Sometimes it’s better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together." - unknown
"Some people think that it’s holding on that makes one strong; sometimes it’s letting go." - unknown
"I’m going to smile and make you think I’m happy, I’m going to laugh, so you don’t see me cry, I’m going to let you go in style, and even if it kills me - I’m going to smile." - unknown
"Pain is inevitable. Suffering is optional." - M. Kathleen Casey
By HAMKA:
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Al-Quran & Hadis:
”Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah dan rahmatMu, bahawa dialah yang menciptakan untuk kamu kaum lelaki (isteri-isteri dari jenis kaum kamu sendiri) supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan di jadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” - Ar-rum ayat 21
”Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.” -H.R. Al-Termizi

************************************************************************************
Aku melihat kasih sayang dalam konteks yang luas..kerana kasih-sayang ini memang luas.... Cinta kepada Allah, kepada Para Rasul, Para Nabi, Para Ulama', Ibu bapa, Adik-Beradik, Kawan-kawan,Binatang2, Tumbuh2an dan sebagainya.....
Seikhlas manakah kasih-sayang dan cinta yang kita rasakan pada seseorang? Tiada siapapun yang dapat ukur sebenarnya....
Islam senantiasa menganjurkan supaya umatnya menjalin hubungan kasih sayang, silaturahim dan saling membantu antara satu sama lain. Kasih sayang itu bukan sekadar perlu dipupuk antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak serta anak dan ibu bapa saja, tetapi silaturahim terhadap saudara yang lain termasuk jiran tetangga juga sangat digalakkan oleh Islam kerana hasil dari ikatan kemesraan itu akan melahirkan kekuatan ummah yang padu. Adalah wajar amalan hormat-menghormati dan tolak ansur di antara jiran tetangga di tingkatkan kerana ianya boleh melahirkan kehidupan yang harmonis dan sekaligus dapat membangunkan intitusi keluarga masing-masing.

Bagaimanakah untuk kita menunjukkan kasih-sayang/ Cinta?
Macam2 cara sebenarnya, melalui tindakan dan tingkah laku, melalui sms, melalui lisan dan pelbagai lagi. Tapi, biar apa yang kita lakukan itu comes naturally... itu yang penting...
Bfr i end this posting..just wanna let others know...that i really love my mom(Sabariah),dad(Hj.Zainal Abidin), my brots(Ikram & Diha),my sis(Kak Wawa,Nash,Laila,Sarah),adik2 angkatku( Izzati, Safwan, Hamdan, Ida),my frenz(Kak Leli,Abg Isma,Yo,Farah & byk lagi) and My future .... :-D



Walaupun diriku ini jarang balik rumah...hihi... Ku kirimkan tanda sayang dari kejauhan ini melalui sms dan call..hahaha....

categories: | edit post

0 comments

FOCUS ON ME

FOCUS ON ME
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”

TOPBLOG

Carta Top Blog Muslimah -- Hanan.com.my

Followers

Twitter Followers

Kata-Kata Ulama'

Kata Fathi Yakan dalam membincangkan tentang perjalanan dakwah dan jihad:Jalan ini adalah jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki & masa depan. Jalan yang takkan sanggup dilalui oleh mereka yang mementingkan hawa nafsu. Tidak sanggup dilalui oleh mereka yang semput dada dan tiada kekuatan. Sesungguhnya jalan ini takkan sanggup dilalui dengan tabah & tetap pendirian, kecuali oleh orang mukmin yang sentiasa bergantung pada Allah. Tak mampu dilalui dengan tabah, kecuali oleh jiwa yang sentiasa menggantungkan & mengharapkan sesuatu kepada Allah

NIZA's Schedule

Bulan / Moon

Popular Posts

Steps In Here

Step in here

Zikir Terapi Diri